Friday 10 April 2015

Menawan Puncak Rinjani : Mission Impossible kah? - Part 3 (9 Sept 2014)




Chaand ne kuch kaha, raat ne kuch suna

(The moon said something, the night heard something)

Tu bhi sun bekhabar 

(You listen also, oh unknowing one)

Pyar kar, o ho ho pyar kar 

(Fall in love, oh fall in love)

(Pyar Kar - Dil To Pagal Hai Sountrack)



Assalamualaikum semua !

Meroyan lagu hindustan la pulak bila bulan mengambang penuh. Meroyan atas gunung, sangat unik kan? haha. Tu lah bulan yang menemani Sang Kancil sepanjang pendakian ke puncak Rinjani pada malam 9 september 2014. Jom rewind ke belakang kira-kira 5 jam sebelum bermulanya pendakian.

Malam tu kami masuk khemah awal, nak rehatkan badan. Pukul 2 katanya nak mula mendaki, so lepas dinner terus selubung dalam sleeping bag. Ya Rabbi sejuk sungguh malam tu. Asyik rasa nak terkencing je. Dengan bunyi tiupan angin kencang kat luar tu lagi la psycho nak kencing.

Yes, angin bertiup sangat kencang malam tu, macam nak roboh khemah. Seb baik khemah diorang ni berkualiti dan teguh. Tak lelap tidur dibuatnya. Dah la sebelum tu ada tikus merayap2 dalam khemah. Bergegar khemah tu semua orang menjerit serentak. Kena gelak je dengan brader-brader porter kt luar khemah.

Diorang tidur lambat, borak-borak, merokok, minum. Kuat sungguh bunyi alcohol rase meloya anak tekak. Tu pasal la diorang bley tahan berselimutkan kain pelikat je, haish.

Last sekali bangun jugak pi jamban yang tak berapa nak kukuh tu. Terhuyung-hayang, bimbang je terbang jamban tu masa tengah projek. Gelap gelita. Bila pasang lampu pulak, orang luar boleh nampak bayang-bayang kita tengah sssssshuuuuu. Tak ke dilema tu?

Boleh kata tidur-tidur ayam je malam tu. Dalam hati rasa macam nak cancel je naik puncak kalau angin ribut tak berhenti. Mendaki dalam gelap, ditiup angin kencang.... tak sanggup nak imagine.

Kat sebelah, si Shafik dah deep sleep, berdengkur tak hengat. Si Fir rupanya macam saya jugak tak bley tidur dok memikir apa nasib diri kejap lagi. Dalam dok memikir berbagai kemungkinan tu, terlelap jugak.

Terbangun bila alarm handphone yang bingit menggetarkan gegendang telinga. Alhamdulillah angin kencang dah berhenti. Nyaman damai suasana masa tu. Dah ramai orang lalu-lalang melepasi khemah kami untuk memulakan pendakian.

Plan asalnya nak gerak pukul 2 pagi, dijangka tiba di puncak sebelum pukul 6 pagi untuk menyaksikan matahari terbit. Mind you, ini speed orang biasa, as in a hiker's speed. Bagi kami semua yang sekadar pernah menawan puncak Broga, jauh sekali untuk menggelarkan diri sebagai "hiker", anggaran tersebut tersasar.

By 2.30 pagi, semua dah ready. Kami bertujuh, tambah Pak macho dan adik porter yang angkat backpack kami semalam (lupa dah nama budak ni, tapi baik sangat). Orang lain siap dengan headlamp & hiking pole, Kancil satu apa pun tadak. Nampak sangat tak bersedia. Research pun tak buat. Redah je ikut orang.

Oleh sebab itu, terpaksa la follow orang lain rapat-rapat takut terpisah, selain dapat tumpang cahaya lampu diorang. Berdoa dulu sebelum memulakan pendakian.

Bahagian pertama sangat curam. Lebih kurang macam bukit penyeksaan. Lepas 5 minit mendaki, Azila mintak berhenti. Emergency katanya. Tangki nak pecah, dah dihujung tanduk. Kalau tak bukak empangan, sengsara dan merana jawabnya (nasib le kalau deme tak faham apa yang terjadi ni, hehe).

Pak Macho patah balik hantar Azila turun ke khemah. Kami berenam ikut mamat porter sorang lagi tu. Makin lama makin sunyi kiri kanan. Tadi masa mula naik tu ramai giler orang. Bahagian kedua lebih landai dan mudah.

Sampai satu ketika, dah tak dengar suara yang lain. Aiseh, cuak sekejap. Mana dah diorang ni? Terkedepan ke terkebelakang? Tunggu punya tunggu tak muncul-muncul jugak. Nasib lah ada bawak pen torch kecik dalam beg. Pendakian diteruskan walaupun keseorangan.

Nampak puncak Rinjani tu macam dekat je dah tapi tak sampai-sampai jugak. Angin kadang kala bertiup kencang. Masa tu terpaksa tundukkan badan untuk kestabilan. Trek yang berbatu dan berpasir menambahkan kesengsaraan. Setiap kali ada orang pintas, berdebu seisi alam. Nasib baik ada bawak face mask. Tapi mata memang tak dapek nak nolong la. Pedih ya hamat masuk pasir !

Lepas lebih kurang 3 jam, sinaran jingga di ufuk timur muncul. Alamak, sempat ke ni nak ke puncak sebelum sunrise? Nampak macam dekat tu. SubhanAllah cantik sungguh spektrum warna sunrise tu.


Sinar fajar #1

Sinar fajar #2

Sinar fajar #3

Toleh ke belakang, hari dah mula nak cerah.

Toleh ke kanan, nampak Danau Segara Anak. MashaAllah gaung kot tepi tu.... seriau !!!

Sunrising... #1

Sunrising... #2

Sunrising... #3

Sunrising... #4



Waaaa tak sempat nak tengok sunrise dari puncak, nangis !!!

Toleh ke belakang tak nampak jugak batang hidung yang lain. Toleh ke depan pun sama. Rupanya sepanjang masa tadi kami mendaki dalam laluan sempit selebar 2 meter atau kurang. Kiri kanan curam. Kecut perut membayangkan kalau tergelincir. 

Nak putus asa sangat dah masa ni. Trek bahagian terakhir ni sangat lah mencabar bukan sahaja fizikal tapi juga keimanan. Laluan batu pasir ni sangat menjengkelkan. Selangkah ke hadapan, 2 langkah kita mundur ke belakang. Ia dikenali sebagai LALUAN PENYESALAN.


Laluan penyesalan.

Danau Segara Anak

Macam New Zealand view dari arah timur.

Dah bosan tenung puncak, toleh ke belakang.



Laluan penyesalan, memang kena dengan gelaran yang diberikan. Sebenarnya laluan penyesalan ni tak la panjang sangat. Anggaran nya dalam 200-300 meter je. Tapi berbeza dengan permukaan trek sebelum ni yang merupakan tanah padat, laluan penyesalan terdiri dari batu-batu kecil dan pasir.

Satu langkah ke depan, pasir yang tebal akan menarik kita ke bawah semula, dibantu oleh graviti. Stamina yang kental diperlukan untuk overcome daya ni, supaya pendaki dapat maju ke depan.

Nak maju ke depan dah tak larat. Nak patah balik ke belakang rugi pulak. Ibaratnya hidup segan mati tak mahu, termenung sorang-sorang kat situ. Nak mintak moral support pun kawan-kawan takde. 

Menyesal, beribu sesalan, sesal separuh nyawa... semua lagu berunsurkan penyesalan berputar dalam kepala otak. Lagi la tension bila pendaki lain yang mula turun ke bawah tu menggelonsor laju. Bertebaran pasir-pasiran.

Sedikit demi sedikit merangkak naik ke atas. Syukur la ada yang sudi memberikan kata-kata semangat. Ada la 4-5 orang hikers yang sambil turun tu sambil cheers "don't give up, you're so close", "it's just there, you can do it". Terima kasih ye korang yang sudi memberikan kata-kata peransang walaupun tak kenal siapa korang.

Bukan sedikit pendaki yang bergelimpangan terbaring diatas trek dek kerana altitude sickness. Diantaranya, salah seorang mamat dari UK yang kami borak masa nak naik ke Plawangan Sembalun semalam. Berdengkur tak sedarkan diri, huhuhu.


Batu besar di bahagian terakhir sebelum sampai ke puncak.


Alhamdulillah, selepas lemah longlai lutut dibuatnya, akhirnya laluan penyesalan berakhir. Di sebalik batu besar sebelum sampai ke puncak, terjumpa lagi sorang mamat UK tu. Dalam semput-semput sempat la tanya dia "did you manage to see the sunset?". Die cakap "No. I didn't make it either".

So maknanya takde lah beza sangat pace kita dengan pace mat saleh ye? heheheh. Sampai je puncak, terus sujud syukur. Emosi bagai sampai nak nangis, kuakaka. Rasa macam nyawa-nyawa ikan dah masa ni. Kosong, takde orang kat atas tu. Yang ada hanyalah botol mineral kosong dan sehelai bendera negara Indonesia.

Perasaan yang pelik bila dapat solat subuh atas puncak gunung. Selesai solat, geng-geng UK sampai berkerumun. Diorang masih lagi menunggu member sorang yang tersadai di laluan penyesalan tu.

Dari jauh kelihatan ada orang datang menolong mamat tu. Kemungkinan besar kasik ubat kot untuk altitude sickness. Bangun mamat tu lepas tu.

Layan gambar dari atas puncak Rinjani jom !









Tak lama kemudian sampai la mamat tu ke puncak. Perkara pertama dia buat bila jejak kaki ke puncak adalah mencarut %$#@*&^%.

Choi ! 

Jadi photographer pulak untuk diorang. Pastu diorang blah. Salah sorang mamat tu sempat kasik kata-kata semangat, katanya :

"The fact that you made it alone to the top was amazing dude. You should be proud of yourself. So good luck, hope your friends will join you soon."

Sementelah Sang Kancil terbelit lidah dalam percubaan berbicara menggunakan Queen's English, apa pula nasib rakan yang lain?


Uikk ?? !! Apa cer ?

Sempat berposing cekak pinggang di laluan penyesalan.

Sesalan mula menebal di jiwa.

Epic selfie by Fairuza !


Rupanya Fir, Shafik, Atfina dan Fairuza tengah berdrama kat laluan penyesalan. Fateha dah berpatah balik ke Plawangan Sembalun sorang-sorang. Dengar khabar, banyak juga sumpahan seranahan terhadap batu batan di laluan penyesalan tu. Tak pasti tindakan tersebut atas kesedaran ataupun itu kesan dari altitude sickness, hihihi.

But at least diorang ni bergerak sekali kan. Macam mana pun bila ada kawan, ada la pembakar semangatnya, pushing factor. Bila nak give up, ade je yang kasik moral support. Dalam sesal menyesal tu si Atfina khabarnya sempat shoot 766 frame kat laluan penyesalan. Penat memang penat, tapi bila kamera on, spontan berposing. Hijabster sangat tuh ! 

Sedang berkhayal seorang diri, tetibe muncul satu susuk tubuh yang kelihatannya familiar. Yay, Shafik dah sampai !!!!

Sorang demi sorang sampai ke puncak dengan selamat. Syukur Alhamdulillah. Lepas tu ada 2 orang Singaporean girls sampai diikuti pula segerombolan Indonesian boys. 

Cakap banyak tak guna. Layan gambar jejomz !


Shafik sampai.

Yeay, 3726m above sea level.

Aksi tak mencerminkan tahap kegayatan masa ni, grrrrrrr.

Semangat, bendera negeri pun bawak.

Keriangan berganda bila kejayaan dirai bersama.

Memandang enteng kearah trek yang telah ditawan.

Danau Segara Anak

Nampak gunung disebalik awan tebal kat belakang tu? Gunung Agung di Bali.

Danau Segara Anak & Gunung Barujari ditengahnya.

Kami serumpun.

Tumpang banner happy birthday orang.

GoPro moment #1

GoPro moment #2

Laluan penyesalan.


Rasa nak bina rumah sebijik kat atas ni, tak payah turun dah. Tak sanggup nak menghadap laluan penyesalan tu lagi sekali. Betis merintih kepedihan. Matahari dah mula meninggi, memancar terik. Lagi satu dugaan.

Turun gunung rupa-rupanya tak semudah yang disangka. Menggelonsor sepanjang laluan penyesalan sebab nak grip kaki kat trek sangat sukar. Bila sampai ke trek bertanah, kasut dan berat dengan pasir. Pasir masuk dalam celah-celah kuku, tersangat pedih.

Yang paling sengsara adalah otot betis (gastroc-soleus) sebab otot ni lah yang paling bekerja keras memastikan kestabilan badan setiap kali melangkah turun.

Bila bekalan air mineral dah habis, rasa macam berjalan dalam gurun Kalahari. Cobaan.....


Berkemas-kemas untuk turun.

Laluan penyesalan yang agak lengang.

Masih ada yang gigih mendaki.

Sayonara Rinjani.

Buang pasir dalam kasut. Pasir masuk sampai dalam stokin. Cagu ibu jari kaki.

Trek tanah dan berbatu.

Pemandangan di sebelah timur gunung

Pemandangan di sebelah barat gunung : Danau Segara Anak 

Hilang sekejap lelah melihat keindahan alam ciptaan Allah.

Puncak yang semakin jauh ditinggalkan.

Hiking pole sangat membantu untuk mengurangkan risiko tergelincir.



Masih ada yang baru memulakan pendakian di saat suhu seperti air yang mendidih. Tak tau macam mana nak respon bila diorang tanya jauh lagi ke tak puncak Rinjani. Jawab je lah tak jauh dah. Tak tau apa kesudahan diorang. Dengar khabarnya ramai yang berpatah balik. Wallahua'lam.

By the time sampai kat Plawangan Sembalun dah tengah hari pun. Rasa ternoda satu badan. Peluh, melekit, berpasir, bau hamis semua dalam 1 kuali bercampur-baur. Yang paling tak best takde air untuk cuci badan.

Berpaket tisu basah dilumurkan ke seluruh badan. Selesai aktiviti sental meyental dalam khemah, berbaringan kepenatan di pondok. Panas membara dalam khemah macam sauna, tak lelap mata nak tidur.

Sementara tunggu yang lain sampai, bapak-bapak porter datang serve brunch : lempeng, roti bakar, pisang dan air teh.


Trek yang tak berpenghujung.

Satu-satunya spesis flora yang wujud diatas gunung yang kering kontang ni.

Haaaa, dehydrated macam mana pun, bergambar wajib hokeh. 

Macam cauliflower pun ada juga.

Brunch : lempeng, roti bakar & pisang

Luncheon : maggie goreng, ayam goreng, telur mata, timun dan tomato.


Ayat pertama keluar dari mulut Fairuza masa sampai ke Plawangan Sembalun ; "Siapa ajak aku panjat gunung lagi, aku cili mulut dia !". 5 bulan kemudian, dia join kami hiking Adam's Peak di Sri Lanka, kikiki.

Sepatutnya kami terus turun ke Danau Anak Segara. Kat situ ada water source, boleh mandi manda. Bila dah siap makan, dah pukul 3 petang pun. Kebanyakkan khemah-khemah yang berderetan semalam dah lesap. Kawasan Plawangan Sembalun sunyi sepi. Hikers lain dah blah.

Kabus tebal mula melitupi segenap kawasan Plawangan. Tak nampak lansung trek untuk ke Danau Anak Segara. Bincang punya bincang dengan Pak Macho, kami sepakat nak bermalam di Plawangan Sembalun lagi satu malam dan turun semula ke Kampung Sembalun esok hari, atas beberapa sebab:

1. Trek untuk ke Danau Anak Segara agak merbahaya (sempit dan curam). Dengan kabus tebal yang menghalang jarak penglihatan, risiko untuk berguling jatuh sangat tinggi.

2. Kami bertujuh dah tak mampu nak berdiri tegak, inikan pulak nak turun gunung. Cari penyakit tu.

3. Kemungkinan besar kami takkan sampai ke Danau Anak Segara sebelum matahari terbenam dek kerana kedua-dua faktor di atas.

Disebabkan kami berpatah balik keKampung Sembalun, kena extra charge untuk arrange transport dari Plawangan Sembalun ke Pekan Senaru yang tak termasuk dalam pakej.

Sampai disini dulu. Sehingga berjumpa lagi dalam entri berikutnya.

Assalamualaikum, have a good weekend everyone !

4 comments:

  1. Boleh dapatkan pakej je gunung? Sy nak pergi bln april2016 . Tlg email ke
    Sitinabila91@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.greenrinjani.com/ >> ni website die.

      Delete
  2. Salam bro.

    Can i know the total for overall cost sekali fligt ticket , accomodation and package untuk hike rinjani.

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...