Thursday 29 August 2013

Kia Ora, New Zealand - Day 2 (21/6/13)

Assalamualaikum & Good day everyone,

Hampir sebulan tak update blog. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin & muslimat pembaca.

Syawal, satu kemenangan ! 

So, sekarang saya nak sambung coretan ke NZ. Untuk hari kedua, kami ke The Hobbiton Movie Set di Matamata dan Glow worm cave di Waitomo.

Sebelum tu, berikut adalah itinerary asal sepanjang di NZ.

Day 1 (19-20/6/13) : KL - Auckland
Day 2 (21/6/13) : Auckland - Matamata (The Hobbiton) - Waitomo (glow worm cave) - Auckland
Day 3 (22/6/13) : Auckland - Christchurch (Air New Zealand), Christchurch - Geraldine (campervan)
Day 4 (23/6/13) : Geraldine - Queenstown (via Lake Tekapo, Lake Pukaki, Cromwell)
Day 5 (24/6/13) : Queenstown - Te Anau - Milford Sound (back to Queenstown)
Day 6 (25/6/13) : Queenstown - Christchurch
Day 7 (26/6/13) : Christchurch - Auckland (Air New Zealand)
Day 8 (27/6/13) : Auckland - KL

Untuk 2 hari pertama di Auckland, kami sewa kereta Toyota Yaris (NZD 148.57 = RM 379.60).

Di pulau selatan, kami sewa campervan untuk 5 hari 4 malam.

One day before the scheduled departure from KL, Azuan received an email informing that the road to Milford Sound was closed at that moment due to recent landslide. Proses pembaikpulihan jalan raya telah pun dimulakan.

Kami akan dimaklumkan semula sekiranya jalan telah dibuka.



Kami bangun awal pagi tu untuk ke Matamata, pekan di mana terletaknya The Hobbiton Movie set.

Sambil menyiapkan diri, sempat switch on TV nak tengok perkembangan terbaru keadaan cuaca di pulau selatan.

Alhamdulillah ribut salji telah pun berhenti. Matahari diramalkan memancar cerah pada hari ni.

Perjalanan sejauh 160 km mengambil masa kurang lebih 2 jam melalui state highway ke arah selatan pulau.

emasa bertolak dari hostel, hari masih gelap lagi. Since takde GPS, kami googlemap siap2 jalan ke Matamata semasa di hostel. Dalam brochure yang diambil semalam pun ada peta. So tak jadi masalah. Jalan raya di NZ pun sistematik, ikut nombor je mesti tak sesat inshaAllah. State highway takde tol so perjalanan lancar, tak berhenti-henti.




Since masa ni tengah winter, hari lambat cerah. Bila matahari mula menyingsing, baru la nampak lembu2 tenusu yang berkeliaran di tepi jalan sedang meragut rumput.

Just be careful, bila dah masuk ke kawasan Matamata ni, tiada specific signboard untuk ke The Hobbiton Movie set (atau kami yang tak jumpa signboard nye !).

Sesekali tu ada jugak tersilap jalan tapi minor problem je. Alhamdullillah kami selamat sampai ke destinasi lebih kurang pukul 9 pagi. Kehijauan bukit bukau di kawasan sekitar memang sangat menyegarkan. Suhu turun bawah 5'c pagi tu (grrrrrrr !)





Bas terawal bertolak dari The Shire's Rest cafe pada pukul 9.30 pagi. Tapi kami book ticket pukul 10 pagi, bimbang kalau-kalau kelewatan/sesat jalan.

So kitorang terus ke cafe di tingkat atas bagi mengisi perut dulu. Dalam kereta tadi dah alas perut sikit dengan biskut & pisang.

Nak hangatkan badan dengan secawan kopi. So breakfast for that windy and chilly morning were vegetarian quiche, apple cake and cups of hot coffee.


Lepas sarapan, kami turun ke sourvenir shop di ground floor untuk collect tiket bas (online booking kat website).

Harga tiket NZD 75 untuk seorang dewasa. Ni harga tour bus kalau dari The shires rest cafe atau dari Matamata. Kalau korang dari Rotorua atau korang book private tour, harganya lain pulak.

Kami dibekalkan dengan peta perkampungan Hobbiton sekali. Untuk maklumat lanjut mengenai jadual bas, tempahan dan sebagainya, klik >> HOBBIT IS HERE.




Punya lah ramainye umat manusia kat The Hobbiton pagi2 jumaat tu. Anyway, mungkin ada yang tak pernah dengar pun pasal The Hobbiton.

Basically the Hobbiton ni merupakan sebuah perkampungan kaum hobbit (kerdil) seperti yang digambarkan dalam buku2 The Lord Of The Rings karya J.R.R. Tolkien.

Hobbit digambarkan sebagai kaum yang pemalu dan tidak sukakan dunia luar. Sebaliknya, mereka selesa dan merasa lebih selamat untuk tinggal di perkampungan mereka tanpa gangguan luar.


Setelah mendapatkan hak cipta untuk menerbitkan filem trilogi The Lord of The rings, Peter Jackson, seorang pengarah filem kelahiran New Zealand mula mencari landskap2 yang sesuai untuk dijadikan pusat penggambaran.

Pada tahun 1998, Peter menemui ladang milik keluarga Alexanders seluas 500 hektar di Matamata yang dirasakannya sangat sesuai untuk dijadikan lokasi perkampungan The Hobbiton.

Begitulah serba sedikit mengenai kewujudan The Hobbiton Movie set and Tour.


Tepat pukul 10 pagi, bas bertolak dari The Shire's Rest Cafe. Full house jugak bas pagi tu. Setiap bas ade seorang tourist guide.

Perjalanan merentas bukit-bukau yang menghijau ni memang exciting. Kami berempat duduk seat belakang sekali. Sambil tu, saya sempat membelek-belek peta The Hobbiton.






Perjalanan ke pintu masuk The Hobbiton mengambil masa kurang lebih 10 minit. Bila sampai, kami semua berkumpul dulu untuk briefing.

Tourist guide kami pagi tu Sam, yang dalam gambar atas ni. Sesiapa yang pernah tengok filem trilogi LOTR mesti tau satu watak namanya "Samwise Gamgee". He was the best friend and loyal companion of Frodo Baggins (hero citer nih).

Haaa, si tourist guide ni tanpa segan silu pelawa kitorang panggil die "Samwise Gamgee"...Huk..! xdelah. Die melawak je. He's quite good actually. Setiap scene dalam filem yang shoot kat The Hobbiton ni die hafal.


So after a short briefing, the journey began. Since it's a guided tour, Sam berhenti di beberapa main spot yang terlibat dalam penggambaran filem LOTR.

Setiap satu scene yang shoot kat sini die cerite kronologi nya. (kagum !). Kalau tak pernah tengok filem2 tu confirm la tak paham sebutir apa yang cuba disampaikan. Yang dah tengok tiga-empat kali ni pun tergaru-garu kepala nak ingat scene yang mana satu..haha.

Takpe, kalau tak faham pun enjoy je lah suasana yang menyegarkan dan nyaman tu.






Setiap pintu rumah kat sini warnanya berbeza-beza. Boleh bergambar depan rumah tapi tak boleh masuk la.

Ermmm dalam entri hari pertama tu saya ada upload gambar selimut baru MAS kan. Besar jasa selimut tu. Dek kerana keadaan cuaca yang sejuk, ditambah lagi dengan angin yang bertiup kencang, kesejukan mencecah tahap kutub selatan! Selimut MAS ni la yang menghangatkan leher Zul yang jinjang tu. hii.









Walaupun keadaan jalan berbukit-bukau, tak terasa penat pulak mendaki. Maybe sebab sejuk, atau terlalu kagum dengan keindahan alam ciptaan Tuhan, atau tak terfikir pun pasal penat sebab otak membeku. Heh. Pakcik-makcik pun maintain je daki bukit.





So ada satu rumah ni diorang kasik pelancong masuk dan ambik gambar, tapi depan pintu jela. Bukan ada ape pun kat dalam rumah tu. Gelap gelita.

Babak-babak dalam rumah Hobbiton ni sebenarnye diorang shoot dalam studio kat Wellington. Outdoor je diorang shoot kat sini. So dalam rumah ni memang kosong. Anyhow tetap berpuas hati dapat peluang bergambar depan pintu rumah tu.



Tak lama kemudian, kami sampai ke rumah Bilbo & Frodo Baggins..

Rumah diorang berbeza dengan rumah-rumah hobbit yang lain sebab ada pokok atas rumah tu. Tapi yang ni pon plastik jugak walaupun nampak real.

Pokok ni sebenarnya di 'buat' di Wellington. Kemudian diorang angkut pokok ni ke The Hobbiton dan letak atas rumah the Baggins. Hebatnya teknologi diorang. Pintu rumahnya warna hijau, dan terbuka sedikit.





Alhamdulillah, walaupun angin kuat, matahari memancar cerah pagi tu. Kalau lah ditakdirkan hujan hari tu, tak dapat imagine apa akan jadi. Kalau ikut peta yang diberikan tu, ada sepuluh movie set key yang kitorang singgah dan setiap satunya merupakan spot penting yang terlibat dalam penggambaran filem2 tersebut.








Dalam gambar kat atas ni, nampak tak ade rumah2 di sebalik tasik tu? Itu The Green Dragon Inn, satu-satunya restoren kat dalam the Hobbiton ni.

In the films, all of the ceremonies or celebrations were held here. So, follow us !





Tepi tasik yang besar ni sangat sesuai untuk snap profile pic cam Azuan & Fuad nih. Hehe











Okay, dah sampai pun. Tu dia pintu masuk restoren. It's a perfect place for you to take five after climbing up and down the hills. Boleh isi perut dan kosongkan tangki yang dah penuh.

Di sini, pelancong diberikan minuman percuma (ale, cider, ginger beer). Ginger beer sahaja yang non-alcoholic, selebihnya adalah alcoholic drinks. Let's take a look at the interior part of the restaurant.



Memang classy restoren ni. Siap ada unggun api. Keseluruhan perabot adalah berasaskan kayu. Feel free untuk merayau-rayau kat dalam ni. Jom tengok apa ada di sini.







Lepas lebih kurang 30 minit macam tu, Sam called us out to gather outside the restaurant. Sebelum tu, saya sempat menjenguk ke tandas. Memang bersih dan cantik tandas kat sini. Mangkuk tandas kayu, kotak tisu pun kayu, pendek kata semua nya lah berasaskan kayu (klasik !)

Kami berkumpul buat kali terakhir di luar restaurant untuk mendengar taklimat terakhir dari Sam. So kiranya sini adalah check point terakhir, sebelum kami bergerak ke tempat menunggu bas, sebelum pulang ke The Shire's Rest & Cafe.









Nothing much happened afterwards. Bila sampai ke The shire's Rest & Cafe, kami singgah sebentar di sourvenir shop untuk membeli sedikit cenderamata buat kenag-kenangan.

Sebak rasanya nak meninggalkan The Hobbiton. Bersyukur dapat sampai ke sini. Mula-mula filem LOTR keluar, memang teruja habis tengok kecantikan The Hobbiton nih. Masa tu ingatkan tempat ni tak wujud, hanya CGI semata-mata.

Alhamdulillah tercapai hasrat untuk menjadi seorang hobbit walaupun untuk setengah hari sahaja,,hehe. Yes, i would definitely love to come here again in the future ! if Allah wills it.





Seterusnya, kami ke Waitomo Glowworm Cave yang terletak di Waikato. Perjalanan sejauh 88 km mengambil masa kurang lebih satu jam sahaja.

Matahari memancar terik tengah hari tu. Kami sampai di visitor centre pada pukul 1.30 petang dan terus ke kaunter tiket.



Menarik kan struktur bangunan visitor centre ni? Keunikan seni bina nya telah berjaya menggondol pelbagai jenis anugerah, antaranya Timber Design Award pada tahun 2010 dalam kategori Architecture, Commercial Engineering Excellence and Clever Solution dan New Zealand Architecture medal pada tahun 2011.






Kat sini, ada tiga pilihan gua, Waitomo glowworm, Ruakuri dan Aranui.

Up to you guys nak masuk ketiga-tiga gua atau nak masuk salah satu sahaja. Bergantung kepada kesempatan masa dan budjet.

Ataupun, korang boleh pilih combo pada special prize. Kami berempat pilih Waitomo glowworm cave & Ruakuri cave combo yang berharga NZD 83 untuk seorang dewasa.

Tour berikutnya adalah pada pukul 2 petang. Sementara menunggu, terjumpa pulak dengan 4 orang pelancong juga dari Malaysia. Baru sampai dari KL. Diorang naik flight selepas kitorang punya flight.




Ni wajah-wajah excited yang sempat dirakamkan sebelum kami masuk ke Glowworm cave. Pelancong tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam gua tersebut.

Basically, gua Waitomo ni adalah gua batu kapur yang dianggarkan terbentuk lebih dari 30 juta tahun dahulu dan menjadi habitat sejenis serangga yang dikenali sebagai Glow worm.

Glow Worm, seperti kebanyakan serangga-serangga lain mempunyai empat kitaran hidup iaitu telur, larva, pupa dan dewasa.

Pada peringkat larva, serangga ini menghasilkan cecair melekit yang membentuk seperti rantaian untuk memerangkap mangsa. Rantaian ni lah yang kita tengok sebagai 'kelip-kelip' dalam kegelapan gua tersebut.

Jom tengok gambar-gambar dalam gua ni yang saya ambil dari CD yang kami beli !








SubhanAllah, hanya Allah saja yang tahu setiap sesuatu yang terjadi dalam gua ni sepanjang 30 juta tahun pembentukannya.

Banyak nya stalagmit dan stalagtit kat dalam gua ni.

Last but not least, pelancong berpeluang untuk naik bot merentasi sungai untuk melihat glow worm.

Keadaannya lebih kurang macam dalam gambar-gambar berikutnya ni, cuma memang gelap-gelita tanpa cahaya.


Magnificent !


Bila keluar dari Waitomo cave, dah pun pukul 3 lebih. Seterusnya, kami ke Ruakuri cave.

Tourist guide pick up kitorang kat depan visitor centre. Kami dibawa ke Ruakuri cave menaiki van. Ade lagi lima orang mat saleh yang join kitorang masa tu.

Ruakuri cave ni letaknya dalam 5 km je dari visitor centre. Ia juga merupakan gua yang terbentuk hasil hakisan batu kapur. Cumanya kat dalam gua ni ada kristal sekali.





Haaa, tu lah die rantaian-rantai larva glowworm. Menarik kan? Gambar-gambar dalam ni saya snap sendiri sebab boleh guna kamera kat sini. Selain tu ade jugak aktiviti-aktiviti lasak seperti rock-climbing kat dalam gua ni. Untuk maklumat lanjut mengenai Waitomo dan gua-gua nya, sila klik >> SINI





Okay, I guess that's all for second day in NZ. Sorry for the exhaustingly long article. Esok hari, kami akan bertolak ke Christchurch di pulau selatan menaiki Air New Zealand.

Till we meet again, Assalamualaikum.

15 comments:

  1. Salam tuan,

    Saya berniat nak pergi bercuti ke NZ secara backpackers bersama suami. Boleh tak tuan emelkan itinerary kepada sy untuk rujukan. terima kasih.

    arisya_syaura@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..sorry sangat saya baru buka email. Jarang sgt buka gmail. nanti saya contact melalui email. Tq for reading !

      Delete
  2. salam. sesiapa nak ke perth atau NZ contact mahira holiday homes and car rental pty ltd (australia) . i pernah ke perth pakai service diaorg. they have well equipped bungalow dengan semua fasiliti tersedia. memang bagus dan selasa. boleh masak dan ada garden dan tempat bermain untuk anak2.kami pernah menginap di holiday homes mereka. subhannallah mereka sgt baik dan peramah. org islam malaysia yang bermastautin di sana. so baru2 ni we went to south island NZ yg diorganized oleh mereka. Ya Allah sesungguhnya NZ memang antara negara tercantik didunia. mereka buat road trip yang sgt menarik. i pernah tanya dengan travel agent, mereka caj ground arrangement sahaja sudah cecah RM9000+ . tapi pakej 10hari 9 mlm ke NZ memang sgt berbaloi dengan mahira holiday homes. i surely recommend pada my friends and family dan pada sesiapa yg ingin ke perth dan NZ. anak owner ada di KL. 0123360098.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih berkongsi info. Would love to go to Perth someday, inshahAllah. Thanks

      Delete
  3. Salam.nz trip saudara nmpk menarik! Boleh sy tau berapa overall budget per person utk trip mcm ni?? Terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Saya berniat nak pergi bercuti ke NZ secara backpackers bersama suami dan anak. Boleh tak encik faizal emelkan itinerary kepada sy untuk rujukan. terima kasih.

    cdutdecute@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Baru turun dari puncak gunung. Hiking di Lombok, Indonesia. Bila plan nak pergi?

      Delete
  5. Salam

    Gambar cantik, perincian juga sangat menarik! Best...giler!

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih daun keladi.... teruskn membaca ye, hihi

      Delete
  6. Salam,

    Saya dan family (total : 4 person) berminat utk ke new zealand dgn menaiki motorhome. Boleh tak encik faizal emelkan itinerary secara terperinci kepada saya untuk rujukan? Boleh saya tahu berapa overall cost untuk trip macam ni?

    Email : nssz8666@gmail.com

    Thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya takde detail iti. Hanya gross iti sahaja. Maaf

      Delete
  7. terima kasih atas perkongsian cerita. NZ memang ohsemmmm..harap2 murah rezeki untuk saya bawa parents ke sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! Saya doakan tercapai hasrat Arlin untuk bawa parents ke sana, amin.

      Delete
  8. Assalam Faizal,

    Saya nak tanyalah...berapa lama tours at The Hobbiton Movie Set tu??

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...