Sunday, 2 October 2016

Bandung : More Than Meets The Eye


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca budiman sekalian.


Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Terima kasih atas sokongan yang tak putus2 walaupun jarang sekali dapat saya update blog ni. God knows how I miss writing and sharing. Terima kasih atas email/PM/DM yang bertanya tips, itinerary dan segala yang berkaitan dengan travel. Maaf kalau saya terlepas pandang dan tak balas pertanyaan kalian semua. It's genuinely unintentional. Kerja dan study adalah priority saya. Nowadays nak jumpa geng2 #kakijalan pun susah, inikan pulak nak travel sama. InsyaAllah kalau dah lapang nanti saya catch up mana yang dah wayyyy outdated tu k !

So ada apa dengan Bandung? Syurga beli-belah, tentu sekali. Tapi kalau anda fikir Bandung hanya sekadar pusat shopping paling best, grand dan masyuk di Indonesia, think again! Bagi pencinta alam yang tak gemarkan kesibukan kota apatah lagi kesibukan pusat beli-belah, apa urusan Sang kancil ke Bandung? Ada nature wonder ke kat Bandung?

Yes there are ! Banyak sekali kok wisata2 liburan di Bandung, semuanya keren bangat. Tinggal nak ke tak nak jejak  je. You'll be taken by surprise, I can assure. Saya sendiri terkesima melihat keindahan alam yang tersimpan di dalam bandar ke-3 terbesar di Indonesia ini. Dalam entri kali ni, saya akan highlight beberapa destinasi alam yang sempat dijejaki selama 2 hari di Bandung. 2 hari je? Yup, 2 hari je. Cuti terhad. Dah syukur sangat tu dapat pergi hujung minggu. Flight sejam setengah je pun. Saya tahu ada yang 5 hari pun tak cukup di Bandung. Tak cukup shopping, hihi. Memang tak dapat cover banyak tapi yang sempat cover tu memang awesome2 belaka.

Trip kali ni saya pergi dengan Shafik berdua je. Yang lain tak berkelapangan. Kami beli tiket bulan Julai tapi planning semua seminggu sebelum berangkat. Saya uruskan itinerary dan transport, Shafik settle kan accomodation. Hari pertama kami ke utara, hari kedua ke selatan.

Yuk kita ke Bandung Yuk!

----- xxxxxxxxx -----

Day 1: Northern Bandung

1. Tebing Keraton, Taman Hutan Raya Djuanda, Cimenyan.


Terletak lebih kurang 15 km dari pusat bandar, perjalanan ke Tebing Keraton mengambil masa kurang lebih 50 minit. Setelah sampai ke parking lot, korang boleh pilih sama ada nak naik ke atas puncak dengan ojek atau jalan kaki (kalau larat). Bayaran minima boleh dapat untuk satu ojek adalah 25 ribu rupiah sehala. Pandai2 la tawar-menawar. Paham2 je la diorang tu.

Kami sampai dalam pukul 9 pagi. Masih berkabus sedikit dan matahari baru nak keluar. Katanya sunrise kat Tebing Keraton ni surreal. Macam berada atas paras awan. Kalau rajin sila bangun awal pagi. Kerana usia dah lanjut kami memilih untuk rehat secukupnya dan makan breakfast kenyang2 sebelum bertolak, hihi.

Bayaran masuk hanya 11 ribu rupiah. Tebing ni kecil je, dan berpagar. Kalau ramai orang memang sesak. So saya nasihatkan sampai awal kalau tak nak seribu pasang mata memandang anda semasa berposing sakan.

Klik SINI untuk maklumat lanjut.







2. Grafika Cikole, Lembang

Terletak 1400 meter dari paras laut, di pertengahan jalan menuju ke Tangkuban Perahu, Grafika Cikole merupakan pusat rekreasi yang menyajikan pelbagai akitiviti liburan seperti Flying Fox, jambatan gantung, ATV, aktiviti berkuda, hiking, ladang stawberi dan sebagainya.

Kawasan rekreasi ini didominasi pohon-pohon pine, menyediakan penginapan berkonsepkan rumah kayu serta kawasan perkhemahan yang luas. Udara yang segar sekitar 20 darjah selsius menjadikan Grafika Cikole antara destinasi percutian hujung minggu yang semakin popular di Bandung.

Bayaran masuk 21 ribu rupiah termasuk makanan ringan di salah sebuah restoren dalam kawasan rekreasi. Klik SINI untuk maklumat lanjut mengenai penginapan dan aktiviti2 yang disediakan.






3. Curug Cimahi, Lembang

Curug dalam bahasa Sunda bermaksud air terjun. Terdapat berbelas-belas air terjun yang menarik di Bandung. Kerana kekangan masa, kami memilih untuk ke Curug Cimahi sahaja.

Air terjun yang berketinggian 87 meter ini terletak lebih kurang 20 kilometer dari pusat bandar. Curug Cimahi juga dikenali sebagai Curug Pelangi kerana pada malam harinya, ia dihiasi lampu berwarna-warni seperti pelangi. Bayaran masuk adalah 15 ribu rupiah seorang.

Anda harus menuruni lebih 500 anak tangga untuk sampai  ke dasar curug. Jangan gusar sebab ada 3 pondok persinggahan di pertengahan jalan kalau nak beristirehat. Yang ada lelah saya nasihatkan bawa bekalan ubat secukupnya kerana nak naik balik 500 anak tangga tu, yang takde lelah pun boleh semput.

Klik SINI untuk review (dalam bahasa Indonesia).






4. Dusun Bambu, Lembang

Satu lagi destinasi istirehat hujung minggu yang popular di Bandung. Destinasi terakhir kami di utara Bandung ini terletak 2 kilometer sahaja dari Curug Cimahi. Kalau poket tebal sikit, boleh lah bermalam di dalam rumah rehat yang disediakan disini. Kalau tak mampu pun masih boleh datang untuk bergambar sahaja.

Highlight kat sini adalah 2 restoren yang menyajikan masakan tradisi Sunda iaitu Dusun Bambu Purbasari dan Birdcage Restaurant. Bayaran masuk 15 ribu rupiah seorang.

Klik link INI untuk maklumat lanjut.







Day 2 : Southern Bandung

1. Kawah Putih, Ciwidey

Antara destinasi wajib pelancong kalau datang ke Bandung. Kalau ikutkan malas nak ke sini sebab confirm sesak (hari ahad). Tapi digagahkan jugak diri. Sampai di kawasan parking, anda boleh buat 2 pilihan, sama ada naik minibus dengan bayaran 20 ribu rupiah (15 ribu bayaran masuk, 5 ribu minivan) atau bawak kenderaan naik ke atas dengan harga 150 ribu rupiah. Jarak dari kawasan parking ke Kawah Putih lebih kurang 5 km.

Terletak pada ketinggian 2430 meter dari paras laut, suhu di Kawah Putih putih boleh mencecah sehingga 10 darjah selsius. Air kawah bertukar warna dari putih ke biru ke hijau ke coklat bergantung kepada kandungan sulfur, suhu dan tahap oksida airnya.

Klik SINI untuk maklumat lanjut. Jom layan gambar. Nampak kosong tapi hakikatnya kawasan ni penuh sesak dengan umat manusia. Kena pandai cari port yang agak jauh untuk dapatkan ketenangan bergambar.

Peringatan: kandungan sulfur sangat tinggi di kawah. Dinasihatkan bawa penutup hidung sendiri kalau tak nak beli mask yang dijual dengan harga 5 ribu rupiah.








2. Hutan Mati Kawah Putih, Ciwidey.

Kawasan kawah ini dikelilingi oleh hutan tebal yang dikenali sebagai hutan mati. Tak ramai yang nak redah ke dalam kawasan hutan ni walaupun masih dalam kawasan gunung Patuha. Sesuai jugak untuk wedding photoshoot kalau nak lebih mistik. Takde bayaran extra pun. Ambik la masa 15 minit untuk cari port bergambar. Kalau rasa hidung dah tak tahan dengan bau tengik sulfur tu, lari sekejap  dalam hutan mati untuk sekeping dua gambar. Gitu dong! Hihi.





3. Glamping Lakeside, Rancabali

Alternatif untuk menikmati keindahan tasik buatan Patenggang kalau tak mampu untuk ke Situ Patenggang yang mahal. Glamping yang baru dibuka kepada pengunjung berseberangan dengan Situ Patenggang ini mengenakan bayaran masuk 20 ribu rupiah seorang. Ada restoren kapal yang besar sesuai untuk isi perut dan bergambar. Masa kami pergi restoren penuh sesak dengan nona2 yang kelaparan makanya tak dapat  nak bergambar.

Menurut supir, ada pergaduhan antara pemilik Situ Patenggang dengan pihak Glamping. Glamping dibina diatas tanah persendirian milik Situ Patenggang dan mengenakan bayaran masuk yang jauh lebih murah. Kalau anda mampu, boleh terus ke Situ Patenggang kerana ia lebih private, tenang dan semestinya menyajikan panorama yang jauh lebih indah dan bebas nona kelaparan.





4. Ladang Teh Rancabali

Macam Cameron Highland jugak, hamparan ladang teh disepanjang perjalanan pasti menyebabkan anda memaksa supir untuk berhenti sebentar di tepi jalan untuk berfoto. Free je so apa salahnya. Layanz...!





5. Ranca Upas

Dengan bayaran masuk hanya 15 ribu rupiah, anda boleh berjinak-jinak dan bergambar dengan rusa liar. Ranca Upas merupakan kawasan liburan di dalam kawasan hutan simpan terlindung seluas 215 hektar yang menyajikan kawasan perkhemahan yang indah, kolam air panas serta pelbagai aktiviti2 menarik sesuai untuk seisi keluarga.

Tujuan kami ke sini sebenarnya hanya nak bermesra dengan rusa je. Selesai kami terus pulang ke hotel sebab hari pun dah petang masa tu, dan hujan lebat. Kalau dulu masa zaman muda remaja selagi tak lewat malam takkan balik bilik hotel, huhu.

Klik SINI untuk maklumat lanjut.






Special Mention : Kuliner Bandung 

Satu-satunya negara yang saya mampu untuk makan mewah adalah Indonesia. Ikat perut kalau travel ke negara2 lain tapi di Indonesia, makan macam anak raja. Bukan sekadar mampu milik, makanannya juga enak2 sekali kok. Asyikkk! Tak meleleh air liur tengok gambar2 kat bawah ni? Hehe.











----- xxxxxx -----


Worth mentioning (wisata yang tak sempat dijejaki):

1. Tangkuban Perahu
2. Sari Ater Hotspring
3. Curug Maribaya
4. Bosscha Observatory
5. Curug Omas
6. Situ Cileunca, Pengalengan
7. Stone garden, Padalarang
8. Omah kayu Paralayang

Lagi info menarik boleh rujuk tripcanvas di >> SINI

So apa lagi, cepat book flight tiket anda sekarang. I can assure that you'll be taken by surprise by all these amazing nature wonders scattered all around Bandung. And yes, there is surely, definitely, undoubtably more to Bandung than meets the eye.

Till we meet again guys. Thanks for keep reading my blog. Have a nice weekend and Salam Maal Hijrah to all muslims.

Assalamualaikum !


9 comments:

  1. Replies
    1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui AKI DARMO saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan AKI DARMO,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan AKI DARMO yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti, AKI DARMO juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penglaris jualang silahkan hubungi AKI DARMO di 082-310-142-255 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya –ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI -http://pendidikan-merangin.blogspot.co.id

      Delete
  2. Seronok saya baca tulisan saudara :)

    Sambil2 tu saya nak share perkara atau barangan yang berkait dengan pengembaraan iaitu beg travel, hiking, trekking murah2 dari Vietnam yg saya jual hehe.

    Jemput lawat di:-
    1) FB = Pedagang Backpack
    2) IG = pedagang_backpack

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. Seronok saya baca tulisan saudara :)

    Sambil2 tu saya nak share perkara atau barangan yang berkait dengan pengembaraan iaitu beg travel, hiking, trekking murah2 dari Vietnam yg saya jual hehe.

    Jemput lawat di:-
    1) FB = Pedagang Backpack
    2) IG = pedagang_backpack

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Saya terjumpa blog ni masa tengah search serba sedikit pasal Kashmir. Dari post Kashmir awak tu saya start 'tour' blog ni dari first post sampai lah ke post terakhir ni. ( gigih O<-< )

    Apapun saya just nak cakap saya suka penulisan awak. Banyak tips berguna yang saya dapat.
    Teruskan menulis. Your blog now has a new fan. :D

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

    WhatsApp : +6282214441280
    Call : +6282214441280
    Call : +6282282222896
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
    Website : www.paketpelanconganbandung.com dan www.dhanitourbandung.com

    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

    KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Wassalam dan Terima Kasih...

    JOM MELANCONG INDONESIA…
    CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

    ReplyDelete
  6. grafika cikole sepertinya lokasinya sangat menarik yaa..
    bisa untuk kegiatan gathering perusahaan kyaknya

    ReplyDelete
  7. cantik2 gambar.. nnt boleh jejak kaki lagi ke Bandung. tapi rasa2nya
    no 8 tu, Omah kayu Paralayang di Surabaya kan.

    ReplyDelete