Assalamualaikum & salam sejahtera !
Tahun 2014 merupakan tahun melawat Malaysia. Tapi kenapa kurang sangat cerita pasal pelancongan dalam negara ni Kancil? Sibuk dok cerita kisah-kisah pengembaraan luar negara je.
Erk... !
Itu bukan bermakna saya menganak-tirikan industri pelancongan negara ya. Banyak juga destinasi-destinasi pelancongan dalam negara yang sempat saya cover dalam tempoh 10 bulan pertama tahun 2014 ni, cuma tak sempat nak upload je.
Kita rehat dulu ceritera di India & Jepun. Tinggal kan hujan emas di negeri orang tu, jom mandi hujan batu di negeri kita. Ayuh !
Apa yang keluar dalam benak fikiran korang semua kalau sebut Melaka?
Bandaraya bersejarah... kan?
Sinonim sungguh Melaka dengan sejarah awal pembentukkan negara kita. Banyak kesan tinggalan sejarah di negeri Hang Tuah ni contohnya A'famosa Fort, Dutch Square, The Stadthuys dan banyak lagi, kebanyakkannya terletak di Bandar Hilir, Melaka. Tak hairanlah Bandar Hilir menjadi tumpuan utama para pelancong yang berkunjung ke Melaka. Tak logik jugak kalau rombongan sekolah rendah anda tak pernah sampai ke Bandar Hilir ni, ngehehe. Destinasi wajib cikgu-cikgu dan murid-murid.
Tapi, untuk entri kali ni, saya nak share 3 destinasi yang jarang-jarang didengari, tapi tak kurang menariknya juga. Mungkin next time bila korang semua ke Melaka, boleh cuba luangkan masa bersama keluarga di destinasi-destinasi yang bakal dipaparkan ni? Ok, jom !
1. SAWAH PADI GADEK
Siapa yang tak suka kan keindahan sawah padi menghijau yang mendamaikan? Sebab tu sawah padi sering dijadikan lokasi untuk penggambaran drama dan juga musik video. Melihat kehijauannya ibarat sebuah terapi jiwa yang menenangkan.
Bukan di utara je ada sawah padi. Ada beberapa kawasan di Melaka yang masih mengusahakan penanaman padi, cuma tak la secara komersial. Antaranya di Gadek. Sebelum ni saya ada highlight pasal Gadek Hotspring. Sekarang ni kita tengok padi pulak hokeh?
Timing lari sikit sebenarnya. Masa ni dah masuk musim menuai pun. Ada kawasan yang padinya tengah sarat mengandung, ada jugak yang dah togel kena tuai. Walaubagaimanapun, pemandangan masih boleh tahan osem nye. Biar gambar berbicara yuk !
2. GALERI LEBAH MELAKA
Lokasi : Ayer Keroh Melaka (berhampiran Taman Botani, Taman Rama-rama & Taman Buaya Melaka)
Waktu operasi : 9 pagi - 6 petang (dibuka setiap hari)
Bayaran masuk : Percuma
Yang menarik : Paparan tentang kitaran hidup lebah dan spesis-spesis lebah yang terdapat di Malaysia, replika pelbagai bentuk dan saiz sarang lebah, berbagai jenis dan rasa madu lebah (boleh cuba rasa sebelum beli), produk-produk kesihatan dan kecantikan berasaskan lebah (madu, propolis royal jelly dan sebagainya).
Bayaran masuk : Percuma
Yang menarik : Paparan tentang kitaran hidup lebah dan spesis-spesis lebah yang terdapat di Malaysia, replika pelbagai bentuk dan saiz sarang lebah, berbagai jenis dan rasa madu lebah (boleh cuba rasa sebelum beli), produk-produk kesihatan dan kecantikan berasaskan lebah (madu, propolis royal jelly dan sebagainya).
3. TAMAN BUAYA MELAKA
Lokasi : Ayer Keroh
Waktu operasi : 9 pagi - 6 petang (dibuka setiap hari)
Bayaran masuk : Dewasa (RM10 : weekdays, RM 15 : weekends/public holiday), kanak-kanak (RM6 : weekdays, RM12 : weekends/public holidays). 50% discount untuk seior citizens (>55 tahun) dan pemegang kad OKU.
Yang menarik : Malaysia in Miniature, Reptile Corner, Mamalia House, Crocodile show. Walkthrough Aviary, Water Recreation park.
Malaysia in Miniature : 13 replika monumen bersejarah di Malaysia antaranya, menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, A'famosa, masjid Negara, bangunan Putra Perdana, Litar Sepang, Jambatan Pulau Pinang, bunga Rafflesia dan sebagainya.
Walkthrough Aviary : House of Birds. Terdapat pelbagai jenis spesis burung menarik. Yang paling osem semestinya burung merak yang anggun bergaya mempamerkan kepaknya kepada khalayak ramai, dengan bagganya. Salah siapa bila merak dikatakan sombong? sedangkan punggung dia pun cantik menawan. Tak percaya? Layan gambar di bawah, nguahahah.
Macam mana aku tak sombong, punggung aku cantik, punggung aku cantik. kikikiki...
Seriau tengok mamat tu cium buaya. Bapak besar buaya tembaga yang last tu. Berapa kilo agaknya makanan dia satu hari? Mesti high maintenance kan?
Ok, tu je untuk kali ni. Sangat ringkas, tapi harap-harap berguna kepada kalian semua. Ada lagi 2 bulan setengah sebelum 2014 melabuhkan tirainya. Teruskan menyokong industri pelancongan negara. Sehingga berjumpa lagi dalam entri berikutnya.
Assalamualaikum !
No comments:
Post a Comment