Monday 15 September 2014

Japan Shinkansen Trip - Misi Menculik Geisha : Day 1 (April 2, 2014)



Soba ni ite kureru?
(will you stay by my side?)
jounetsu no sukima de sotto
(secretly, in between the gaps of passions)

yasuragi wa itsumo
(peace is never in sight)
higeki no saki ni mienaku naru
(in the face of tragedy)

chiisaku naru ai no kakera wo
(Gathering the fragments)
hiroi atsumete wa
(of this shrinking love)

hitotsu, futatsu, kasaneteiru no
(one piece, two pieces, I'm piling them up)

aitai to tada negau dake de
(just by wishing that I could see you)
konna ni mo namida afureru kara...
(my tears are already overflowing this much)

my love

yozora ni ukabeta tameiki ga koboreru
(my sigh escapes, floating up into the night sky)

Please Stay With Me



Assalamualaikum & konnichiwa !

First and foremost saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca sekalian yang masih sudi menjengah blog usang saya. Saya nak minta maaf juga sebab selalu lambat respond kepada email-email yang dihantar. Harap dapat bersabar. Saya akan cuba reply email anda secepat yang mungkin, inshaAllah.

*******

Lagu diatas saya tujukan kepada Geisha yang bakal diculik oleh team ninja kami.

Geisha? culik? ninja? apakah?

Haaa, ni mesti tak baca lagi entri prelude Japan Shinkansen Trip - Misi Menculik Geisha. Klik SINI cepat.

5 bulan lepas pulang dari Japan, baru nak mula menulis pasal pengembaraan di bumi matahari terbit ni. Saya tau banyak lagi entri yang terbengkalai dan tak disempurnakan lagi (India, Semporna, Cameron Highland). Tapi saya decide nak proceed jugak dengan entri ni.

Reason being, saya takut lupa. Macam yang saya mention dalam entri prelude, trip ni agak mission impossible sebab dalam masa 6 hari, kami jelajah 8 bandar dengan jumlah jarak perjalanan menghampiri 1000km. keluar awal pagi, balik malam, bertukar-tukar pengangkutan awam, keluar masuk bangunan, subway station, masuk tokong, keluar hutan dan sebagainya. Jadi saya tak sempat nak jot down every single detail mengenai trip ni.

Makanya apa yang keluar dalam entri Japan ni adalah maklumat yang masih terpahat dalam memori yang semakin terhakis saban hari. Alamak ! adakah ini tanda-tanda awal proses penuaan? Adakah Kancil sudah mula diserang penyakit Alzheimer? Oh no. Minta dijauhkan.

Lagipun geng-geng Misi Memburu Geisha dah banyak kali tanya bila nak upload ceritera di Japan. Rasa bersalah pulak, hihi.

So untuk entri Japan ni, saya tak dapat provide detailed info tentang pengangkutan, kos dan sebagainya. Sementelah pulak (hamek ko, paham ke tidak tu?), stesen keretapi kat jepun terlalu kompleks dan saya tak dapat ingat nama-nama stesen (dan tak sempat nak catitkan dalam travel note). Kebanyakkannya dah lupa pun. Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk study balik dan dapatkan maklumat untuk rujukan kalian semua. *tak janji, huuu.

Domo- sumimasen (mintak maaf banyak-banyak).

So here it comes. Ayuh, kita kejar geisha bersama !


Stok makanan yang dibawa ke Jepun.


Malam 1 April 2014, kami berkumpul di KLIA. Fateha dan Nadia dah sampai Osaka dah. Tiket diorang awal sehari. Proses immigresen berjalan lancar, flight on time, dan kami selamat mendarat di Kansai International Airport pada pukul 6.35 pagi.

Kansai International Airport ni dibina atas pulau buatan di dalam Osaka Bay, mula beroperasi pada 4 September 1994.

Macam beberapa negara lain (NZ, Australia etc.), kita kena fill up Passenger Arrival Card untuk proses immigresen. 

Ada reason kenapa saya eksited dengan trip kali ni. Sebab saya boleh practise bahasa jepun yang saya pelajari saban hujung minggu di Shah Alam bermula dari bulan November 2013. First encounter dengan orang jepun. Dalam kelas takde orang jepun. Cikgu pun Melayu. 

5 bulan dan saya baru je habis basic level masa ni. Baru mula intermediate level class. Of course la compang-camping sangat penguasaan bahasa, pelat macam budak 2 tahun bercakap. Tapi bila lagi saya nak practise kalau tak bertutur sendiri dengan orang jepun. Sunah belajar bahasa, kena kerap bertutur dan stimulate semua deria kita kepada bunyi, gerak bibir, mimik muka dan perasaan petutur.

Percubaan pertama di kaunter immigresen.

Saya serahkan passport dan passenger arrival card kepada officer. Dia nampak 'Tokyo" dalam card tu. 

Officer : "You going Tokyo?"
Kancil : "Hait ! Tokyo e iku (ya, saya akan ke Tokyo)".
Officer : "fu-rite?"
Kancil : "?? Nani ? (apa dia?)"
Officer : "Fu-rite?" (sambil tangan membuat gaya kapal terbang)
Kancil : "Flight? Ie, cigaimas. Shinkansen de iku" (bukan, dengan shinkansen).

Officer tu hangguk-hangguk. Agaknya dia paham la tu. Berbunga-bunga dalam hati. Maksudnya pelat-pelat pun dia boley paham. Dia tanya lagi. 

Officer : "Kore wa nan deska ? (ini apa?)", sambil tunjuk ruangan alamat tempat tinggal di passenger arrival card. Kat situ saya tulis 'Khaosan Ninja Hotel", hotel yang Azuan book di Tokyo.
Kancil : "Khaosan Ninja Hotel". 
Officer : "Ninja?" (sambil buat gaya pedang samurai).
Kancil : "Hait, ninja des. (ya, ninja)". Saya pun ia-iakan lah. Ingat dia melawak.
Officer : "Nan deska? (apa tu?)". Saya rasa dia tak faham yang ninja tu nama hotel. Jadi saya sebut sebutit-sebutir untuk kurangkan kepelatan.
Kancil : "Kha-o-san nin-ja ho-te-ru des !"
Officer : "hoteru? (hotel?)"
Kancil : Hait ! Hoteru des (ya, hotel)". 
Officer : "So deska. Wakarimashita (yeke, saya dah faham)." 

Begitulah perbualan standard kanak-kanak tadika punya level. Dia tanya A, saya jawab B, dan bahasa yang digunakan pun sangat lah basic. It's okay. I took it as a learning point. Moga-moga beroleh ilmu yang bermanfaat.


Kansai airport station 


Proses imigresen sangat lancar. Bila sampai ke baggage claim area, beg-beg kami dah diatur cantik diatas lantai. Impressive !

Pergi toilet dulu gosok gigi tampal bedak sikit. Muka baru bangun tido. Impressed dengan toilet yang tersangat bersih. Toilet bowl ada macam-macam button untuk setting air panas, air sejuk, ketinggian pancutan air dan sebagainya. Serius jakun kejap *pengsan la kena gelak dengan orang.

Kami bergerak ke JR information counter dalam Kansai-airport station untuk collect JR pass. Sila rujuk entri prelude untuk maklumat mengenai JR pass. 


Zul dan Fendi selepas dapat JR Pass. Muka eksited nak naik bullet train.


Dari Kansai International Airport, kami bergerak ke Osaka dengan train JR Haruka limited express. Tak payah bayar sebab train ni termasuk dalam JR pass kami. 

*Haruka limited express menghubungkan Kyoto Station dan Kansai International Airport, melalui Shin-Osaka dan Tennoji station.

Kami akan meet up dengan ninja perempuan 2 orang tu dekat Shin Osaka sebelum bergerak ke Tokyo dengan shinkansen. Perjalanan mengambil masa hampir 60 minit (58.3 km). 


Ninja-ninja sawo matang dalam JR Haruka.

JR Pass untuk seminggu.


Mau tak eksited nak naik shinkansen. Naik Haruka tu pun dah terkinja-kinja. Bersih giler dalam keretapi. sangat cozy & comfy. Like 1000x.

Lepas jumpa Fateha dengan Nad, kami ke JR ticket counter untuk reserve seat, untuk dapat side yang boleh nampak Fujiyama (gunung Fuji), ikon negara Jepun.

Fujiyama berada di sebelah kiri tren dalam perjalanan dari Osaka ke Tokyo. Kami semua dapat seat sebelah kiri tapi lain-lain cars (gerabak).

Sebelum tu sempat rembat breakfast dulu dekat convenience store dalam Shin Osaka station. Nasib baik pekerja kedai tu sangat ramah dan tolong kami cari makanan yang tak meragukan kandungannya. Sekadar alas perut.

Kebanyakkan shinkansen ada 2 jenis seating system, "Ordinary" dan "Green Car". Lebih kurang macam economy dan business class la. Dan ada reserved dan non-reserved cars. Green cars semua reserved sahaja. Sebab kami ada JR Pass, reservation adalah percuma. Kalau takde, kena bayar. 

Maklumat lanjut mengenai shinkansen, klik SINI : Japan Guide.

Saya dapat car 13, seat no 17E. Satu car dengan Shafik tapi seat jauh-jauh. Yang lain dalam cars lain.

Dup dap dup dap, berdebar-debar menunggu ketibaan Shinkansen. Macam nak bertemu kekasih hati rasanya (uweekkkk !). Saya suka mata pelajaran geografi sebab shinkansen. Boleh tak cakap macam tu? Sangat teruja bila baca bab sistem pengangkutan di Jepun. Tak pernah terbayang untuk merasai sendiri pengalaman naik bullet train.

Akhirnya...


Dia datang.

First sight of Hikari Superexpress.


Okay, memang jakun. Sangat jakun. Bukan saya je, yang lain pun sama jakun bila Hikari Superexpress muncul. Fuyyooo tak?

Hikari Superexpress ni merupakan salah satu dari berjenis-jenis bullet train yang terdapat di Jepun.

Jom masuk dalam train. Kita tengok 'Ordinary" seat tu macam mana.


Ordinary seat.


Sebelah kanan 3 seat, sebelah kiri 2 seat. Not bad? Sangat selesa, keadaan dalam car sangat bersih, tiada bau-bau yang kurang menyenangkan macam dalam Seoul subway. Semua orang senyap je, takde yang berborak-borak bagai nak rak sampai ganggu ketenteraman penumpang lain. 

But first, kena check toilet dulu. Ni perjalanan jauh. Konpem akan banyak kali ke toilet. Ada 2 jenis toilet kat sini, Japanese style (squatting) dan English style (sitting), macam di India jugak. Cuma toilet ni sangat-sangat bersih, nak baring pun boleh.

As expected, Jepun menepati citarasa Kancil dari segi kebersihan. Kombinasi good maintenance dan kesedaran sivik yang tinggi. Zero vandalism. Salute !


Japanese style toilet.


Shinkansen memulakan perjalanan pada pukul 10.40 pagi. Tren ni akan melalui stesen Kyoto, Nagoya, Hamamatsu, Shizuoka, Atami, Shin Yokohama dan Shinagawa sebelum sampai ke Tokyo.

Tahukah anda kelajuan shinkansen pernah mencecah 443 km sejam? Dahsyat kan? Kita yang duduk dalam tak terasa pun kelajuan bullet train ni.

Layan perasaan sorang-sorang sambil layan pemandangan luar yang bertukar-tukar. Eksited tengok bunga-bunga sakura yang mekar di tepi- tepi jalan. Mengikut itinerary Shafik, hari ni kami akan berhanami di Ueno Park. Apa dia hanami ? Nanti saya cerita.

Gunung Fuji akan muncul selepas stesen Shizuoka. Sementara tu, sambung study Japanese dulu, brush up sikit-sikit mainly untuk traveler's conversation je la.

Kalau kelaparan, dalam train ada dijual makanan. Gadis penjual makanan sangatlah sopan. Sambil mengusung troli makanan sambil tunduk tanda menghormati penumpang. Pramugari pun tak macam tu hokay. Officer yang datang check tiket pun sama. Senyum, tunduk, sangat sopan bila minta JR Pass.

I like 10000x lagi...



Comel giler budak pipi merah ni. Macam Chibi Maruko chan x? hehe.


Dok sibuk main kenit mata dengan budak Jepun comel tu, sedar-sedar je semua penumpang dah mula bangun dari kerusi dan bergerak ke sebelah kiri.

Fujiyama ! Baru teringat.

Dah melepasi Shizuoka station rupanya. Sepatutnya gunung Fuji akan tersergam indah di sebelah kiri keretapi.

Malangnya.... nampak kaki gunung je. Kabus tebal cover hampir keseluruhan gunung. Aiseh !

Memang kebiasaanya macam tu lah. Baca dalam blog-blog lain pun jarang yang dapat tengok free standing Fujiyama tanpa diselubungi kabus.

Anyway, no worries. Hari ketiga nanti kami akan ke Fuji. Harap-harap dapat la tengok Fuji dari kaki gunung sampai ke puncak.

Fuji, mu tunggu aku datang ! 

Tepat pukul 1.40 minit petang, kami tiba di Shinjuku station, Tokyo. Stesen yang sangat busy dan memegang Guinness World Record sebagai transport hub paling sibuk di dunia. 

Plan kami untuk check in hotel dulu sebelum keluar merewang.


Stesen yang sangat busy tapi still sangat bersih. Kelihatan lelaki-lelaki Jepun semua pakai blazer.

Dalam stesen.

Beratur dalam line. Takde yang potong barisan ok. Salute ! 

Tokyo Metro and subway map.


Serabut kepala otak tengok map. Malas nak amik pedulik. Sebab Shafik dah study nguahahaha. Tu la untungnya ramai travel geng boley bagi-bagi tugas. Ni yang sempat saya catatkan cara nak ke Khaosan Ninja Hotel di daerah Chuo, Tokyo dari Shinjuku station.

Yamanote line (4) >> stop at Akihabara station >> take Sobu line (6) >> stop at Asakusabashi station. 

All covered by JR Pass, so tak payah beli tiket.

Jarak Asakusabashi station dengan Khaosan Ninja Hotel hanya 400 meter sahaja. 5 minit berjalan kaki bagi speed orang Jepun, darab 3 (15 minit) untuk speed Malaysia, huhu.


Melalui sungai sebelum sampai ke hotel. Yang kapal tu semua restoren (rasanya).

Reception.


Alhamdulillah sampai jugak ke hotel. Nak goyang dah lutut carry backpack 13 kilo turun naik tangga. Ini semua nasi briyani dan sambal ikan bilis pakcik Brahim punya pasal. 

Proses check in sekejap je. Minah Jepun kat reception counter ni fasih berbahasa Inggeris. Pernah sampai ke KL dan Penang katanya. Try la jugak ckp Jepun dengan dia. Orang kata practice makes perfect kan.

Kami dipecahkan kepada 3 bilik. Fateha dan Nad satu bilik (obviously), Azuan, Fuad, Zul dan Fendi satu bilik, saya, Shafik dan KZ satu bilik. Ni bilik kami.


Double decker.


Dah petang masa ni. Bimbang tak sempat berhanami, kami terus keluar lepas simpan beg dan solat. Untuk ke Ueno Park, kami ke Asakusabashi station semula.

Fateha dan Nad tak join. Nak pergi jumpa sorang mamat Jepun ni, katanya kawan Nad masa mamat tu kerja kat Malaysia dulu. Dah tua standard pakcik katanya. Ada bau-bau hanyir ikan sikit kat situ. Nampak macam nak cover line je ninja 2 orang ni, huahahargh !

Asakusabashi station >> take Sobu line (6) >> stop at Akihabara station >> take Yamanote line (4) >> stop at Ueno station.

Dari Ueno station, kena menapak dalam 700-800 meter ke Ueno park. Ini destinasi perlancongan kami yang pertama di Jepun, officially. Hou yeah !

Ramai giler rakyat jelata kat Ueno Park petang tu. 




Hohoho ! Dah nampak cik sakura belum?

Before that, sedikit info mengenai Ueno Park. Taman ini dibina pada tahun 1873, masa mula-mula zaman pemerintahan Meiji. Asalnya merupakan sebahagian dari Kan'ei-ji Temple tapi ditukarkan menjadi taman rekreasi sebagai sebahagian dari proses assimilasi budaya barat.

Hanami (flower viewing) pulak merupakan salah satu budaya traditional masyarakat Jepun semasa musim bunga. Masa ni, diorang bentang tikar dan lepak bawah pohon-pohon sakura, borak-borak dan makan-makan sambil menikmati pemandangan bunga sakura yang ohsem.

Lebih 3 juta pengunjung saban tahun menjadikan Ueno park sebagai taman rekreasi paling popular di jepun.

Ninja lelaki 7 orang ni nak berhanami? Alahai...

Now, I present to you, the ever beautiful and mesmerising...

SAKURA !....


White sakura : seputih salju.

Giler tak eksited !

Hanami sambil pelahap KFC. Dah berdengkur brader tu. Ke mabuk?

Adakah ini geisha yang kami cari? Ish, bukan bukan...

Sakura lagi.

Penuh sesak. Ramai orang dari bunga.


Kalau nak tengok sakura betul-betul tengah blossoming, kena plan timing betul-betul. Sakura akan mula berkembang dari selatan dan bergerak ke utara secara berperingkat mengikut peningkatan suhu. 

Bermula dari Okinawa pada bulan januari, sakura dianggarkan mula berkembang di Kyoto dan Tokyo lebih kurang pada penghujung bulan Mac.

Beberapa minggu kemudian, sakura akan mula berkembang di Hokkaido, pulau paling utara di jepun. Since trip kali ni kami cover kepulauan Honshu, awal April memang waktu yang ideal.

Jom kita focus sikit tengok sakura dari dekat macam mana anatomi dia nak?


Sesuci embun pagi.

Sesuci lebaran. #eh !



Santek tak?

Giler tak santek !

Meroyan la pulak bila perut dah lapar. Tak makan lagi dari pagi tadi. Makan roti telur beli kat convenience store je tadi. Perut dah berkeroncong irama Ting Ting Noraniza Ideris dah ni.

Layan sakura sikit lagi, lepas tu baru pegi cari makanan.



Sejoli? Ke kaki joli?

Pink Sakura.

Gorgeous.

Menawan kalbu.

Sakura oh sakura...

Atuk bersembahyang.

Cucu bergambar sakan.

Deretan gerai-gerai yang menjual makanan.

Berduyun-duyun umat manusia.

Lampu-lampu mula bercahaya.

Lampu bertulis mentera?

Lagi deretan lampu bermentera.

Fully occupied. Takde tempat kami nak menyelit.

Ini macam pun ada ka? Balik rumah la brader.



Sempat la kami berhanami kejap lepas beli makanan secupak dua. Memandangkan takde sorang pun yang bawak tikar mengkuang untuk berpicnic di bawah pohon sakura, kami tumpang tikar orang untuk amik gambar sebagai bukti kami dah berhanami. Padahal entah tikar siapa dirembat. Tuannya takde, mungkin pergi toilet, atau buang sampah atau tengah borong stok makanan kat gerai-gerai tadi.

So, sakura & hanami : checked !

Hehe.

Seterusnya, kami ke Odaiba, pusat hiburan dan beli-belah yang sangat popular di Tokyo.


Locker simpan beg di stesen-stesen keretapi. Harga berbeza mengikut saiz locker.


Ueno station >> take Yamanote line to Shibuya >> stop at Ebisu station >> take Shonan saikyo line >> stop at Osaki station >> take Rinkai Line towards Shinkiba >> stop at Tokyo Teleport Station

*** Rinkai line tak termasuk dalam coverage JR pass. Yang ni kena beli tiket di mesin,  harganya 330 yen. Pening kepala jugak nak beli tiket guna machine. Nasib baik ada sekumpulan gadis-gadis Jepun yang tolong ninja-ninja clueless nih, nguahah !

Bila keluar dari Tokyo Teleport station, hari dah gelap pun. Odaiba ni sebenarnya merupakan pulau buatan di dalam teluk Tokyo (Tokyo bay). Mula dibina sekitar tahun 1850-an (penghujung zaman edo), pulau-pulau kecil ni bertujuan untuk melindungi Tokyo dari serangan musuh dari arah laut.

Lebih seratus tahun kemudian, projek mencantumkan pulau-pulau kecil ni bermula sehinggalah terbentuknya Odaiba pada hari ini. Antara tarikan utama di Odaiba:

1. Daikanransha : ferris wheel setinggi 115 meter
2. Fuji TV studio
3. Rainbow bridge : menghubungkan Odaiba dan bandar Tokyo
4. Miraikan : National museum of Emerging science and Innovation
5. DiverCity Tokyo Plaza : Shopping complex, di depannya ada robot Gundam besar gedabak
6. Replika Statue of Liberty

Banyak lagi sebenarnya, saya cuma highlightkan beberapa sahaja. Jom !


Daikanransha : suatu ketika merupakan ferris wheel tertinggi di dunia.

Rainbow bridge

Kelihatan Yakatabune (Home style boat) sedang belayar di Tokyo bay.


Yakatabune merupakan private boat milik Shogun pada zaman Heian dan Edo tapi masih dikekalkan sehingga kini. Kebiasaannya, decoration bot-bot ni sangat extravaganza untuk menampilkan imej mewah. Waktu malam macam ni, memang nampak yakatabune disinari cahaya berwarna-warni. 

Interior design pulak menyerupai rumah Jepun kelas atasan, siap dengan tatami dan meja pendek tu. Bagi sesiapa yang berkemampuan, boleh la naik cruise yakatabune ni dan menikmati hidangan klasik Jepun sambil dihiburkan oleh geisha celup. 


The Rainbow Bridge.

Lokasi photoshoot.

Cleo most eligible bachelor? Nguahaah !

Statue of Liberty.

Lagi photoshoot.

Nampak tak yakatabune sedang belayar?

Fuji TV studio (belakang) & Aqua City (shopping complex)


Agak kechiwa sebab tak jumpa robot Gundam besar tu, huaaaaaa. Nangis tak henti-henti sambil berjalan menuju ke subway station. Sebab dan malam, sejuk dan penat, tak kuasa nak mencari DiverCity Tokyo Plaza tu. Kira halal je la. Whatever it is, saya nak tunjuk jugak gambar robot tu kat sini, kasik terbeliak mata korang semua, nguahaha.


Waduh waduh. Kesal bangat sih nggak ketemu sama mas robot !


Destinasi terakhir kami untuk hari pertama di Japan adalah Shibuya, untuk tengok zebra crossing yang sangat cool. Sesiapa yang pernah tengok movie "Lost In Translation" pasti bercita-cita untuk cross jalan ni suatu hari nanti, hehe. Wajib pergi kalau jejakkan tapak kaki ke Tokyo okay. Loser kalau tak sampai sini. Loser ! *hamek kao !

Tokyo teleport station >> take Rinkai line towards Osaki >> stop at Osaki station >> take JR Yamanote line >> stop at Shibuya station.

Sebelum scramble ramai-ramai dekat zebra crossing tu, kami melilau dulu cari restoren halal. Katanya ada 2-3 restoren halal kat sini. Pusing punya pusing, last sekali jumpa satu restoren Turki. Alhamdulillah.


Shibuya streets.



Kat ceruk mana pun dalam dunia yang luas ni, pasti akan jumpa Turkish kebab kan?. Pandai orang Turki cari rezeki. Senang jugak untuk traveler muslim macam kami. Dapat sumber protein halal macam kebab baru ada energy nak tangkap geisha.

Sambil makan sambil diskusi plan esok. Dalam itinerary asal, kami sepatutnya bangun pukul 4 pagi untuk ke Tsukiji market. Pergi pasar gelap-gelap buta apasal? Sebab nak tengok Tuna auction yang femes selalu keluar kat food channel tu. Masalah nya mampu ke nak bangun pkul 4?

Tambahan pulak dah ramai yang kepenatan. Baru hari pertama dah bermacam-macam tempat kami redah. Itupun ada jugak yang tak sempat nak cover hari ni. Ada yang nak proceed dengan plan ke Tsukiji market, ada yang rasa baik dapatkan rehat yang cukup dari tengok orang Jepun sembelih ikan.

Lagi satu isu, kami masih tak decide sama ada nak ke Tokyo Disneyland atau tidak. Tak semua yang berminat nak ke Disneyland ni (termasuk saya, hehe). Saya membesar dengan kartun-kartun dari Jepun (Dragon Ball, Dash Yonkuro, Suria perkasa hitam, Pokemon, Digimon etc.). Jadi kartun-kartun barat ni saya tak berapa nak eksited. Plus, tiket masuk ke Disneyland ni agak mahal jugak.

Kami letak Hitachi Seaside Park sebagai back up kalau-kalau plan ke Disneyland cancel. Masalah nya tempat ni pulak jauh giler dari Tokyo.

So macam mana?

Kita tengok esok apa jadi dengan ninja-ninja yang berselisih pendapat ni ye.

Dah. Jom tengok Shibuya crossing.

Recommended tempat lepak untuk menghayati keindahan Shibuya crossing adalah dari dalam Starbucks cafe yang terletak bertentangan dengan zebra crossing ni.








Nampak tu punya ramai orang da, macam ulat. Bangunan-bangunan sekeliling dihiasi lampu-lampu neon dengan papan-papan iklan berbagai rupa menjadikan suasana sangat 'happening'.

Berdiri tengah-tengah orang ramai yang sedang melintas, angkat tangan dan dongak ke langit, sambil jerit kuat-kuat:-

I'm in Tokyoooooo !

Ada berani buat macam tu? Saya tak ! Huahua. Duduk diam-diam dalam starbucks, snap photo. Shafik, Fuad dan KZ masih lagi berkerumun dalam lautan manusia tu buat photoshoot. Nak buat profile pic fb la tew.

Lama jugak kami lepak dekat Shibuya crossing ni. Tunggu makanan hadam dulu. Sebelum balik ke hotel, kami sempat singgah sebentar bergambar dengan Hachiko statue di seberang jalan sana.

Jom lintas Shibuya crossing jom !


Lintas jangan tak lintas.

Hachiko, the loyal dog.


Apa kisah disebalik statue ni?

Hachiko ni sebenarnya adalah sejenis anjing dari baka Akita milik seorang professor di Tokyo University bernama Hidesaburo Ueno. Setiap hari, hachiko akan menunggu tuannya pulang dari kerja di stesen keretapi yang sama (Shibuya station). Sehingga lah sampai suatu hari dalam tahun 1925, professor Ueno kena strok dan tak pulang dari tempat kerja. 

Setiap hari untuk 9 tahun berikutnya, Hachiko terus datang ke stesen tu pada waktu yang sama untuk menunggu kepulangan tuan nya. Kesetian Hachiko menjadi satu fenomena pada masa tu melambangkan keteguhan ikatan kekeluargaan.

Pada bulan April 1934, sebuah statue menyerupai Hachiko didirikan berdekatan Shibuya station dan Hachiko sendiri hadir ketika majlis perasmian tersebut. Setahun kemudian, Hachiko dijumpai mati di salah satu jalan di bandar Shibuya.

Setiap tahun pada tanggal 8 April, pencinta anjing di seluruh Jepun datang berkumpul di Hachiko statue sebagai tanda memperingati kesetiaan Hachiko.

Sedih kan? Kisah benar tu, bukan dongengan.





Antara tempat yang gagal kami cover untuk hari pertama (yang termaktub dalam itinerary) adalah Takeshita Dori, Tokyo Tower, Tokyo Metropolitan Building dan Akihabara. Kalau sempat esok kami akan cuba ke destinasi-destinasi tersebut.

Sampai kah kami ke Tsukiji market untuk melihat upacara penyembelihan tuna? Atau tersungkurkah kami diatas tilam empuk katil double-decker diulik mimpi bertemu geisha? Yang mana satu kah destinasi pilihan kami? Tokyo Disneyland atau Ibaraki Seaside Park?

Nantikan sambungan kisah  Misi Memburu Geisha ini dalam episod yang akan datang.

Jeng jeng jeng...

Sampai di sini dulu. Jumpa lagi dalam entri berikutnya.

Assalamualaikum.



8 comments:

  1. U guys rock!!! Boleh cover byk tempat. I was in japan 7 hari. Tapi cover kyoto-osaka-kobe-nara je.
    Mungkin akan repeat japan lagi sekali. Tapi tak tau bile. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arigatou ne, hehe. Japan sgt menarik. Next time sy nk cover Hokkaido mse autumn pulak inshaAllah. Katanya sgt cantik..

      Delete
  2. Salam. best baca blog sang kancil. sy ngn kwn2 akan ke kansai area je bln 4 ni. boleh buat reference ni. BTW,do u mind if im asking, napa muka member sorg tu kena blurred out?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lolz. tu saya lah. I'm sure u'll enjoy Japan as much as I did. Gatal je kaki nak jejak Japan lagi.

      Delete
  3. ada cewek jepan ikut terfoto, cantik sekali tuh hehehe

    ReplyDelete
  4. Aslkum. Seronok baca!! Klakoo especially bila part ckp Jepun kat airport tu . Hihi.. Will continue reading the others..

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...