Wednesday 26 August 2015

Menawan Puncak Rinjani : Mission Impossible kah? - Part 4 (10 Sept 2014)


Assalamualaikum !


SubhanAllah... Indahnya pemandangan matahari terbit dari Plawangan Sembalun. Antara yang tercantik pernah saya tengok. Terpaku melihat keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.

Syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana sehingga ke saat ini, keselamatan dan kesihatan kami masih terpelihara. Kalau ikutkan, macam2 boleh terjadi sepanjang pendakian ni. Perlu diigatkan, gunung Rinjani sebenarnya gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir ia meletus adalah pada bulan Mei 2010. Syukur kami aman tenteram.

Walaupun semalam rasa macam separuh nyawa mendaki hingga ke puncak gunung, hari ni bangun pagi rasa sangat fresh & rejuvenated. Ringan sikit kepala otak selepas menghirup udara segar pergunungan.

Semalam semua masuk tidur awal sebab kepenatan yang amat sangat. Tidur lena dibungkus sleeping beg. Kalau malam sebelum tu tak dapat tidur sebab dengar macam2 bunyi (angin kencang, ribut, bunyi-bunyian dari pokok etc.), malam tadi memang sikit pun tak terganggu. Tak bangun kencing pon, hihi.

Awal kami bangun untuk observe sunrise. Brader2 porter belum bangun tidur lagi kami dah pun siap berkemas. Nak photoshoot !

Nothing much happened that morning. Lepas breakfast, kami bergambar lagi sementara tunggu diorang packing khemah dan barang2 lain. Entri ni lebih kepada gambar je. Takde drama pagi tu. Sebab dah familiar sikit dengan trek Sembalun ni, menuruni gunung was a lot easier.

Jom layan gambar dari Plawangan Sembalun ke Pekan Senaru. Sebahagian gambar adalah ehsan dari Gopro Azila dan kamera At'fina yang osem. Makasih ya buk Ajila sama buk At'fina.


























Bangga weh dengan pencapaian peribadi ni. First time hike gunung, dan trek Rinjani ni pulak bukan sembarangan. Antara trek mendaki paling sukar di nusantara.

Beberapa kilometer sebelum sampai Kampung Sembalun, kami berhenti untuk makan tengahari dan solat. Terkesima sekejap bila disua spagetti bolognese oleh brader2 porter. Dahsyat diorang ni, macam2 cuisine diorang boleh prepare walau kekurangan bahan. Tabik spring toink toink !

Dari Kampung Sembalun, kami naik jeep untuk ke Pekan Senaru. Atas jeep sempat rakam video klip lagu tema trip kali ni (Hujung Dunia).

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama



Dah hampir pukul 5 petang masa sampai ke Pekan Senaru. Lepas ambil beg, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Pak Macho & team. Ada unsur2 emotional siket masa tu, huhu. Diorang ni la yang jaga kami selama 4 hari kat Lombok, mengangkut beg dan barang2 berat tu ke atas gunung dengan berkaki ayam/selipar jepun.

Semoga Allah mengangkat kesempitan, melimpahkan rahmat dan membuka jalan rezeki untuk mereka.

Okay. Bahagian 1 trip ni yakni pendakian gunung Rinjani dah pun melabuhkan tirai dengan jayanya. Dalam bahagian kedua, kami ke pulau Gili Trawangan, salah satu dari 3 pulau kecil di bahagian barat laut pulau Lombok. Sebab utama ke Gili Trawangan hanya nak rehat2 dan manjakan diri. Consider reward lah selepas penat mendaki gunung.

Kami dihantar ke Jeti Bangsal oleh salah seorang pekerja Green Rinjani dengan van. Jarak perjalanan hanya dalam 57-58 km tapi kerana keadaan jalan raya yang tak berapa elok, boleh stretch sampai 2 jam jugak.

Ditakdirkan pulak ada massive road reconstruction masa tu. Jam teruk. Gabra dah sempat ke tidak sampai jeti sebelum hari gelap? Masa ni baru je 2 bulan lepas pilihan raya. Time ni lah parti yang menang nak tunaikan janji yang ditabur sebelum mengundi dulu.

Driver kami banyak kali jugak offer untuk naik speed boat. Kalau nak, die ada contact. Katanya banyak samseng kat jeti Bangsal tu, especially bila dah petang macam ni, bila tourist dah desperate. Tapi harga speed boat berganda-ganda mahalnya dari harga feri. Kami masih berharap agar sempat sampai ke jeti Bangsal dan dapat naik feri yang murah tu. Speed bot naik di Teluk Nara, about 5 km dari jeti Bangsal.

Situasi agak tegang dalam van masa tu. Ada la adegan marah2 sikit. Biasa la bila stress kan. Pasrah je lah nasib diri. Sambil2 tu layan jugak pemandangan sepanjang jalan. Cantik okay. Sawah padi menghijau, matahari terbenam dan gunung Agung. SubhanAllah !


#genghikers #galakjalan #teampakmacho.

Cantik !!! Rasa nak minta driver berhenti sekejap untuk bergambar tapi situasi tengah tegang, tak berani ambik risiko, hihi.

Gunung Agung di Bali, next target untuk ditawan, inshaAllah.

Jeti bangsal (dan Gunung Agung).


Benar bagai dikata, kami diserbu oleh 2-3 orang berbeza sejurus selepas pintu van dibuka. Ni pelik. Apesal ramai sangat yang jual tiket? Sangat meragukan. Kaunter tiket dh tutup katanya. 

Punyalah ramai orang yang tengah menunggu feri. Majoritinya rakyat tempatan. Muat ke feri tu? 2 minggu sebelumnya, keluar berita pasal feri tenggelam kat Lombok. Mak dah pesan siap2 elok2 kalau nak naik feri tu, gulp !

Feri sampai masa hari dah senja. Keadaan feri tu pun macam dah nazak. Orang ramai mula menyerbu, berasak-asak masuk ke dalam feri. Aduhai feri, macam nak terbalik dah dek kerana terlebih muatan. Ada yang sanggup panjat ke atas bumbung. Mungkin tu feri terakhir kot. Kami hanya mampu melihat...

Mujur la brader Green Rinjani tadi ada lagi kat situ lagi menyaksikan telatah kami 'dibaham' samseng2 jeti. Boss dah pesan tunggu sampai kami selamat berlepas baru balik ke pekan Senaru katanya. Dengan muka seposen, kami pegi balik kat dia minta tolong dapatkan speed boat. Seriau sungguh dengan keadaan feri tadi. Sungguhpun kosong belum tentu den nak naik. Keadaan air laut pulak sangat bergelora.

So akhirnya kami selamat sampai di Gili Trawangan dengan menaiki speed boat. Memang la Selat Lombok malam tu sangat2 bergelora. Tercampak ke kiri ke kanan bila bot dihentam oleh ombak besar. Apa la nasib yang duduk atas bumbung feri tu ye.




3 pulau Gili (Gili Trawangan, Gili meno & Gili Air) merupakan antara attraction paling popular di Lombok. Orang kata kecantikan Gili setanding dengan Bali cuma Gili tak sesesak Bali. Industri pelancongan di sini hanya bermula sekitar tahun 1990-an.

Gili Trawangan merupakan pulau paling jauh sekali dari Lombok, dalam 10-15 minit by speedboat. Tak tahu la berapa lama pulak kalau naik feri usang. Ni kawasan tumpuan pelancong yang menyediakan banyak hiburan dan aktiviti laut.

Tiada kenderaan bermotor di Gili Trawangan, dan tiada jalan berturap. Sama ada jalan kaki, sewa basikal, atau naik Cidomo iaitu kereta kuda. So dari jeti, kami naik Cidomo untuk ke hotel.

Bagi delegasi Fir (Fir, Azila, Atfina, Fairuza), ini malam last diorang di bumi Lombok. Esok diorang balik Malaysia. Delegasi Shafik (Shafik, Fateha, Kancil) akan stay untuk 2 malam lagi. Takde proper itinerary atau aktiviti yang disusun untuk Gili Trawangan sebab memang kami niat nak rehatkan badan dan minda je.


Sumber : Wikitravel


Orait, rasanya setakat ni je untuk entri kali ni. Jumpa lagi !

Assalamualaikum !




4 comments:

  1. Bestnya asyik travel.. like your post a lot. Keep on sharing your stories. *thumbsup*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your feedback and encouragement. Always glad to hear that someone actually really enjoy reading my blog. Really appreciate it. Thanks again !

      Delete
  2. Assalamualaikum. Haiii, boley taw tak korang amik pakej aper g gunung rinjani and how muc h per person, thanks for sharing 😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakej dari green rinjani (http://www.greenrinjani.com/). USD210/pax

      Delete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...