Friday 14 March 2014

Seoul City Splendour - Day 2 (22/09/2013) Part 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Annyeonghaseyo...

Jom sambung ceritera hari kedua di Seoul !

Dari Cheonggyecheon Stream, kami ke Hangang Park yang terletak di Yeouido. Kalau guna subway, turun di Yeouido atau Yeouinaru station.

Tak perlu pening kepala study peta subway yang complex tu. Serabut je nanti. Download je MetroidHD atau mana2 apps berkenaan Seoul subway dalam smartphone korang. InshaAllah tak sesat.


Hangang Park merupakan kawasan rekreasi yang popular di Seoul. Petang-petang macam ni, memang ramai yang keluar beriadah. Terletak bersebelahan dengan Han River, lokasinya sangat strategik untuk aktiviti bersama keluarga.

Agak ramai jugak orang petang tu. Ade yang bentang tikar, ade yang bawak khemah, ade yang bercengkerama di bawah pohon pokok, ade yang bawak anjiing bersiar2, & macam2 jenis manusia lagi.

Tapi keseluruhannya kawasan taman ni agak bersih dan semestinya, takde bau soju pengap macam dalam tren. Udara segar ditiup bayu dari Han River. Teringat pulak dekat Brisbane River.


Yeouido seperti Nami island, merupakan sebuah 'pulau' di dalam Han River. Berkeluasan 8.4 km persegi, ia merupakan kawasan pentadbiran dan perindustrian yang penting di Seoul dan menempatkan beberapa bangunan utama seperti National Assembly Building dan The 63 Building.

Selain tu, di Yeouido juga terletaknya beberapa 'headquarters' syarikat penyiaran dan hiburan gergasi di Korea seperti KBS, MBC dan LG Entertainment.

Macam Nami Island jugak, berbasikal merupakan antara aktiviti paling popular di Hangang Park.


Lambaian Daisy pelbagai warna

Ahjumma dan bunga daisy...mane lagi 'kyeopta' (cute)? Haha.

The 63 Building

So tujuan kami ke sini sebenarnya nak naik Han River Cruise malam nanti. Kami beli tiket pukul 6 petang. Harganya dalam KRW 15000 kalau tak silap.  Lepas beli tiket, kami ke The 63 Building.

Kena menapak sikit dalam 2 kilometer untuk sampai ke bangunan ni dari stesen subway tadi. Sepanjang jalan tu memang ramai orang ber'picnic', teutamanya bawah jambatan. 



The 63 Building atau Hanhwa 63 City, mula beroperasi pada July 1985, dibina sebagai mercu tanda Summer Olympic 1988 di Seoul. 63 merujuk kepada bilangan tingkat bangunan tersebut.

Bangunan setinggi 249 meter ini menempatkan ibu pejabat beberapa syarikat kewangan utama di Korea. Tingkat 60 menempatkan Art gallery tertinggi di dunia. Dekat tingkat 60 jugak ade Observatory Deck bagi yang berminat nak meninjau kawasan sekitar Seoul Metropolitan.

Cermin bangunan ni dibuat daripada material yang akan memancar sinaran keemasan bila dibias cahaya matahari semasa sunrise dan sunset...awesome tak ???


Seoul Olympic 1988

Ade beberapa attraction dalam bangunan yang kerap menjadi lokasi penggambaran gameshow Running Man dan beberapa drama Korea nih. Antaranya Sea World, Sky Art, IMAX theatre, Art hall, Haunted House dan lain2. Since masing2 malas nak naik atas, kami survey ape yang ade kat tingkat bawah je.

Lastly, kami beli combo 2 attractions (The Last Reef 3D & Wax Museum) dengan harga KRW 24,000/pax. First up, The Last Reef 3D !

The Last Reef 3D memaparkan tentang hidupan laut dan batu karang, dalam  bahasa Korea. Memandangkan hanya kami bertiga yang tak bermata sepet kat situ, setiap seorang diberi satu device dengan earphone untuk dengar dalam versi English.

Agak besar dewan tayangan ni, dan sangat comfy. Sejuk dan menyegarkan, especially bila badan dah melekit-lekit selepas berjalan seharian. Tak ramai pun orang tengok show mase tu. Kebanyakkannya parents yang bawak anak2 (sebab show ni memang untuk budak2 pun, haha). 


Masing2 memang kepenatan. Suara story-teller dan musik iringan ibarat sebuah lullaby yang sungguh mendayu-dayu dan mengasyikkan. Akhirnya tiga-tiga tertidur. Sedar2 je, show's over, huahuargh !

Rase segar sikit lepas tu.

Seterusnya, kami ke Wax Museum yang terletak di tangkat paling bawah menara. All in all, muzium ni lebih kurang sama dengan Wax Museum di Sydney, cuma ade tambahan tokoh-tokoh tempatan je. Layan gambar la pulak ye.

Mula beroperasi pada Julai 2009

The Great King Azuan...Eh silap,,, King Sejong !

Abraham Lincoln

Former President and First Lady

Mahatma Gandhi yang berwarna pink...

Botak Land...

Korang pun ade?

Beethoven? ke Mozart?



Selesai, kami cari port untuk bersolat. Pusing punya pusing, tak jumpa pulak tempat yang sesuai. Ade pulak sekumpulan manusia tengah belajar menari kat ground floor. Pasang muzik punya kuat macam dalam orkestra.

Last2 kami solat kat luar bangunan je. Ade satu port yang agak meyakinkan status kesuciannya. Angin pulak bertiup sepoi-sepoi bahasa gitu, memang masyuk. Alhamdullilah.


Crepuscular rays

Tepat pukul 6 petang, kami dibenarkan masuk ke dalam kapal. Berebut-rebut cop tempat dekat deck. Apa barang naik cruise tapi duduk dalam kapal je kan, hehe.

Lepas tu nyesal sebab sejuk, huahua. Kalau masuk dalam nanti takut orang lain amik tempat pulak. Bertahan jelah. Time ni bateri phone memang dah nyawa-nyawa ikan. Bateri kamera dah lame kong mase kat Deoksugung palace lagi. Dapat la snap sekeping dua gambar dengan kualiti ala kadar.



Seoul City Skyline

Tujuan asal kami naik cruise ni sebenarnye nak tengok Banpo Bridge Rainbow Fountain yang merupakan world's longest bridge fountain. Tunggu punya tunggu tak keluar pun fountain nye. Rupe2 nye salah cruise. Cruise yang kami naik ni pergi opposite direction, tak lalu Banpo bridge. Alahai, melepas sudah.

Ape2 pun, hari kedua ni memang sangat memenatkan. Banyak jugak tempat yang sempat kami cover. OK lah tu kan. Tak semua orang dapat peluang dan kesempatan macam ni kan ? Syukur alhamdulillah.

Dinner kami malam tu kat Moghul Restaurant, sebuah restoren masakan India di Itaewon. Biase2 je menu. Tak kesampaian lagi hasrat nak merase halal Korean Cuisine setakat ni. InsyaAllah esok akan diusahakan lagi.

Ok, jumpa lagi dalam entri berikutnya. Saya akhiri entri kali ni dengan gambar Banpo Bridge Rainbow Fountain dari website nexttriptourism.com (sambil gigit jari kempunan !)

Until then, Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...