Assalamualaikum & Salam Sejahtera pembaca budiman sekalian.
Setelah mereput gambar2 dalam hard disk baru lah Kancil ada kelapangan nak mulakan entri Europe Trip ni ha. Itu pun tak boleh janji nak istiqomah sebab trip2 lain juga menerima nasib yang sama, terbengkalai kebusukan.
Saya assume dah ramai yang perasan column 'Itinerary' kat sebelah kiri tu sebab dah tak ramai yang email mintak forward itinerary trip ni. Kalau tak perasan dijemput singgah ke column tersebut dan review itinerary2 yang telah berjaya diupload oleh Sang Kancil dicelah kesibukan karier beliau. Kalau tak jumpa jugak, klik je ---> SINI : Europe Itinerary. Jangan lupa baca entri Prelude juga ya (klik ---> Europe Trip : Prelude).
Tepat jam 3 pagi, kami bertolak dari KLIA dengan menaiki pesawat Qatar Airway dan tiba di Hamad International Airport, Doha pada jam 5.30 pagi waktu tempatan. Nikmat weh dapat naik premium airline setelah begitu taat setia dengan syarikat penerbangan murah Air Asia. Boleh mengangkang luas sambil layan movie (walhal berdengkur sakan sampai lah mendarat). Servis bagus, selimut hangat, makanan sedap, siap dapat travel kit berisi berus gigi, ubat gigi, ear plug, eye mask dan compression socks untuk mengelakkan Deep Vein Thrombosis (darah beku di betis) akibat tempoh penerbangan yang panjang. Patutla dapat anugerah "World's Best Airlines" sampai 4 kali.
Masa ni baru je setahun Hamad International Airport dibuka. Perancangan awalnya lapangan terbang ni dijangka siap dan memulakan operasi pada tahun 2009. Tangguh punya tangguh (atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan), pada tanggal 30 April 2014, ia memulakan operasi menggantikan Doha International Airport.
Airport yang cantik dengan beruang besar kat tengah laman.
Sambung mereput sambil layan movie. Dah khatam Harry Potter Series.
Jam 7.45 minit pagi, kami bertolak ke London dan mendarat dengan selamat di London Heathrow Airport pada pukul 1.15 minit tengah hari. Sebelum mendarat tu bukan main lama dia berlegar-legar kat atas tunggu signal. Ada la dalam setengah jam kot. Chem pulak dok sibuk tengok kamera dalam skrin yang menunjukkan muncung kapal terbang berputar-putar. Lagi berpinar mata, hampir termuntah.
Excited sebab dapat jejak bumi Harry Potter memang tak dapat digambarkan. Terkinja-kinja menahan keseronokan. Long story short, settle immigresen, kami terus ke Belvedere Hotel, tempat penginapan kami selama di bumi London. Untuk ke sini, naik train dari Heathrow Airport dan turun di Paddington station. Dekat je. Dalam setengah jam perjalanan. Dari Paddington station ke hotel lebih kurang 350 meter. Dengan ada nya kemudahan poket wifi zaman sekarang ni, inshaAllah mudah sangat nak kemana-mana. Google maps je jalan ke hotel.
Oh ya. Detail untuk public transport sepanjang trip ni dah pun saya rangkumkan dalam itinerary yang panjang berjela tersebut. Maka tak perlu lah untuk saya ulang disini ya.
Reception counter.
Bilik yang agak selesa untuk 4 orang.
Lupa nak cakap. Ni trip pertama saya dengan Gopro Hero 4 Silver setelah kamera Samsung tidak sihatkan diri. Perasan tak entri Eksplorasi Turki macam tak terusik? Sebab gambar kat sana semua overexposed ! Tak tahu apa rosaknya. Hantar kedai dia cakap 'tak dapek den nak nolong nya'.
Beberapa hari sebelum trip n sempat saya terbeli cik GoPro ni ha. Makanya gambar2 kat Europe semua wide angle, takde fokus2 k.
Kawasan luar hotel. Ada taman bunga berpagar.
Paddington station.
Destinasi pertama kami, National History Museum. Ia dibuka dari jam10 pagi sehingga jam 5.50 minit petang setiap hari sepanjang tahun dan hanya ditutup dari 24-26 Disember ketika cuti perayaan hari natal. Dan yang paling penting, free admission, tak payah bayar. Hanya bawa otak dan perasaan ingin tahu sahaja.
Kami sampai pun dah petang. Nasib sempat masuk (last entry adalah pada pukul 5.30 petang). Ada la dalam sejam jugak kami spend masa kat sini. Besar nak mampus. Terdapat lebih kurang 80 juta item kat dalam muzium ni yang dikategorikan kepada 5 bahagian; botany, entomology, mineralogy, paleontology & zoology.
Dari luar namapak macam cathedral dengan infrastruktur dan ukiran zaman Victoria. Dianggarkan lebih 5 juta pengungjung telah datang ke Natural History Museum pada tahun 2015 sahaja. Memang penuh sesak keadaan masa tu. Weekend pulak.
Masa ni si Diplodocus masih lagi bertengkek di central hall. Teringat pulak cerita Night At The Museum bila nampak fosil dinosaur tu. Diplodocus yang ditemui oleh S.W. Williston pada tahun 1877 merupakan antara main attraction dekat Natural History Museum. Setelah lama dipamerkan di central hall, ia akhirnya digantikan dengan tulang ikan paun gergasi pada tahun 2017. Maka berakhirlah zaman kegemilangan si dinosaur Diplodocus, sob sob sob.
Untuk maklumat lanjut mengenai muzium ni, klik SINI, SINI, & SINI.
Jom layan gambar2 di sekitar Natural History Museum.
Cuaca sungguh nyaman untuk bersenang-lenang.
Suka architecture dia..
Huntongla boleh bersidai dibawah sinaran mentari tanpa menjadi rentung kan.
The famous Diplodocus.Sekarang tulang ikan paus pulak amik tempat tu.
Charles Darwin; Naturalist, Geologist & Biologist.
King Kong?
Bahagian batu & mineral. Bermacam jenis.
Classy...
Main Hall. Best gak Gopro, dapat wide angle.
Lagi Main Hall yang mempamerkan Diplodocus.
Last belanja Diplodocus. Lepas ni xde dah gambar ko wahai dinosaur.
Pintu masuk nak tutup dah.
Sengih dapat ilmu ke sengih satu haprak tak paham?
Dari sudut lain.
Tengah meng-eksperimen Gopro.
Mengikut plan asal kami akan ke Trafalgar Square untuk menikmati suasana petang (apa yang nikmat sangat tu?).Kemudian ke West End di bahagian shopping district (Oxford & Regent Street). Tapi dek kerana kepenatan & jet lag, rasa malas pulak nak turun naik train. Cuaca pun nyaman. Ada baiknya digerakkan sendi2 kaki yang dah mengeras dek tempoh penerbangan yang panjang tadi.
Jadi kami tukar plan dan terus menapak ke Royal Albert Hall yang jaraknya hanya lah 650 meter sahaja dari Natural History Museum. Teringin jugak nak tengok dewan tempat Dato' Siti perform suatu ketika dulu. Gah sangat ke? Kemudian boleh habiskan masa dekat Kensington Gardens & Hyde Park yang terletak bertentangan dengan Royal Albert Hall.
Jangan buang masa. Ayuh!
Bangunan embassy negara apa ntah dah lupa. Proses penuaan makin cepat sejak dua menjak ni. Sangat merisaukan.
Royal College of Music. Cantik2 bangunan kat sini. Kenapa la tak cukup cerdik dulu untuk belajar kat oversea, hukhuk.
Bahagian belakang Royal Albert Hall bertentangan dengan Royal College of Music.
Nampak tak punya semangat Azuan. Laju macam lipas kudung. Di celah2 bangunan sebelah kanan kelihatan The Albert Memorial.
Comel je dewan tu bulat. Bahagian dalaman katanya sangat grand. Nampak macam kecik, tapi kapasiti-nya melebihi 5200 orang. Inilah dia hasil tangan Francis Fowke dan Henry Young Darracott Scott, 2 orang arkitek berbangsa Inggeris yang sangat masyhur suatu ketika dulu. Mula dibina pada tahun 1867 dan siap pada tahun 1871, acara pembukaan dewan ini telah dirasmikan oleh Queen Victoria. Sekarang, ia menjadi salah satu mercu tanda terpenting di kota London.
Motif tetiba formal sangat perenggan kat atas tu? Hmmm..
Betul2 bertentangan dengan Royal Albert Hall (kearah utara dewan untuk lebih tepat dari segi georafinya) adalah The Albert Memorial yang terletak di dalam kawasan Kensington Gardens.
Layan gambar dulu. Langit biruuuu....
Memorial ni dibina oleh Queen Victoria sempena memperingati suaminya Prince Albert yang telah meninggal dunia pada tahun 1861 kerana demam kepialu (typhoid fever). Berketinggian 54 meter dengan senibina bercirikan Gothic Revival, ia mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan dan menelan belanja sebanyak 120,000 pound sterling (kalau zaman sekarang anggarannya 10 juta pound. Maa aih bapak mahalnya!).
Kalau perasan ada statue emas sedang duduk bertengkek kat atas singgahsana di tengah2 memorial tu. Itulah Prince Albert. Queen Victoria merasmikan pembukaan memorial ni pada tahun 1872. Tiga tahun kemudian pada tahun 1875, statue tu siap dan dimasukkan kedalam memorial.
Dah takde apa nak buat, kami merayau je lah sekeliling taman. Punya lah bersih rasa nak guling-guling atas ruput. Kat sini kami jumpa Princess Diana Memorial Walk, pepohonan sakura yang sedang mekar berkembang dan seekor tupai ! Hihi.
Owh, ada tasik depan Kensington Palace (round pond) yang banyak swan. Tak mau cakap banyak2. Layan gambar lagi. Omputeh cakap 'a picture is worth a thousand words'. Itu je modalnya kalau malas nak menulis ye.
Kensington Palace.
Begitu lah kekdah nya hari pertama kami di kota London. Keluar dari Paddington station, terus cari restoren halal untuk dinner. Kawasan kejiranan Belvedere Hotel ni memang banyak restoren halal. Tak susah nak cari. Kami tak bawak stok makanan dari Malaysia sebab malas nak pikul. Jadi budget untuk makan tu lebih sikit. Dan kami pun bukan giler shopping so oklah boleh tampung duit makan.
Diharap perkongsian ringkas ni ada manfaatnya pada kalian semua. Amacam ok ke gambar Gopro? Rasa macam ada something missing kan. Huhu.
Till we meet again,
Adios
Sayonara
Annyeong
Goodbye !!!
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment