Monday 12 January 2015

The Spices Of India : Day 6 (25022014)



Assalamualaikum & namaste !

Harap masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2015. Saya doakan semoga kita semua dilimpahi keberkatan hidup, diberikan kekuatan untuk menempuh segala cabaran & dugaan dan ditunjukkan jalan yang lurus untuk ke Syurga Allah.

Alhamdulillah tahun baru saya dimulakan dengan misi bantuan bencana banjir di Kelantan baru-baru ni. Saya berpeluang untuk melihat sendiri kemusnahan yang sangat dahsyat di sekitar kawasan Gua Musang, Kelantan akibat bencana banjir. Sedih bila tengok penduduk kampung sehelai sepinggang berkhemah di tepi jalan kerana rumah tempat berteduh telah hancur roboh. Semoga tahun baru 2015 memberikan harapan & kekuatan baru kepada kesemua mangsa-mangsa banjir khususnya dan negara Malaysia amnya untuk bangkit dari dugaan ini. Allah berkati negeri kami, amin !

Saya jugak nak minta maaf kepada pembaca yang selalu email & minta itinerary trip especially New Zealand dan India. Sebenarnya saya dah lupa kat mana saya save itinerary tu. Sorry sangat. Kalau tak jumpa, korang copy je la itinerary dalam entri-entri tu ye. Ampun beribu-ribu ampun.

Jom sambung cerita yang terbengkalai ni.


******************

Peritnya dada semalam lepas kena gastrik masih terkesan. Tak tau la mampu ke tak nak habiskan pengembaraan ni. Confirm akan 'mentekedarah' kari lagi lepas ni. Silap hari bulan kena second attack huuuuuuu.

5.30 pagi kami dah bangun dan berkemas untuk check out. Pukul 6.30 pagi kami turun ke lobi hotel. Pekerja hotel tidur bergelimpangan atas lantai sampai nak lalu pun kena melangkah kujuran badan diorang yang kejung berselimut. Punyalah sejuk cuaca kat luar, diorang tidur atas lantai je. Kesian sangat. Lantai pulak sejuk macam ais !

Sepatutnya Shabbu adik-beradik yang hantar kami ke stesen keretapi. Tapi batang hidung diorang tak kelihatan pagi tu. Nasib ade pekerja hotel yang offer nak hantar. Settle masalah kami. Kena cas INR 150 je.




6.50 pagi kami tiba di Agra Cantt. Hari ni kami akan bergerak ke bandar ke-4 dalam senarai kembara kami iaitu Jaipur, yang lebih dikenali dengan jolokan 'the Pink city of India'. Sebab apa nanti kita tengok ye.

Sebelum tu, jom kita 'nikmati" keindahan suasana pagi di stesen keretapi Agra Cantt nih. Nikmat lah sangat, weks!






Walaupun masih awal pagi dan berkabus, keadaan di stesen sangat meloyakan. Bau hamis, hancing dan pekung di mana-mana. Atas lantai tu macam-macam ada. Cecair, pepejal, bendalir, wap dan lain-lain. Sempit dada nak bernafas. Nak duduk atas kerusi pun ragu-ragu, bimbang ada 'bendasing' yang tak sepatutnya.

Yang bergelimpangan tidur berselimut atas lantai tak dapat dibilang dengan jari tangan mahupun kaki. Itu belum lagi dengan adegan pembuangan sisa toksik badan lagi. Landasan keretapi ibarat sebuah mangkuk tandas yang hangat dan selesa. Ada sorang bapak ni siap pegang kedua-dua tangan anak dia yang sedang duduk mencangkung dihujung landasan sambil berak. Boleh bayangkan adegan ni? Ngeri !

Kami ended up duduk atas backpack sendiri sebab terlalu was-was dengan kebersihan tempat duduk di  stesen. Habis penyek stok makanan, haha.


Salah satu keretapi biasa.

Lagi keretapi, kelihatannya sangat uzur.

Maharajas' Express - Luxury train.


Ada berjenis-jenis keretapi kat sini. Shafik book Allahabad train yang sepatutnya sampai pukul 7.55 pagi dan bertolak 8.25 pagi. Tapi train kami delay. Seksanya menunggu walaupun lewat 20 minit je. Berkerak-kerak lubang hidung menapis debu-debu kotoran.

Bukan setakat manusia, beruk pun berkeliaran di sekitar stesen, bergayut-gayut di bumbung. Banyak pulak tu, ade la dalam 5-6 ekor jugak. Risau diorang ni geledah beg curik makanan.

Tepat pukul 8.45 pagi, train ke Jaipur mula bergerak. Alhamdulillah selamat lagi kami kali ni. Takde mafia-mafia yang cuba menipu kami. Kali ni kami pilih second class AC (air-cond) katil no 31, 33 dan 35, semuanya di tingkat bawah. Agak selesa jugak, tanpa bau-bauan yang tak menyenangkan. Berbaloi dengan harga tiket yang affordable.

Perjalanan mengambil masa 8 jam setengah... Camne tu nak kill the time?


Aku sebuah beg.

Kawasan setinggan di persisiran jalanan... kesian !


Sebenarnya cantik jugak countryside di sepanjang perjalanan dari Agra ke Jaipur ni. Banyak ladang-ladang tanaman & tuaian yang luas, kebun-kebun bunga, pondok, kuil dan sebagainya. Keadaan udara kelihatannya lebih bersih dan segar. Mungkin sebab dah jauh dari pencemaran bandar.

Kalau tengok dalam filem hindustan pun banyak scene-scene yang cantik shoot kat dalam India sendiri. Antara nya macam dalam filem Taal adegan lagu tema Taal se Taal di kawasan pergunungan tuh. Perrghhh, memang picturesque ! Ditambah lagi dengan effect hujan lebat tu, memang serene giler !

Bocor pulak rahsia penggemar filem Bollywood, hihiks.

Itu dulu...... zaman sekolah menengah tingkatan 2. Sekarang TV pun takde kat rumah, inikan pulak nak menonton drama mahupun filem.

Dah, layan gambar pemandangan nih !


Nampak ke Rani Mukherji tengah menari-nari di celah pokok tu? Hihi.

Mmmmmm, tempat simpan gandum ke?

Rumah petani?

Salah satu kuil di sepanjang jalan.

Damai dan menenangkan.

Yang ni tak tau apa dia.

Salah satu stesen keretapi kecil - tak berhenti kat sini.

Landasan sebagai tempat lepak sembang teh tarik dengan kawan-kawan.

Jauh merenung baki bank yang kian menyusut dek kerancakan melancong.



Mati kutu tak tau nak buat apa dalam train. 3-4 kali bangun tidur bangun tidur tak sampai-sampai jugak. Mula lah rasa claustrauphobic dalam tu, lemas nak bernafas. Boleh bayangkan macam mana keadaan kalau naik train sehari suntuk dari selatan ke Utara India? Lembik badan agaknya. Ada hati pulak tu nak naik Trans-siberia train yang ambil masa berhari-hari tuh, hehehe...

Lepas bosan tidur, merayap-rayap ke gerabak lain cari hiburan. Last sekali shot gambar-gambar ni...






Susah tau nak tangkap gambar tu. Bergolok-gadai nyawa. Kalau terjatuh keluar dari keretapi memang nahas la. Macam mana kami dapat shot ni susah saya nak terangkan kat sini. Anyway, ada jugak hiburan kami sementara menunggu sampai ke destinasi yang di tuju.

Alhamdulillah tepat pukul 3.15 minit petang kami tiba di Jaipur. Keluar je dari stesen, kami diserbu bagai gula diserbu segerombolan semut. Adegan biasa di mana-mana tempat di India. By this time kami dah tau macam mana nak handle diorang nih - buat muka kerek !!! kikiki.

Masalahnye ada sorang mamat ni tak mau give up, terus mengekor kami sampai ke kaunter tiket pre-paid taxi. Rupanya pasangan mat saleh belakang kami awal2 lagi dah annoyed dengan mamat tu. Mamat tu gagal pancing diorang. Adakah kami akan terjebak?

Tetibe bila kami dapat tiket taxi je mamat tu terus masuk ke dalam kaunter, nego dengan mamat kaunter tiket tu. The next thing, dia keluar dan cakap "let's go" kepada kami tanpa segan silunya. Eh, ape kes?

Kami terperangkap ! Mamat ni dah kaotim baek punya dengan mamat jual tiket tadi. Pasrah...

Kami dah sense mamat ni memang troublesome punya. Nasib la tiket hanya INR 55 (~RM3) je.


Sekitar parking area pre-paid taxi (auto rickshaw).


Di Jaipur kami memilih untuk menginap di Nahargarh Haveli di Ajmer Road kerana review yang bagus. Hotel ni takde lah besar sangat, ada 4 tingkat dan rooftop restaurant. Senibina dan hiasan dalaman sangat Rajastan. Cantik !

Nasib kami nampaknya terpaksa lah mengikut mamat auto yang desperate nih. Dia tunggu kami check in ! Mati-mati dia nak tunggu jugak kami untuk bawak jalan-jalan walaupun dah ditolak berkali-kali. 

Kami check in, solat dan rehat sekejap. Pukul 4 petang turun bawak balik jumpa mamat tu untuk bergerak ke Tiger Fort.

Saya tak reveal nama mamat ni sebab takut disaman malu (errrr...haha !)Tapi saya percaya ramai lagi orang macam ni kat India sebab diorang memang terdesak nak cari makan. Tambahan pulak mamat ni muslim, malas la nak kiasu sangat. 

Dah, jom layan gambar hotel & bilik penginapan kami.


Nahargarh Haveli dari luar.

Hiasan di lobi hotel.

Wahai cermin sakti, siapakah yang paling santek dalam negeri ini?..... 

1 queensize bed & 1 single bed. Toilet bersih & luas. Air panas ok, takde kezutan elektrik macam kat Delhi dan Agra.


Perut dah berkeroncong irama awala dondang Noraniza Ideris sebab dari pagi tak makan proper food. Memang nak cari penyakit ni. Tak ingat ke samalam dah kena gastrik? (sambil membayangkan imej mak cekak pinggang marah).

Memandangkan mamat auto ni muslim, kami suruh die bawak kami ke restoren halal dulu untuk lunch. Kena charge bateri dulu baru naik nafsu nak berjalan. Dia pun bagai pucuk dicita ulam mendatang, terus bawak kami ke sebuah restoren, katanya kawan dia yang punya. Kroni sangat nih.

Terkesima bila masuk ke dalam restoren tu. Tengok gambar tangga kat bawah ni, macam-macam benda alah disangkut di situ. Kebersihan sangat meragukan.

Kami ni bukan lah jenis memilih sangat. Nama pun budget travel. Tapi bab kebersihan mestilah top priority, tambahan pulak di India ni risiko cherry-berry sangat tinggi kalau makan sembarangan. Silap hari bulan kena cholera masuk spital macam mana? 

Tamauuuuu !!! Tamaauuuuuuu makan sini !!!!

Jeritan dalam hati.

Bukan kami tak cuba menolak. Susah nak explain situasi ni sebenarnya. Mamat ni jenis yang pushy. Bawak kami masuk, terus hidang menu, "what do you want to eat? tandoori chicken is the best here". Sedar2 ayam tandoori dah terhidang depan mata sebelum sempat order. Begitu sekali pushy mamat nih. Cekap kau !

Pasrah dan tawakal je.... Mudah-mudahan tak kena cherry-berry.




Actually boleh tahan jugak rasa ayam tu. Bukannya tak sedap lansung. Cuma environment dalam restoren yang mencurigakan.

Apa-apa pun, cebisan ayam dah sampai pun ke perut. Hari pun dah lewat petang. Kami bergegas ke Tiger Fort untuk catch sunset. Khabarnya kat situ antara tempat yang best untuk chillax sambil tunggu matahari terbenam. Ayuh !

Lagi satu tempat yang best untuk tengok matahari terbenam adalah Monkey Temple. Sesiapa yang suka beruk boleh lah ke temple ni. Memandangkan kesuntukan masa, kami pilih Tiger Fort sahaja.

Kami mula memasuki kawasan pusat bandar...


The Pink City #1 : Pintu gerbang ke pusat bandar.

The Pink City #2 : Deretan bangunan dalam bandar.

Jual ubat? Ke stock clearance sari?

Hotel yang tersergam megah berhampiran main road.


Nampak tak dinding-dinding pintu gerbang dan bangunan tadi? For some reason, nama jolokan 'the pink city' tu diberikan kerana binaan bangunan-bangunan di sekitar kota Jaipur dibina dengan batu pasir berwarna pink. Tapi takde lah pink mana kan? Lebih kepada coklat tanah je. Mungkin dah berubah warna selepas beratus-ratus tahun akibat perubahan cuaca dan pencemaran? Mungkin...

Jaipur diasaskan  oleh Maharaja Sawai Jai Singh 11 pada tahun 1727. Sejak itu, kota Jaipur telah berkembang pesat sehingga menjadi kota terbesar dalam jajahan Rajasthan. Sehingga kini, bilangan penduduk kota ini telah mencecah lebih 3 juta orang. 

Dalam perjalanan ke Tiger Fort, kami singgah sebentar untuk melihat istana tenggelam iaitu Jal Mahal. Ada banyak versi cerita mengenai kewujudan istana di tengah tasik Man Sagar ni. Tapi kebenaran disebaliknya tiada siapa yang tahu. Antaranya, Jal Mahal (bermaksud "Water Palace") dibina pada tahun 1750 oleh Maharaja Madho Singh 1 sebagai tempat persinggahan semasa upacara memburu itik (duck hunting parties). 

Istana ni ada 5 tingkat, tapi 4 tingkat dalam air. Tingkat 5 je yang boleh nampak dari permukaan tasik. Yang ni pun ada macam-macma teori jugak tapi kebanyakkan mengaitkan nya dengan pembinaan empangan berhampiran sehingga menyebabkan istana ditenggelami air. 

Apa-apa pun, pelancong hanya sekadar boleh tengok dari jauh je. 3-4 tahun lepas ade la perkhidmatan gondola yang bawak pelancong ke puncak istana tu, tapi operasi dah diberhentikan. Sekarang ni katanya tengah renovate rooftop untuk buat restoren mewah. Idea yang sangat bernas !









Nampak banyak kawanan burung bertenggek dan berterbangan di sekitar istana ni kan? Lebih 20 tahun dulu, kawasan Jal Mahal ni sangat kotor dan tercemar. Bermula awal tahun 2000-an, pihak kerajaan tempatan memulakan operasi baik-pulih untuk upgrade balik tinggalan sejarah ni.

Sekarang ni Jal Mahal bukan sekadar menjadi tarikan pelancong. ia juga merupakan pusat pembiakan burung pelbagai jenis. Kira usaha pihak kerajaan untuk mengembalikan keseimbangan ekosistem tasik Man Sagar ni berjaya lah.

Bravo bravo ! (clap ur hands yaw !).

Kami meneruskan perjalanan...


Camel ride anyone? Maybe not ! Busuk lah.

Pemandangan Tasik Man Sagar dan Jal Mahal dari atas bukit Aravalli.

Merenung nasib diri di perantauan.


Tiger Fort atau nama sebenarnya Nahargarh Fort dibina pada tahun 1734 oleh Maharaja Sawai Jai Singh 11 di lereng bukit Aravalli. Nahargarh bermaksud " tempat kediaman harimau" kerana dipercayai semasa pembinaan Nahargarh fort, roh-roh harimau mengganggu proses nya. Akhirnya roh-roh ini ditenteramkan dengan pembinaa  sebuah kuil khas untuk memperingati mereka.

Monumen ni antara beberapa kubu yang dibina pada zaman pemerintahan  Maharaja Sawai Jai Singh 11 bagi tujuan pertahanan. Kubu ni diperluaskan lagi semasa zaman pemerintahan Maharaja Sawai Ram Singh pada tahun 1868. Beberapa istana baru dibina dari tahun 1883-1892 semasa pemerintahan Maharaja Sawai Madho Singh.

Lokasi nya yang strategik menjadikannya salah sebuah tarikan pelancongan utama di Jaipur. Masa dalam perjalanan menaiki bukit dengan auto rickshaw tadi, kelihatan banyak burung-burung merak berkeliaran. Kami berhenti sekejap nak tangkap gambar, tapi diorang lari macam lipas kudung bila kami approach.

Orait, dah sampai pun Tiger Fort. Jom layan gambar pulak.


Auto yang kami naik : macam nak roboh je.

Sebahagian dari kubu yang masih kekal.

Bandar Jaipur dari atas bukit.

Lagi bandar Jaipur - sangat luas rupanya bandar ni, sejauh mata memandang.

Begitu sekali kecintaan terhadap photography, melentok-liuk untuk dapatkan best angle.

Kerja vandalisme sape nih? Hey you Freaks !!

Cahaya jingga mentari yang kian berlabuh di ufuk barat. Puitisnya (bueeek !).

Bahagian lain kubu.

Mentari jingga di sebalik awan.



Tiket masuk untuk foreigner INR 50, sekali dengan free drink. Kalau nak murah, ambil combo dengan attraction lain di Jaipur contohnya Amber Fort. Since kami akan jelajah monumen lain di Jaipur keesokkan harinya, terpaksa lah bayar harga asal tiket ni.

Dah bosan merayau-rayau kawasan sekitar, kami naik ke puncak kubu untuk tunggu sunset. Mula-mula nampak macam promising je. Matahari bulat dan memancar cerah. Tak lama lepas tu kena lindung dengan awan tebal. Tunggu punya tunggu sampai sudah tak keluar dah. Nampaknya takde rezeki kami nak tengok sunset kat sini.

Layan gambar lagi jom !


Driver auto kami yang problematic.

Jembalang apakah ini di puncak kubu?

Sisa-sisa cahaya jingga matahari.

Bahagian kubu yang masih elok.

Bahagian kubu yang rosak sedikit mungkin sebab hakisan.

Typical seni-bina Rajastan.

Mereka yang sabar menanti matahari terbenam.

Kawasan kejiranan di bawah bukit (focus lense)

Cahaya lampu mula dinyalakan.




Tu je. Nothing so memorable kat sini. Kami pun dah penat dengan perjalanan yang panjang hari ni. Masa turun bukit pulak lampu depan auto tu buat masalah. Tak bernyala. Mamat ni selamba je drive.

Kami suruh dia berhenti periksa dulu. Azuan siap nyalakan lampu phone lagi nak tolong die check. Nasib baik lampu auto tu bernyala balik. Alhamdulillah. Bahaya kot turun bukit dengan auto yang bergegar-gegar macam nak tercabut tayar.

Kami singgah sekali lagi tepi tasik Man Sagar nak ambil gambar Jal Mahal yang disinari lampu.

Mamat ni insist nak bawak kami jalan-jalan ke bandar untuk shopping. Rimas sungguh. Kami cakap kami penat nak balik hotel rehat tapi kalau dah jenis tak reti bahasa tu memang yang tu jugak dia ulang-ulang.

Nasib baik dia mengalah akhirnya. Huh, memang penat dengan mamat nih !






Bila sampai hotel dia tanya lagi esok nak pergi mana. Dia akan tunggu kami depan hotel. Kami cakap kami tak mao. Kami nak pergi sendiri. So agaknya esok pagi dia muncul ke tak depan pintu hotel? Yang tu kita simpan untuk ceritera esok ok? Suspen ke meluat? hihi.

Selesai mandi dan solat, kami naik ke rooftop restaurant untuk dinner. Yahoooo ! Kami dapat tahu pemilik hotel ni orang Kashmir dan semua makanan dijamin halal.Syukur Alhamdulillah boleh isi perut penuh-penuh.




Local cuisine ni memang Thor-baek. Sodap yo ! Shafik memang target nak cuba nasi beriani di setiap bandar yang kami singgah kat India ni. Boleh tahan jugak beriani Jaipur cuma tak dapat knock down beriani Kashmir la. Yang tu memang legend.

Okay, esok kami akan jelajah saki-baki monumen penting di kota Jaipur sebelum bertolak pulang ke Delhi. Jumpa lagi dalam entri berikutnya.

Till then, have a good day !

Assalamualaikum !


2 comments:

  1. Bila nak sambung entry seterusnya? X sabar nak baca ni..ehehe..

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...