Saturday 6 July 2013

Awesome Australia - Day 2 (26/2/13)

Assalamualaikum & good day everyone.

Plan kami hari kedua di Sydney untuk ke Blue Mountains, nak tengok the famous Three Sisters.

Sedikit mengenai public transport. Seperti kebanyakan kotaraya besar di dunia, pengangkutan awam di Sydney sangat efektif dan menepati jadual. Say for example the bus is scheduled to arrive at 5.45 am, InshaAllah it will arrive on time.

Don't worry if you miss a bus cause the next bus will come shortly after. Same goes to the train system. It covers almost the entire cities.

Untuk lebih mudah, dapatkan pas-pas untuk pengangkutan awam di convenience store. Ada untuk sehari, ada untuk 7 hari. Lebih jimat dan mudah. Boleh guna untuk bas ataupun train.


Tu dia, pengsan sekejap tengok train map ! But surprisingly it's not that difficult to understand if you take time to go through it. It's very comprehensive, detail (with colour coding) and readable.

From Malaysia hall, we catched the bus to Circular Quay. Then we got on the train to Central Station. Dari sini, kena tukar train untuk ke Blue mountain (stesen Katoomba).

Selesai solat subuh, kami terus keluar untuk naik bas ke circular Quay (pukul 6 pagi)

Kami sampai di Circular Quay station lebih kurang pukul 6.15 pagi & menaiki train ke central station pada jam 6.30 pagi. Di central station kami tukar train untuk ke Katoomba (Blue Mountains line). It's that simple.

Circulay Quay

Central Station. Nampak sign board 'CENTRAL' kat belakang tu?

Perjalanan mengambil masa 2 jam. Menariknya keretapi di Syney ni tiga tingkat. Tempat duduk adjustable, either korang nak menghadap ke hadapan ataupun bertentangan dengan arus keretapi.

Breakfast kami pagi tu adalah roti-roti yang berjaya diseludup melepasi kastam. Berjasa jugak roti Zul ni, hihi.

Sambil makan sambil menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan. Cantik, kemas dan teratur sungguh countryside area di Sydney. Along the way, ternampak Masjid Gallipoli, masjid terbesar di Australia. SubhanAllah. 


Masjid Gallipoli tersergam indah

Tiba-tiba ada pulak pengumumam tanah runtuh di stesen Wenthworth falls (kalau tak silap). Akibatnya keretapi akan berhenti di stesen Bullaburra saja. Dari sini, kami harus menaiki bas untuk ke Katoomba. Huuuu!

Sampai di Bullaburra, staf keretapi yang sangat peramah terus tunjuk jalan untuk ke stesen bas. Perjalanan dari stesen bas Bullaburra ke Katoomba mengambil masa dalam 15 minit je.

Akhirnya sampai jugak di stesen bas Katoomba. Sejuk dan nyaman je suasana pagi tu. Dalam fikiran kami, Blue Mountains ni adalah satu gunung yang harus dipanjat macam gunung Kinabalu, gunung Senyum dan sebagainya. Sibuk la dok tanya atuk dan nenek yang naik satu bas dengan kami tadi macam mane nak ke Blue Mountains.

Ni yang diorang jawab: " What do you mean Blue Mountains? This is Blue Mountains, everything here is Blue Mountains, You're already in Blue Mountains !". Erkk,,,!!! Ni lah akibatnya kalau tak buat research dulu sebelum travel. Clueless sungguh.

So basically Blue Mountains ni merupakan satu town kecil la di pinggir bandar Sydney. Ada pekan, kawasan perumahan, sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, restoren dan sebagainya. Bukan gunung semata-mata. Haha. Comel pulak atuk nenek ni. Siap volunteer tunjuk jalan lagi. So diorang bawak kami ke sini.

Blue Mountains Explorer Bus !!!.

Kat sini kami dapatkan pas untuk bus tour. We chose Scenic World tour which includes scenic skyway, scenic walkway and scenic railway.

Kena menapak sikit untuk sampai ke bus stop. Stesen bas ni berhadapan dengan The Carrington Hotel dan sekolah. Masa ni hujan renyai-renyai. Pemandu bas sempoi dan kelakar. Kami dibekalkan dengan guidebook skali.

Untuk maklumat lanjut tentang Blue Mountains Explorer Bus klik >> SINI





Kalau betul-betul nak explore setiap inci dan sudut Blue Mountains, saya cadangkan bermalam je kat sini. Banyak Hotel & guesthouse di sekitar pekan Blue Mountains.

Boleh ambil unlimited pass untuk 7 hari. You can plan your trip and travel at your own pace. Tak perlu macam kami berdua, tergesa-gesa datang dan pergi.  Tak sempat nak explore banyak tempat sebab kena balik ke Sydney hari ni jugak. Esok flight ke Brisbane.

Ni full map Blue Mountains Bus Explorer.


Bas paling awal bertolak pukul 9.45 pagi. Kami terus naik ke tingkat atas bas. Terkinja-kinja excited !. Rase macam dalam iklan cekedis double-decker pulak, huahua !.

Tepat 9.45 pagi bas pun bergerak. Since it's a guided-tour, driver bas pun mula lah berceloteh. Ntah ape die cerita, sebutir haram tak paham. Cakap laju macam lipas kudung. Tau-tau je, die cakap 'two handsome gentlemen upstairs may hop off now (haaa, yang ni paham, kekeke !)

Tingkat atas bas, clean and comfy
 
Kami diturunkan di STOP 9 untuk naik Scenic Skyway. Staf dah menunggu kami kat sini. Bila staf tinggi lampai ni dapat tahu kami dari Malaysia, secara spontan dia greet " apa khabar?". hehe. Senyum simpul kami jawab; "khabar baik".

Anyway, dari STOP 9, kami rentas ke STOP 12 (Scenic world) naik kabin. Pagi tu sangat berkabus. Mula-mula nampak waterfall je. Tak lama lepas tu muncul la kelibat 3 orang kakak tu. Apa lagi yang lebih famous dekat Blue Mountains ni dari The Three Sisters kan?

Ada kisah disebalik Three Sisters ni sebenarnya. Pada zaman dahulu, ada tiga bersaudara bernama Meehni, Wimlah and Gunnedoo, dari suku kaum Katoomba. Mereka jatuh cinta dengan 3 orang pemuda dari suku kaum Nepean.

Malangnya cinta mereka tidak direstui dan perkahwinan dilarang. So, ketiga-tiga gadis ini telah diculik. Tercetuslah peperangan antara 2 puak ni. 3 orang adik-beradik tersebut telah ditukar menjadi batu oleh orang tua kampung bagi melindungi keselamatan mereka.

Malangnya orang tua tersebut telah terbunuh. So mereka kekal sebagai batu (kuang3x). Begitulah kisah dongeng rakyat mereka. Anyway, scientifically, The Three Sisters ni terbentuk hasil hakisan tanah oleh angin. Itu je...



Inside the cabin

Bawah ketiak pakcik je...huahua

Alhamdulillah kami selamat merentas ke Scenic World. Malangnya hari tu Scenic Railyway still under construction (sigh !) tak dapat merasa.

So kami terus naik kabin untuk ke Scenic Walkway. Kali ni kabin lebih besar.

Pagi tu hanya kami dan sepasang suami-isteri dari Kanada je. Krew kabin pun ceritalah serba-sedikit fakta-fakta mengenai structures yang boleh dilihat dari dalam kabin termasuk The Three Sisters.

Scenic Walkway ni kat bawah bukit, so the cabin goes downhill. Siapa yang gayat sila peluk tiang kuat2 ya.. hehe !

Cabin crew
 



Bila sampai ke Scenic Walkway, kami terus meredah kawasan sekitar. Basically hutan kat bawah ni merupakan hutan hujan tropika macam hutan-hutan di Malaysia. So jangan la pulak pegi carik pokok pine kristmas memang tak jumpa la.

Ade beberapa species burung unik yang hanya boleh dijumpai di sini. Burung-burung ni memang xde kat tempat lain di dunia. Tapi staf kabin tadi cakap kebanyakan hidupan liar dalam hutan ni hanya aktif pada waktu malam. Kalau bernasib baik, mungkin terserempak dengan diorang nih masa tengah jalan.


Trek pejalan kaki


Pelbagai jenis pokok
 




Tourist tengah tunggu kabin pick up untuk naik ke Scenic World balik 
 

Bila dah habis explore kawasan hutan ni, kami ambil masa sikit rehat2 kat Scenic World. Dari sini boleh nampak the Three Sisters.

Nampak tak tiga puncak sebelah menyebelah tu. Itulah the Three Sisters. Nak tengok lebih dekat lagi, turun di STOP 14 (Echo Point). Boleh la berkenalan dengan diorang secara close & personal. Hehe.

Since kami tak berkesempatan, tengok dari jauh jela.

The Three Sisters




Bincang punya bincang, kami decide nak terus balik ke Sydney town. Takut lambat pulak nanti kalau menyimpang ke tempat lain.

Malangnya pakcik bas cakap kalau nak balik ke bus stop tadi kena buat pusingan satu Blue Mountains dulu. So kami mintak pakcik berhentikan tepi jalan je. Dia ok je.

Dah turun dari bas dia tunjuk arah mana nak pergi. Matahari dah tegak atas kepala, tapi still sejuk. Sambil jalan sambil menyinggah tanggap gambar.

Lalu seorang kakak ni sambil mengheret luggage besarnya tegur kami ; ' are you lost boys?, you need any help?'.

Hah, boys?!. sentap ! Anyway, another proof that Aussies are really nice people. Mungkin die tengok muka 'budak' berdua ni cam cuak semacam je, dia ingat sesat kot. Tu yang die volunteer nak tolong tunjuk jalan tu. Bawak luggage besar ni baru kena tending keluar AF ke kak? Huahuahua.




Sempat posing kejap sebelum kena kejar dengan anjing hitam besar dalam kedai ni. Ape kes simpan anjing dalam kedai?
 





Alhamdulillah petang tu perkhidmatan keretapi berfungsi seperti biasa. Bermakna, kami boleh naik train straight to Sydney city centre tanpa perlu naik bas. Yay ! So kami terus ke Katoomba station yang terletak berhampiran dengan Katoomba bus station.

Seperti stesen2 keretapi yang lain, stesen keretapi Katoomba juga sangat bersih. Again, salute ! So, another 2-hour journey in train from Katoomba to Circular Quay. Masing-masing kepenatan dan ketiduran.

So, singkat sangat kan pengembaraan kami kat Blue Mountains ni? Boleh consider 'pengembaraan' ke? Macam melepaskan batuk di tangga je. Tak ikhlas melawat tempat orang, tu pasal kena kejar dengan anjing hitam besar tu. Huhu !


Mamat tu siap duduk berlunjur sambil makan cekedis, punya la bersih stesen ni!
 

Sampai Circulay Quay dah pkul 4.30 petang. Since semalam hari dah gelap masa sampai, kami ambil masa jalan sekitar Darling harbour. Cuaca Alhamdulillah cerah dan berangin.

Berlatarbelakangkan Sydney Opera House
 

Bonda? Butik untuk ibu-ibu ke? Tapi rstoren? ke masakan ibu? Ahhh lantak la !
 

Bersih !
 

Bersih jugak !
 

Lagi bersih !
 

Sydney Harbour Bridge


Hebat sungguh teknologi kejuruteraan mereka. Sydney harbour Bridge mula beroperasi pada tahun 1932, menyambungkan Sydney CBD (central business district) dengan North Shore.

Ia menggabung Millers Point di kawasan The Rocks dan Milsons Point di North Shore. Ia juga merupakan jambatan melengkung ke-6 terpanjang di dunia.

Puas la cari kat mana entrance nak naik jambatan ni, tak jumpa-jumpa. Cari sana-sini, tanya orang situ-sinin last-last jumpa jugak jalan masuk. Fuh !


Kena naik tangga yang sangat tinggi sebelum sampai ke atas jambatan
 

Trek pejalan kaki (bersih jugak yo.)
 
Walkway jambatan sangat luas. Memang ramai orang lalu lalang kat sini. Yang berjogging pun ramai.

Bab jogging ni memang respect sungguh dengan penduduk Sydney. Ada sorang kakak tu baru balik kerja kot. Kat bahu kiri handbag, kat pinggang kanan beg baju & high-heel. Agaknya abes kerja terus dress up gi jogging.

No wonder Sydney people have very good physics. Slim, muscular and healthy. Tak kira lelaki, tak kira perempuan. Susah la nak jumpa yang overweight atau obese. Kalau jumpa, bukan orang Sydney tu, pelancong tu. Konpem ! Heee.

Anyway, dari atas jambatan boleh nampak Sydney Opera House. memang ikonik pemandangan dari atas ni.

Gorgeous !
 

Picturesque !
 



Berpeluh jugak la nak cross jambatan ni. Ade la dalam 1.1 km panjangnye. So these are the views from the opposite side of harbour, di sebelah North Shore. Spellbinding i'd say !






Sydney Skyline


Da habisexplore area dekat sini nak kena cross over balik ke seberang. Alahai, tumit dah meragam sakit. Takpela, bukan selalu exercise kan?

Sampai Darling Harbour, hari dah gelap pun. Perut krok krok berbunyi. Penat dan mengantuk satu hal lagi.

Initially plan nak makan best best kat restoren halal malam tu tapi dek sebab kepenatan, nak balik tido cepat, sekali lagi dinner kami fillet o' fish. Tak kesah la asalkan perut kenyang dan dapat cukup rehat sebab esok pagi-pagi lagi nak check out. Brisbane here we come !



The rocks !
Ok. that's it for day 2 in Sydney. Hope you guys enjoy reading this humble writing. Wait for my next entry k. Till then, Assalamualaikum.

1 comment:

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...