Tidak dinafikan, Danau Toba merupakan destinasi pelancongan paling popular di Sumatera Utara. Kira tempat wajib bagi rakyat Malaysia kalau jejak tanah Medan. Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang masih kurang diterokai di daerah ini? Berikut merupakan 5 destinasi wajib pergi di Sumatera Utara bagi pencinta alam dan fotografi.
1. Bukit Kapur : Kawah Putih Tinggi Raja
Terletak di Desa Dolok Tinggi Raja, Bukit Kapur tersembunyi di tengah hutan belantara di daerah Simalungun. Perjalanan ke sini sangat mencabar dengan keadaan jalan yang berbukit, tidak berturap dan berlubang. Walaupun jaraknya hanya 90 km dari kota Medan, perjalanan boleh mengambil masa sehingga 4-5 jam.
Kawasan hutan simpan seluas 176 hektar ini masih terpelihara dengan baik serta bebas dari sebarang aktiviti perhutanan. Siapa sangka jauh didalam kawasan hutan ini tersembunyi satu khazah alam yang 'rare'.
Terdapat kawah seluas 4 hektar yang mengeluarkan wap dan air panas dengan teres batu kapur seperti yang dijumpai di Pamukkale, Turki. Ia dikenali sebagai Kawah Putih Tinggi Raja. Kepanasan air kawah berwarna biru ini mencecah sehingga 90 darjah selsius. Awas ! Jangan sampai terjatuh kedalam kolam kerana keterujaan melampau.
2. Pulau Tulas, Danau Toba
Pulau kecil di dalam kawasan Danau Toba ini jarang sekali menjadi tumpuan pelancong kerana tidak ramai yang mengetahui kedudukannya yang tersembunyi. Keindahan panorama yang memukau dari atas bukit membuatkan kami leka melayan perasaan.
Padi yang menghijau dan air tasik kebiruan mampu membuatkan anda lupa segala beban dan tekanan yang ditinggalkan di tanah air tercinta. Pastikan anda memilih tourist guide yang mahir selok-belok Danau Toba dan kawasan disekitarnya bagi mengelakkan tempat2 'mainstream' dan sebaliknya menjelajah tempat2 'rare' sebegini.
3. Teletubbies Hills, Danau Toba
Seperti menyaksikan fiords di New Zealand dan Norway. Sungguh, tak disangka terdapat pemandangan sebegini indah di bumi Indonesia. Untuk seketika, saya duduk di satu sudut bukit, kamera diketepikan, dan hilang dalam kelekaan, menyaksikan kebesaran alam ciptaan Tuhan.
Teletubbies Hills bukanlah nama rasmi atau nama sebenar tempat ni. Sebaliknya, nama tersebut diberikan oleh tourist guide kami yang kononnya menemui tempat ni. Dia ni rajin meneroka bukit bukau disekeliling Danau Toba dan telah menjumpai 2 kawasan berbukit yang dinamakan Teletubbies Hill Part 1 & Part 2.
>> Teletubbies Hill (Part 1):
4. Efrata Waterfall
Salah satu dari berbelas dan mungkin berpuluh air terjun di Sumatera Utara. Berketinggian 26 meter dengan lebar 10 meter, air terjun ini boleh dilihat dari atas Menara Tele. Ia terletak di Desa Sosor Dolok, kira-kira 20 km dari pusat bandar Samosir.
Efrata dalam bahasa Batak bermaksud air terjun. Jangan risau untuk mandi manda disini sebab airnya cetek dan selamat.
5. Gunung Sibayak
Gunung berapi jenis stratovolcano yang masih aktif ini terletak berhampiran dengan pekan Berastagi. Ia berketinggian 2212 meter dari paras laut. Sudah lebih sekurun semenjak letusan terakhir Gunung Sibayak dan sehingga kini, aktiviti geoterma diatas puncaknya masih sangat aktif, menghasilkan wap air panas. Terdapat kolam air panas yang hampir kering diatas puncak gunung ini.
Selain melihat pemandangan matahari terbit, pendaki gunung juga datang kesini untuk menyaksikan letusan gunung berapi aktif dari Gunung Sinabung yang berhampiran.
perghhhh..cantik giler semua gambar. jeles tengok... huuuuuu. Kalau ade rezeki nak pergi juga la kat sini...
ReplyDeletememang cantik sumatera ni..x sangka sggh. kena pergi, huhu
DeleteSubhanaAllah. Terpegun sekejap tgk gambar Pulau Tulas dan Teletubbies Hill tue. Cantik sangat! This reminds me of the beautiful view of Tasmania as well.
ReplyDeleteBtw, boleh tak kiranya you share with me the number of your supir since ramai yang I baca dari travel blogger yang ada, supir supir yang derang book banyak buat hal and always insist to go only to the mainstream spot only.
* Found your blog by coincidence by blog hopping. Oh ya, helloo. It's me Zara.
Zara AB
Zara AB Travel
zaraab.wordpress.com
hi Zara. thanks for your feedback. here's the supir fb page:
Deletehttps://www.facebook.com/joe.blankon?fref=ts
cantik...best mest terjah.
ReplyDeletemesti ! hehe
Deletecantik2...Subhanallah..macam best je nak pegi tapi macam x sesuai bawak budak kecik..huhu
ReplyDeletehmm..kurang sesuai sikit. perjalanan jauh takut meragam diorang, huhu
Deletex sangka kt danou toba byk tempat yg menarik... ingat kan x best...
ReplyDeletekan. siapa sangka. mmg cantik
Delete