Sunday 5 July 2015

Explorasi Turki Day 1 (2 Jun 2015) : Part 1



Assalamualaikum & Salam Ramadhan semua !


Masih ingat lagi hampir 2 tahun lepas masa mula-mula berkira nak buka blog ni. Niat nak share pengalaman sendiri menjelajah bumi Tuhan yang luas. Harap-harap dapat dijadikan panduan bagi yang berhasrat untuk ikut jejak langkah.

Berminggu-minggu fikir. Bimbang tak mampu nak beri commitment untuk update blog secara consistent. Dengan kerja seharian yang sibuk, nak cari masa untuk jogging 3 kali seminggu pun seksa. Inikan pula nak duduk depan komputer berjam-jam menulis. Kalau berjam-jam masa mengarang cerita tu digunakan untuk work up kat gym agaknya dah sado dah sekarang ni. Takde lah selamanya kurus keding, huuuuu.

Mohon abang2 sado yang terbaca blog ni jangan tersinggung ye, hihi.

Over the years, bermacam-macam bandar telah pun dijelajahi, pelbagai pengalaman hidup dipelajari. Network dah makin besar, dapat ramai kawan travel baru yang awesome, dan boleh kata, dah 'matang' sikit la cara pemikiran tu walaupun kebanyakan masa masih lagi childish (arrgghhh !).

Dulu rasa impossible sangat nak menulis cerita panjang-lebar. Sekarang pun masih lagi struggling bila nak menyudahkan satu entry. Alhamdulillah berkat keizinan dari Allah, diberikan kekuatan untuk meneruskan perkongsian. Niat masih sama, untuk menjadi panduan buat yang berhasrat nak jelajah bumi Allah ni. Moga-moga semua beroleh manfaat.

Honestly saya seronok bila dapat email, PM dan message minta pendapat, pandangan, bertanya soalan, minta itinerary, budget dan sebagainya dari pembaca. Rasa berbaloi sangat usaha menulis blog ni. Cuma terkadang tu lambat sangat nak respond especially email. For that, I am reaaaalllllly sorry. Seriously ! Mohon jangan putus asa untuk email saya lagi ye, huuu.

Jom sambung kisah pengembaraan pulak.


*****************


Lama pendam hasrat nak cecah lantai negara ni. Tengok gambar Fir, Azila dan Fairuza  menjelajah bumi penuh bersejarah ni rasa nak unfriend FB terus. Macam tu sekali cemburunya. Kalau boleh unlike tu dah lama unlike 10x semua gambar-gambar ohsem yang diupload dalam facebook. Ko rasa hebat la dapat jalan-jalan negara orang? Gitew ! Dalam istilah perubatan dipanggil 'pathological jealousy' atau 'morbid jealousy'. Google sekarang apa benda alah tu. Hiks !

Alhamdulillah awal Jun tahun lepas saya diberikan peluang untuk jejakkan kaki ke bumi penuh barakah ni. Napoleon Bonaparte pernah berkata:-

" If the whole world were one country, Istanbul would be its capital"


Yup, negara seterusnya yang telah Sang Kancil jelajahi adalah TURKI !!!

Mula merancang nak ke Turki lepas balik dari India. Masa tu slot pertengahan tahun memang kosong. Kebetulan musim cuti sekolah dan kakak pun memang teringin sangat nak ke Istanbul. So partner in crime dah dapat. Seterusnya kena plan transportation, accomodation, destinasi untuk cover dan lain-lain. Istanbul sahaja rasanya takde masalah klau nak travel sendiri. Walaupun masalah bahasa, tapi transportation sangat efektif. Ada bas, tram dan train.

Cumanya untuk luar Istanbul problem besar. Turki ni secara kasarnya lebih kurang 3 kali ganda lebih besar dari UK. Mampu nak cover dalam masa kurang dari sepuluh hari? Pengsan !

Lama-lama give up, terus hilang arah tujuan tak tahu macam mana lagi nak plan. Kawan yang dah pergi sana cakap travel sendiri kat Istanbul then amik pakej untuk ke destinasi luar Istanbul di Istanbul nanti. Hmmm...

Kakak memang tak membantu lansung sebab dia bukan jenis backpacking punya style. Sambil-sambil boring buat research tetibe terjumpa satu pakej yang agak murah dan itinerary nye cover banyak jugak tempat di luar Istanbul termasuk Cappadocia yang femes dengan hot air balloon tu.

Setelah menimbang baik buruk, saya memilih untuk join pakej yang disediakan oleh Andalusia Travel & Tours selama 9 hari 7 malam.


Istanbul >> Bursa >> Kusadasi >> Pamukkale >> Konya >> Cappadocia >> Ankara >> Bolu >> Istanbul

Pengsan lagi kene kutuk dengan geng-geng backpacker sebab join geng bendera dan beg beg beroda... (larik !!!!!). Haha.

Tak tahu macam mana boleh proceed dengan plan ni. Saya tak suka kalau ada time-constraint bila travel. Kalau boleh nak panjangkan masa kat tempat yang best dan pendekkan masa di destinasi yang kurang menarik. Tapi bila dah ikut pakej ni semuanya dah ditetapkan pun. Ikut je la. Tak boleh nak nego sangat.

Anyway, peta atas tu menunjukkan route yang saya lalui selama 9 hari berada di Turki. Boleh tahan jugak dapat cover banyak tempat kan? Sebelum meneruskan lagi celoteh, saya nak buat comparison sikit pasal pakej ni, pros & cons.


Yang best :-

> Tak payah penat-penat plan trip, semuanya diuruskan. Sit back, relax and enjoy !

> Harga pakej agak berpatutan, RM4500++ termasuk harga tiket kapal terbang, penginapan, entrance fee dan makanan (breakfast, lunch and dinner). Bawak duit shopping je. Kalau travel sendiri mungkin dapat save budget sikit lagi tapi effort & time spend untuk planning tu tiada galang-gantinya. Beza harga pun mungkin tak jauh mana sangat. Saya compare total expenditure member yang amik pakej dari Istanbul tu pun lebih kurang je harganya.

> Bagi backpacker yang kebiasaannya tidur di bilik motel kecik, sempit dan berkongsi ramai-ramai, penginapan yang disediakan dalam pakej ni tersangatlah mewah. Paling kurang rasanya hotel 3 bintang. Bilik sangat luas dan selesa. Tilam dan bantal yang empuk dan selimut selembut sutera merupakan faktor yang menyukarkan diri untuk bangun awal pagi (over giler description ! Ngeee).

> Makanan : yang ni pun lagi satu faktor. Makan buffet bermacam-macam juadah, kenyang sampai semput nak panjat tangga bas. Terasa seperti berada dalam percutian mewah (consider mewah la bagi backpacker yang dah biasa makan besar sekali sehari je).

Yang kureng :-

> Itinerary : seperti yang tertera dalam pakej. Tempat yang saya nak sangat pergi macam Aya Sofea tak termasuk dalam pakej. In fact, pakej ni banyak tertumpu kepada destinasi luar Istanbul. Di Istanbul sendiri masa sangat limited.

> Macam yang saya cakap tadi, time-constraint. Kena ikut jadual yang ditetapkan. Tak boleh besar kepala buat sesuka. Kena considerate. Jangan nak menyusahkan rakan-rakan travel yang lain. Jangan buat orang tertunggu-tunggu kita. Orang lain pun bayar sama harga dengan kita, walaupun hakikatnya masa kat Pamukkale satu bas tunggu saya yang kelewatan dek kerana terkesima menikmati keindahan teres bertingkat 'Cotton Castle' tu. Hanya mampu cakap 'oooppppsss !' je. Haha. Nasib la pakcik makcik ni sempoi semuanya. (Urut dada lega sebab tak kena cemuh).


*********


Okay, jom ikut saya ke Turki !

Malam 1 Jun 2014, kami berkumpul di KLIA untuk group check in. Ketua rombongan kami Haji Mohamad, berpengalaman membawa perpuluh-puluh kumpulan ke seantero dunia. Dan seperti yang dijangkakan, hanya saya je yang bawak backpack. Selebihnya semua beg roda, huhuhu. Rasa asing sungguh.

Tepat pukul 12.45 minit malam, penerbangan bermula. Perjalanan mengambil masa 10 jam 15 minit. Bukan setakat kematu, rasanya dah berlubang punggung. Dah la dapat tempat duduk belakang sekali dekat jamban. Nasib la waktu malam, membuta je lah.


Sunrise di pertengahan jalan kira-kira sejam sebelum landing di Istanbul.



Alhamdulillah kami selamat mendarat di Ataturk International Airport pada pukul 6.15 minit pagi waktu tempatan. Solat subuh dalam flight. Sejuk pagi tu sebab hujan. Proses immigresen berjalan lancar. Lepas semua orang dah collect luggage, kami berkumpul semula di satu sudut airport.

Lepas tu Haji Mohamad bawak kami jumpa tour guide kami sepanjang di Turki selama 9 hari, namanya Kerem. Mr. Kerem bawa kami ke tempat parking bas sebab kami akan terus ke destinasi pertama iaitu Topkapi Palace. Dahsyat jugak pakej ni. Tak kasi orang rehat dulu terus je mula berjalan.


Beratur untuk proses imigrasi dan pemeriksaan kastam.

Collect luggage & meeting up with Mr. Kerem (yang baju kotak-kotak) Yang pakai jaket hitam tu Haji Mohamad.

Geng beg beroda dan bas kami untuk 9 hari di Turki. 

Laut Marmara di kanan jalan sepanjang perjalanan dari airport ke Sultanahmate Square.


Sejarah Istanbul terlalu panjang untuk diceritakan dalam blog ni. Selama berkurun-kurun ia mejadi rebutan pelbagai empayar kerana kedudukan nya yang strategik sebagai titik penyambung antara Eropah dan Asia.

Istanbul dipercayai telah ditemui pada tahun 660 sebelum masihi oleh peneroka tamadun Yunani dan telah dinamakan Byzantium. Peperangan tercetus selama beratus-ratus tahun bagi merebut kota Byzantium. Pada kurun kelima sebelum masihi, Istanbul jatuh ke tangan empayar Parsi untuk tempoh masa yang singkat. Akhirnya ia jatuh ke tangan tentera Rom pada tahun 330.

Selepas menguasai Istanbul, Constantine the Great menjadikan istanbul sebagai pusat pemerintahan empayar Rom timur dan Istanbul mula dikenali sebagai Constantinople. Constantinople berada dibawah takhlukan empayar Latin diantara tahun 1204-1261 sebelum dirampas semula oleh Rom. Pada tahun 1453, Constantinople jatuh ke dalam genggaman empayar Turki Uthmaniyyah dibawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Hari ini, Istanbul didiami oleh lebih dari 15 juta penduduk dan merupakan bandar ke-6 paling ramai penduduk di dunia. Istanbul merupakan antara pusat ekonomi, sosial, hiburan, perniagaan, pentadbiran dan pelancongan utama di Eropah. Pada tahun 2010, Istanbul desenaraikan sebagai salah satu dari "European Capital of Culture".

Istanbul dibahagikan kepada 3 bahagian oleh Selat Bosphorus dan Golden Horn.




Selat Bosphorus (menyambungkan Laut hitam dan laut Marmara) merupakan pembahagi antara Benua Asia dan Eropah. Istanbul Asia dan Istanbul Eropah disambungkan oleh Bosphorus Bridge. Bahagian Eropah Istanbul pulak dibahagiakan kepada 2 oleh Golden Horn. Bahagian Selatan dikenali sebagai 'Old City' (the Historical peninsula) dimana terletaknya kebanyakan tinggalan Turki Uthmaniyah dan bahagian Utara yang dikenali sebagai 'New City'. Old City dan New City disambungkan oleh Ataturk Bridge dan Golden Horn Bridge.

Basically Turki sangat kaya dengan sejarah. Masih banyak tinggalan sejarah dari zaman Rom, Byzantin dan Turki Uthmaniyyah yang masih terpelihara. Perjalanan kami selama 9 hari di bumi Turki menyingkap kembali tinggalan-tinggalan sejarah tersebut.

Eksssssitedddd ?

Dah sampai Topkapi palace. Jom !


Bahagian timur Aya Sophia. Aya Sophia terletak bersebelahan dengan Topkapi palace.


Peta ringkas Topkapi Palace. Dari pintu masuk >> First Court >> Second Court >> Third Court >> Fourth Court, dan Harem yang terletak disebelah kiri istana.


Agak sukar sebenarnya nak cerita pasal setiap inci istana yang sangat luas ni dan sejarah di sebaliknya. Ini jugak antara sebab utama kenapa entri Turki ni asyik tertangguh je. Saya cerita sikit-sikit secara superficial, maklumat selebihnya boleh baca dalam internet, buku dan risalah-risalah yang boleh didapati di information centre. OK?

Istana Topkapi mula dibina selepas penguasaan kota Constantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh pada tahun 1453. Tak seperti istana-istana lain di Eropah (contohnya Schonbrunn Palace di Vienna) yang dirancang secara teliti, pembinaan istana Topkapi melalui proses penambahan yang berterusan setiap kali tampuk pemerintahan bertukar. Akibatnya terhasillah Topkapi Palace pada hari ini yang tak berapa nak simetri (rujuk peta di atas) tapi still sangat grand !

Bahagian pertama selepas melalui gerbang utama istana (Imperial Gate) adalah First Court yang juga dikenali sebagai Court of the Janissaries atau Parade Court. Ia merupakan kawasan taman yang dihiasi bunga-bungaan indah. Di sebelah kiri taman merupakan Hagia Eirene yang merupakan gereja Byzantine, juga dikenali sebagai Aya Irini (Church of the Divine Peace).

Teruskan berjalan sehingga jumpa pintu gerbang kedua iaitu Middle Gate. Kaunter tiket terletak di sebelah kanan sebelum pintu masuk Middle Gate. Kerem dah siap-siap beli tiket masuk kami so tak payah nak beratur. Harga tiket ialah 25 Euro, tidak termasuk entrance ke Harem iaitu bahagian private Sultan dan kerabat di bahagian kiri Istana (rujuk peta di atas). Kalau nak masuk Harem ni kena beli tiket yang berharga 15 Euro di Harem Ticket Office kat dalam nanti. 

Harem memang tak termasuk dalam itinerary so kalau berhajat, pandai-pandai la manage your time. Kalau setakat 2 jam memang tak termampu nya nak explore satu Istana. 

Middle gate buka tepat pukul 9 pagi. Kami sampai awal dan masa tu tak ramai lagi yang beratur which is actually quite awesome sebab masa kami keluar balik ke First Court lepas habis explore, punya lah ramai umat manusia yang beratur nak beli tiket. Ni jugak plus point untuk pakej sebab tiket dah dibeli awal-awal.

Dari istana sehingga lah menjadi muzium, Topkapi Palace memang terkenal dengan kehebatan senibina serta khazanah-khazanah mewah yang tersimpan di sini, termasuklah peninggalan Nabi Muhammad SAW.

Selepas melepasi Middle Gate, ada security check. Jangan risau sebab kamera boleh bawak masuk. Cakap banyak tak guna. Jom layan gambar pulak. Sambil-sambil tu saya cerita serba sikit ok. Jejomz !


The First Court.

Hagia Eirene aka Aya Irini (Church of the Divine Peace).

The Middle Gate #1.

The Middle Gate #2.

The Second Court..

Imperial Council Chamber.

Group tourist yang sedang mendengar penerangan dari tourist guide.

Harem : Next time melawat Istanbul boleh explore sini pulak.


Dulu-dulu masa zaman kesultanan Turki Uthmaniyyah, diorang masuk istana dengan menunggang kuda. Bila dah sampai ke Middle Gate, semua orang kena turun dari kuda masing-masing kecuali Sultan dan ibu Sultan. Hanya Sultan dan ibunya sahaja yang boleh melalui Middle Gate dengan meunggang kuda. 

Di sebelah kiri Second Court merupakan Imperial Council Chamber, tempat dimana pegawai-pegawai tertinggi kerajaan melalukan persidangan dan perbincangan berkenaan isu-isu kerajaan. Dikhabarkan Sultan akan mencuri dengar perbincangan pegawai-pegawainya melalui dinding istana. Wallahua'lam kebenarannya.

Di sebelah kanan pulak merupakan dapur istana (Palace Kitchens) yang suatu ketika mempunyai 800 pekerja. Palace Kitchens ni agak panjang, ada 10 kubah dan 20 corong asap. Dianggarkan pada satu-satu masa, jumlah penghuni istana adalah lebih kurang 4000 orang. So bayangkan berapa banyak makanan tu nak disediakan? Patut la sampai 800 orang staff digaji. 

Dalam dapur ni juga terdapat koleksi seramik dari China yang terkenal dengan kebolehan mengesan racun. Perkakasan seramik ni akan berubah warna sekiranya terdapat racun dalam santapan istana. Ni dalam cerita-cerita maharaja China selalu kita tengok kan.

Seterusnya untuk ke the Third Court, harus melalui Gate of Felicity. Pintu gerbang bercirikan senibina Rococo ni suatu ketika dulu merupakan tempat dimana upacara pertabalan dan pengebumian Sultan dijalankan.


Gate of Felicity.

Dormitory of the Expeditionary Force (kubah kecil) dan Imperial Treasury (kubah besar).


Bila dah masuk Third Court, Kerem cakap dia akan tinggalkan kami seketika untuk explore sendiri the rest of the Palace. Dia kasik 2 jam macam tu. 

Di sebelah kanan Third Court merupakan Dormitory of the Expeditionary Force dan Imperial Treasury. Dormitory of the Expeditionary Force menyimpan koleksi-koleksi jubah dan uniform yang disulami emas dan perak. Masa ni dah mula ramai pelancong bersesak-sesak dalam bilik kecil tu. Memang menakjubkan betul khazanah-khazanah dalam ni. Tak boleh imagine macam mana keadaan dalam istana ni di zaman kegemilangan empayar Turki Uthmaniyyah. Sangat lavish !

Imperial Treasury pulak menyimpan khazanah-khazanah seperti barang kemas, perhiasan diraja, pedang, takhta Sultan, piala dan sebagainya yang kesemuanya diperbuat atau bertatahkan emas, perak, ruby, jed, mutiara dan berbagai-bagai bahan berharga lagi. Hmmmm. Berpinar mata tengok benda-benda berharga nih.

Antara yang paling popular kat sini adalah Topkapi Dagger yang terletak di bilik ke-empat. Topkapi Dagger merupakan hadiah dari Sultan Mahmud 1 kepada pemerintah Parsi iaitu Nadir Shah pada tahun 1747. Malangnya Nadir Shah telah dibunuh sebelum Topkapi Dagger ni sampai ke tangan beliau.

Owh, takde gambar-gambar khazanah tu semua sebab tak dibenarkan ambik gambar ok. Kalau nak tengok macam mana rupanya treasury berharga ni, kena datang sendiri tengok. Maaf ye. Tapi saya belanja satu gambar Topkapi Dagger yang dicilok dari encik google. Memang cantik sungguh la pedang ni.


Topkapi Dagger : #Berdarah hidung (cantiknya !!!)

 Bunga daisy yang menghiasi Third Court.

Kerusi rehat diluar Sacred Safekeeping Rooms.


Disebelah kiri Third court pulak merupakan Sacred Safekeeping Rooms yang menempatkan peinggalan Rasulullah SAW dan para sahabat. Bersebelahan dengannya merupakan Dormitory of the Privy Chamber yang menempatkan gambar potret 36 sultan empayar Turki Uthmaniyyah.

Again, maaf sebab tak dapat saya nak kongsikan bagaimana rupa jubah Fatimah, Pedang Saidina Ali dan berbagai-bagai lagi peninggalan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, sebab tak dibenarkan tangkap gambar. Berdarah lagi hidung tengok deretan pedang-pedang para sahabat yang diaturkan satu persatu dalam pelbagai rupa, bentuk dan saiz. 

Lepas dah puas (dan penat) melihat koleksi-koleksi berharga di sekitar Third Court, kami ke Fourth Court.


Pemandangan Selat Bosphorus #1 dari Forth Court.

Pemandangan Selat Bosphorus #2 dari Forth Court.

Bunga-bunga yang menghiasai kawasan kebun di Fourth Courth.


Boleh lah chillax sikit kat Fourth Court ni. Jetlag tak hilang lagi otak dah kena sumbat dengan fakta-fakta sejarah yang banyak. Mau tak sasau. So kami cari pot nak rehatkan diri sambil menikmati pemandangan Selat Bosphorus yang awesome. 

Kat Fourth Court ni ada satu restoren iaitu Konyali restaurant, bagi yang nak hilangkan haus dahaga. Kami terus ke Mediciye Kiosk disebelah kiri Fourth Court. Untuk view panorama kota Istanbul dan selat Bosphorus yang cantik, sila ke bahagian belakang Mediciye Kiosk.


Mediciye Kiosk #1.

Mediciye Kiosk #2.

Mediciye Kiosk #3.

Selat Bosphorus dari Mediciye Kiosk #1.

Selat Bosphorus dari Mediciye Kiosk #2.


Mediciye Kiosk merupakan struktur terakhir yang dibina dalam Topkapi palace, sekitar tahun 1859 atas arahan Sultan Abdulmecit. Masa ni Sultan dan berpindah ke Dolmabahce Palace sebagai permanent residence. Mediciye Kiosk ni dibina sebagai tempat istirehat Sultan bila melawat Topkapi Palace.

Dalam Fourth Court juga ada Head Physician's Pavillion, beberapa lagi kiosk (Baghdad kiosk, Revan kiosk, Kiosk of Mustafa Pasha) dan sebuah bilik bersunat (Circumcision Room). Kalau musim bunga (April-May), kebun dalam Fouth Court ni akan dihiasi oleh bunga-bunga tulip pelbagai warna. Since masa ni dah masuk musim panas, tulip pun dah mati. Bunga ros banyak la.


Head Physician's Pavillion.

Pokok Maple didepan Gate of Felicity.

Maple leaves kehijauan.

Daun maple kering. Cantiknya kalau musim luruh ni.


By the time semua orang berkumpul balik depan Gate of Felicity, dah tengah hari. Alhamdulillah cuaca mendung dan gerimis pagi tadi dah betukar cerah. Destinasi kami seterusnya adalah masjid biru yang terletak hampir 3 kilometer dari Topkapi Palace. Macam mana nak ke masjid Biru?

Jalan kaki ! Hehehe. Layan je la. Susah nak park bas agaknya so kami diajak berjalan ditengah terik mentari. Ingat kan pakcik-makcik ni semua nak komplen tapi sempoi je diorang berjalan jugak. Tabik spring !!!


Umat manusia yang beratur nak beli tiket. Ya ampunnn !

Hagia Sophia disebalik rimbunan,



Gigit jari je menjeling kearah Hagia Sophia yang tak termasuk dalam itinerary. Nak lari kejap dari group pun tak boleh sebab hari isnin Hagia Sophia tutup. Takpe lah. Kalau ade rezeki lain kali boleh datang lagi Istanbul.

Saya akan stop dekat sini dulu dan sambung entri ni dalam part 2 nanti. Selamat menjalani ibadah puasa. Saya doakan semoga kita semua dipertemukan dengan malam Lailatul qadar, beroleh keampunan dari Allah SWT dan 'graduate' dari Universiti Ramadhan tahun ni dengan jayanya.

Till we meet again. Assalamualaikum !




8 comments:

  1. okey nak comment lagi..hahaha.. sy pun pernah pergi sekali travel under pakej. dengan Andalusia Travel & Tour juga. that time sy pegi beijing. Pakej diorang agak berbaloi dan puas hati. 7hari 6mlm, only rm1700.. hehhehe..so sy pun dapatlah beg beroda kaler biru n kuning tu. tapi beg tu sekarang dh arwah. saya tinggalkan dekat Hongkong Airport 2 bulan yg lepas... ni semua gara-gara sy tertinggal flight nk balik kl dr hongkong. terpksa beli tiket baru. menangis dekat airport. nak jimatkan kos punya psal, sy tinggalkan je beg tu.. huhuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi...hihi

      Saya kasik anak sedara je beg tu. Tak pernah guna pun.

      Terlepas flight sebab asyik bershopping ke? hiks

      Delete
    2. Ohh tidak..boleh percaya tak sy terlepas flight sbb makan roti dan nutella ?? Padahal sy dh smpai kt airport awal. Terlampau asyik sgt mkn smpai xsedar waktu bergerak dgn pantasnya...huhuhu.. rasa mcm menyesal giler mkn roti time tu. Lepas ni sy dh xnak mkn roti kt airport dh. T_T

      Delete
    3. adoih... lawak2. menda nak jadik ye..huhu

      Delete
  2. salam..

    thanks for sharing. nak tanya, saya dh lama plan nk ke istanbul. hopefully nextyear. around bulan 5 ke ats.
    kalau mcm nk tgal sana for 3months and bekerja smenetara disana. ok ke? how about visa?

    thanks.

    harisa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm, tak pasti la mcm mna klau nak kerja sana. Kerja apa tu? Bahasa susah kat sana. Depa tak guna english. Visa tak perlu klau sebagai pelancong

      Delete
  3. salam..pada pendapat awak..mana lagi best..kahsmir or turki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. dua2 best. Tak boleh nak compare dua tempat ni sebab lain kategori. Kashmir lebih kepada nature and scenery. Turki besar sangat. macam 2 ade. Selain scenery, Turki banyak sejarah zaman turki uthmaniyyah. so memang tak bley compare.huhu

      Delete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...