Sunday 30 August 2015

Bukit Tinggi : Japanese Village & Colmar Tropicale (29/08/2015)



Assalamualaikum, Salam Merdeka !


Tak ingat dah bila last time menulis pasal percutian dalam negara. Rasanya entri Hutan Simpan Ayer Hitam pada Januari 2015 kot. Lama jugak tu, huhu.

Sementara ekonomi tengah gawat ni, jom kita cuti-cuti Malaysia. Lagi pun dah lama tak jalan2 dengan la familia. Entri ni pasal Bukit Tinggi di Bentong Pahang. Saya percaya ramai yang dah  sampai ke sini. Saya pun dah kali ke-3 ni.

Rindu sangat dengan Japan sebenarnya. Asalnya plan nak ke Hokaido untuk menikmati keindahan musim luruh hujung tahun ni. Perancangan terpaksa ditunda dulu sebab dapat sambung belajar. InshayaAllah kalau ada rezeki Kancil ke Japan lagi nanti.

Tujuan utama, Kancil nak ke Japanese Village. 2 kali pergi sebelum ni, memang ramai sangat orang. Tak merasa pakai yukata. Kali ni aim nak bergambar dengan yukata.

Sempena cuti 3 hari merdeka ni, ada jugak plan nak jalan2 dengan geng #galakjalan #genghikers. Royal belom, Tasik Kenyir, Mossy Forest, Hatyai dan macam2 lagi cadangan. Tapi tak dapat kata sepakat. Ada yang kena kerja dan sebagainya. So trip merdeka dengan geng travel tak kesampaian.


Japanese Garden di sebelah kiri, Botanical Garden di sebelah kanan.


Kuala Lumpur terletak kurang lebih 60km dari KL, dalam sejam perjalanan mengikut kategori cara pemanduan masing2 lah ya. Memandangkan long weekend, ada kemungkinan tempat ni jadi tumpuan ramai. 

Untuk mengelakkan kesesakan pengunjung, kami bertolak awal pagi. Japanese Village buka pukul 9 pagi. Moga2 tak ramai lagi orang. Ikut ramalan cuaca, keadaan sedikit berawan pagi tu, dengan huajn sekejap2 pada pukul 10 pagi. Kira orait jugak la tu.

Kat KL tengah jerebu teruk. Ramalan kaji cuaca hari ahad (30 sept 2015) pulak kata mendung dan hujan. Dan selalunya long weekend macam ni, hari sabtu orang nak berehat dulu kan. Kira timing tu dah perfect.

Alhamdulillah masa kami sampai di parking lot  Japanese Village, baru ada 1-2 kereta. Yes ! kami cepat2 panjat tangga untuk ke entrance. Harus diingatkan pada yang berniat nak bawa orang2 tua kesini, pastikan mak ayah kita tu fit dan tak ada masalah sendi. Banyak tangga kat Village ni. Dari Parking lot nak ke entrance saja dah mendaki beratus anak tangga.

Tak susah untuk ke sini. Lepas exit ke Bukit Tinggi, drive terus je sampai jumpa pondok Guard. Ni sebenarnya kaunter tiket. Bayaran untuk dewasa RM13/pax (dulu RM12), kanak2 4-12 tahun RM8/pax. Harga termasuk entrance ke Japanese Village dan Botanical Garden.

Lepas tu ambil kanan dan terus je, ikut signboard sampai jumpa lagi satu pondok Guard. Colmar Tropicale disebelah kanan, Japanese Village ke kiri. Kalau anda bermalam di Colmar Tropicale, pihak hotel ada sediakan shuttle bus untuk ke Japanese Village.

Orait, jom !

Irasshaimase !


Ahli rombongan Pak Kancil.

Small stream dalam Japanese Garden.

Depan Kimono rental house.


Sedikit menengenai japanese Village:

Terletak pada ketinggian 1000 meter (3500 kaki) dari aras laut, ia dibina oleh arkitek terkemuka Jepun iaitu Kaio Ariizumi bersama 22 orang pakar ukiran. Terdapat beberapa tempat menarik disini antaranya Japanese Tea House, Tatami Spa, Ryo Zan Tei Japanese Restaurant, Ume Tatami Suite dan lain-lain.

Rumah pertama yang akan anda jumpa adalah Kimono rental house. Sepasang kimono harganya RM20 (sama harga untuk kimono dewasa dan kanak2). Sebenarnya yukata je, bukan kimono. Dan yukata yang disediakan pun ada yang dah carik-carik, lusuh dan berbau.  Ada yang ok lagi.

Mahal jugak tu sebenarnya, tapi sewa jugak satu sorang sebab nak merasa. owner kata 10 minit je masa nak bergambar (what !!?). Tak setimpal dengan harga (dan keadaan yukata yang lusuh). Nak mintak tukar dia tak kasik.

Lepas siap pakai kami terus diminta beratur untuk bergambar. Anak owner volunteer nak ambilkan. Ada unsur2 paksaan sikit ya kat situ. Jeling kat luar, nampak macam dah mula nak ramai orang. Kami turutkan saja kemahuan anak owner tu. Settle cepat boleh la kami outdoor photoshoot pulak.

Kualiti gambar tak perlu lah dibincangkan disini ye. Dalam 15 saat, ada la 10 kali dia snap. Maka, hasilnya shaky, dan tak simetri. Tergesa-gesa semacam minah ni.

Layan gambar jom !


Family potrait #1

Family potrait #2

Geisha wanna be.

Seronok budak2 ni dapat pakai yukata, hehe. Kalau ada pedang samurai lagi cun !


Selesai indoor photoshoot dengan anak owner, kami keluar untuk bergambar di sekitar taman. Kalau tak silap, Ini merupakan Japanese-theme garden pertama dirantau Asia tenggara dalam hutan hujan tropika.

Yukata agak loose sebenarnya, tak macam kimono yang banyak layer, berat dan ketat. So tak la susah sangat nak jalan, naik dan turun tangga. 

Jom layan gambar lagi sekitar taman botani dalam Japanese Village ni.










Baru sekejap kami bergambar, anak owner tadi dah datang menurut. Dia cakap tak cantik bergambar kat luar tu. Dia ajak masuk dalam balik, dia tolong tangkapkan gambar.

Eh !

Ni dah lebih.

Loqlaq sangat pesal? Padahal saya baca dalam blog lain, boleh jalan2 pakai yukata ni sampai 30 minit. Tadi ko cakap 10 minit aku diam je. Ni ko nak paksa2 aku bergambar kat dalam pulak.

Talk to my hand !

Kami cakap nak bergambar di Japanese Tea House dulu dan terus blah. #fliphair.


Depan Japanese Tea House #1

Depan Japanese Tea House #2

Melangkah dengan penuh kelembutan.



Dah puas bergambar baru kami pulangkan balik yukata. Ada la dalam setengah jam jugak, haha. Baru rasa berbaloi dengan harga.

Orang dah mula ramai masa ni. Tapi since kami dah settle dengan sesi beryukata, no rush. Kami ambil masa sikit berjalan2 dan bergambar sekitar taman.

Taman ni kecil dan agak simple sebenarnya. Ikut review kat Tripadvisor pun ramai pengunjung yang kechiwa dengan Japanese Village ni, especially pengunjung dari luar negara yang datang dari jauh.

Layankan je la. Dulu masa tahun 2008 saya datang, village ni memang cantik. Kali kedua saya datang tahun 2011, dah serabut sikit. Seperti attraction2 lain di Malaysia, poor maintenance adalah puncanya.

















Best je layan kehijaun alam dengan udara yang bersih. Mujur takde orang merokok macam kat Broga Hill. Cuaca pun sedang2 molek je masa tu. Tak panas sangat, tak mendung jugak.

Kalau berkesempatan, boleh join Tea Ceremony yang bermula pukul 11 pagi. Ada 4  sesi sehari. Ada restoren Jepun yang katanya sangat overprice. Harga pakej spa pun boleh tahan mahal jugak.

By the time kami sampai ke parking lot, dah penuh dengan kereta. Segerombolan pengunjung dari Indonesia sedang panjat tangga, beberapa orang minah saleh tengah lepak kat bawah pondok. Fuh, selamat datang awal.

Kami singgah sebentar di Colmar Tropicale (French Village) untuk bergambar. Sekejap je lepak kat sini sebelum blah sebab matahari dah terik.

Layan sedikit lagi gambar keh !


















Alhamdulillah, mission accomplished ! 

Kami pulang dengan hati yang girang. Horay !!

Dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari merdeka yang ke 58. Semoga Malaysia sentiasa berada dalam lindungan Allah, dikekalkan keamanan, dilimpahkan keberkatan dan dijauhi dari segala malapetaka.

Sehingga berjumpa lagi.

Assalamualaikum !


15 comments:

  1. Bukit tinggi kat malaysia ni tak pernah sampai lagi, tapi kalau bukit tinggi kat indonesia dah 2 kali pergi. muahahhaa.. Dalam negara sendiri pun xhabis pusing lg sebuk nak p berjalan kat luar.. Huuuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm tu lah kebiasaannya kan. Paham2. Katanya menda depan mata bila2 boleh pergi, yg jauh tu peluang tak selalu kan. Nyudahnya sampai ke sudah tak pergi pun yg dekat2 tu kan, hihi

      Delete
  2. Terima kasih... maklumat dan sharing yang sangat membantu.. boleh lah saya bawa anak-anak ke bukit tinggi ni. Thanks ya.

    ReplyDelete
  3. Apa hal dok blur muka?aduhh..

    ReplyDelete
  4. Bapa jam agak2 habes kat sana mase tu..sbb rse mcm nk kne balik jam 1.. kalo jam 9 pai 1tghri cukop tak?

    ReplyDelete
  5. Kalau dari kl nak ambik exit apa yaa ?

    ReplyDelete
  6. Japanese village ni kira tak mesra orang tua la? How bout yang berkerusi roda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Sebab banyak sangat tangga nya. Kerusi roda memang tak accessible.

      Delete
  7. Assalamualaikum...kalau bermalam Kat situ, berbaloi tak? untuk rehat2 santai..?

    perjalanan naik ke bukit tu kalau drive, macam Cameron highland @ genting highland?

    thanks in advance:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam

      Boleh bermalam untuk santai2. banyak accomation kat Bukit tinggi. Jalan bengkang bengkok tapi jauh lebih baik dari Cameron & genting

      Delete
  8. Assalam'kum,
    Nak tanya :

    1) berhasrat nak bawa opah..sian opah asyik dok umah ja. tapi opah berkerusi roda. kalau bawa sampai entrance yang selalu org ambil gambar tu agak2 boleh x?

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...