Assalamualaikum. Mina-san konnichiwa !
Masih mood berhari raya ke semua? Ke mood emo sebab baki akaun bank tipis lepas raya? Kalau ya, senasib la kita. #ikatperut.
Akhirnya sampai jugak ke entri penutup Japan Shinkansen Trip - Misi Menculik Geisha. Umum dah mengetahui yang misi kami sudah pun gagal. Kempunan mak nak dapat menantu Jepun, haha. So apa plan hari terakhir di bumi matahari terbit ni?
Memandangkan tiket JR Pass semahal tiket kapal terbang pergi-balik ke Tokyo, kami gunakan semaksimum mungkin benefit dari pass ni. Bahagian utara kepulauan Honshu dah pun kami jejaki sampai ke Ibaraki. So hari ni, kami turun ke selatan pulau. Ke mana kita?
Ke Hiroshima.
Boom !!! (haip ! bukan bunyi bom atom tau !).
Ini antara wajah-wajah rakyat Malaysia yang pernah stay di Hotel Chuo Osaka ni. Overall, not bad hotel ni. Friendly staffs, comfy rooms (and super clean), dan dekat dengan subway station. Cuma 1 je yang kurang menyenangkan.
Hotel bertentangan dengan Chuo ni ada sorang mamat pervert yang asyik mengintai kami, siang dan malam. Hanya pakai seluar pendek, tak pakai baju. Psycho sangat okay. Tak caya? Tengok gambar kat bawah ni. Kami sempat snap gambar masa mamat tu tengah buat projek, caught red-handed !
Hahahah, 4-5 kali kami toleh nak pastikan real ke tak. Hampeh !
Perjalanan hari terakhir di bumi sushi.
Belum puas rasanya mengamati cara hidup masyarakat Jepun yang sungguh tinggi budi pekertinya. Masing-masing sedar akan tanggungjawab kepada negara, menghormati hak sesama sendiri, menyantuni tetamu (termasuklah pelanggan & pelancong), memelihara kebersihan, menepati waktu dan berdisiplin.
Baru-baru ni ada terdengar di radio seorang ustaz bercerita pasal masyarakat Jepun. Katanya di Jepun rakyatnya mengamalkan akhlak dan disiplin seperti yang dianjurkan oleh Islam, tapi mereka tidak beriman dengan agama Islam. Sebaliknya di negara kita, rakyatnya Islam tapi akhlaknya tidak seperti orang Islam yang seharusnya.
Hmmmm, deep !
Personally pada hemat saya, ketinggian budi pekerti masyarakat Jepun memang tak tertanding. Pergi lah mana2 tempat dalam dunia ni, takkan jumpa yang setara dengannya. Sebagai seorang muslim, banyak yang boleh dipelajari dari mereka.
Tren dah sampai. Jom !
Hiroshima kami datang !!!
Beratur dalam barisan, tiada tolak menolak, tiada perebutan. Yang diluar memberi laluan kepada penumpang dari dalam tren untuk keluar dulu.
Tua, muda, wanita dan lelaki, semua berkesedaran sivik.
Jadual Shinkansen. Destinasi kami - Hiroshima.
Kenderaan ajaib dah sampai.
I love you shinkansen ! Ngeheh.
Fateha si gadis ninja. Nampak tak betapa panjangnya pedang samurai beliau? Senyuman mesra tu membawa maksud : Ko pahal ??!
Suasana pagi di jeti Miyajimaguchi.
Uikk,,, dah sampai Hiroshima? Macam awal pagi lagi. Ha'ah, memang awal lagi masa kami sampai, thanks to encik bullet train, (dalam pukul 9.30 macam tu).
So apa yang menarik di Hiroshima? Kami nak jejak kesan peninggalan letusan bom atom semasa perang dunia kedua dulu.
Tapi sebelum tu, kami ke sebuah pulau kecil yang tertelak di bahagian barat laut Hiroshima bay. Ia dianggap sebagai salah satu dari 'top three most scenic spots in Japan' selain dari Amanohashidate di Kyoto dan Matsushima di Miyagi. Nama asal pulau ni Itsukushima tapi lebih dikenali dengan nama Miyajima.
How to get there?
Ada 2 cara untuk ke jeti Miyajimaguchi dari Hiroshima station. Kalau ada JR Pass, boleh naik train JR Sanyo Line to Miyajimaguchi station. Harga tiket 410 yen/single journey. Perjalanan ambil masa dalam 25 minit. Selain tu, boleh naik tram yang lebih murah (260 yen/single journey) tapi perlahan (not covered by JR Pass).
Keluar je dari Miyajimaguchi station akan terus jumpa jeti. Ada 2 syarikat yang menyediakan perkidmatan feri untuk ke Miyajima Island, iaitu JR dan Matsudai. Tiket berharga 180 yen/single journey bagi kedua-dua syarikat feri, percuma bagi JR Pass holder untuk semua JR ferry.
Orait, jom naik feri !
Naik cepat. Feri nak gerak dah !
Perjalanan ke Miyajima ambil masa dalam 10-15 minit.
Miyajimaguchi station.
Senyuman pun suram je bila trip dah nak berakhir.
Boarding time (courtesy of Fateha Rahman).
Merenung masa depan, memikirkan nasib badan bila baki bank susut lepas balik dari Japan nanti.
View tanah besar dari atas feri.
Floating giant Torii gate.
Baik, sedikit mengenai pulau yang dianggap suci dalam agama Shinto ini.
Miyajima bermaksud 'shrine island'. Ada beberapa Shinto & buddhist shine dalam pulau yang berkeluasan 30 km persegi ni. Pulau Itsukushima digelar sebagai 'shrine island' dek kerana this one particular shine yang sangat femes dan telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, iaitu Itsukushima Shrine.
Landmark paling popular pulau ni adalah Torii gate besar yang dibina di bibir pantai berdepanan tokong tersebut. Bila air pasang, sebahagian dari Torii gate tersebut tenggelam, so kelihatan seolah-olah gate tersebut 'terapung' (macam gambar kat atas tu).
Sampai dah. Pulau ni tak besar mana, so explore by foot, takde public transport.
Mungkin salah seorang sami Shinto tersohor suatu ketika dahulu.
Haiwan suci agama Shinto yakni rusa, bebas berkeliaran di sekitar pulau.
Kawai ! Adik, await hang cumil sangat dik?
Alolololo, siap pakai yukata lagi adik kita.
Itsukushima merupakan pulau berbukit bukau dengan populasi seramai 2000 orang penduduk sahaja. Ada sebuah sekolah rendah, sebuah sekolah menengah dan sebuah pekan kecil. Pulau ini termasuk dalam kawasan Taman Negara Setonaikai.
Selain Itsukushima Shrine, ada beberapa lagi tokong Shinto dan buddha di sekitar pulau ni antaranya Toyokuni Shrine dan Daiganji Temple. Dari jeti nak ke Itsukushima shrine ambil masa dalam 10 minit berjalan. Sambil-sambil tu layan la keindahan alam sekitar.
Memandangkan Hiroshima ni jauh ke selatan, sakura pun tak berapa lebat lagi. Owh, sebenarnya Miyajima ni sangat famous dengan autumn foliage. Penduduk pulau memang sangat2 menjaga kesucian pulau ni, so nature memang terjaga, well preserved. Semasa musim luruh bila warna daun bertukar kuning, jingga dan merah, kawasan gunung-ganang nampak sangat meriah, khabarnya.
Free and easy...
Itu tema kami kali ni (padahal dah tak larat nak jalan). Lutut dah mintak ampun lagi, merayu untuk direhatkan... adoii !
Getting nearer to the mystic giant Torii gate.
Rusa dianggap sebagai 'messenger' kepada tuhan dalam kepercayaan agama Shinto.
Giant Torii gate ! Separa tenggelam #1
Giant Torii gate ! Separa tenggelam #2
Perhatikan rupa bentuk tapak yang agak berbeza dengan Torii gate di Fushimi Inari Shrine di Kyoto.
Torii gate ini mula dibina pada tahun 1168, tapi dah beberapa kali rosak dan dibina semula. Yang ada sekarang ni dibina pada tahun 1875. Gerbang setinggi 16 meter ini dibina dengan menggunakan kayu dari pokok kapur barus yang tahan reput.
Penambahan kaki di depan dan belakang Torii gate tersebut merupakan ciri-ciri senibina unik sebuah pecahan agama shinto iaitu Ryobu shinto.
Pagoda di celahan tumbuhan dalam kawasan tokong.
Itsukushima shrine dipercayai telah mula dibina pada kurun ke-6, mengalami kemusnahan beberapa kali dan telah dibina semula setiap kali ia rosak. Yang ada pada hari ini dipercayai telah dibina pada kurun ke-16.
Seperti Torii gate, Itsukushima shrine dibina di pinggir pantai. Bila air pasang, bahagian tapak tokong akan ditenggelami air menjadikan tokong tersebut seolah-olah terapung dan terasing dari bahagian lain pulau. Ini bertujuan untuk memelihara kesucian tokong. Hanya penganut-penganut yang devout saja yang akan bersusah-payah mengayuh sampan untuk sampai ke tokong ini.
Ia dibina untuk penyembahan susano-o no mikoto, iaitu tuhan laut dan ribut dalam kepercayaan shinto, dan didedikasikan kepada 3 orang anak perempuan tuhan tersebut.
Nak tengok effect 'floating shrine' kena tunggu air pasang le.
Kewujudan Itsukushima shrine menjadikan keseluruhan pulau ini kawasan yang suci. Selama berkurun-kurun, rakyat marhaen tidak dibenarkan untuk menghampiri Miyajima bagi mengekalkan kesuciannya. Hanya sami-sami dan penganut2 yang alim je yang boleh datang ke pulau ni untuk beribadat. Gitu lah gamaknya.
Pada tahun 1878, undang-undang baru diperkenalkan dimana tiada kelahiran mahupun kematian dibenarkan di dalam pulau ini. Kesemua ibu2 mengandung dihantar ke tanah besar sebelum proses kelahiran. Orang-orang tua dan pesakit-pesakit kronik yang tiada harapan sembuh juga dihantar pulang ke tanah besar sebab pembinaan kubur tak dibenarkan. Sehinggalah ke hari ni, undang-undang tersebut masih lagi diguna-pakai.
Tiket masuk berharga 300 yen (500 yen kalau nak masuk Treasure Hall). Kami sekadar memandang dari jauh je. Takde urusan nak labur yen masuk dalam tokong.
Jangan kacau rusa-rusa jinak yang berkeliaran tu okeh !
Family potrait berlatarbelakangkan Torii gate.
Lepas tu kami sambung ronda-ronda pulau.
Sakura mekar dan pagoda.
Gojunoto (Five-storied pagoda).
Gujonoto asalnya dibina pada tahun 1407, telah didirikan semula pada tahun 1553 selepas kerosakan yang major. Ia dibina bagi memperingati tuhan ubat (macam-macam la depa ni kan). Berdiri pada ketinggian 27.6 meter, strukturnya yang unik dikatakan hanya terdapat pada 5 senibina sahaja di Jepun.
Pada 7 April 1900, Gojunoto telah diwartakan sebagai "specially preserved building". Keseluruhan architecture pagoda merah menyala ini menggabungkan senibina tradisional Jepun dan China.
Yang menariknya, rekabentuk unik pagoda ini dipercayai mampu menahan gelombang mendatar dari gempa bumi dan taufan.
Deretan kedai-kedai milik persendirian di Miyajima.
Entah terowong mana si Nad ni redah.
Banyak jugak kedai-kedai souvenir kat sini untuk ber-shopping. Harga jauh lebih murah berbanding tempat2 lain yang dah kami singgahi, mungkin sebab kawasan luar bandar kot. Kedai-kedai di pekan ni semuanya milik persendirian penduduk pulau.
Lama jugak kami spend masa kat sini, habiskan stock duit Yen yang berbaki. By noon, semua dah berkumpul balik di Miyajimaguchi station dan naik train ke Hiroshima station. Destinasi seterusnya ialah Hiroshima Peace Memorial Park.
Lama jugak kami spend masa kat sini, habiskan stock duit Yen yang berbaki. By noon, semua dah berkumpul balik di Miyajimaguchi station dan naik train ke Hiroshima station. Destinasi seterusnya ialah Hiroshima Peace Memorial Park.
Dari Hiroshima station, ambil tram line 2 atau 6, turun di Genbaku Dome Mae Station (Atomic Bomb Dome). Keluar je dari tram terus nampak A-Bomb Dome.
Jom hayati sejarah pulak !
Jom hayati sejarah pulak !
Hiroshima city tram.
Hiroshima Peace Memorial Park dibina sempena memperingati mangsa-mangsa letusan bom Atom yang digugurkan pada 6 Ogos 1945. Ia terletak di tengah2 bandar Hiroshima dengan keluasan 120,000 meter persegi.
Kenzo Tange merupakan arkitek yang telah merangka pelan pembinaan memorial park ini. Ia mengandungi beberapa monumen penting dan museum yang didedikasikan kepada sejarah pengeboman bandar Hiroshima, iaitu bandar pertama di dunia yang telah dimusnahkan oleh senjata nuclear, selain Nagasaki.
Secara tak lansung, monumen2 ini juga berperanan untuk memberi pengajaran dan peringatan kepada generasi sekarang tentang bahana peperangan, bahaya senjata nuclear, dan pentingnya untuk mengekalkan keamanan dunia.
A-Bomb Dome (Genbaku Dome).
Masih ingat lagi peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki? Jom kembali ke zaman muda remaja tingkatan 4 semasa belajar Sejarah Dunia kat sekolah menengah dulu.
Setelah Perang Dunia ke-2 memasuki tahun keenam, akhirnya Pihak Pakatan (US, UK etc.) telah berjaya mengalahkan Kuasa Axis (German, Italy) di Eropah. Tentera Nazi telah menyerah kalah pada 8 May 1945.
Walaubagaimanapun, Empayar Jepun yang merupakan sebahagian dari Kuasa Axis enggan mengaku kalah. Akibatnya, Perang Pasifik terus berlansung.
Ingat lagi masa tentera Jepun invade Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 melalui Kota Bharu? Lebih kurang pada masa yang sama, mereka jugak menyerang Hong Kong, Filipina dan Pearl Harbour di Hawaii. Inilah permulaan kepada Perang Pasifik atau juga dikenali sebagai Perang Asia-Pasifik antara pihak Jepun dan US/British.
Dahsyatnya serangan ni, tempoh masa dari mula serangan di Kota Bharu, sehinggalah ke pencerobohan mengejut Pearl Harbour yang terletak lebih 10,000 km dari Tanah Melayu, hanya mengambil masa 7 jam sahaja. Memang brutal Tentera Jepun ni.
So Kuasa Axis dah hancur di Eropah, tapi tentera Jepun dengan semangat Kamikaze (dan yang sewaktu dengannya) nekad untuk mengakibatkan sebesar mungkin kemusnahan keatas Pihak Pakatan, at all cost. Maknanya diorang maybe dah anticipate that sooner or later, they would have to surrender. Alang2 kalah, biar kasik Pihak Pakatan merana lebih sikit. Macam tu la gamaknya plan diorang.
Sementelah itu, Pihak Pakatan telah pun berjaya menghasilkan senjata nuklear ditengah padang pasir di New Mexico pada bulan Ogos 1945. Tak perlu tunggu lama, diorang terus merancang untuk mengebom Jepun.
Hiroshima dipilih sebagai sasaran pertama kerana ia merupakan pusat ketenteraan utama dan juga pusat perindustrian terpenting pada masa tu. Initially, ada 5 bandar yang telah disenarai-pendek termasuklah Kyoto. Kiranya lah kalau Kyoto yang telah terpilih, hancur semua tinggalan sejarah yang berkurun lamanya tu termasuklah Fushimi-Inari Shrine dan Arashiyama Bamboo Forest, huhu.
Long story short, pada pagi 6 Ogos 1945, tepat pukul 8.15 minit, bom Atom pertama dari jenis Uranium yang dipanggil Little Boy telah digugurkan di Hiroshima. 3 hari kemudian, bom Atom kedua dari jenis Plutonium yang dikenali sebagai Fat Man menyusul di bandar Nagasaki.
140,000 nyawa terkorban di Hiroshima dalam peristiwa pengeboman tersebut, sejurus selepas serangan mahupun bertahun-tahun kemudian akibat dari kesan radiasi. Lebih 70,000 lagi terkorban di Nagasaki.
4 tahun selepas pengeboman, pihak bandaraya telah bersetuju untuk membina memorial park sempena memperingati peristiwa tersebut. Hiroshima Peace Memorial Park dibuka kepada umum secara rasmi pada 1 April 1954.
140,000 nyawa terkorban di Hiroshima dalam peristiwa pengeboman tersebut, sejurus selepas serangan mahupun bertahun-tahun kemudian akibat dari kesan radiasi. Lebih 70,000 lagi terkorban di Nagasaki.
4 tahun selepas pengeboman, pihak bandaraya telah bersetuju untuk membina memorial park sempena memperingati peristiwa tersebut. Hiroshima Peace Memorial Park dibuka kepada umum secara rasmi pada 1 April 1954.
Letusan bom Atom di Hiroshima (kiri) dan Nagasaki (kanan) : Sumber wikipedia.
Kiri : U.S Army poster sebelum pengeboman.
Kanan : Hiroshima selepas ledakan bom Atom.
(Sumber : Wikipedia)
(Sumber : Wikipedia)
Statue di tebing sungai Motoyasu.
Statue adik-beradik dengan burung merpati.
Motoyasu River mengalir tenang.
Atomic Bomb Dome siap dibina pada bulan April 1915 hasil rekaan Jan Letzel, arkitek berbangsa Czech. Ketika itu, rakyat Jepun menunjukkan minat yang mendalam terhadap senibina Eropah. Hiroshima merupakan bandar yang sibuk dan pesat membangun. Selain menjadi pusat ketenteraan, ia juga merupakan pusat perindustrian yang maju.
Bangunan tersebut dikenali sebagai Hiroshima Prefectural Commercial Exhibition. Kemudian pada tahun 1933, namanya ditukar kepada Hiroshima Prefectural Industrial Promotion Hall. Fungsi utama bangunan tersebut adalah sebagai pusat pameran seni dan pendidikan.
Little Boy digugurkan pada 8:15:17 am waktu tempatan. Tentera U.S sebenarnya menjadikan Aioi Bridge sebagai sasaran. Sebaliknya Little Boy tersasar 240 meter dan meletus diatas Shima Hospital, 160 meter dari Hiroshima Prefectural Industrial Promotion Hall.
Hiroshima Prefectural Industrial Promotion Hall merupakan satu-satunya sturktur yang masih berdiri setelah letusan nuklear pertama dalam sejarah dunia tersebut. 70,000 penduduk Hiroshima mati semasa/sejurus selepas letusan manakala 70,000 lagi mati akibat komplikasi radiasi dalam beberapa tahun berikutnya.
Pada awalnya sebahagian dari penduduk Hiroshima yang terselamat mahukan Genbaku Dome dihancurkan sepenuhnya kerana ia hanya mengingatkan mereka kepada tragedi pahit tersebut. Sebahagian yang lain mahukan ia dikekalkan sebagai memperingati mereka yang terkorban dan sebagai pengajaran untuk generasi muda.
Shinzo Hamai, Datuk Bandar Hiroshima ketika itu telah mengembara ke serata dunia untuk mengumpul dana bagi membina Memorial Park. Kerja-kerja pambaik-pulih Genbaku Dome telah disempurnakan pada tahun 1967.
Keadaan A-Bomb Dome yang kita tengok pada hari ini masih lagi sama dengan keadaannya 70 tahun yang lepas, hanya sedikit terusik tetapi masih terpelihara. Ia telah diwartakan secara rasmi sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1996.
Pewartaan bangunan ini sebagai Tapak Warisan Dunia sebenarnya diselubungi kontroversi. Masa tu, delegasi2 dari World Heritage Committe datang ke Japan termasuklah wakil dari U.S dan China. U.S menentang keputusan tersebut sebab pada mereka, kewujudan Peace Memorial ni boleh mengubah konteks sejarah, seolah-olah Japan adalah mangsa keadaan. Lebih kurang macam tu la.
China pulak berpendapat, dengan adanya Peace Memorial ni, boleh mengingatkan masyarakat Jepun yang sebenarnya negara-negara bekas jajahan Jepun lagi terseksa dek kerana kekejaman rejim tentera Jepun pada ketika itu sehingga memaksa kepada penggunaan senjata nuklear.
Akhirnya wakil dari U.S tarik diri dari terlibat dengan keputusan, dan A-Bomb Dome telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Memorial Tower to the Mobilized Students.
Tugu setinggi 5 tingkat ini dibina pada bulan Mei 1967 sebagai memperingati 10,000 orang pelajar yang telah menjadi mangsa letusan bom Atom serta pelajar-pelajar yang terkorban sepanjang berlansungnya Perang Pasifik. Berketinggian 12 meter, ia dihiasi oleh patung Goddess of Peace dan 8 ekor burung merpati di sekelilingnya.
Motoyasu River.
Kawasan taman ni sebenarnya sangat popular semasa musim bunga sebab ada lebih dari 300 pokok cherry blossom di sepanjang Motoyasu River.
Children's Peace Monument
Children's Peace Monument dibina sempena memperingati kanak-kanak yang terkorban akibat dari pengguguran bom Atom. Ia diinspirasikan oleh kehidupan Sasaki Sadako, seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia kerana leukemia, 10 tahun selepas terdedah kepada radiasi bom Atom.
Monumen ini dirangka oleh Kazuo Kikuchi dan Kiyoshi Ikebe, dirasmikan pada 5 May 1958 bersempena Hari Kanak-Kanak di Jepun. Tugu Sasaki Sadako diabadikan di puncak monumen sambil memegang golden crane, melambangkan keamanan dunia.
Sasaki Sadako berumur 2 tahun ketika bom Atom digugurkan di Hiroshima, kira-kira 1.7 kilometer dari rumahnya. Sasaki tercampak keluar dari tingkap rumah tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.
9 tahun kemudian, Sasaki mula menunjukkan gejala-gejala penyakit kesan dari radiasi, dan seterusnya disahkan menghidapi leukemia. Sasaki dirawat di Hiroshima Red Cross Hospital selama hampir setahun sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Semasa dalam tempoh rawatan, Sasaki mula melipat origami berbentuk burung crane. Mengikut satu legenda masyarakat Jepun, dipercayai bahawa sesiapa yang dapat membuat seribu origami permintaannya akan termakbul.
Sasaki berusaha keras untuk menghasilkan seribu origami crane supaya doanya dimakbulkan sambil bergelut dengan penyakit yang agresif. Beliau berharap agar dunia dapat bebas dari penggunaan senjata nuklear.
Pada pagi 25 Oktober 1955, Sasaki menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kisah Sasaki menjadi inspirasi kepada kanak-kanak diseluruh Jepun ketika itu. Pelbagai kempen dilancarkan bagi mengumpul dana untuk membina sebuah monumen peringatan yang didedikasikan kepada beliau. Dibawah monumen, tertera perkataan berikut:
Kore wa bokura no sakebi desu. Kore wa watashitachi no inori desu. Sekai ni heiwa o kizuku tame no.
"This is our cry, this is our prayer: for building peace in the world"
Peace Flame : Tidak pernah terpadam semenjak dinyalakan pada tahun 1964.
Memorial Cenotaph.
Memorial cenotaph merupakan antara monumen terawal yang dibina di Hiroshima Peace memorial Park, siap pada 6 Ogos 1952. Kesemua nama mangsa-mangsa bom Atom yang terbunuh tertera diatas cenotaph tersebut.
Struktur melengkung diatasnya bermaksud untuk melindungi roh-roh yang terkorban. Ia dibina selari dengan Peace Flame dan A-Bomb Dome supaya ketiga-tiga monumen tersebut berada dalam satu garisan. Dibawah monumen tersebut tertera epitaph berikut:
Struktur melengkung diatasnya bermaksud untuk melindungi roh-roh yang terkorban. Ia dibina selari dengan Peace Flame dan A-Bomb Dome supaya ketiga-tiga monumen tersebut berada dalam satu garisan. Dibawah monumen tersebut tertera epitaph berikut:
"Let all the souls here rest in peace for we shall not repeat the evil"
Memorial cenotaph, Peace Flame dan A-Bomb Dome yang selari.
Generasi muda harapan nusa bangsa datang dari jauh nak belajar sejarah.
Hiroshima Peace Memorial Museum.
Peace Flame : Api ini akan terus menyala sehingga dunia bebas dari senjata nuklear.
Banyak lagi monumen2 dalam Peace Memorial Park ni. Malangnya kami kesuntukkan masa. Muzium pun tak sempat masuk sebab nak bergegas pulang ke Osaka.
Setiap tahun pada tanggal 6 Ogos, Hiroshima Peace Memorial Ceremony akan berlansung di depan Memorial Cenotaph bermula pada pukul 8 pagi. Tepat pukul 8.15 minit pagi, semua pengunjung akan berdiam diri selama seminit bagi menghormati mangsa-mangsa yang terkorban.
Disebelah petang pula berlansungnya Lantern Ceremony dimana beratus-ratus tanglung yang membawa 'roh mangsa' dihanyutkan di Motoyasu River.
Disebelah petang pula berlansungnya Lantern Ceremony dimana beratus-ratus tanglung yang membawa 'roh mangsa' dihanyutkan di Motoyasu River.
Lantern Ceremony during annual Hiroshima Peace Memorial Ceremony (sumber : visithiroshima.net)
Banyak lagi kisah-kisah menarik berkenaan peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki kalau berminat nak baca. Eizo Nomura merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat di dalam sebuah kedai kimono yang terletak hanya 170 meter dari pusat ledakan bom Atom di bandar Hiroshima.
Beliau yang berumur 47 tahun ketika itu turun ke bilik bawah tanah untuk mencari dokumen semasa Little Boy digugurkan pada pukul 8.15 minit pagi. Keseluruhan bangunan kedai runtuh dan kesemua 36 orang pekerja dalam bangunan tersebut telah terkorban kecuali Eizo Nomura.
Tsutomu Yamaguchi pula dikenali sebagai "the man who survived two atomic bombs". Beliau merupakan seorang jurutera syarikat Mitsubishi yang berasal dari Nagasaki. Ketika kejadian, beliau berada di Hiroshima atas urusan kerja.
Pada 6 Ogos 1945, Yamaguchi dan dua orang lagi rakan sedang bersiap untuk berangkat pulang ke Nagasaki bila letusan berlaku. Beliau mengalami kebakaran kulit, pekak sebelah telinga dan beberapa kecederaan kecil semasa kejadian tapi masih lagi mampu berjalan.
Selepas bermalam di pusat perlindungan, beliau pulang ke Nagasaki pada keesokan harinya. Walaupun mengalami kecederaan, beliau tetap bekerja pada pagi 9 Ogos 1945, hari dimana bom atom kedua digugurkan di Nagasaki.
Pohon Sakura, basikal dan sungai Motoyasu yang tenang membuatkan ku lupa segala bebanan kerja di bahu.
River cruise di sungai Motoyasu.
Tulip mekar di taman #1
Tulip mekar di taman #2
Tulip mekar di taman #3
Kemaruk pulak nampak bunga-bunga tulip merah berkembang mekar kat taman tu ha, haha. Jakun masing-masing tak pernah jumpa. Ada jugak kami letak dalam senarai kiv untuk ke tulip garden di Osaka yang diinspirasikan oleh Keukenhof garden di Holland tu, tapi memang tak dapat la nak menyelit. Jadual sendat.
Kami pulang semula ke Hiroshima station. Masa tu dah hampir pukul 4 petang dah. Tetibe terkeluar pulak cadangan untuk singgah ke Kobe on the way balik ke Osaka.
Layan ! Haha.
Maka pada malam 6 April 2014, kaki-kaki kami yang hampir tercabut dari sendinya ni telah pun mencecah tanah Kobe. Kami terus mengorak langkah meredah kedinginan malam menuju ke Kobe Mosque, iaitu masjid pertama yang dibina di Jepun. Ia terletak hampir 2.7 km dari Kobe station.
Cari punya cari, jumpa pun.
Terdapat Islamic Culture Centre disebelah masjid (masih dalam kawasan masjid).
Masjid Kobe merupakan masjid pertama yang dibina di bumi matahari terbit, mula beroperasi pada tahun 1935. Proses mengumpul dana bagi pembinaan masjid ini mengambil masa 7 tahun. Bayangkan betapa nekad nya penduduk muslim minoriti ketika itu untuk membina rumah Allah tersebut. Hasil dari usaha gigih mereka, Islam kini semakin berkembang di Japan.
Kami singgah untuk solat dan berehat sebentar, melunjurkan kaki yang kejang. Masjid ni ada 2 tingkat, tingkat bawah untuk muslimin dan tingkat atas untuk muslimat. Kebersihan memang tip top, tak perlu diragui.
Senibina masjid ni ikut traditional Indian architecture, direka oleh seorang arkitek berbangsa Czech bernama Jan Josef Svagr.
Mihrab dan chandelier (ruangan solat muslimin).
Ruangan solat muslimin dari tingkat atas (courtesy of Fateha Rahman).
Keutuhan masjid ni sebenarnya agak mengkagumkan, hasil dari ketinggian senibinanya. Semasa pihak tentera U.S melancarkan serangan udara ke atas Jepun ketika Perang Pasifik, masjid ni terselamat walaupun kebanyakan bangunan lain di sekelilingnya hancur runtuh.
Kemudian ketika gempa bumi besar yang dipanggil The Great Hanshin Earthquake melanda Kobe pada tahun 1995, sekali lagi ia terselamat dan hanya mengalami sedikit keretakan di bahagian luar sahaja. Maha Suci Allah yang memelihara rumah-Nya.
The Great Hanshin Earthquake merupakan gempa bumi kedua terbesar di Jepun dalam kurun ke-20 selepas The Great Kanto Earthquake pada tahun 1923.Hampir 6,500 nyawa terkorban semasa kejadian ngeri tersebut. Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak 10 trillion Yen, yakni 2.5% dari total GDP negara Jepun masa tu. Bayangkan betapa dahsyatnya gempa bumi tersebut, tapi Masjid Kobe masih berdiri megah.
Kedai runcit dihadapan masjid.
Lagi satu reason kami ke sini sebab nak cari makanan halal. Kalau ada masjid, mesti la ada komuniti orang Islam kan. Kalau ada orang Islam, mesti la ada restoren2 halal disekitarnya. Selalunya macam tu lah.
Kami masuk ke kedai runcit tu nak mintak panduan dari pemilik kedai yang beragama Islam. Benar sekali telahan kami, memang ada beberapa restoren halal di sekitar kawasan kejiranan ni, tapi semua dah tutup, huhu. Jadi brother tu suggest kami pergi ke Port of Kobe sebab kat situ ada 1 restoren halal, dan dia memang kenal owner restoren tu.
Pucuk dicita ulam mendatang, memang dalam plan kami pun untuk ke Port of Kobe, nak tengok tower merah menyala yang ramping tu, hehe.
Jauh le jugak nak ke situ, dengan sesat bagai. Mintak direction dari rakyat tempatan. Bila nampak Port of Kobe tower tu terkinja-kinja masing2, dek kerana kelaparan. Layan gambar je la okeh?!
Port of Kobe Tower : 108 meter, berbentuk hyperboloid, siap dibina pada tahun 1963.
Kobe Maritime Museum
Take a look at me now....hehe.
Meriken Park #1
Meriken Park #1
Cantik ke idok? Nak masuk kena bayar 600 Yen. Observation deck berada pada ketinggian 90 meter, nice spot untuk tengok pemandangan Port of Kobe.
Kobe Meriken Park Oriental Hotel
Sudut lain Harbourland : Port of Kobe sebenarnya merupakan Pusat Maritim Jepun.
Restoren Mezban menenangkan perut kami yang merintih kelaparan.
Maka dengan itu berakhirlah kembara kami di bumi penuh suka-duka Japan. Honestly memang tak puas jelajah negara ni dalam masa 6 hari. Banyak rushing sana-sini, tak sempat nak betul-betul menghayati keindahan alam, mahupun sejarah disebalik setiap tempat yang dilewati.
InshaAllah memang dah ada dalam plan dah untuk revisit Japan, cuma tak tahu bila lagi. Dana masih tak mencukupi, kesibukan kerja dan belajar menidakkan percutian yang panjang. Teringin sangat nak tengok autumn foliage kat Hokaido.
Kalau nak suruh saya rate negara Jepun sebagai destinasi pelancongan, tak perlu pikir panjang, saya terus kasik 5 bintang. That's me. How about you?
Puasa enam dah settle belom? Ada lagi beberapa hari je tinggal. Jangan bertangguh-tangguh pulak.
Sehingga ketemu lagi di lain hari. Saya akhiri entri ni dengan ucapan Sayonara ! (sambil menitiskan air mata).
Assalamualaikum !
Salam...
ReplyDeleteMenarik entry awak dekat jepun ni..6 hari awak boleh cover berjalan ke Nara, Kobe n Hiroshima. Saya pergi jepun 12hari tp xsempat nk pergi tempat2 tu..agak jelesss di sini..huaaaaaaaa... Klu awak travel, awak okey tak klu org yg awak xknal nk join ??? Mcm best je tgk awak travel... Boleh la boleh laaa.. Hehehhehe...
Thanks ! Selagi lutut tak mintak ampun selagi tu digagahkan jugak berjalan, haha. Setakat ni jln dgn kawan2 je. InshaAllah. Entah bila dapat travel lagi, huhu.
DeleteBiasalah lelaki...asal boleh berjalan akan teruskan jg berjlan.klu perempuan ni leceh sikit..huhuhu. Takpe2, rehat dulu kumpul duit..smpai masanya nnt terbang la kan. Sy ni pn tggu thn depan nk travel lg. Nak pergi korea pula. Hehehee...
Delete