Friday 21 November 2014

The Spices Of India : Day 5 (24022014)




Cara terbaik lagi menjimatkan untuk mengembara merentasi bumi India yang luas adalah dengan menaiki keretapi. Ia merupakan rangkaian sistem keretapi ketiga terbesar di dunia selepas sistem keretapi Rusia dan China. Dengan jumlah jarak landasan sepanjang 63, 000 kilometer dan jumlah stesen sebanyak 6,800 buah, Indian Railways mempunyai lebih dari 1.5 juta pekerja (fuyyyooo !).

Misi kami di bumi kari ini tak lengkap tanpa merasai sendiri pengalaman berkelana dalam keretapi. Selain dapat menjimatkan kos penginapan (dengan menaiki sleeper train), kami juga dapat menjimatkan travel time dan secara lansung dapat memaksimakan pengembaraan di siang hari.

Mula-mula tu ragu-ragu jugak nak book train tiket sebab dan banyak kali dengar dan baca tentang penipuan di stesen keretapi seperti yang saya ceritakan dalam entri sebelum ni. Akhirnya kami bertiga sepakat nak redah je. Apa-apa yang terjadi di sepanjang perjalanan kami anggap pengalaman hidup. Paling koman pun nanti boleh jugak cerita kisah kena tipu kepada anak cucu cicit kan.

Ikutkan hati nak je saya ceritakan dari A sampai Z secara terpeinci segalanya tentang keretapi di India ni. Tapi nanti pecah rekod entri paling panjang merangkap paling boring pulak. So untuk maklumat lanjut mengenai jenis, harga, cara membeli tiket dan sebagainya, sila klik SINI >> INDIAN TRAIN.

Baca molek-molek kasi paham sebelum book tiket. Ya, memang kena book tiket awal-awal, tak boleh main terjah stesen dah beli tiket on the spot. Train selalunya akan sentiasa penuh dengan penumpang. Kalau tak, takkan lah orang sampai sanggup bergayut kat luar train macam dalam gambar kat bawah ni, kikiki.

Saya nasihatkan kalian semua ambil paling kurang pon AC3 (air-conditioned 3-tier) supaya tiada masalah tulang berlakang bengkok, tulang pinggul terjojol keluar dan sebagainya selepas melalui perjalanan berjam-jam. Kami pilih AC2 (air-conditioned 2-tier). Alhamdulillah cukup selesa dan harganya berpatutan.


Source : fredilsongallery.blogspot.com


*************************

Assalamualaikum & Namaste !

Sembelit sungguh rasanya nak menyudahkan entri India ni. Lama berehat untuk memberi laluan kepada entri Japan. Pejam celik, rupanya dah hari ke-5 di India. Jom sambung ceritera yang terbengkalai ni. Challo beta ! ngeheh.


"Akan ku kota janji kita,
mendidirkan Taj Mahal cinta,
seteguh kasih,
Shah Jahan kepada Mumtaznya"


Begitulah bait-bait satu lagu ni yang pernah saya dengar di corong radio suatu ketika dulu. Tu dia sekali berjanji dengan anak dara orang sampai nak bina Taj Mahal. SPM dah lepas ke? hehe...

Pukul 5.20 minit pagi, bunyi alarm menyelinap masuk ke lobang telinga. Seusai mandi dan solat subuh, kurta terus disarungkan dengan penuh bangganya. Eh, siap pakai kurta bagai? 

Tepat pukul 6.10 minit pagi, Shabbu dan Ridzuan sampai di depan pintu hotel. Mamat 2 orang ni yang datang pick up kami kat Agra Cantt malam tadi. Ye, mereka berdualah yang telah menggodam nama Azuan dari Azuan Majid menjadi "Ajuon Mayid" (refer entri hari ke-4 kalau tak faham).

Sepanjang 1.5 km perjalanan dari stesen keretapi ke hotel, si Shabbu tak henti-henti promote diri sendiri. Dia kasik kami baca buku nota kecik yang tercatat tulisan dari pelancong yang pernah hire dia sebagai tourist guide.

Berpinar biji mata membaca tulisan di dalam kesamaran malam. Nasib baik bulan mengambang, so ada lah sikit sumber cahaya. Kebanyakkan coretan dalam tu memberikan pujian yang melambung tinggi buat si Shabbu. Good review sesangat.

Dia offer nak bawak kami jalan-jalan sekitar Agra esok dengan harga yang berpatutan. Malas nak fikir, kami terus setuju. So itinerary hari ni macam ni (seperti yang digariskan oleh Mr. Shabbu):

Taj Mahal (Sunrise) -> breakfast -> Agra Fort -> Fatehpur Sikri -> Baby Taj -> sunset di Yamuna river.

Lebih kurang pukul 6.30 pagi, Shabbu turunkan kami di satu kawasan parking auto dan tunjuk arah untuk ke Taj Mahal. Dari sini kami harus berjalan lebih kurang 500 meter sebelum sampai ke kaunter pembelian tiket. Shabbu kasik 3 jam. Pukul 9.30 nanti kami berkumpul balik di tempat parking tadi.

Harga tiket masuk INR 750/pax (~ RM40). Kira agak murah la kan? Nak masuk ke salah satu dari 7 keajaiban dunia. Line beratur pun tak panjang sebab ada line khas untuk foreigner. Dapat air mineral sebotol dan pembalut kasut.

Tapi untuk pengetahuan kalian semua, harga tiket masuk untuk local people hanyalah INR 20 sahaja ! Gila berbeza kan? Memang sedut habis duit foreigner. Tapi line beratur bahagian local tu punyalah panjang berjela-jela.

Memandangkan Taj mahal merupakan satu monumen yang tersangat berharga, kawalan keselamatan pun agak ketat. Bila masuk je terus kena scan satu badan. Ada beberapa barang je yang dibenarkan untuk dibawa masuk seperti air (dalam botol yang transparent), kamera, handphone dan dompet duit. Yang lain tak boleh. Nehi nehi nehi !

Shafik terbawak laptop dalam beg. Terpaksa lah berlari keluar untuk simpan beg di satu lokasi yang agak jauh dari entrance gate. 


Pemeriksaan keselamatan yang ketat.

West gate.


Kami tunggu Shafik di pintu masuk barat. Masa ni kedinginan pagi mula dirasai, menusuk-nusuk sampai ke tulang sumsum, merobek-robek jantung. Mula menyesal pakai kurta nipis tak pakai jaket. Mat saleh saiz gorilla pon pakai sweater yang ko kurus kering macam cicak kobeng pesal over confident? Huaaaaaaaa....

Mula rasa something yang tak best akan berlaku nanti....

Ok, jom kita mulakan perjalanan hari ni dengan mengenali Taj Mahal. Perkara pertama yang anda harus tahu adalah, Taj Mahal sebenarnya bukanlah satu binaan berkubah yang cantik semata-mata. Ia sebenarnya merupakan sebuah kompleks yang dikelilingi oleh beberapa binaan lain dan dihiasi halaman-halaman bunga. Jom mulakan dengan floor plan.




Semua orang tahu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan bagi memperingati isteri ketiga nya iaitu Mumtaz Mahal, seorang puteri Parsi, yang meninggal dunia semasa melahirkan anak ke-14 mereka, Gauhara Begum. Taj Mahal merupakan makan dimana Mumtaz Mahal telah disemadikan. 

Pembinaannya bermula pada tahun 1632 dan siap sepenuhnya pada tahun 1653. Sehingga ke saat ini, ia masih lagi dianggap sebagai salah satu dari binaan terindah di India yang menonjolkan ketinggian senibina Islam yang diasimilasikan dengan senibina Mughal, Parsi dan Turki Uthmaniyah. Ratusan malah ribuan arkitek, jurutera, pakar ukiran dan buruh telah terlibat dalam projek mega ni.

Pada tahun 1983, Taj Mahal telah disenaraikan sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Ini description UNESCO mengenai Taj Mahal;

"Taj Mahal is the jewel of Muslim art in India and one of the universally admired masterpieces of the world's heritage."


The Great Gate : Bangunan pertama kelihatan sejurus selepas melepasi West Gate.

Juga dikenali sebagai darwaza-i rauza.



The Great Gate ni memang typical senibina Mughal yang menggunakan batu pasir berwarna merah. Hampir kesemua bangunan-bangunan yang dibina semasa zaman kegemilangan empayar Mughal dibina dengan batu pasir berwarna merah kecuali makan Mumtaz Mahal yang dibina dengan batu marmar berwarna putih. Disitu lah sebenarnya keistimewaan Taj Mahal berbanding binaan lain di India.

Archway atau pintu gerbang The Great Gate merupakan 'mirror image' kepada archway Taj Mahal, dihiasi dengan ukiran ayat-ayat suci Al-Quran dan corak bungaan yang sangat sophisticated.

Ayuh, kita mara lagi. Berdebar-debar rasanya nak tengok Taj Mahal. Dari luar tadi tak nampak lagi kubah Taj Mahal sebab terlalu berkabus. Adakah megah bagai dikata? Atau indah khabar dari rupa? Underrated? Overrated?... kejap lagi kita akan tahu.


Sang mentari di ufuk timur.

Wohohohohohohohoho ! First sight of  the Taj Mahal, ternganga... !



Dari jauh dah terasa aura kehebatan Taj Mahal. Meremang bulu roma. Kiri kanan kedengaran bunyi klik klik klik orang tangkap gambar. Punyalah ramai tourist pagi-pagi buta tu. Ingatkan datang awal tak ramai crowd.

So tunggu apa lagi? Jom kita menapak perlahan-lahan menuju ke makam yang indah tu. Sambil-sambil tu kita buat photoshoot ! hehe.


Taj, mu tunggu aku datang !

Happiness is, when you jump in front of Taj Mahal shamelessly, kikikikiki.

Tema promosi tahun melawat India 2027, grrrrr !

Makin hampir, makin jelas, makin terkesima.


Kiri: Masjid
Kanan : Minaret Taj Mahal



Okay, memang almost impossible untuk dapat shot yang mana tiada segerombolan tourist dalam gambar tu. Jadi terima lah seadanya. Popular tourist attraction memang macam tu lah. Dah, jom naik ke kawasan makam.

Makan Mumtaz Mahal sedikit tinggi dari paras tanah. Tak perlu bukak kasut, cuma perlu sarungkan pembalut kasut yang dibekalkan semasa membeli tiket tadi. Jom kita ke sebelah kiri Taj Mahal dulu dan pusing bangunan mengikut arah jam.


Masjid.


Di sebelah kiri (barat) Taj Mahal merupakan sebuah masjid. Ada persamaan dengan The Great Gate tadi? Ya, masjid ni juga dibina dengan batu pasir berwarna merah, 'signature' senibina empayar Mughal. Bentuk masjid ni lebih kurang sama dengan masjid-masjid lain yang dibina Shah Jahan termasuklah Jama Masjid di Delhi yang merupakan masjid terbesar di India. Pada hari jumaat, Taj Mahal ditutup sementara waktu dari pukul 12 tengahari sehingga pukul 2 petang untuk memberi laluan kepada solat jumaat.

Di sebelah kanan (timur) Taj Mahal pula merupakan sebuah bangunan 'mirror image' kepada masjid tersebut yang dikenali sebagai Mihman Khana atau 'jawab' yang pada suatu ketika pernah berfungsi sebagai guesthouse. Ada sedikit perbezaan antara masjid dan jawab. Seperti masjid-masjid lain di seluruh dunia, masjid di Taj Mahal ni jugak ada mihrab dan lantai nya dilapisi karpet dan sejadah untuk bersolat. Jawab tiada mihrab dan lantainya pula dihiasi corak-corak geometri yang indah.

Selebihnya, sama. Sebab tu para sejarawan dan arkitek bersependapat bahawa fungsi Jawab sebenarnya lebih kepada 'architectural balance' walaupun pada suatu ketika ia pernah berfungsi sebagai guesthouse. Dengan ada nya Jawab, kompleks Taj Mahal menjadi simetri dan seimbang.


Taj Mahal dari arah masjid (western view).

Kelihatan pekerja sedang menyapu ulat penyengat yang bertebaran di depan pintu masjid. Kena sengat 2-3 das kat kaki.

2 Minaret di bahagian belakang Taj Mahal.

Pandangan dari arah barat laut.

Lagi pandangan bahagian belakang Taj Mahal.

Yamuna river.

Yamuna river yang berkabus.



Keistimewaan Taj Mahal terletak pada struktur binaan serta ukirannya yang unik. Walaupun batu pasir merah merupakan bahan binaan utama semasa era pemerintahan empayar Islam Mughal, Shah Jahan menggalakkan penggunaan batu marmar putih bagi membina makam isteri tercintanya. Ustaz Ahmad Lahauri dari Parsi merupakan chief architect dalam pembinaan kompleks ni.

Kita pusing ke belakang balik kepada gambar Taj Mahal di atas tadi. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Jadi saya labelkan bahagian-bahagian Taj Mahal supaya lebih mudah untuk korang semua mengenali keajaiban dunia nih. Lepas tu saya focus kepada details binaaan dan ukirannya pulak, ok? layan......


Anatomy of the Taj Mahal


Finial : Puncak Taj Mahal. Pada asalnya ia diperbuat daripada emas, ditukar kepada finial gangsa sekitar awal kurun ke 19. Dihiasi lambang bulan sabit, salah satu elemen asas senibina Islam.

Lotus decoration : Berfungsi untuk menonjolkan ketinggian kubah.

Onion dome : 'Highlight' utama Taj Mahal, berketinggian 35 meter dari lantai, berdiri megah diatas drum.

Drum : berketinggian 7 meter dan berbentuk silinder, fungsi utama drum adalah untuk menambahkan ketinggian kubah.

Chattri : 4 buah chattri di setiap penjuru makam merupakan replika kubah dalam saiz yang lebih kecil.

Spire : Hiasan puncak menara yang juga bertujuan untuk menonjolkan ketinggian kubah.

Minaret : 4 buah kesemuanya, berketinggian lebih 40 meter dan dibahagikan kepada 3 bahagian oleh 2 buah balkoni yang mengelilingi minaret. Puncak minaret juga dihiasi dengan chattri dan finial yang sama dengan kubah makam. Dibina sedikit jauh dari makam bagi mengelakkan kerosakan kepada makam sekiranya minaret-minaret tersebut runtuh.

Pishtaq : Pintu gerbang melengkung.

Spandrel : Ruang di antara bahagian atas pintu gerbang (archway) dan bingkai pintu gerbang.

Dado : bahagian bawah sesebuah dinding.


Pishtaq, spandrel yang dihiasi corak floral dan kaligrafi. Kelihatan juga finial kubah dan spire.

Spire, calligraphy, dado dan motif corak hiasan.

Chattri, iwan (pishtaq kecil), sekawanan burung dan Shafik dalam pose I am Nikon.

 Mohon jangan muntah dengan kepoyos-an mamat nih hokay?

Lompatan berskala 5.67 Richter. Magnificent !

Minaret dibahagian barat laut.


Minaret berketinggian 40 meter.



Seterusnya kami masuk ke dalam kawasan makam. Cenotaph atau replika kubur Shah Jahan dan Mumtaz Mahal dikelilingi oleh Jali atau tirai batu marmar yang berbentuk oktagon. Kubur sebenar terletak di tingkat bawah (undergorund level). Takde gambar sebab memang tak dibenarkan tangkap gambar dalam ni.

Matahari dah memancar terik lepas keluar dari makam. Perut dah berkeroncong kelaparan. Kami menapak perlahan-lahan menuju keluar. Bilangan pelancong dah berjuta-juta lemon dengan berbagai-bagai aksi.


Clearer now? Kabus sudah hilang. Lagi santik kan?

Lagi sekali, double dose. Ni renungan terakhir nih.

Hati-hati jangan sampai tergelincir masuk kolam ye. Ramai sangat pelawat.

Oo silap. Ni renungan terakhir. Babai Taj. Sayonara !

Pose wajib pakcik-makcik 'menyentuh' puncak Taj Mahal.


Asalnya, taman di dalam perkarangan kompleks Taj Mahal ni di-design seperti taman-taman Mughal yang lain (boleh check balik Mughal gardens yang kami sempat terjah masa di Kashmir). Tapi bila British datang menjajah, taman-taman ni ditukar lanskap nya menjadi seperti taman-taman di London.

Taj Mahal telah beberapa kali terselamat dari serangan semasa perang dunia kedua dan juga peperangan di antara India dan Pakistan di sekitar penghujung tahun 1960-an. Pencemaran sungai dan udara dari sisa kilang telah menyebabkan kejadian hujan asid di sekitar kawasan kompeks yang menyebabkan warna Taj Mahal bertukar kekuningan saban hari. 

Disember 1996, Mahkamah Agung India mengishtiharkan Taj Trapezium Zone (TTZ) sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan pencemaran di persekitaran Taj Mahal. Kilang-kilang di dalam kawasan TTZ diarahkan untuk menghentikan penggunaan batu arang. TTZ yang merangkumi kawasan seluas 10,400 km persegi melindungi 40 monumen bersejarah di Agra termasuk Taj Mahal, Agra Fort dan Fatehpur Sikri, ketiga-tiganya merupakan tapak warisan dunia UNESCO.

Habes da pasal Taj Mahal, yay yay. Covered !!!!!!!

Secara rasminya, Taj Mahal menjadi monumen pertama dalam senarai '7 keajaiban dunia' yang telah saya jejaki. Ada lagi 6. What's next? Hehehe. InshaAllah kalau ada rezeki.


Unta ride di luar perkarangan kompleks.


Bila sampai di kawasan parking auto tadi, Shabbu dan Ridzuan dah tunggu kami. Dia perkenalkan kami dengan Farouk Khan, driver yang akan bawak kami ke Agra Fort. Shabbu dan Ridzuan kena 'entertain' tourist lain katanya. But first, makan dulu ! Perut dah mula senak-senak. Rasa lain macam je. Dah rasa tak sedap hati.

Farouk bawak kami makan kat satu restoren yang katanya popular di kalangan pelancong. Layan je lah, yang penting halal. Syukur kami dipertemukan dengan 3 orang muslim ni yang sememangnya memahami keperluan kami untuk mendapatkan sumber makanan yang bersih dan halal tanpa risiko cherry-berry. 

Bukan sikit malah ramai pelancong yang terpaksa dikejarkan ke hospital kerana dehydration (kurang air dalam badan) disebabkan cirit lepas makan sembarangan. Sebab tu bab makan ni kami terlebih cautious. 

Alhamdulillah restoren yang si Farouk bawak kami ni bersih. Saya order 'Hangover set' (tatau mabuk sebab apa). Ada walnut toast bread, scramble egg, salad, dan segelas orange juice. Aiseh, ni memang mengundang padah ni minum jus oren masa perut tengah kosong nih. Lagi sekali, layanzzz...!


Hangover set & fake sunglasses.

On the way to Agra Fort. Agra memegang rekod bandar paling tercemar pernah saya jejak. Tutup hidung dengan shawl Shafik sepanjang perjalanan.


Tepat pukul 10.15 minit pagi, kami sampai ke Agra Fort. Ini satu lagi monumen penting yang wajib di cover kalau sampai ke Agra. Jaraknya hanya lebih kurang 2.5 kilometer dari Taj Mahal. Tiket masuk untuk foreigner harganya INR 250 (RM 14).

Sejarah kewujudan  kubu ni sebenarnya lebih panjang jika dibandingkan dengan Taj Mahal. Ia dipercayai telah dibina sekitar kurun ke-11. Peperangan demi peperangan, akhirnya ia jatuh ke tangan empayar Mughal yang ketika itu dipimpin oleh Akbar the Great (datuk kepada Shah Jahan). Akbar tiba di Agra pada tahun 1558 dan mengarahkan pembinaan Agra Fort dengan menggunakan batu pasir merah.

Ketika zaman pemerintahan Shah Jahan, beberapa binaan dari batu pasir merah telah dimusnahkan dan digantikan dengan binaan baru menggunakan batu marmar putih. So saki-baki yang ada sekarang ni adalah binaan yang wujud dari zaman Shah Jahan, bukan binaan asal Agra Fort. Dah, jom masuk !





Entrance

Built from red sandstone.

Macam pasar malam.

Jahangir Palace #1

Jahangir Palace #2

Interior.

Decorated columns.

Lagi pelbagai jenis corak hiasan.

Halus giler ukiran !

Acececeh. Cintaku seratus percent sangat !

Sebahagian dari binaan yang diperbuat dari batu marmar.

Lagi binaan dari batu marmar.

Cubaan untuk memahami senibina complex yang tersangat kompleks ni tapi tewas !

Beautiful Mughal Garden.

Hall of Public Audience (Diwan I Am) #1

Hall of Public Audience (Diwan I Am) #2


Pada saat dan ketika ini lah mimpi buruk menjadi kenyataan. Perut mula rasa bergulung-gulung, dada rasa sempit sangat. Mula-mula tu cuba la tahan jugak sebab tak habis explore lagi tempat ni. Bila dah balik ke area Jahangir Palace tu, rasa dah sakit tahap maksimum dah. Ni first time kena serangan gastrik yang teruk masa travel. Sebelum ni paling teruk pon 2 tahun lepas masa kena denggi.

Sakit kat rumah dengan sakit semasa nun jauh di perantauan ni sangat lah berbezanya. Ubat pulak tertinggal kt bilik hotel. Hanya mampu rehat kat bench bawah pokok je sementara tunggu Azuan dan Shafik panjat tembok-tembok tu. Berpeluh-peluh jugak tahan sakit.


Dibawah pohon itulah beta beristirehat.

Tembok itulah yang cuba ditawan Azuan & Shafik.


Bila diorang datang balik ke bawah pokok tu, terus cakap nak balik hotel. Memang enggak bisa ditanggung lagi dong. Baik lah makan ubat cepat-cepat sebelum insiden lain terjadi contohnya pengsan dan terpaksa dikejarkan ke kecemasan. Lagi la nightmare kan.

Kesian diorang berdua tak puas explore lagi. 1 comrade down. Pasrah je balik hotel terus. nasib la dekat je hotelnya. Sampai bilik hotel dalam pukul 1 tengahari. Terus teguk ubat, tarik selimut dan tidur. Sejam lepas tu diorang kejut lagi nak bertolak ke destinasi berikutnya. Tapi masa ni sakitnya masih di tahap tak mampu berdiri lagi. So diorang blah.

Pukul 3 bangun lagi, ambik wudu' dan solat. Ubat dah mula jalan dah. Ada tenaga sikit nak bukak plastik chipsmore dan ngap 3-4 keping biskut untuk isi perut kosong. Alhamdulillah sakit makin kurang. Bila dah segar, boring pulak tak tau nak buat apa dalam bilik. Pergi turun bawah jalan-jalan amik gambar hotel, panggil orang betulkan shower bengong yang air ada kezutan elektrik tu, then terus order dinner.

Shafik datang balik lepas tu ajak gi dinner tapi makanan dah order pon. So diorang dinner berdua kat restoren mewah mana ntah. Cis !

Okay. Azam lepas ni nak buat entri ciput-ciput je. Mampu ke agaknya kalau banyak sangat drama nye? hentah ! Jumpa lagi dalam entri berikutnya. Saya akhiri dengan gambar-gambar Baby Taj ehsan dari Shafik yang berkesempatan ke sana. Gambar-gambar kat atas tadi pun banyak jugak dari Shafik sebab memang saya tak rasa sedap badan sepanjang pagi pon. So, thank you so much Shafik !

Till then, assalamualaikum !






2 comments:

  1. ketagih lak baca blog ni..memang terbaik cara penceritaan Faizal! Byk info pastu selit2 lawak & drama. Tak bosan jadinya. Yang tak besnya, jadi tak fokus keje!! hahaha Thumbs up and keep up the good work! Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! komen yang sangat memberi semangat. Thanx! :P

      Delete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...