Saturday, 11 July 2015

The Spices Of India : Day 7 (26022014)



Assaalamualaikum & Salam Ramadhan.

Lama jugak ditinggalkan tergantung kisah di India ni rupanya. Bukan setakat basi, dah berkulat pon. Sikit je lagi nak mereput. Maaf leeer..

Jom sambung balik cerita di Jaipur. Dah masuk hari ketujuh pun di India. Alhamdulillah sakit perut makin berkurang. Kat Jaipur ni memang taram semua jenis makanan, takut kena lagi serangan gastrik.

Alhamdulillah pukul 8.30 pagi kami turun ke cafeteria di sebelah lobi hotel untuk menikmati buffet makan pagi yang uuuuhhhh, sedappp ! Seronoknya bila dapat makan puas2 tanpa perlu risaukan status kehalalan makanan sebab kat sini dijamin halal.

Selepas makan kami sempat berbual dengan pemilik hotel yang masa tu tengah lepak2 kat lobi. Seronok dia bila tahu kami baru balik dari Kashmir, sebab dia asalnya dari Kashmir. Dia ada warning kami pasal si Rais ni yang rupanya agak 'femes' dengan tipu helahnya. Dah ada pelancong lain yang kena dengan dia.

Malangnya si Rais dari pagi buta dah tercongok kat depan pintu hotel menunggu kami. Istiqamah sungguh mamat ni. Dia nak charge RS2500 seorang untuk full day tour. Ko mampu ?!

Kami mintak dia hantar sampai Hawa Mahal je. Dalam perjalanan tu tak habis-habis membebel cakap kami ni mintak murah sangat la, kami dah termakan kata-kata fitnah boss hotel tadi la, bla bla bla. Bingit telinga. In the end kami setuju dia hantar sampai Amber Fort. Senyum sampai telinga. hummpphh !



Chandelier cantik di lobi hotel.

Juadah halalan toyyiban menyapa perut kosong kami di pagi hari.


Plan kami hari ni nak ke beberapa tempat bersejarah di sekitar Jaipur. Takde mende lain di Jaipur ni selain historical sites. Destinasi pertama kami, Amer Fort terletak lebih kurang 11 km dari Jaipur city.

Amer Fort mula dibina pada tahun 1595 oleh Raja Man Singh 1, siap dibina semasa pemerintahan Mirja Raja Jai Singh. Ia dibina diatas sebuah bukit yang dinamakan Cheel ka Teela atau "Hill of Eagles" dan mempunyai rekabentuk architecture yang sangat unik hasil gabungan senibina Hindu dan Mughal. 

Amer Fort diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2013.

Dah, tak perlu bebel panjang2 macam Rais, jejomz !


Amer Fort dan Tasik Maota.

Penyambut tetamu #1

Penyambut tetamu #2

Tinggalan sejarah.

Peminta sedekah di sisi tangga. 

Perkhidmatan gajah berhias bagi yang gigil lutut panjat tangga.


Tu dia,,, macam safari. Macam-macam fauna menyambut kedatangan pelancong. Yes, memang kena naik tangga kak untuk ke main entrance, sebab Fort ni atas bukit. Gitu lah gamaknya. Jangan ralat kalau tak larat. Naik je gajah berhias tu. Saya tak pasti berapa bayarannya. Memandangkan perut kami dah dipenuhi kalori, kami sepakat untuk naik tangga supaya kalori tersebut terus dibakar sebelum ia sempat menjadi kepuk2 lemak di perut, hihi.

Basically Amer Fort dibahagiakan kepada 4 bahagian, First, Second, Third and Fourth courtyard. Pintu masuk utama dinamakan Suraj Pole atau "Sun Gate. Kami terus ke kaunter tiket.


Lagi gajah berhias.

Composite Entry Ticket yang berharga RS 350, termasuk 5 historical site dan valid untuk 2 hari.

Pemandangan dari atas Amer Fort.


Ni sedikit info mengenai Amer Fort. Selebihnya korang baca buku atau google k. Tak larat lah nak bebel lama2 bulan puasa ni. Banyak lagi tempat bersejarah nak explore lepas ni.

First Courtyard - Dikenali sebagai Jaleb Chowk, merupakan tempat perarakan tentera selepas pulang dari peperangan.

Second Courtyard - Dimana terletaknya Diwan-I-Am atau Public Audience Hall. Tempat maharaja dan rakyat berhimpun untuk mendengar cadangan dan masalah dari rakyat jelata.

Third Courtyard - kuarters untuk maharaja dan kerabat. 

Fourth Courtyard - Tempat dimana Zenana tinggal. Zenana ni kaum kerabat wanita termasuklah gundik2 maharaja.


Ganesh Pol Entrance #1

Ganesh Pol Entrance #2

Sheesh Mahal (Mirror Palace).

Pavilions. Ada banyak pavilion kat sini.

Seni ukir halus disekeliling dinding,  tiang dan syiling.

Pemandangan First Courtyard dari atas.

Lagi ukiran di dinding yang sangat halus.

Kubah Ganesh Pol dari celahan ukiran.

Benteng yang melindungi Amer Fort.

Amer Fort dibina dengan red sandstone seperti kebanyakan binaan bersejarah lain di India.

Gambar fokus dinding-dinding kubu.

Lagi pavilion. Hari dah mula terik.

Sekawanan gajah berhias menuruni bukit.

Tasik Maota dan taman dihadapan Amer Fort.

Lagi pemandangan sekitar pekan Amer dari atas.

Dalam salah satu tempat mandi istana dengan mamat dari Perancis yang travel sorang2.

Para pekerja yang bekerja keras memastikan kebersihan kawasan kompleks.

Lagi Pavilion dan taman.

Local people dengan pelbagai jenis fesyen.

Haaaa, jumpa pun raja ular. Teringat adegan cerita hindustan Sri Dewi tu.

Mereka kepenatan atas sebab yang berbeza.

Bangunan biru di luar kubu. Bangunan bercat biru macam ni paling banyak di Jodhpur.

Lagi binaan biru di sekitar pekan Amer.


Serius besar tempat ni. Kalau korang stay lama kat Jaipur boleh la explore setiap inci Amer Fort dan hayati kehebatan senibina dan seniukurnya. Tapi kami kesuntukan masa. 2 jam je kat sini lepas tu bergerak ke destinasi seterusnya. 

Jom layan gambar diluar kawasan Amer Fort dulu. 










Sejujurnya, kami dah nak termuntah tengok semua monumen2 ni. Dah 7 hari mengadap tinggalan sejarah, berpinar jugak mata. Otak tepu dengan fakta sejarah yang dah bercampur-gaul. Digagahkan jugak kaki untuk ke attraction seterusnya. Takkan la nak datang Jaipur lagi sekali kan. Alang-alang dah sampai, cover je semua yang sempat dicover.

Destinasi seterusnya Hawa Mahal terletak lebih kurang 8 kilometer dari Amer Fort. Kat sini kami berpisah dengan Rais. Lega rasanya dapat lepaskan diri dari cengkaman dia.

Hawa Mahal pada saya agak menarik kalau dibandingkan dengan historical site lain yang kebanyakannya merupakan kubu-kubu  lama. Ia merupakan sebuah istana yang dibina pada tahun 1799 oleh Maharaja Sawai Pratap Singh.

Highlight untuk binaan ni merupakan piramid 5 tingkat di bahagian depan istana yang dibina sebagai tempat 'mengintai' para wanita istana yang tak dibenarkan keluar istana. Piramid setinggi 15 meter ni mempunyai tingkap2 kecil dan lubang yang direka khas dalam bentuk sarag lebah. Dari tingkap2 kecil ni, kaum hawa istana dapat la menyaksikan perarakan, upacara mahupun pesta yang diadakan di luar kawasan istana.

Dipercayai masa tu undang-undang istana sangat ketat dan para wanita istana diarahkan untuk memakai purdah. Dengan rekaan unik tersebut, diorang dapat la melihat gelagat rakyat jelata dari dalam istana tanpa dilihat. Macam tu.

Structure ni sangat prominent, dan kalau dah pernah tengok mungkin takkan lupa dah. Hawa Mahal juga bermaksud "Palace of Winds". Dan nama ni ada kaitan dengan binaan piramid tersebut. Layan gambar dulu !


Kiri: Kedai-kedai souvenir di luar Hawa Mahal.
Kanan : Tingkap piramid berbentuk sarang lebah.

Hawa Mahal, Palace of Winds : Memang Berangin ! Hihi.

Santikkk takkkk ??? !!


Ingat lagi dalam entri sebelum ni saya bagitau Jaipur juga dkenali sebagai 'Pink City'? Sebab kebanyakan tinggalan sejarah di bandar ni dibina dengan menggunakan batu pasir merah dan pink, termasuklah Hawa Mahal.

Pintu masuk Hawa Mahal bukanlah melalui Piramid tersebut. Yang ni lagi 1 ciri yang unik mengenai Hawa Mahal. Kena jalan lagi ke depan melepasi beberapa buah kedai, kemudian masuk simpang untuk ke bahagian belakang istana dan anda akan jumpa entrance.

Tak besar pun istana ni. So pastikan anda naik sampai ke tingkat 5 piramid tersebut okeh. Bukan tinggi mana pun. Kena rasa sendiri bagaimana perasaan 'mengintai' rakyat jelata dari tingkat kecil tu.

Kat perkarangan istana, kami bertemu sekeluarga pelancong dari Indonesia. Shafik siap bertukr-tukar no phone lagi. Nothing much nak dibuat kat sini selain naik terus ke piramid tu.


Perkarangan istana. Kelihatan Shafik bertukar no telefon.

Kelihatan kepala-kepala manusia melaui celah2 dedaun tingkap kecil tu. Nampak?



Tiada cara lain selain naik tangga untuk sampai ke puncak piramid. Sekali lagi ketegaran lutut anda akan diuji. Sambil tu boleh la hayati kehalusan seniukir tingkap2 tersebut. memang sangat intricate.

Genius yang came up dengan idea ni merupakan Lal Chand Ustad yang merupakan arkitek utama dalam pembinaan Hawa Mahal. Beliau menggabungkan senibina Hindu dan Mughal dan terhasillah structure yang nampak simple tapi unik ni.

Dan yang lagi menarik pasal piramid bertingkap kecil ni, ia mengaplikasikan konsep fizik Venturi. Pernah dengar? Yang belajar fizik mesti tau. Basically, semasa musim panas, wap-wap udara panas dari luar akan masuk melalui celah-celah tingkap kecil ni dan menghasilkan udara sejuk yang akan menghasilkan 'cooling effect' di dalam istana. 

Therefore, walaupun cuaca bahang kat luar tu, kawasan dalam istana akan maintain nyaman, ditambah lagi dengan fountain yang dibina dalam perkarangan istana. Ini merupakan salah satu sebab kenapa Hawa Mahal menjadi favourite maharaja untuk beristirehat di musim panas. Hebat kan? 


Tema mengintai dari tirai kamar Exist.

Depa dok conquer tingkat atas sekali tu lama2. 

Pemandangan kota Jaipur dari tingkat atas Hawa Mahal.

Kelihatan Jantar Mantar, monumen sejarah berikutnya yang kami singgahi.


Dalam bidang perubatan, konsep venturi ni diaplikasikan dalam salah satu alat bantuan pernafasan yang dinamakan Venturi mask @ Ventimask.

Seterusnya, kami ke Jantar Mantar, attraction yang terletak bersebelahan dengan Hawa mahal. Basically Jantar Mantar ni merupakan koleksi 19 instument yang digunakan dalam pengkajian astronomi.

Dibina atas arahan Rajput King Saiwai Jai Singh yang mempunyai minat mendalam dalam ilmu astronomi, ia siap dibina pada tahun 1738. Pembinaan monumen2 tersebut menggabungkan konsep Hindu sanskrit purba dengan data dari ilmuan astronomi Muslim semasa Empayar Islam Mughal.

'Jantar' dan 'Mantar' berasal dari perkataan sanskrit 'yantra' yang bermaksud intrumen dan 'mantrana' yang bermaksud kira. So Jantar Mantar maksudnya alat atau intrumen untuk mengira.

Jantar Mantar telah pun diishtiharkan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.



Flora yang tumbuh mekar di taman Jantar Mantar.

Salah satu dari 19 intrumen di sini. Tak pasti nama dan fungsi nya.

Kiri : Cekak pinggang bagai tu kenapa kak?
Kanan : Vrihat samrat yantra, sundial(sebut betol2) terbesar didunia. Apa itu sundial? Sundial ni alat untuk menentukan waktu berdasarkan kedudukan matahari.

Laghu samrat yantra, Jai Prakash Yantra dan beberapa instrumen astronomi lain.

Ni pun tak pasti nama dan fungsi nya.


Sebenarnya kami tak berapa appreciate sangat mende2 kat sini, sebab tak minat kot, hehe. Kombinasi panas, penat dan lapar telah mencantas segala keinginan untuk menghayati satu persatu monumen tu. Tak sampai 30 minit kami dah keluar dari Jantar Mantar. 

Kalau ada yang berminat dengan astronomi tu, sila rancang masa carefully supaya korang dapat explore tempat ni to the max. Dan, kalau tak sempat jugak sebab banyak sangat historical site kat Jaipur ni, jangan sasau, korang boleh pergi Jantar Mantar di Delhi. Orait?

Next up, Albert Hall ! 


Pink City wall.


Boleh dikatakan, pemergian kami ke Albert Hall ni sekadar untuk melengkapkan ekspedisi ke Jaipur ni. Bukan setakat muntah kuning, dah muntah darah pun dengan sejarah negara India ni. Sejarah Malaysia agaknya dah terpadam dari kotak memori.

For some reason, kami sepakat nak jalan kaki je ke Albert Hall yang terletak lebih kurang 2 km dari Jantar Mantar. Hmmm, tak pasti kenapa. Yang pasti, bila dah sampai Albert Hall tu, terus duduk bersandar kat dinding, lenjun berpeluh. Tak boleh imagine musim panas macam mana keadaannya kalau musim sejuk pun dah sun burn teruk.


Albert Hall Museum.


Albert Hall merupakan muzium tertua di dalam negeri Rajasthan, dibina atas arahan Maharaja Sawai Ram Singh 11 selepas lawatan King Edward V11 (Albert Edward - Prince of Wales) pada tahun 1868. Ia mula dibuka kepada umum pada tahun 1887. 

Albert Hall Museum terletak dalam kawasan taman Ram Niwas diluar City Wall. Senibina binaan ni merupakan salah satu contoh Indo-Saracenic archicture yang popular semasa era pemerintahan empayar British-India.

Ia merupakan asimilasi antara senibina Indo-Islam & India tempatan serta senibina Gothic dan Neo-classical zaman Victoria. So terhasillah Albert Hall Museum ni. Para-para arkitek agaknya mesti teruja kalau melawat bangunan ni. 

Muzium ni boleh tahan dahsyat jugak. Ada lebih dari 19,000 koleksi bahan bersejarah seperti sculpture, bahan galian, barang kemas, pelbagai jenis tekstil, pottery, bahan2 saintifik dan macam2 lagi yang sukar untuk dihadam oleh otak yang dah tepu. Sekali lagi, tak sampai 2 jam kami dah keluar dari sini. Hehe.

Layan sedikit gambar, sikit je, sebab jari-jemari pun dah penat tekan button kamera.







Yeay, officially dah cover Jaipur ! Tak sabar nak pulang ke tanah air tercinta. Rindu nasi lomak teh tarik oiii. Eh, bukan ke Delhi dulu ke?

Ya, ke Delhi dulu dik. Ada lagi beberapa tempat bersejarah nak dilawati di Delhi nanti. Nooooo! Serius masa ni sasau sekejap sebab homesick. 

Sebelum balik ke hotel, kami singgah shopping baju dan souvenir di kedai2 berdekatan  Hawa Mahal tadi. Boleh tahan la harga barang kat sini. Sebab malas nak shopping dah lepas ni, saya borong semua kat sini.

Kami naik auto balik hotel. Lepas solat terus naik ke restoren tingkat atas untuk makan besar. Cuaca mendung je petang tu. Lepas je order makanan, terus hujan. Bukan setakat hujan biasa, hujan batu sebesar bongkah ais yang turun. Tu la pertama kali dalam hidup nampak hujan batu. Lagi la rasa nak balik Malaysia cepat2. 



Kena 4-5 das kat kepala bisa pitam. Serius besar ais yang gugur.



Lepas check out, kami check in satu bilik kat tingkat bawah dekat lobi. Memandangkan train ke Delhi pukul 2.30 pagi, kami sewa je la bilik tu sekejap untuk lepak2. Boleh la tidur kejap, solat dan mandi. Kami mintak pekerja hotel dapatkan auto untuk kami ke train station malam nanti.

Pukul 12 tengah malam, kami bertolak ke Jaipur train station. Unfortunately bila dah sampai stesen, Shafik baru sedar yang dia tertinggal bateri kamera dalam bilik hotel tadi. So Shafik dan saya terus cari auto untuk balik semula ke hotel. 

Lagi unfortunate bila driver ni rupa-rupanya tak tahu jalan. Kami sesat. Tadi masa kami cakap nak ke hotel Nahargarh Haveli, cepat dia mengangguk. Bila dah sesat dalam gelap malam tu, diam seribu bahasa. Geram pulak rasanya. Kalau tak tahu jangan la buat2 tahu. Buat naya tourist je. Kalau la jalan raya Jaipur ni terang-benderang macam kota kosmopolitan boleh la terima lagi. Ni batang hidung masing2 pun tak kelihatan.

Nasib la Shafik jenis yang mudah ingat jalan. Berbekalkan cahaya lampu handphone, kami akhirnya jumpa hotel selepas entah berapa kali tersalah simpang. Alhamdulillah dapat balik bateri DSLR tu.

Bila sampai balik train station, ada hati driver tu charge extra sebab dah tersesat jalan. So dah kira lebih kilometer. Apakah?!!! Tak boleh digest !!!. 

So korang ambik iktibar, kena berhati2 lebih sikit dengan driver auto kat Jaipur ni. Lessons learned !




Sejuk hati bila ada waiting room yang agak selesa dan kosong dalam train station. Terus membuta sampai la train ke Delhi sampai. Tepat pukul 2.30 pagi, kami bertolak pulang ke Delhi. Asalnya Shafik dan saya dalam gerabak second class, Azuan di first class (2nd class dah full masa book). Rezeki kami agaknya selepas kena ketuk dengan driver2 auto kat Jaipur ni, Azuan dapat pindah Second class. 

Last time naik keretapi India, huhu. Emotional sikit. 

Orait. Sampai sini dulu. Entri terakhir di bumi India akan menyusul nanti. Selamat berpuasa, selamat beribadah dan selamat menyambut ketibaan syawal. 

Assalamualaikum !




1 comment:

  1. Thanks to share such an amazing post.I am ready to spend my vacations in Kashmir!
    Kashmir tour

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...