Thursday 5 December 2013

Kia Ora, New Zealand - Day 6 (25/6/13)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

485 kilometer .....

Itulah jumlah jarak perjalanan kami hari ni, dari Queenstown ke Christchurch. *** pengsan !

Bangun pagi dengan rasa berat hati. Syukur dapat pergi Milford Sound, tapi sedikit terkilan sebab tak dapat explore Queenstown yang diberikan gelaran bandar The Lord of The Rings.

Bandar The Lord of The Rings.

Bandar The Lord of The Rings...

Bandar The Lord of The Rings.....

Warrrggghhhh ! Serius terkilan. Tapi nak buek comano kan, cuti den pendek yo. Seminggu yo. Mano sompat nak poie semuo tompat....

Bandar The Lord of The Rings........

Hoi, sudah-sudah la meroyan... !


Kami bangun awal macam biase. Tak de masa nak berlingkar dalam selimut walaupun cuaca sangatlah kondusif untuk berhibernasi . Balik M'sia nanti qada' tido puas-puas.

Lepas kemas barang, bersiar-siar sekejap sekitar Queenstown Top 10 Holiday Park menghirup udara segar. Sempat la snap 2-3 keping gambar.

2 malam tido dekat sini, tak nampak lagi matahari pagi Queenstown. Mula-mula sampai, hari dah gelap. Esoknya pagi2 buta dah bertolak ke Milford Sound. Malam baru sampai holiday park.

So ini lah suasana pagi di Queenstown Top 10 Holiday Park. Tenang dan mendamaikan.

Reception counter

Parking lot for campervan

Entrance

Hut



Apa yang best nye Queenstown ni?

Lokasi penggambaran filem The Lord of The Rings la...hehe.

And since it's winter, the highlight would be none other than the Queenstown Winter Festival which is held annually. Pelancong dari seluruh pelusuk dunia datang nak join festival ni. So selalunye time ni peak season kat Queenstown.

Boleh snowboarding, skiing, dan segala macam jenis aktiviti berasaskan salji.

Other than that, Queenstown jugak popular dengan outdoor activities yang "adventurous", macam bungy jumping, whitewater rafting, mountain biking, paragliding, parachuting etc, which is actually my cup of tea, my forte.

Hajat di hati,,, nak bungy jumping di Kawarau Bridge & naik Shotover Jet. Tapi apakan daya, tiada kesampaian. Kesuntukan masa.

Terkilan lagi.... Nangis !

Parachuting

Parachuting berjemaah

Ada Berani ini sky diving?

Kak Sriyanti ni sudah, kita bila lagi?

Kawarau Bridge Bungy Jumping (night view)

Tersangatlah awesome kan?

Tapi harus diingat, angan-angan harus datang dengan poket tebal. Semua aktitiviti2 ni agak mahal harga tiketnya. Kalau sanggup, no hal. Hanya perlukan keberanian je.

Tengah-tengah kemas barang, ade pulak sepasang itik datang menceriakan suasana. Roti ade lagi 2-3 keping dalam almari tu kami kasik diorang makan.

Dah settle semua, last skali baru masuk dapur pepare breakfast. Semua stok yang masih berbaki tu dihabiskan sebelum kebasian (wujudkah perkataan ni dalam kamus dewan ? haha).

Clean and peaceful

Datang mengemis makanan

Pastu jual mahal. Mentang-mentang la roti tu roti murah...ceiiit !

Berebut dapur dengan mat saleh 

Head Chef memantau kuli-kuli memasak dari jauh

Voila...! Bon apetit ! Sederhana hidangannya...

Dengan tercernanya sarapan pagi di dalam perut kami, maka bermulalah perjalanan pulang menuju ke Christchurch. Disebabkan rasa terkilan yang makin menebal, kami berhenti sejenak di tasik Wakatipu untuk menikmati keindahan bandar Queenstown. Sekadar untuk memujuk hati yang lara, huahaha.





Tasik Wakatipu merupakan tasik terpanjang di New Zealand (291 km). Kenapa panjang ek? Bukan tasik selalu ikut keluasan ke?

Haaaaa, tu yang menarik pasal tasik Wakatipu. Ni pandangan satelit. Perhatikan bentuknya.


Bentuk N diterbalikkan...!

Tasik Wakatipu termasuk dalam kategori 'finger lake' disebabkan ke'kurus'an nye, hehe.  Tu pasal la die yang paling panjang.

Dan ia dikelilingi oleh banjaran serta gunung-ganang yang menjadikan pemandangan dari tasik 'spectacular' antaranya The Remarkables, Cecil Peak dan Walter Peak.

The Remarkables ni lah tempat orang main ski masa winter festival. Kat sini jugak la starting point untuk paragliding dan bungy jumping. Memang remarkable !

Perumahan di lereng bukit berhadapan dengan tasik - bestnye ada rumah kat sini



Merayap punya merayap, dah sampai tepi tasik pun. Biru jernih airnya (air mana yang tak biru di NZ ni). SubhanAllah memang cantik view dari sini.



Mentari pagi



Sekawanan itik berenang riang


Pokok 'togel' tak berdaun


Apa yang membuatkan tasik ni biru sebenarnya adalah lantainya yang terbentuk hasil hakisan glacier (macam tasik Pukaki). Dengan kedalaman mencecah 380 meter, lantai tasik ni lebih rendah dari paras laut. So fikir masak-masak sebelum terjun berenang kat sini.

Try duduk atas bench ni sambil menikmati keindahan alam,,, memang masyuk....!

Cecil Peak

Peace & Serenity


Aceceh ! Snapshot berlatar-belakangkan Cecil Peak

Perjalanan diteruskan.

Actually masa ni, diserang penyakit malas yang kitikal. Malas giler nak tangkap gambar. Kira ni kes terkilan tak sudah-sudah la ni.

Last2 pass kamera kat Fuad mintak tolong ambikkan gambar along the journey. 

Pergi duduk kerusi belakang dan tidor. Kekeke.



Kabus apakah ini?

Tengah buat fogging denggi ke ape ni?


Natural fogging, only in Queenstown. Ni nyamuk aedes pun tak berani nak ceroboh kawasan ni. Kabus di siang hari.

Takde ape-ape yang menarik sangat pun sepanjang jalan ni.

Eh, ko tidur memang la tak nampak ape2...! Owh, ye tak ye, hehe...


Masa melepasi Kawarau bridge ternampak la orang bersiap nak bungy jumping. Gigit jari jela. So kami berhenti sekejap dekat satu lookout point tepi sungai Kawarau.

Kawarau River



Bungy Jumping di Kawarau bridge merupakan bungy jumping komersial yang pertama di dunia, mula beroperasi pada tahun 1988. Selain itu, jambatan gantung Kawarau Gorge ni jugak merupakan trail untuk jogging dan berbasikal.

Air dari sungai Kawarau mengalir ke arah tasik Wakatipu, menghala ke timur sepanjang 60 km sebelum memasuki tasik Dunstan di Cromwell. (Shotover jet kat sungai ni memang highly recommended, walopon sendiri tak dapat try, sob sob).

 Kawarau Gorge Suspension Bridge

 Yeeehaaaa.....!

Adrenaline rush-inducing

Selesai, kami meneruskan pejalanan. Then, kami berhenti di sebuah kedai tepi jalan. Saje nak tengok ape ade kat sini. Bukan nak beli ape2 pun.



Habes semua jenis madu ko try Fuad, satu haram tak beli. Kesian tokey kedai.



Macam-macam ada kat sini. Madu, jem buah, kekacang, barangan kecantikkan dan sebagainya, semuanya berasaskan 'natural product'.

Dekat satu sudut kedai, ade tergantung peta dunia yang besar, dan banyak duit bertepek-tepek atas peta. Rupanya ramai jugak penduduk bumi yang dah sampai ke kedai ni.

Cari punya cari, jumpa jugak ringgit Malaysia, seringgit je la. Syiling pun ade, syiling seposen, haha.


Bank Negara Malaysia, yay !

Puas carik, jumpa jugak syiling seposen

Pemandangan dari luar kedai

Destinasi seterusnya,  pekan Cromwell. Highlight pekan ni semestinya 'stone fruits'. Pebende stone fruit ni? Haaa ni contoh-contoh stone fruits.

Yum yum...

Plum, cherries, apricot, peach... and the list goes on. Susah pulak nak explain ciri-ciri buah yang tergolong dalam kategori stone fruit nih. Carik sendiri la yek. Tak kuasa pulak nak jadik cikgu biologi kat sini. Hehe.

Dari jauh dah nampak monumen gergasi stone fruits.

Jom explore, tengok apa yang menarik dekat pekan yang merupakan titik pertemuan antara sungai Clutha dan sungai Kawarau ni.


Saki-baki musim luruh, daun keemasan




Takde ape yang best pun, haha.

Memang la takde, sebab tu deretan kedai-kedai je. Yang best nye Cromwell ni kalau dapat pergi tasik Dunstan, tasik buatan manusia tu.

Dunstan lake


Tasik Dunstan ni terbentuk semasa pembinaan empangan Clyde pada tahun 1992. Semenjak tu, tasik ni jadi tumpuan pelancong untuk aktiviti rekreasi air macam waterskiing dan memancing. Tasik ni jugak menjadi lokasi untuk sukan mendayung

Selain tu, ia merupakan sumber air kepada ladang-ladang anggur dan stone fruit yang berdekatan.

Hebat kan diorang ni? Tasik buatan pun bukan main cantik.

Sebelum blah dari pekan ni, bergambar sekejap dengan buah gergasi.


The journey continued...

Berhenti lagi dekat satu kedai buah tepi jalan.

Haish, susah betul travel kat NZ ni. Asyik nak kena berhenti je. Klau tak berhenti nnti nyesal pulak. Heeeee. Kalian semua yang membaca blog ni, sila lah pasang niat untuk ke NZ satu hari nanti sekiranya berkesempatan. Lihatlah betapa agungnya bumi ciptaan Allah ni. Untouched beauty !





Buah-buahan segar


Jajan


Serius susah nak kupas almond ni. Tapi sedap...


Chocolates

Real fruit ice-cream, NZD 4.5 satu. Ade yang mengidam nak merasa jugak dalam sejuk-sejuk tu.

Kat kedai buah ni pun ade jugak kes orang tepek duit atas peta dunia. Tapi yang kat sini semua duit kertas. Siap tulis coretan dan nukilan lagi atas wang kertas tu. As usual carik Bank Negara Malaysia la.





Initially nak blah terus je dari kedai ni lepas beli eskrem tu. Ternampak pulak tasik berhadapan dengan kedai ni. Rupa-rupanya ni lah tasik Dunstan nye. Syukur Alhamdullillah, urusan dipermudahkan. Tak cari pun jumpa jugak tasik ni.

Lepak kejap tepi tasik sambil makan eskem...





Perjalanan diteruskan.

Kami singgah sebentar di Omarama untuk isi minyak. Pekan Omarama ni suatu ketika dahulu merupakan pusat penternakan biri-biri. Tapi semenjak kejatuhan harga daging dan bulu biri-biri, dan kenaikkan harga barangan dan produk tenusu, ladang biri-biri diorang convert jadik pusat penternakan lembu susu.

Sebagai penghargaan kepada biri-biri yang banyak berjasa kepada pekan ni suatu ketika dulu, maka satu monumen biri-biri telah dibina sebagai tanda kenang-kenangan. Kira ikon rasmi Omarama la korang ye biri-biri. Untung la...





Dah sampai Omarama baru perasan hari dah petang. Asyik berhenti je sampai tak sedar hari dah nak gelap. Perjalanan masih berbaki 300 kilometer lagi, * pengsan.

So for the next few hours, the journey was uneventful. Memang dah tak berhenti kat mana-mana dah. Nak cepat sampai Christchurch je.




Haiwan ternakan meragut.... salji?








Sekejap bersalji, sekejap takde salji. Begitulah suasana sepanjang perjalanan menuju ke Christchurch. Tak lama kemudian kami melalui Lindis Pass Highway, lebuh raya yang dibina merentasi banjaran. Masih lagi terkesima dengan ke'awesome'an Lindis Pass macam masa fist time lalu tempoh hari.




Breath-taking

Lindis Pass menyambungkan Mackenzie Basin dengan Central Otago. Pernah suatu ketika, ia dilabelkan sebagai 'The world's most spectacular road'. Check these out !




Lalu Lindis Pass ni, teringat balik lagu The Passenger - Let Her Go:

Staring at the bottom of your glass
hoping one day you'll make your dream last
But dreams come slow and they go so fast

You see her when you close your eyes
maybe one day you'll understand why
everything you touch surely dies

But you only need the light when it's burning low
only miss the sun when it starts to snow
only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
only hate the road when you're missing home
only know you love her when you let her go

Perjalanan diteruskan...




Seterusnya tasik Pukaki, tasik yang berlantaikan glacier....






Dan tasik Tekapo....







Lepas tu hari pun gelap. Apa pun tak nampak. Kami selamat sampai di Christchurch Top 10 Holiday Park lebih kurang pukul 9 malam.

Solat, makan, mandi, tidur.... 'zzz''zzz''zzz''zzz''zzz''zzz''zzz'

Ok, tu je. Jumpa lagi dalam entri terakhir di NZ.

Assalamualaikum.

4 comments:

  1. Menarik sungguh perjalanan bersama kawan dengan menaiki caravan nie :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Maybe you can try it someday. InshaAllah satu pengalaman yang menarik.

      Delete
  2. korang p north and south ke

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...