Tuesday, 27 June 2017

Itinerary : Seoul Autumn Foliage (November 2015)



Assalamualaikum & Salam Aidilfitri.


Sihat semuanya? Jangan parah terlebih bedal lemang dan rendang ye. Kekalkan momentum Ramadhan supaya fizikal kekal sihat dan cergas. Selamat hari raya aidilfitri Kancil ucapkan kepada semua pembaca setia lagi budiman sekalian.

Sedikit masa dulu saya ada tulis satu artikel pasal musim luruh di Seoul bertajuk "Memburu Daunan Luruh : A Guide to Seoul's Autumn Foliage". Nama pun "Guide" jadi artikel tu sepenuhnya mengupas tentang tempat-tempat menarik di sekitar kotaraya Seoul untuk menikmati keindahan daunan luruh. Klik >> SINI (LURUH) kalau belum baca.

Kali ni saya nak kongsikan itinerary penuh 4D3N di bumi Seoul, sebahagian besarnya telah pun diceritakan didalam artikel yang dinyatakan diatas.

Saya bertolak solo dulu pada 5 Nov 2015 sebelum Shafik join keesokkan harinya. Kami menggunakan Seoul Subway sepenuhnya selama disana. Walaupun ringkas, diharapkan itinerary ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang percutian musim luruh anda. Ingat, waktu puncak musim luruh sangat singkat (lebih kurang 2 minggu je). Datang terlalu awal dan daun masih hijau. Sampai lewat daun dah kering berguguran.

Enjoice!!

xxx ---------------------------- xxx


5 Nov 2015 (Thur)

0100: KL - Incheon (Air Asia)

0820: Arrived at Incheon International Airport, immigration process, top up Mybi card then walk to Subway Metropolitan Station:

Incheon Int. Airport st (Airport Railroad) >> Gongdeok St. (line 6) (9 stops)
Gongdeok st. >> Itaewon st. (4 stops). Estimated time 69 min

1030: Walk to Kame House, leave bag at counter. Off to Changdeokgung:

Itaewon st (line 6) >> Yaksu st. (3 stops) then transfer to line 3
Yaksu st. >> Anguk st. (5 stops). Estimated time 19 min
Exit 3. Go straight from the exit (east) for about 300 m

1100: Changdeokgung : Fee KRW 5000 including Secret Garden








1430: Walk to Gyeongbokgung or take subway:

Line 3 Anguk st >> Gyeongbokgung st (1 stop) Exit 5

Fee KRW 3000






1800: To Cheonggyecheon stream - night view

Gyeongbokgung st (line 3) >> Jongno 3 ga (2 stops), estimated time 4 min)








2000: Return to Kame House, check in and rest

Jongno 3 ga (line 3) >> Yaksu st. (4 stops), transfer to line 6
Yaksu st. >> Itaewon (3 stops), estimated 17 mins


6 Nov 2015 (Fri)

0800: Samcheongdong

Itaewon (Line 6) >> Yaksu st. (3 stops), transfer to Line 3
Yaksu st. >> Gyeongbokgung st. (4 stops), estimated 24 min.

* belok ke kiri selepas keluar dari pintu utama Gyeongbokgung dan berjalan menyusuri dinding istana sehingga anda bertemu simpang pertama di sebelah kiri. Masuk ke simpang tersebut dan berjalan lebih kurang 10-15 minit, anda akan sampai ke Samcheongdong.







1030: Back to Itaewon to meet up Shafik

1100: Off to Songpa Naru Park:

Itaewon (Line 6) >> Cheonggu (4 stops), transfer to Line 5
Cheonggu >> Cheonho (10 stops), transfer to Line 8
Cheonho >> Jamsil st. (3 stops), estimated time 48 min.

Exit 2 or 3. Go straight 200 m to arrive at the entrance of Songpa Naru Park.







1400: To Ewha Womans University:

Jamsil st. (line 2) >> Ewha Womans Uni. St. (18 stops), estimated 32 min







1600: Off to Haneul Sky Park:

Ewha Womans Uni. St. (line 2) >> Hapjeong st. (3stops), transfer to line 6
Hapjeong st. >> World Cup stadium st. (3 stops), estimated 18 min. Take Exit 1






1800: To Itaewon

World Cup st. (line 6) >> Itaewon st. (11 stops)

Dinner at EID Muslim Restaurant




7 Nov 2015 (Sat)


0800: Off to Seoul Forest:

Itaewon st. (line 6) >> Cheonggu st. (4 stops), transfer to line 5
Cheonggu st. >> Wangsimni st. (3 stops), transfer to Bundang line
Wangsimni >> Seoul Forest st. (1 stop), estimated time 28 min.

* Take Exit 3. The park is 5 min walk from the Seoul Forest st.






1130: To Namsan Tower

Seoul Forest (Bundang line) >> Wangsimni st (1stop), transfer to Line 2
Wangsimni st >> Dongdaemun History & Culture Park (2 stops),then transfer to Line 4
Dongdaemun History & Culture Park >> Myeong-dong st (2 stops), estimated time 25 min

* Turn left from EXIT 3 and walk straight up the hill until you find cable car station. Alternatively you can take shuttle buses (refer "A Guide to Seoul's Autumn Foliage" entry)

Cable car : KRW 8500 return (or hike the scenic trail up to the tower)







1430: Cat’s playground: (in Myeong-dong district near the subway station)









1830: To Itaewon:

Myeong-dong st. (line 4) >> Samgakji st. (4 stops), transfer to line 6
Samgakji st. >> Itaewon st. (2 stops), estimated time 18 min

Dinner at Makan Restaurant.





8 Nov 2015 (Sun)

0800: check out from hotel, off to Dongdaemun Design Plaza:

Itaewon st. (line 6) >> Cheonggu st. (4 stops), transfer to line 5
Cheonggu st. >> Dongdaemun History & Culture Park st. (1 stop), estimated time 14 min







1100: To airport:

Dongdaemun History & Culture Park st. (line 4) >> Seoul st. (2 stop), transfer to Airport Railroad
Seoul st. >> Incheon international Airport, estimated time 89 min

1555: Incheon - KL (Air Asia)

2140: Arrived in KL



Friday, 23 June 2017

Itinerary : Jeju Summer Roadtrip (May 2015)


Assalamualaikum & Salam Budiman pembaca sekalian,

Sementara mood nak menulis masih membara ni jom sambung itinerary berikutnya. Ini kali kedua ke Korea Selatan. Trip ke Jeju ni kira macam trip penutup sebelum sambung belajar. Betul2 seminggu sebelum pendaftaran (~ 2 minggu lepas balik dari Europe :p). Pulun perabis sebab risau tak dapat travel dah lepas tu (konon sangat, padahal ligat jugak merayap sampai la ni, hihi).

Ahli jemaah 6 orang, dan kami naik flight KL-Busan (Air Asia) sebelum ke Pulau Jeju (Jeju Air) . Di Jeju kami sewa MPV (Kumho Car Rental). Itinerary agak longgar, ikut kesempatan masa. Masing2 pun sedar dengan peningkatan usia, pelincir di lutut pun semakin kekeringan. Jadiknya xde lah kiasu sangat semua tempat nak pergi. Still, aktiviti panjat gunung wajib ada dalam itinerary. #genghikers katanya. So inilah hasilnya selama kurang 4 hari di Jeju-do. Tak mau cerita panjang, layan gambar jom !

Maklumat lanjut:

Travel info >>> Jeju Travel
Car rental >>> Lotte & Kumho Car



----- xxxxxxxxxx -----


Day 1 (25/5/2015 : Monday)

1. Seosokkak Estuary 

Muara dimana sungai Hyodoncheon bertemu laut biru. Ia dikelilingi dinding yang terbentuk dari formasi lava dan barisan pokok2 pine, serta merupakan salah satu dari "hidden picturesque scenery" di Seogwi-po.






2. Cheonjiyeon Waterfall

Salah satu dari 3 air terjun paling femes di Jeju-do. Berketinggian 22 meter dengan kelebaran 12 meter, air terjun ni lebih cantik di malam hari dengan iluminasi cahaya.





3. Jeongbang Waterfall

Satu-satunya air terjun di Asia yang mengalir terus ke dalam laut. Ia berketinggian 23 meter dan dianggap sebagai salah satu dari  "10 greatest scenic wonders of Jeju-do".





4. Jusangjeolli Cliff

Apabila lava dari Gunung Halla bertemu Laut Jungmun, letusan yang berlaku membentuk tebing dengan formasi batu kolumnar seperti Giant's Causeway di Ireland Utara.






5. Yeongmori Coast

Formasi tebing tinggi ini mengambil masa beribu-ribu tahun untuk dibentuk. Kalau ingin bertemu dengan ikon Jeju-do iaitu penyelam wanita berusia, disinilah tempatnya.






6. Sanbangsan

Gunung Sanbangsan yang terletak disebelah pantai Yeongmori merupakan sebongkah lava besar yang terbentuk hasil letusan gunung berapi yang terjadi kira-kira 700-800 ribu tahun dahulu dan berketinggian 392 meter dari paras laut.






Day 2 (26/5/15 : Tuesday)

Hiking Mount Hallasan via Seongpanak trail

Gunung Halla merupakan sebuah gunung berapi didalam kawasan Hallasan National Park dan merupakan puncak tertinggi di Korea Selatan. Berketinggian 1950 meter dari paras laut, ia dianggap sebagai salah satu dari 3 gunung utama di Korea Selatan selain Seoraksan dan Jirisan. Ia merupakan salah satu dari 3 Tapak Warisan Dunia UNESCO di Jeju-do.









Day 3 (27/5/15 : Wednesday)

1. Seongsan Ilchubong

Lagi satu kesan peninggalan letusan gunung berapi yang telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Juga dikenali sebagai "Sunrise Peak" kerana keindahan pemandangan matahari terbit dari puncak bukit yang berketinggian 182 meter ini.







2. Udo Island

Terletak kira-kira 3.5 kilometer  ke arah timur laut dari Pulau Jeju, Udo bermaksud pulau lembu kerana bentuknya yang menyerupai seekor lembu yang sedang berbaring. Berkeluasan 5.9 kilometer persegi, ia merupakan salah satu dari tempat tumpuan pelancongan paling popular di Jeju-do selain menjadi lokasi pilihan penggambaran untuk filem dan drama Korea.







3. Jeju Folk Village

117 buah replika rumah tradisional yang dibina menyerupai suasana perkampungan di sekitar tahun 1890-an.







4. Seopjikoji Lighthouse

Lokasi penggambaran filem  "Gingko Bed," "The Uprising," "One Thousand and One Nights" dan beberapa lagi drama Korea.





Day 4 (28/5/15):

1. Manjanggul Cave

Monumen semulajadi yang dianggap sebagai salah satu terowong lava terhebat didunia. Gua ini bersaiz 13,422 meter tetapi hanya 1 km yang dibuka kepada pelancong. Disini anda boleh melihat stalagmite lava sepanjang 70cm. Ia juga telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.





2. Gimnyeong Beach

Terletak berhampiran Gua Manjanggul, pantai ini terkenal dengan air lautnya yang berwarna biru kobalt selain menjadi tempat tumpuan kaki pancing.






3. Dongmun Market


----- xxxxxxxxxx -----


Pendek kata serba-serbi berkenaan Pulau Jeju ni berkaitan dengan letusan gunung berapi dan natijahnya. Pada tahun 2011, ia telah dipilih sebagai salah satu dari New7Wonders of Nature, selain Komodo Island di Indonesia, Halong Bay di Vietnam dan Puerto Princesa di Filipina.

Please wait for the full story k. Till we meet again. 

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya!


Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...