Tuesday 10 December 2013

Kia Ora, New Zealand - Day 7 (26/6/13)

Assalamulaikum & Salam Sejahtera.

*** Menyambung kembali coretan selepas entri hari ke-6 yang penuh meroyan ***

Ini merupakan entri terakhir untuk percutian di New Zealand. Secara teknikalnya, hari ke-7 merupakan hari kedua terakhir di NZ. Last day (hari ke-8) hanya traveling day dari Auckland balik ke KL. Nothing much happened, so malas nak buat entri, huahua (takde amik gambar pon, so xde modal nak menulis).


Suasana pagi yang indah dan mendamaikan di Christchurch top 10 Holiday Park. Hari ni, last day kami berkelana dalam campervan. Satu pengalaman yang seriously awesome !. Sedih jugak nak balik ke Auckland. Tak tau la bile lagi dapat travel dengan motorhome.

Lepas solat, saya terus keluar pusing-pusing holiday park. Cantik jugak sunrise kat sini, kaler jingga.


 Sekadar 'peace' dari celah tingkap. Nak keluar, sejuk sangat.

Entrance 

 Reception & Information Centre

 Sunrise...SubhanAllah

Plan kami hari ni nak ke bandar Christchurch sebelum pulangkan motorhome dekat airport. Sebelum tu, kena la cuci-cuci sikit apa yang patut. Pandai menyemak, pandai2 lah kemas balik.

Kemudahan dekat sini lebih kurang sama dengan Queenstown Top 10 Holiday Park. Pendek kata semua ada lah. Tu pasal rangkaian Top 10 Holiday Park ni antara yang termaju dan paling popular di NZ.




Tung-tang-tung-tang, dah siap kemas pun. Awal pagi lagi tu. Matahari pun tak nampak lagi. Cahaya kejinggaan je yang nampak. Kebanyakan penghuni holiday park yang lain masih berselimut lagi.

Dah 5 hari buat mende yang sama, kemas barang-barang dalam campervan ni dah jadi macam 'second nature' dah. Tak susah pun sebenarnya kalau dari awal lagi dah dijaga elok. Kalau awal-awal dah macam tongkang pecah, patah pinggang la jawabnya nak mengemas balik.

Selera makan macam so and so je pagi tu. Tengok sotong goreng tepung tu pun dah tak lalu nak makan. Rindu dekat nasi lemak, roti canai, dan segala macam juadah Malaysia yang kaya dengan kalori dan kolesterol, huaha.



"Pagi yang gelap kini sudah terang
Aku adikmu, dan engkau abang"

^ Hujan - Pagi yang Gelap ^

 Ready to go


Sebelum keluar dari Holiday park, berhenti sekejap dekat paip air tepi entrance holiday park, kasik jirus ini campervan, biar tanggal daki-daki yang dipungut selama 5 hari pengembaraan. Takde lah nak cuci sampai kilat macam kat car wash tu, cuma tak nak nampak comot sangat la. Nanti ape pulak diorang cakap pasal orang Malaysia kan.

Dari Christchurch Top 10 Holiday Park ke pusat bandar tak jauh pun, dalam 6-7 km.

Kalau anda semua masih ingat, dalam entri pertama NZ, saya ada mention pasal seorang rakyat Malaysia yang berhijrah ke Christchurch, Dr Ubaidullah Mustafa serta catatan beliau "Melihat New Zealand Sebagai Negara Berkebajikan". Refer ---> SINI.

Christchurch merupakan bandar terbesar di Pulau Selatan dan kedua terbesar di NZ. Ia mempunyai kepadatan penduduk ketiga tertinggi selepas Auckland dan Wellington. Sebelum tragedi gempa bumi yang melanda bumi Christchurch dari tahun 2010 - 2012, ia merupakan sebuah pusat pelancongan utama di pulau selatan.

Siri kejadian gempa bumi telah memberikan impak yang mendalam buat penduduk Christchurch serta pembangunan bandar secara keseluruhannya. Dr Ubaidullah sendiri merasai pengalaman semasa kejadian gempa bumi tersebut.

Ilustrasi menunjukkan negara-negara dalam lingkaran api pasifik, yang terdedah kepada risiko gempa bumi dan letusan gunung berapi (courtesy : Google)

Gempa bumi pertama melanda Canterburry pada 4 september 2010, berskala 7.1. Titik pusat gempa bumi tersebut terletak lebih kurang 40 kilometer dari pusat bandar Christchurch, berdekatan pekan Darfield.

Dua orang dilaporkan cedera manakala satu kematian disebabkan oleh serangan jantung semasa kejadian gempa bumi tersebut (secara praktikalnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berkait dengan gempa bumi tersebut).


5 Bulan kemudian, gempa bumi kedua melanda bumi Christchurch pada 22 Februari 2011, dengan magnitud 6.3 skala Richter. Gempa bumi tersebut berpusat sekitar pekan Lyttelton, kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Christchurch.

185 orang telah terbunuh dalam kejadian pada pukul 12.51 tengah hari tersebut (terdiri daripada penduduk tempatan dan pelancong dari lebih 20 buah negara). Ia disifatkan sebagai antara gempa bumi terburuk dalam sejarah NZ yang mengakibatkan kerosakan utama kepada pusat bandar Christchurch.

Antara faktor yang menyebabkan gempa bumi kedua ini lebih 'disastrous' dari gempa bumi pertama:

1. Jarak pusat gempa bumi yang lebih hampir dengan pusat bandar Christchurch (10 kilometer, berbanding 40 kilometer pada kejadian gempa bumi pertama).

2. Masa kejadian (12.51 minit tengah hari waktu tempatan) dimana kebanyakan penduduk sedang bekerja/bersekolah dan berada dalam kawasan sekitar bandar, berbanding gempa bumi pertama yang berlaku pada pukul 4.35 minit pagi waktu tempatan (no people on the streets).

3. Struktur-struktur bangunan yang telah mula rosak dan dilemahkan dalam kejadian gempa bumi pertama.





Walaupun menurut skala Richter, gempa bumi kedua lebih rendah magnitudnya berbanding gempa bumi pertama (6.3 berbanding 7.1 skala Richter), tetapi kekuatan gegaran (intensity) muka buminya jauh lebih tinggi dari gempa bumi pertama, mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda yang lebih besar.




Selalunya kalau dalam TV, report gempa bumi mesti dalam skala Richter kan?. Tapi ada lagi satu measurement scale yang kita jarang guna, yakni Modified Mercalli Intensity Scale (MMI).

Berbanding Richter magnitud yang mengukur jumlah tenaga yang terhasil dari sesuatu gempa bumi, Mercalli Intensity Scale mengukur 'kesan' gempa terhadap permukaan bumi, struktur-struktur bangunan dan kerosakan alam yang diakibatkan.

In this case, the second earrtquake was much more 'intense' and severe compared to the first earthquake resulting in more devastating effects.

Kerugian daripada gempa bumi kedua dianggarkan melebihi 40 billion. Sesetengah pakar ekonomi berpendapat ekonomi NZ akan runtuh dan proses pemulihannya akan mengambil masa antara 50-100 tahun.


Belum pun sempat pulih dari tragedi menyayat hati tersebut, bumi Christchurch sekali lagi dikejutkan dengan gempa bumi ketiga pada 13 Jun 2011. 2 gempa bumi berlaku pada pukul 1 tengah hari dan 2.20 petang waktu tempatan, masing-masing dengan magnitud 5.6 dan 6.3 skala Richter. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beberapa lagi 'aftershock' menyusul selepas kejadian tersebut. Secara keseluruhannya, lebih dari 4000 gempa bumi berlaku dalam kawasan Canterburry dari 4 September 2010 sehingga 3 September 2012.

Setahun berlalu semenjak kejadian gempa bumi terakhir, bandar Christchurch kini pesat membangun dibawah pelan pembangunan "Christchurch Central Recovery Plan" dan "Land Use Recovery Plan".

Dalam coretannya, Dr Ubaidullah mengupas mengenai keprihatinan pihak pemerintah terhadap kesusahan hidup yang dialami oleh rakyat selepas musibah yang melanda Christchurch. Tanpa mengira fahaman parti politik, mereka bekerjasama bagi membangunkan semula bandar Christchurch yang telah lumpuh.

Kami singgah sebentar di pusat bandar Christchurch untuk melihat kesan gempa bumi tersebut.

Tram track

Sepi


Christchurch pada suatu ketika merupakan bandar pelancongan paling utama di pulau selatan NZ. Banyak bangunan, monumen serta pusat tarikan pelancong yang rosak dalam tragedi tersebut.

One of the attraction was the tram system. Kalau dah jejak kaki ke Christchurch, harus kena experience naik tram. Tapi sejak gempa bumi tu, perkhidmatan tram telah diberhentikan sebab banyak trek yang rosak.

Masa kami sampai di Christchurch, perkhidmatan tram masih lagi belum mula beroperasi dan masih dalam proses pembaik-pulihan. Baru-baru ni je, dalam awal bulan November 2013, perkhidmatan tram mula beroperasi kembali, satu demi satu.


Kedai-kedai kecil dah banyak yang buka masa ni. Untuk shopping baju dan sourvenir, ok kot. Kiri-kanan contruction, bunyi bulldozer, kren & sebagainya. Tak banyak yang dapat dilihat. Most of the tourist attractions banyak yang runtuh dan rosak dan sedang dibina semula.

I'll let the photos speak for themselves...













Kiri : Zul dan hasil tangkapan
Kanan : Fuad berlatarbelakangkan "Bridge Of Remembrance" yang sedang dibina

Mercu tanda baru bandar christchurch (sedang dibina)


Selesai, kami terus ke airport untuk check in. Proses pemulangan campervan tak rumit pun. Die check sikit-sikit campervan tu, lepas tu terus ke kaunter untuk pulang kunci.



Alhamdulillah cuaca baik, so flight on-time. Pilu rasanya semasa meninggalkan pulau selatan. Tengok ni gunung-ganang dilitupi salji. Awesome kan? SubhanAllah.


Pramugara dan pramugari veteran Air New Zealand mula menyajikan jajan dan kopi. Haaaa, still tak boleh nak 'brain' kenapa diorang masih gunakan khidmat pakcik2 dan makcik2 ni sebagai pramugara/i.




Alhamdullilah selamat mendarat di Auckland Domestic Airport sekitar jam 4 petang. Cuaca di Auckland pun baik-baik saja. Ke hujan? Entah, tak ingat. Tapi rasanya ok je.

Kami terus ke Europcar untuk pick up kereta sewa untuk hari terakhir di NZ.



Tuan Haji macam baru menang cabutan bertuah dapat Ford Focus

Penginapan untuk malam terakhir saya book melalui Agoda.com. Ini dia Lantana Lodge di St Georges Bay Road. Kami ambil family room, just nice untuk 4 orang.


Belum sempat snap gambar bilik yang masih suci, ade pulak orang interprem. Sila abaikan posing menggiurkan Fuad tu. Bilik ni ade 1 queen size bed dan 1 double decker (sama  macam Silverfern backpackers). Toilet & shower room kat luar, kena share.



Kemas barang, solat, then kami keluar jalan-jalan cari makan sambil menikmati saat saat terakhir di bumi NZ. Mood "tak dapat terima kenyataan esok nak balik Malaysia" dah datang. Berat hati nak masuk kerja balik. Ape makne nye tu? ape makne nyer....!!!!



Isntanbul Kebab & Pizza

Sekali lagi kami pilih restoren Turki sebagai hidangan makan malam terakhir di NZ. Ni macam dah kasik hint kena pegi Turki ni next trip, hehe.

I guess it's the end of the entries regarding my roadtrip in NZ. Alhamdullilah dapat cover almost semua tempat yang kami aim nak jelajah dalam masa sesingkat seminggu ni.

I really hope that you guys have a great time reading my humble blog. I will try to  write better next time inshaAllah. Please, please, please come back and visit this blog again some time later. 

Soon, I'll be writing about Seoul, South Korea and Borneo roadtrip, InshaAllah. Till we meet again, Assalamualaikum !

21 comments:

  1. Salam. Wah sangat menarik entry ke NZ ni...Thanks for sharing! Boleh saya tanya sikit, kenapa prefer masak dalam holiday park tu?bukan dalam motorhome yang dah ada tempat memasak ye?

    Motorhome Maui tu ok ke?Susah sgt ke nak bawa tu? =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih... Glad u enjoyed it.

      Lagi senang masak kat dapur holiday park. Semua kelengkapan ade, luas & lebih selesa (sebenarnye malas nak kemas motorhome lepas masak, mesti besepah kan? hehe).

      InshaAllah x ssh drive motorhome. Gabra jugak mula2. tapi jalan kat NZ selamat. Takde lopak2, batu2 atas jalan, xde mat rempit cilok kiri kanan. Semua orang ikut had laju.

      Maui ok. dijaga rapi... semua kelengkapan bersih dan tersusun. sangat menarik tidur dalam motorhome.

      Delete
  2. Terima kasih share experience, I learnt a lot from your postings on NZ as we are planning for our trip in May later.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure. I hope u find them helpful/useful. Enjoy your trip. I'm sure you're gonna enjoy the autumn foliage in May. Safe journey @Kamalia...

      Delete
  3. Salam faizal... terbaik entry2 NZ ni.. nk itinerary ngan overall expenses bley x? sbb nk try cmpare kalo ambik package.. pliz :) thanks. hakim_musbahudin@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. InshaAllah, akan diusahakan. Sy email nnti.

      Delete
    2. Boleh emailkan full expenses dengan itinerary ke NZ kt saya jugak?? Thanks. namira4560@gmail.com

      Delete
  4. Awesome pics!subhanallah..truja sgt nk g NZ.tgh menabung n planning.tq share experience kt sana.nk tnya,klu kita sewa motorhome di christchurch,boleh ke pulgkn d queenstown ek?so no need ulang alik ke christchurch kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Boleh, tak kisah pulang kan kat mana2 motorhome centre asalkan 1 syarikat.

      Delete
  5. Entry awak ni buat akak terkenang balik trip backpacking akak ke NZ in Summer 2012. Dari South Island ke North Island. Pusing keliling NZ in 15 days. Christchurch masa tu sunyi sepi. Blok bangunan tertinggi terbelah dua. Ramai penduduk relocated outside Christchurch. Air pun tak digalakkan minum direct dari pipe sebab dah tercemar masa gempa bumi.

    Overall memang trip ke NZ ni everyone kena buat once in a lifetime.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Setuju sangat. Klau ada masa + wang lagi saya sanggup repeat trip ke NZ ni. Bnyk tempat sy tak sempat cover.

      Delete
  6. Salam, berapa harga sewa motorhome ni sehari ye?

    ReplyDelete
  7. Salam.. Di holiday park tu charge per head.. Em..ada yg ckp klau 6 pax.. Tak payah pay utk 6..pay utk 4 pax cmtu.sbb boleh thn harga powered site nya..dorg check tiket kita ke mase kt powered site nanti?..

    ReplyDelete
  8. Salam.. Di holiday park tu charge per head.. Em..ada yg ckp klau 6 pax.. Tak payah pay utk 6..pay utk 4 pax cmtu.sbb boleh thn harga powered site nya..dorg check tiket kita ke mase kt powered site nanti?..

    ReplyDelete
  9. Salam

    Tq byk2 for sharing ur story about NZ. Kalau nak ke auckland central,better drive or naik public transport ye? Susah tak nk drive kat bandaraya auckland n cari parking?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Kami terus sewa kereta so x pasti psl public transport. Rasanya ok kot klau nk naik public transport sbb developed country. Drive ok je. Xde yg merempit. Parking ok

      Delete
  10. Aslkum Faizal. Baru abih menelek entries on NZ trip. Xkisahlah wlpun dah lama sbb sya n fmly g Jun 2012 n sekali lg last Feb. So, I can feel you.. Amazing kann! Huhu.. Mmg plan nx trip (Insyaallah) mesti ke Milford Sound. Aritu cancel sbb anak ajak ke Remarkables tmpt LOTR..
    Thumbs up!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Thank you! amazing country. klau ade duit tiap2 taun nak repeat NZ. tapi..... hehe

      Delete
  11. Insyaallah, boleh. Jomm..!Balik kg. Hehe..

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...