Friday 23 June 2017

Itinerary : Jeju Summer Roadtrip (May 2015)


Assalamualaikum & Salam Budiman pembaca sekalian,

Sementara mood nak menulis masih membara ni jom sambung itinerary berikutnya. Ini kali kedua ke Korea Selatan. Trip ke Jeju ni kira macam trip penutup sebelum sambung belajar. Betul2 seminggu sebelum pendaftaran (~ 2 minggu lepas balik dari Europe :p). Pulun perabis sebab risau tak dapat travel dah lepas tu (konon sangat, padahal ligat jugak merayap sampai la ni, hihi).

Ahli jemaah 6 orang, dan kami naik flight KL-Busan (Air Asia) sebelum ke Pulau Jeju (Jeju Air) . Di Jeju kami sewa MPV (Kumho Car Rental). Itinerary agak longgar, ikut kesempatan masa. Masing2 pun sedar dengan peningkatan usia, pelincir di lutut pun semakin kekeringan. Jadiknya xde lah kiasu sangat semua tempat nak pergi. Still, aktiviti panjat gunung wajib ada dalam itinerary. #genghikers katanya. So inilah hasilnya selama kurang 4 hari di Jeju-do. Tak mau cerita panjang, layan gambar jom !

Maklumat lanjut:

Travel info >>> Jeju Travel
Car rental >>> Lotte & Kumho Car



----- xxxxxxxxxx -----


Day 1 (25/5/2015 : Monday)

1. Seosokkak Estuary 

Muara dimana sungai Hyodoncheon bertemu laut biru. Ia dikelilingi dinding yang terbentuk dari formasi lava dan barisan pokok2 pine, serta merupakan salah satu dari "hidden picturesque scenery" di Seogwi-po.






2. Cheonjiyeon Waterfall

Salah satu dari 3 air terjun paling femes di Jeju-do. Berketinggian 22 meter dengan kelebaran 12 meter, air terjun ni lebih cantik di malam hari dengan iluminasi cahaya.





3. Jeongbang Waterfall

Satu-satunya air terjun di Asia yang mengalir terus ke dalam laut. Ia berketinggian 23 meter dan dianggap sebagai salah satu dari  "10 greatest scenic wonders of Jeju-do".





4. Jusangjeolli Cliff

Apabila lava dari Gunung Halla bertemu Laut Jungmun, letusan yang berlaku membentuk tebing dengan formasi batu kolumnar seperti Giant's Causeway di Ireland Utara.






5. Yeongmori Coast

Formasi tebing tinggi ini mengambil masa beribu-ribu tahun untuk dibentuk. Kalau ingin bertemu dengan ikon Jeju-do iaitu penyelam wanita berusia, disinilah tempatnya.






6. Sanbangsan

Gunung Sanbangsan yang terletak disebelah pantai Yeongmori merupakan sebongkah lava besar yang terbentuk hasil letusan gunung berapi yang terjadi kira-kira 700-800 ribu tahun dahulu dan berketinggian 392 meter dari paras laut.






Day 2 (26/5/15 : Tuesday)

Hiking Mount Hallasan via Seongpanak trail

Gunung Halla merupakan sebuah gunung berapi didalam kawasan Hallasan National Park dan merupakan puncak tertinggi di Korea Selatan. Berketinggian 1950 meter dari paras laut, ia dianggap sebagai salah satu dari 3 gunung utama di Korea Selatan selain Seoraksan dan Jirisan. Ia merupakan salah satu dari 3 Tapak Warisan Dunia UNESCO di Jeju-do.









Day 3 (27/5/15 : Wednesday)

1. Seongsan Ilchubong

Lagi satu kesan peninggalan letusan gunung berapi yang telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Juga dikenali sebagai "Sunrise Peak" kerana keindahan pemandangan matahari terbit dari puncak bukit yang berketinggian 182 meter ini.







2. Udo Island

Terletak kira-kira 3.5 kilometer  ke arah timur laut dari Pulau Jeju, Udo bermaksud pulau lembu kerana bentuknya yang menyerupai seekor lembu yang sedang berbaring. Berkeluasan 5.9 kilometer persegi, ia merupakan salah satu dari tempat tumpuan pelancongan paling popular di Jeju-do selain menjadi lokasi pilihan penggambaran untuk filem dan drama Korea.







3. Jeju Folk Village

117 buah replika rumah tradisional yang dibina menyerupai suasana perkampungan di sekitar tahun 1890-an.







4. Seopjikoji Lighthouse

Lokasi penggambaran filem  "Gingko Bed," "The Uprising," "One Thousand and One Nights" dan beberapa lagi drama Korea.





Day 4 (28/5/15):

1. Manjanggul Cave

Monumen semulajadi yang dianggap sebagai salah satu terowong lava terhebat didunia. Gua ini bersaiz 13,422 meter tetapi hanya 1 km yang dibuka kepada pelancong. Disini anda boleh melihat stalagmite lava sepanjang 70cm. Ia juga telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.





2. Gimnyeong Beach

Terletak berhampiran Gua Manjanggul, pantai ini terkenal dengan air lautnya yang berwarna biru kobalt selain menjadi tempat tumpuan kaki pancing.






3. Dongmun Market


----- xxxxxxxxxx -----


Pendek kata serba-serbi berkenaan Pulau Jeju ni berkaitan dengan letusan gunung berapi dan natijahnya. Pada tahun 2011, ia telah dipilih sebagai salah satu dari New7Wonders of Nature, selain Komodo Island di Indonesia, Halong Bay di Vietnam dan Puerto Princesa di Filipina.

Please wait for the full story k. Till we meet again. 

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya!


5 comments:

  1. Waalaikummussalam, awesome photos Doc..!! Tq for sharing itinerary☺️

    ReplyDelete
  2. Salam sis, nak tanya, setiap itinerary day by day tu sis drive 1 day untuk ke satu2 tempat ke? contoh mcm day 1 tu setiap tempat tu dalam satu hala dan boleh reach in 1 day? thx for sharing

    ReplyDelete
  3. PSA: Grade 23 titanium steel plates from H.I. and T.I.C.
    The plates feature titanium cost a steel plate. These plates are made of steel. The plates are suitable ecosport titanium for any type thaitanium of edc titanium vessel, including remmington titanium

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...