Monday 24 August 2015

Menjejak Laluan Sutera ; Dari Xi'an Ke Beijing - Day 2 (7 Nov 2014)



Assalamualaikum semua.

Ni hao ma? Moga sihat2 belaka hendaknya. Lebih 6 bulan rupanya saya tinggalkan entri trip China ni. Musim luruh pun dah nak dekat ni. Mesti dah lupa kan entri first? Kalau dah lupa, atau belum baca lagi, klik  SINI.

Apa yang berdrama sangat dalam sleeper train dari Xi'an ke Beijing? What happened sampai Kancil dan rakan2 hangin satu badan?

Alkisahnya, kami book 6 tiket sebab asalnya berenam (sebelum Fateha terpaksa tarik diri last minute). Dalam satu coach, ngam ngam je ade 6 katil, jenis 3 tier (katil 3 tingkat). What happened was, kami dipecahkan kepada 2 coach berbeza. Dan lagi tak puas hati, kami dapat katil atas. Takde sorang pun dapat katil bawah. So mana nak lepak2 habiskan masa? Takkan nak baring meniarap 14 jam atas katil?

Lagi tak syok bila penumpang2 lain sangat tak menghormati hak jiran tetangga. Yang dapat katil bawah sekali tu pulak jenis panggil seisi keluarga dari tok nenek sampai cucu-cicit melepak kat bawah tu berkampung sakan. Ada 2 orang budak lelaki dalam umur 4-5 tahun, so annoying. Berlari kehulu kehilir, buat bising, menyemak buat sampah, sombong pulak tu bila orang tegur, dan tak comel ! (sorry, yang last tu emosi terlebih, hihi).

Sebenarnya ada lagi macam2 perkara yang membuatkan kami termenung panjang malam tu. Tapi nak buat macam mana kan. We expected nothing less from them. It's China anyway. Mindset pun dari awal takde la tinggi sangat expectation. Masa beli train tiket tu pun dah dapat gambaran awal. Surcharge punya la mahal, ketuk tourist sangat.

Dinner kami malam tu ditaja khas oleh syarikat mee segera halal di Xi'an. Kami jumpa banyak maggi cup dengan logo halal di convenience store dalam Xi'an train station. Dan sleeper train ni ada sediakan air panas di setiap gerabak.

Lepas penat menyumpah seranah seisi keluarga yang buat bising tadi (dalam hati je la), masing-masing panjat katil untuk beristirehat. Paling kesian yang tingkat atas sekali, sempit ! Klau jenis yang clautrophobic memang tak digalakkan untuk pilih katil paling atas sekali. Buat aniaya diri sendiri je.

Akhirnya semua lena dalam mimpi...



Ni salah sorang budak lelaki yang buat onar malam tadi. Jambul kat atas kepala tu macam budak2 dalam citer kungfu Jet Li. Dah senyap2 macam ni comel la jugak ye. 


Terkezut sekejap masa bukak mata, ada rambut hitam panjang mengurai terjuntai dari katil atas. Arrgghhh !!! 

Rambut Nad rupanya, deng betol ! Serius cuak.

Kz lagi lawak (pun dapat katil paling atas). Jarak katil dan siling hanya beberapa hasta je. Celik mata pagi tu, terus nampak siling. Menggelabah sekejap katanya, ingatkan dalam keranda !

Deng lagi sorang, haha.

Ingatkan drama malam tadi dah berakhir. Rupanya cerita pagi ni lagi 'syiok'.

Pasal apa? Pasal toilet la. Memori jamban kabin Air Asia runtuh menghantui semula. Kali ni takde lah roboh, tapi......

Ni satu contoh, pengalaman sendiri :

Saya ke toilet untuk melepaskan hajat kecil. Masa tu toilet dalam gerabak kami tu ada orang tengah guna. Sebab malas nak ke gerabak sebelah, saya tunggu je lah.

Tak lama lepas tu, sorang makcik keluar dengan muka puas. Apa pun yang berlaku kat dalam tu, hajat makcik tu confirm dah tercapai, cuma saya tak dengar pulak bunyi flush. Tanpa fikir panjang, saya cepat2 masuk. Sekali badak berendam berketul-ketul sedang terapung dalam mangkuk tandas da. Aiseh!

Reflex, automatik terus gag (uweekkkkk !!! ) kuat2 depan makcik tu sampai mengalir air mata. Tak muntah la, cuma loya je. Sekali makcik tu kasik muka seposen kat kita ! Muka pelik, as if dia nak cakap 'ko pahal? Tak pernah tengok taik ke? Standard la tu tak flush toilet. Jakun sungguh. Jangan buat perangai kampung kat sini boleh tak !'.

Haaaaa, gamaknya gitu lah yang tertulis di raut wajah makcik separa abad tu. Memang tak boleh blah. Tu baru satu insiden. Diorang berempat pun ada kisah tersendiri jugak yang lebih kurang dahsyat jugak. 

Tak sabar nye nak kluar dari train nih. Hish !





Alhamdulillah, kami tiba di Beijing west railway station tepat pada pukul 8.30 pagi. Words could not describe the feeling bila dapat keluar dari tren tu. Sempat kasik jelingan maut kat budak dua orang yang jengkel tu (die jeling kita balik okeh !).

Ya Rabbi Ya Karim. Punya lah ramai nya rakyat Beijing ni. Nak beratur beli tiket subway punya lah bersesak-sesak. Public holiday ke? Hari kemerdekaan? Kenapa begitu sendat sekali subway station pagi tu?

Pelbagai persoalan menerjah benak fikiran kami di pagi hari.

Yang bagus pasal subway Beijing, harga tiket hanya 2 Yuan  sahaja sekali naik, flat rate regardless jarak perjalanan dan jumlah stesen yang dilewati. Agaknya memang setiap masa penuh je subway, so takkan rugi punya kompeni.

Kami terus ke hotel untuk simpan beg sebelum berjimba. Untuk 2 malam, kami bersemayam di Peking Yard Hostel di Whangzima Hutong. Cara nak ke sana:

Subway line 7 (towards Coking Plant) >> berhenti di Ciqikou station >> tukar line 5 (towards Tiangtongyuan North) >> berhenti di Zhangzizonglu.

Berbelit lidah nak sebut stesen zhangzizonglu nih. Try sebut laju2 ;

Zhangzizonglu...
Zhangzizonglu...
Zhangzizonglu...

Hahahah.

Beijing subway tak la kompleks sangat macam kat Tokyo, so senang je nak figure out direction ke hotel.

Lepas keluar dari subway station, belok kanan, akan nampak satu pastry shop. Simpang ke kanan lepas kedai tu adalah Wangzhima Hutong. Masuk dalam lorong tu dan jalan terus lagi dalam 500 meter, Peking Yard hostel berada di sebelah kiri anda.


Padat, sendat dan ketat suasana dalam subway station pagi tu. #Congcengcongceng.

Suasana pagi yang nyaman (bas jenis apa tu? Letrik?).

Kiri : Wangzhima hutong
kanan : Peking Yard hotel.

Reception counter.

Kawasan lepak yang cozy.



Credit to Nad sebab book hostel yang best ni. Kami berempat dapat bilik berkembar yakni 2 bilik bersambung tanpa pintu. Satu bilik ada 2 katil double decker untuk 4 penghuni. Siapalah jiran sebelah kami hari ni agaknya ye.

Lepas check in, kami terus keluar untuk ke destinasi pertama di Beijing iaitu Tiananmen Square (dan Forbidden City di sebelahnya). Ni direction dari hotel:

Zhangzizohglu station >> take line 5 towards Songjiazuang >> Stop at Dongdan station >> change to line 1 towards Pingguoyuan >> get off at Tian'anmen East station >> Walk to Tiananmen Square.

Keluar je dari subway, sekali lagi kami dikejutkan dengan keadaan sekeliling yang sesak. Sikit punya ramai makhluk yang nak ke Tiananmen Square hari ni apa kejadahnya?. Jalan pun jam, penuh dengan kenderaan.

Line untuk beratur masuk ke Tiananmen Square panjang giler, ada la dalam 1/2 kilometer agaknya (tak tipu). Disebabkan terlampau ramai orang, barisan pun dah tak wujud. Semua berhimpit bahu ke bahu. Kalau nasib tak berapa nak baik, orang sebelah jenis pakai singlet dengan bulu ketiak yang rimbun, ko tahan je lah aircond semulajadi tu.

Sah ada special occasion kat Beijing harini. Tak syak lagi. Oh no, tak best la kalau ramai2 macam ni !

Benci !!!


Subway station ni cantik (dan bersih).

Tu dia yang beratur nak masuk Tiananmen Square.

Keadaan lalu lintas yang sesak.


Masa beratur tu ada gak dok timbang-timbang nak keluar barisan dan proceed ke attraction berikutnya. Tapi bila pikir takkan datang Beijing lagi sekali, digagahkan juga untuk tolak menolak. Anyway, agak impossible jugak nak escape dari lautan manusia tu.

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Tiananmen Square tapi ada security check di entrance. By the time kami masuk, memang dah sogo pun dalam square tu. Putus nafsu nak menghayati sejarah.

Tiananmen Square dibina pada tahun 1651. Ia merupakan city square keempat terbesar di dunia dengan keluasan 440,500 meter persegi. Di sebelah utara Tiananmen Square, ada Tiananmen Gate yang memisahkan Tiananmen square dengan Imperial City (Forbidden City terletak di dalam Imperial City).

Ia mengandungi beberapa monumen penting dalam sejarah negara China. Monumen to the People's Heroes terletak di tengah2 square, Zhengyangmen Gate Tower di sebelah selatan, the Great Hall of People di sebelah barat, National Museum of China di sebelah timur dan beberapa lagi monumen penting.

Dek kerana 'special occasion' yang sedang berlansung ketika ini, bahagian tengah square telah dibuka untuk lalu-lintas dan bahagian utara dan selatan square telah dipisahkan oleh besi penghadang. So kami hanya ada pilihan untuk terus masuk ke Forbidden City. kalau nak jugak ke monumen2 lain tu, kena keluar balik dan menyeberang jalan.

Dengan keadaan yang penuh sesak macam ni, lupa kan jelah niat nak masuk muzium semua tu. So kami terus ke Tiananmen gate.


Celah mana tu nak bergambar? Celah mana? 

Tiananmen gate (Gate of Heavenly Peace) : Pintu masuk ke Imperial City.

Tiananmen Gate (Portrait of Mao Zedong)


Tiananmen Gate telah wujud 200 tahun sebelum Tiananmen square dibina (tahun 1420). Ia dibina semasa zaman pemerintahan dinasti Ming dan merupakan pintu masuk ke Imperial City dimana terletaknya Forbidden City.

Panjang Tiananmen gate ni 66 meter dan tingginya 32 meter. Potret Chairman Mao Zedong, founder kepada People's Republic of China terpampang di depan Tainanmen gate.

Jom masuk tengok apa ada kat dalam tu.


Kiri : Stone column (Huabiao) di depan Tiananmen Gate (Imperial City side)
Kanan: Jurugambar amatur dari majalah Mangga sedang membuat coverage, hihi.

Lagi satu gate kena pass through sebelum sampai ke Forbidden City (tak sure nama gate).

Terowong bawah gate tak bernama tu.

Dah lepas gate tak bernama (macam suasana pasar borong Selayang).

Ini dia Meridian Gate, pintu masuk sebenar ke Forbidden City.


Kaunter tiket untuk ke Forbidden City ada kat depan Meridian gate tapi barisan2 manusia yang beratur nak beli tiket mematikan hasrat kami untuk menjelajah kompleks istana terbesar di dunia ni.

Berapa jam lagi nak bazir beratur? Dah separuh hari habis kat sini saja. Sempat ke tak nak cover tempat2 lain?

Lepas bincang, kami sepakat nak terus ke Ditan Park sebelum hari gelap. Sebelum tu sempat la snap 4-5 keping gambar depan Meridian gate.

Ini je lah hasilnya.


Meridian gate (right wing).

Pintu keluar di sebelah timur Imperial City.

Apa nak buat ni ramai sangat orang !!! Stress !

Kita lompat !

Dan lompat Iagi !


Begitulah berakhirnya pembukaan kembara kami di kota Beijing. Obviously we learnt almost nothing from the visit to Tiananmen Square and Forbidden City. Takde rezeki kali ni. Still, sangat curious kenapa ramai sangat rakyat jelata yang turun padang melawat kawasan2 pelancongan hari ni, berjemaah.

Hmmm...

Kami keluar melalui pintu sebelah timur dengan hati yang lara (gituh !). Kes dalam train malam tadi pun tak dapat lupa lagi, ditambah pulak dengan kekecewaan hari ni.

Waduh, besar kemungkinan kami tak sempat nak tengok sunset di Jingshan Park. Padahal, Jingshan Park ni terletak diluar North entrance Forbidden City je. Katanya pemandangan matahari terbenam dari atas Jingshan park sangat cantik. Boleh nampak Forbidden City sampai ke Tiananmen Square.

Sambil tu contemplate jugak nak pegi Gingko lane di Ditan Park. Nak bergolek-golek dalam daunan gingko keemasan tu. Kalau kami terus ke Jingshan Park, besar kemungkinan dapat tengok sunset, tapi melepas la Gingko lane.

Gedegung gedegang berbincang, semua setuju untuk ke Ditan Park. Jom !






Makin membara semangat nak ke Ditan Park lepas nampak pokok2 gingko kat luar Forbidden City. Anyway, kalau korang sempat, sila lah masuk ke Forbidden City tu ye. Selain telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1987, ia mengandungi bak kata omputeh "the largest collection of preserved ancient wooden structures" di dunia. Bunyi pun extravaganza kan. Mesti seronok Palace Museum tu.

Jalan punya jalan, tak jumpa subway station tadi. Asyik sangat melayan keindahan pepohonan di kiri kanan jalan. Tak lama lepas tu, terjumpa restoren halal di seberang jalan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Molek sangat lah timing nye. Malam tadi makan maggi je dlm train. Pagi tadi alas perut dgn roti sikit. Mau tak kebulur.

Orang kata senang je nak cari makanan halal kat Beijing ni. Kalau tulisan warna hijau, dan ada tulisan arab tu inshaAllah halal lah.

Mee sup daging restoren ni memang thor-baek. Mee tarik original home-made tanpa bahan pengawet dan asid borik. Sup dagingnya bagai membelai bibir tatkala dihirup. Daging lembu nya pulak sangatlah empuk, cair di lidah. Huuuu, sangat lah sedap.

Sorry tak tahu apa nama restoren sebab dalam tulisan cina. Menu pun dalam tulisan cina. Kami dok pandang orang lain makan lepas tu tunjuk je kat waiter "we want that one" sebab waiter pun sepatah haram tak faham english. Mujur sedap Mee sup tu.

Menu yang lagi satu tu biasa je lah. Tak sesedap Mee sup daging yang epik.


Yum yum. Besar ye mangkuk tu. Lapar punya pasal habis licin semangkuk besar.

Ni lagi satu hidangan. Lada benggala dah macam lauk. No no, i'm carnivorous (walaupun seekor kancil).

Fuad lah manusia yang paling gembira sampai hirup habis pati2 sup tu.

Suasana dalam restoren.


Memang tak jumpa terus Tiananmen East station tadi. Kami terus jalan dan berhenti tanya direction di sebuah hotel. Follow je instruction pekerja kaunter hotel tu, kami akhirnya jumpa 1 subway station (dah lupa station apa).

On the way masa berjalan ke subway station, ternampak sign board persidangan APEC 2014 Beijing. Mungkinkah itu penyebab kebanjiran manusia di Beijing ketika itu? 

Station subway terdekat dengan Ditan Park adalah Hepinglibeijie (Hepingli North Street). Kena berjalan 800 meter sebelum jumpa Ditan Park (lebih kurang 10 minit). Ditan Park terletak di luar Temple of Earth, salah satu dari 4 Temple utama di Beijing (Temple of Heaven, Temple of sun, Temple of Moon).


Pohon gingko kuning keemasan sudah kelihatan.

Adik montel sedang ber photoshoot di bawah pokok gingko.

Yang lebih eksited dari adik montel.

 Daun gingko bertebaran.

 Sepohon gingko daunnya rimbun.

SubhanAllah... I can look at this all day.

 Pokok maple pun hado !

Beautiful maple leaves. Autumn is not autumn without maple leaves.

Lagi deretan pohon-pohon gingko. Adik montel photobomb gambar !


Kami takde la teruja sangat nak masuk ke 4 Temple utama di Beijing ni walaupun ada diselitkan dalam itinerary. Awal tahun kami dah explore banyak kuil di India. Kemudian Japan trip pon dah macam2 shrine dilewati. 

Sekadar ingin melihat culture, menghayati ketinggian senibina dan menikmati keindahan taman2 yang selalunya dibina dalam kawasan2 rumah ibadat tersebut. Kalau takde taman2 dalam shrine tu takde faedahnya melawat tempat2 macam ni.

Dek kerana aim kami untuk trip kali ni adalah autumn foliage, Temple of Earth complex disebelah Ditan Park lansung tak diendahkan. .

Baru lah rasa berbaloi perjalanan 14 jam dari Xi'an yang penuh dugaan malam semalam. Terus lupa kejadian badak berendam.




Ada beberapa gingko avenue dalam kota Beijing ni. Tak perlu nak travel jauh ke countryside untuk menikmati keindahan daun gingko kuning keemasan yang menkjubkan. Antara spot yang best selain Ditan Park di sekitar Beijing city:

1. Diaoyutai Ginkgo Avenue - terletak di bahagian timur Diaoyutai State Guest House. Ni antara spot paling femes (dan paling cantik) katanya. Disarankan untuk datang awal pagi sebelum sogo dengan rakyat jelata.

2. Yonghe Lama Temple - deretan pohon gingko menyambut ketibaan pengunjung selepas pintu masuk temple.

3. Tsinghua University - ade gingko lane kecik kat south gate uni ni khabarnya.

4. Wanshou Temple - kat sini tak banyak sangat.

dan lain-lain.....

Walaupun tak dapat ke Diaoyutai Ginkgo Avenue, kami dah cukup bersyukur dengan pokok2 ginkgo kat Ditan Park yang banyak dan rendang. Dan rezeki kami jugak tak ramai orang kat Ditan Park masa tu (somehow...). Diaoyutai Ginkgo Avenue mesti sogo kalau dah petang macam ni.

Bila dah happy, mula la lupa daratan dan kewarasan. Layankan je lah perangai tak senonoh mereka berlima ni ye.













Sakan berphotoshoot, melempar-lempar daunan ginkgo yang gugur. Harap2 anjing tak kencing kat daun2 tu. Seriously rasa sangat tak reasonable untuk bawak haiwan jenis pancut sesuka hati tu ke tempat2 awam macam ni. Orang nak baring2, guling2 atas karpet ginkgo sambil baca novel. Haish. 

Pokok2 ginkgo di Ditan Park ni dipercayai antara pohon tertua di Beijing, wujud sejak beberapa ratus tahun dahulu (ada yang claim beribu tahun). Pakar2 botani berpendapat pokok ginkgo merupakan pokok tertua di dunia, dan ada yang menggelarkan pokok ginkgo sebagai 'living fossils'.

Dalam masyarakat cina, ginkgo melambangkan longevity & vitality. Sebab tu diorang preserve pokok2 ni walaupun kawasan sekitar pesat membangun. Apa2 pun, kami puas hati.

Hari dah beransur senja. Hasrat untuk melihat pemandangan matahari terbit di Jingshan Park terpaksa dilupakan. Instead, kami detour ke Beijing Olympic Stadium. Dari buang masa meroyan, baiklah masa terluang tu diisikan dengan sesuatu. Tengok gambar kat internet macam lawa je stadium berbentuk sarang burung tu di malam hari.

Kami kembali ke subway stesen. Untuk ke Olympic stadium, kena naik line 8 (Olympic special line) dan turun di Olympic sports centre station. Sekali lagi macam sardin berdiri dalam train. Adakah hari2 seterusnya di Beijing kami akan berhadapan dengan situasi yang sama?

Dalam dok eksited nak ke stadium Olimpik, tetibe train skip Olymic sports centre station tu dan terus ke stesen berikutnya?

Ergghhhh ! Apa ni !

Kami turun di stesen berikutnya dan patah balik. Dalam train, ada sorang mamat ni tegur kami. Dia tanya kami pasal Lee Chong Wei. Rupanya die ni peminat tegar Taufik Hidayat. Ber-iya2 dia cakap dia tak minat Lin Dan dan rakan2 walaupun senegara.

Kami tanya dia kenapa train tak berhenti kat stadium tadi. Dia cakap stadium tutup. Sekarang ni ada persidangan APEC 2014 kat Beijing.

Hah ! Betul lah APEC dalangnya. Kami cerita la yang Tainanmen Square dan Forbidden City tadi ramai sangat orang sampai beratur panjang nak masuk. Dia cakap lagi, rakyat Beijing diberi cuti beberapa hari. Sebab tu tempat2 awam penuh.

Tetibe terpikir. Esok kami nak ke Great Wall. Sogo jugak ke kat sana nanti. Aduh, sakit kepala bila pikir. Bersedialah wahai Kancil dan rakan2.

Bagi mengubat hati yang lara, kami ke Niu Jie street untuk makan. Moga2 bila perut dah kenyang, mengantuk, tidur dan terus lupakan kepenatan meredah lautan manusia di Beijing sepanjang hari.

Niu Jie merupakan kawasan kejiranan muslim di Beijing. Disinilah terletaknya Niu Jie Mosque, masjid tertua dan terbesar di Beijing, dibina pada tahun 996 semasa Dinasti Liao. Memandangkan dah lewat, kami terus cari restoren untuk makan malam. Masjid pun dah tutup.






Alhamdulillah, kenyang besar. Terus teringat tilam empuk di Peking Yard hostel. Kesejukan malam mula menggamit sehingga ke sumsum tulang. 

Bila sampai hostel, penghuni2 lain pun dah check in. Rupanya sekumpulan budak2 muda yang sangat bising (rakyat negara ni memang suara semua loudspeaker bila cakap). Malas nak amek pot, tarik selimut, tekup telingan dengan bantal dan zzzzzzzz.

Nikmatnya tidur dalam selimut tebal masa musim2 sejuk ni. Harap2 dapat bangun awal untuk ke Great Wall esok. Kalau lewat, alamatnya bersesak2 lagi la jawabnya.


Subway station bersiling unik. Sangat impress dengan architecture station ni.

Diagram ni merupakan rangkuman itinerary hari kedua di Beijing. Forbidden City terletak di dalam Imperial City dan Tiananmen Gate merupakan pintu masuk ke Imperial City. Kawasan lapang diantara Tiananmen Gate dan Zhengyangmen Gate merupakan Tiananmen Square. Kesemua struktur ini terkandung dalam Inner City. Temple of Earth (dan Ditan Park) terletak di utara bahagian luar Inner City, Temple of Sun di sebelah timur, Temple of Moon di sebelah barat dan Temple of Heaven disebelah selatan. Kawasan diantara Zhengyangmen Gate dan Temple of Heaven merupakan Outer City.


Gitulah gamaknya....

Jumpa lagi dalam entri berikutnya ye. 

Till then, Assalamualaikum !



4 comments:

  1. Totally agree !! china memangla perkhidmatan train di sangat la tak terurus. Pengalaman saya naik train dari macau ke guangzhou pun lebih kurang sama macam awak. Dah la masa nak beli tiket macam nk bersilat dibuatnya. Sepatah haram english pun diorang tak paham. Last sekali sy guna bahasa melayu jer beserta bahasa isyarat. yang paling teruk lagi bila seat yang saya beli rupanya seat untuk berdiri.. oh my god... giler agaknya.. takkan 3 jam perjalanan nak kene berdiri jer.. seriuosly buat saya sumpah seranah je diorang.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I feel u sis. Buruk perangai kan. Smpi la ni x tergerak lagi hati nk repeat pegi China, hihi. Berdiri 3 jam...gulp !

      Delete
  2. Betul2...wlupun org ckp shopping kt guangzhou best, sy x teringin nk pegi sana lg..baik shopping kt jln tar je.huhuhu.. Anyway kita sebaya la faizal. Sy dh lama baca blog ni, tp br skrg tahu sape si kembara kancil ni :)

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...