Sunday, 5 April 2015

Japan Shinkansen Trip - Misi Menculik Geisha : Day 5 (April 6, 2014)



Assalamualaikum semuaaaaaa !!!!!

Susah bebenor Kancil nak hapdet blog ni. Bulan Mac sungguh kejam. Jangankan nak update, nak jenguk blog sejenak pon tak berkesempatan. Bertimbun-timbun kerja, makin hari makin banyak tanggungjawab.

(Matila pembaca semua kena bebel dengar kisah peribadi kau ! Ada orang kesah ke?!).

Apa-apa pun, rasa teruja sangat nak sambung semula kisah-kisah pengembaraan yang dah basi ni. Lompang sini-sana, sekejap kat India, sekejap Jepun, lepas tu Indonesia pulak ye. Ikut mood je mana satu nak update dulu. Lansung takde kronologi.

Kali ni, sempena genap setahun percutian di negara matahari terbit, saya nak sambung kisah di Jepun dulu. Dah hari kelima dah pun. Sekarang ni bunga-bunga sakura dah berputik mekar di laman sari. Rindu pulak kat Fuji-san. Rindunya kat Negara sushi ni.

Hari ni kami berangkat pulang ke Osaka. Dalam perjalanan, kami singgah di Nara, untuk ke Nara Park. Check out hotel, naik bas ke Kyoto station, kemudian naik Shinkansen. Berhenti di JR Nara station. Berjalan ke Nara Park dari stesen keretapi JR Nara  mengambil masa lebih kurang 20 minit ikut had laju masiing-masing.

Sampai di JR Nara station, kami cari locker untuk simpan beg dulu. Kemudian beli barang-barang makanan untuk ber hanami di bawah pohon sakura nanti. Dekat stesen keretapi ni ada shopping kompleks yang agak besar jugak. Saya beli sticky rice dan udang tempura, nak cicah dengan sambal ikan bilis brahim’s yang berbaki lagi beberapa paket dalam beg. Nak pikul dah tak larat. Terseliuh bahu.

Jomz !


Uncle ni jamming kat dataran luar stesen keretapi. Comel kot performance die dengan makcik-makcik pertengahan usia yang join nyanyi sekali, haks.

Laluan ke Nara Park, lengang di awal pagi. (Super duper bersih !)


Pohon sakura yang rendang berhampiran pintu masuk ke Nara Park.

Tangga untuk ke kawasan kuil.



Sampai dah. Lebat sungguh pohon sakura di sini. So apa yang menarik di Nara Park? Selain tokong, pagoda dan yang sewaktu dengannya, Nara Park terkenal dengan ratusan rusa yang berkeliaran bebas di sekitar taman. Actually dianggarkan ada 1200 ekor rusa yang hidup bebas di Nara.

Rusa dianggap sebagai haiwan suci dalam agama Shinto sehingga diiktiraf sebagai khazanah negara. Biskut untuk rusa ada dijual di sekitar kawasan taman. Selain tu, antara attractions utama dalam kawasan Nara Park ni termasuk lah Todaiji, Kasuga Taisha, Kofukuji and the Nara National Museum.

Memandangkan sepanjang 5 hari di Jepun dah bermacam-macam jenis tokong dijejaki, yang dalam taman ni kami pandang enteng je la. Nak tangkap gambar pun berkira-kira. Baik tangkap gambar kasik rusa makan lagi syiok, hehe. Aikk,, rupanya ada orang takut rusa. Siapa siapa?

Biar gambar berbicara. Layanz !

Nenek mengajar cucu protokol cara menyembah.

The Southern Octagonal Hall

The Southern Octagonal Hall

Kofukuji Temple : The Eastern Golden Hall and the Five Storey Pagoda.

Gadis dan rusa.

Fuad dan rusa.

Kenapa macam constipated semacam muka anak teruna 2 orang tu, walhal Teha yang feed the deer, hehe.

Rasa geli macam kene geletek satu badan si haji Zul ni.

Dia ni memang pandai pose bila nampak kamera. Well-trained !

Hak yang ni lansung tak kisah hiruk-pikuk keadaan sekitar. Tidur tersangat nikmat !



Zoo mana yang mesra rusa sampai macam tu? Takde kan? Kebanyakkan rusa disini rata-rata nya sangat jinak. Tapi ada jugak dilaporkan rusa mengamuk kerana dipermainkan oleh pelancong yang acuh tak acuh menghulur biskut kepada mereka, ish ish ish.

Sehingga tahun 1637, rusa dianggap sebagai haiwan yang sangat suci sehingga kan hukuman mati dijatuhkan kepada mana-mana pesalah yang telah membunuh haiwan suci ini secara sengaja.

Selepas Perang Dunia Kedua, status 'suci' tersebut telah ditarik balik dan rusa-rusa tersebut dianggap sebagai khazanah negara.

Biskut yang dijual di sekitar kawasan taman ni bukan biskut sembarangan. Jangan sesuka hati kasik biskut Marie atau Orea kat rusa-rusa ni. Biskut-biskut yang diorang makan tu dihasilkan secara eksklusif oleh sebuah syarikat bernama WNOW.


The Five Storey Pagoda : Kofukuji Temple

The Great Eastern Golden Hall : Kofukuji Temple

Sik Deer yang comelll..

Kawaiiii !!!



Nara Park merupakan salah satu dari kawasan yang telah disenaraikan sebagai "Places of Scenic Beauty" oleh Ministry of Education, Culture, Sport, Science & Technology Japan.

Kami keluar dari kawasan kuil dan menuju ke kawasan padang rumput yang dikelilingi pohon sakura. Perut dah mula berkeroncong. Nak hanami bawah pohon sakura, masalah nya takde tikar. Nasib baik ada banyak kerusi di bahagian tepi taman ni. Disitu lah kami melantak semua stok-stok makanan. Cuaca cerah hari tu tapi angin sepoi-sepoi bahasa sangat menggamit sumsum tulang. Sejukkk !

Sedapnya udang tempura cicah dengan sambal ikan bilis pakcik Brahim. Betul betul how liao ! Mungkin aroma sambal tu sangat harum sampai rusa datang berbondong-bondong menghidu sambal dalam Tupperware tu. Kuangajaq !

Rusa dewasa.

Salah satu family yang ber hanami bawah pohon sakura.

Kawasan padang yang luas.

Beberapa ekor rusa yang berjemuran dibawah sinaran mentari.

I want to touch deer...

Sun-tanning... kesian tanduk kena caras.

Posing tema sesal separuh nyawa.

Mak rusa besar kat area Nara ni. Jaga lorong baik-baik pesan beliau kepada anak-anak rusa, kikiki.

White Sakura #1

White Sakura #2

White Sakura #3


Terjumpa sorang budak yang tersangat-sangat comel tengah berlari-lari di sekeliling padang rumput. Haruka namanya. Pipi merah macam pakai blusher. Budak-budak jepun kebanyakkannya pipi macam chibi Maruko chan. 

Diam pulak dia bila kami datang berkerumun. Mungkin pelik kot tengok muka-muka sawo matang berjeragat macam kawah bulan. Spesies raksasa asing macam dalam cerite oltromen kot tu yang dia terkesima tengok kami. Parents dia pun sangat peramah.


Haruka-chan !

Nak buat piece sign tapi tak jadi.

Culik bawak masuk dalam backpack, bawak lari Malaysia, hihi.

Aksi terlampau raksasa-raksasa oltromen yang berpelukan kerana kesejukan suhu bumi yang melampau. Azuan merupakan sumber haba. Nad jeles sebab dia tak dapat join peluk Azuan.


Lepas makan, photoshoot sikit-sikit sebelum berjalan pulang semula ke stesen keretapi.

Masa ni kedai-kedai di sepanjang jalan dah dibuka. Sempat la shopping sourvenir sikit-sikit. Sorang makcik kat satu kedai ni eksited sangat ada foreigner datang beli kat kedai dia. “sakura mita? sakura mita?” (dah tengok sakura?) dia tanya saya dan Fateha. 

Padahal depan kedai dia berselerakan bunga-bunga sakura berguguran. Saja je tu nak break the ice. Lepas tu dia tanya kami bunga kebangsaan Malaysia apa dia. Fateha jawab "raya des !", hehe. Mana la kami tau bunga raya dalam jepun. Saya baru habis peringkat asas masa ni dan Fateha pulak standard manga punya level, konpem la tak pernah diskus pasal bunga raya dalam Naruto kan, heee.

Setakat ni antara yang saya betul-betul impress dengan masyarakat jepun adalah budaya mereka yang sangat menghormati pelanggan, walaupun pelanggan tu jauh lebih muda dari diorang. Pada diorang pelanggan tu membawa rezeki so harus dilayan dengan penuh kesopanan. 

Small little thing like this really makes me miss Japan...





Penginapan kami untuk 2 malam di Osaka adalah di Hotel Chuo yang terletak di Nishinari ward. Untuk ke Hotel Chuo, naik subway Midosuji line menuju ke Nakamozu. Turun di Dobutsuenmae Station (9 stops, 20 min). Hotel Chuo terletak lebih kurang 150 meter dari stesen.

Lepas check in, kami terus keluar untuk ke Osaka Castle. Boleh goggle map cara untuk ke Osaka Castle Park ni, saya dah lupa. Tapi bagi pemegang JR Pass, stesen terdekat adalah Osakajokoen station dalam JR Loop Line. Dari stesen ni, kena lah menapak sikit dalam 1.4 kilometer untuk sampai ke istana Osaka yang megah berdiri diatas bukit.

Osaka castle ni agak femes jugak, selalu masuk dalam poster-poster promosi pelancongan Jepun. Pernah nampak gambar istana berwarna putih atas bukit dilindungi pepohonan sakura rendang? Yang tu lah Osaka Castle. Boleh bayang ke? Tak bley? Takpe, kejap lagi kita tengok istana tu.


Kiri : Dapat bilik western style sebab bilik japanese style dah full house. 
Kanan : Japanese bath house. Dilarang memakai walau seurat benang pun...grrrr.

Gambar polaroid dengan mesej dari pelancong. Orang Malaysia kemain ramai yang pernah stay kat hotel ni.


Osaka Castle dibina ditengah-tengah kawasan taman yang berkeluasan 2 kilometer persegi ditengah kota raya Osaka. Pembinaannya bermula pada tahun 1583 oleh Toyotomi Hideyoshi, pahlawan yang memerintah empayar jepun di sekitar penghujung kurun ke-16. Dalam siri peperangan dan kebakaran, Osaka Castle telah banyak kali musnah dan dibina semula.

Osaka Castle Park merupakan antara kawasan paling popular di Jepun untuk acara Hanami. Masa kami sampai tu, kawasan taman sungguh padat dengan rakyat jepun. Hari pun dah lewat petang dan kami tak plan pun nak berkelah bagai. Dah merasa hanami di Ueno Park Tokyo aritu, so kami terus ke Osaka Castle.

Layan gambar jom !


Dataran yang penuh dengan gerai makanan. Ada band buat persembahan, kami join sekali menari.

Ni dia gambar kengkonon nak tiru poster pelancongan Japan tapi hambar sebab dan lewat petang. Nampak atap Osaka castle je.

Sikit punya ramai rakyat jelata berhanami.

Osaka castle dicelah dahan.

Sungai yang memisahkan kawasan Istana dan taman.

Jambatan yang menghubungkan taman dan Istana.

Dinding kukuh yang melindungi istana.

Atas jambatan menuju ke perkarangan istana.


Osaka Castle sangat penting dalam sejarah negara Jepun kerana ia merupakan pusat pemerintahan semasa era Azuchi-Momoyama yang telah menyatukan Jepun di bawah 1 tampuk pemerintahan. Sehingga kini, ia dianggap sebagai salah satu landmark terpenting di Jepun.

Osaka-jo atau Osaka Castle kelihatan seperti 5 tingkat dari luar tetapi mempunyai 8 tingkat keseluruhannya dari dalam. Ia dibina diatas tanah seluar 1 kilometer persegi yang dibenteng kukuh oleh dinding berbatu yang disusun dengan teknologi binaan khas. Kedudukannya strategik sebagai pusat perlindungan dari serangan musuh.

Panjang sangat sejarah nanti kebosanan pulak korang. Enough with history, let's come back to reality. Dari luar memang nampak sangat gah istana ni. Terkesima 5 minit. Jom layan gambar disekitar perkarangan istana !


Osaka Castle #1

Osaka Castle #2

Osaka Castle #3

Osaka Castle #4

Osaka Castle #5

Osaka City : View from Osaka Castle lawn.

Lagi pemandangan kotaraya Osaka.

Osaka Castle #6

Osaka Castle #7



Castle Tower dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang dengan bayaran 600 yen. Ia hanya ditutup dari 28 disember sampai 1 januari setiap tahun.

Nishinomaru garden merupakan taman paling popular dalam kawasan Osaka Castle Park ni, sangat cantik semasa musim bunga dan luruh. Bayaran 200 yen dikenakan untuk masuk ke Nishinomaru garden.

Kami habiskan masa kat sini sementara menunggu matahari terbenam. Tak naik ke Castle Tower dan tak masuk ke Nishinomaru garden. Berpeleseran diluar istana je berdrama. Berdrama?


Ni ha drama Hanakimi versi Malaya. Pelakon sawo matang semuanya. Scandalous sangat nih poster drama.

Pink Sakura #1

Pink Sakura #2

Tak tau bangunan apa ni.

Masih lagi dalam perkarangan istana.

Basikal tua.

Sunset.



Bila sejuk ni perut asyik berkeroncong je. Sambil jalan balik ke stesen keretapi tu kami singgah sebentar di gerai-gerai di dataran tadi. Menarik sungguh tengok jenis-jenis makanan kat sini, macam-macam rupa. Kalau halal nak je try semua skali.

So kami pilih yang betul-betul tiada keraguan dalam kandungan makanan dan beli. Macam jajan kat bawah ni. Kerepek disapu madu, ditabur keropok, dilapis dengan telur dan dihiasi dengan mayonis. Tak ke ghairah tu muka si Fuad mengtekedarah keropok tu? Memang sedap pun.


Sangat kreatif, hanya menggunakan barangan asas je dapat cipta makanan unik macam ni.

Rangup sehingga cebisan terakhir.

Dataran yang makin lengang.



Tu sorang lagi budak comel pipi merah ditangkap oleh haji Zul untuk bergambar masa dia tengah main pusing-pusing badan kat dataran, haha.

Destinasi seterusnya adalah Umeda Sky Building yang terletak di daerah Kita. Hari tu kat Tokyo kecewa sebab tak dapat melihat bandar Tokyo dari atas Tokyo Metropolitan Government Building sebab berkabus.

Kali ni kami nak naik ke atas observatory Umeda Sky Building untuk melihat pemadangan sekitar bandar Osaka. Yang lagi best, observatory ni open air, bukan dalam bangunan. Yezzzaaa !

So kami balik ke Osakajokoen station, naik JR Osaka Loop Line, ikut arah lawan jam dan berhenti di Osaka station. Umeda Sky Building terletak kira-kira 800 meter dari Osaka Station.

Berjalan lagi meredah kedinginan malam...


Hilton Hotel

Basikal awam untuk disewa.

Umeda Sky Building di seberang jalan.

Sepetang di bumi Osaka, damainya...

Shopping complex yang sangat futuristic. Impress giler. Ikut kan hati nak je kami masuk tapi masa dan fulus tak mengizinkan.



Umeda Sky Building merupakan bangunan berkembar 40 tingkat yang berketinggian 173 meter. Kedua-dua bangunan disambungkan oleh observatory di tingkat 39 dan 40 yang dikenali sebagai "Floating Garden Observatory".

Floating Garden Observatory dibuka kepada umum setiap hari dari 10 pagi sehingga 10.30 malam dengan bayaran masuk 700 yen.

Ia siap dibina pada tahun 1993 dan merupakan hak milik syarikat gergasi Toshiba. Reka bentuk nya yang unik menjadikan Umeda Sky Building sebagai salah satu landmark penting di Osaka. Selain observatory, kedua-dua bangunan ini juga dihubungkan oleh jambatan dan escalator.

Jujurnya memang best giler lepak kat observatory ni. View dari atas sangat lah cantik. Tapi sejuk tak terkata sebab angin sangat kuat. Lepas kebekuan bergambar kat observatory, kami masuk dalam balik, lepak kat cafe minum kopi panas sambil layan view yang masyuk dari dalam bangunan.


Hehehehe,,, glow in the dark #1

 Glow in the dark #2

Osaka City.

Sejuk nya tuh di sini....

Dahsyat sungguh architecture kan?

Bila la Malaysia nak ade binaan hebat2 macam ni.

Zoom in sikit.

Zoom in lagi sikit.

Kota metropolitan yang hidup 24 jam sehari.

Pandangan dari bawah bangunan. Kelihatan jambatan dan escalator yang menghubungkan 2 bangunan.

Lagi pandangan dari bawah.

Lagi satu pandangan dari bawah. (Mulut masih ternganga ketaksuban).



Akhir sekali, kami ke Dotonbori, destinasi pelancongan paling femes kat Osaka nih. Apa yang korang nak cari, semua ada kat sini. You name it, you got it. Foods, shopping, music, theater, nightlife, semuanya ada.

Dotonbori street dihiasi sinaran lampu neon bergemerlapan, sentiasa penuh dengan umat manusia sepanjang malam. Dotonbori biasa keluar dalam drama dan filem tempatan mahupun antarabangsa sebagai simbol kotaraya Osaka.

Selain tu, ada jugak tokong yang wujud sejak kurun ke-17 yang masih dipelihara. 

Sementara tunggu Shafik jumpa kawan dia yang datang ke Osaka atas urusan perniagaan, kami jalan-jalan sekitar street ni. Restoren dan kedai makan mendominasi hampir keseluruhan kawasan. Sepanjang jalan ada pekerja restoren yang menanti untuk promote masuk ke restoren diorang.

Betul la gambaran orang, Dotonbori memang gatronomist's town. Chef wan pun menggeletaq lutut agaknya tengok hidangan-hidangan kat sini. Macam macam ada. 

Sambil-sambil tu sempat jugak rembat souvenir nak bawak balik Malaysia. Ada satu lorong tu dihiasi dengan banner ikon dan bendera dari negara Asia termasuklah Malaysia.















Kami sebenarnya kesuntukkan masa untuk explore bandar Osaka yang sangat besar ni. Esok hari kami akan ke Hiroshima, Miyajima Island dan Kobe. Sehari suntuk keluar, pulang semula ke Osaka malam hari untuk tidur je sebelum naik flight balik ke Malaysia.

Memang kalau imbas balik perjalanan kami sepanjang 5 hari di Jepun ni nampak terlalu rushing, semua tempat nak cover walaupun sekejap. Banyak tempat jugak tak sempat kami cover. Yela kalau ikut pace biasa nak cover Tokyo saja seminggu kan. Kami tak cukup masa dan fulus nya. Cuti tahunan terhad, nak bagi-bagi untuk trip lain lagi. Poket pun nipis je, cukup la untuk tampung budget travel macam ni.

Disebabkan harga JR Pass yang mahal kami sanggup rush dari bandar ke bandar untuk memaksimumkan penggunaan pass tu. Alhamdulillah semua orang okay je takde komplen komplen penat, tak cukup tidur dan sebagainya. Trip macam ni masa umur masih 2-series la kena buat. Dah masuk 3-series nanti tulang belikat dah mula minta ampun. minta direhatkan, tak mau angkat bagpack 17 kilo. Ye idok? hehe. 

Lepas dah puas mundar-mandir kat Dotonbori ni kami terus balik hotel tidur, sebab esok konpem lagi memenatkan. Perlu rehat yang cukup untuk rejuvenate, kembalikan stamina. 

Saya akhiri entri kali ni dengan Namba Hips, sebuah bangunan futuristik yang kami jumpa semasa jalan-jalan sekitar Dotonbori. Bangunan ni kira baru jugak di kawasan Dotonbori, juga merupakan sebuah pusat hiburan, siap ada pusat golf lagi kat atas tu. Platform kat tengah bangunan (di bahagian luar) tu akan drop penumpang dari ketinggian 74 meter ke bawah secara mengejut, macam amusement park la, hehe.

Tiill wee meet again, Assalamualaikum !


Namba Hips building.

Kenangan di Dotonbori.

2 comments:

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...