Sunday, 15 February 2015

Japan Shinkansen Trip - Misi Menculik Geisha : Day 4 Part 2 (April 5, 2014)




Assalamualaikum.


Min-sang Konnichiwa, Hishashiburi des ! (Hi everyone, long time no see !)...

Apa dah jadi dengan misi menculik geisha nya? Dah hari ke-4 di Jepun dapat ke tak culik sorang bawak balik? Senyap je Kancil. Eh, kejap !

Macam baru nampak 2 orang geisha melintas jalan. Kejar jom ! Mana tau dapat culik sorang masuk dalam beg galas, hihi.

Jeng jeng jeng !




Errrkkkk. Takkan diorang berdua ni kot. Kalau bawak balik jumpa mak ni konpem kena tendangan hikmat penunduk naga, terbang keluar dari tingkap rumah. Adeh*

Ni geisha celup. Mekap pun palsu. Ramai pulak yang pakai macam ni di sekitar tourist attractions di Kyoto. Masing2 nak fefeeling geisha pakai Yukata. Jangan hirau kan mereka. Jom kita sambung pengembaraan di bumi matahari terbit ni ke destinasi seterusnya.

Dalam entri sebelum ni saya ada kasik trivia pasal destinasi seterusnya ni, dah jumpa jawapan ke belom? Ala, tak susah pun soklan. Cover depan buku Lonely Planet Japan itu lah destinasi kami.

Ye betul !!!

Arashiyama Bamboo Forest *clap clap clap.

So macam mana nak ke sini? Mudah je. Naik JR Sagano line, turun di Saga-Arashiyama station. Dari sini kena berjalan lebih kurang 10 minit untuk ke Bamboo Forest yang femes tu. Kalau dari Kyoto station boleh naik City bus #28, #71, #72, #73.








Arashiyama ni kira antara tourist spot paling popular di Kyoto sebab banyak attraction yang menarik which is why ia tak pernah sunyi dari pelancong. Jangan expect hang boleh berguling-guling dalam hutan buluh sambil berselfie tanpa dipijak ribuan pelancong.

Arashiyama terletak di bahagian barat Kyoto, padat dengan pelancong sepanjang tahun terutamanya pada musim bunga dan luruh kerana pemandangan lanskap nye yang memukau. *tu dia. 

Apa yang best? :-

1. Togetsukyo Bridge (Moon Crossing Bridge) : landmark penting di daerah Arashiyama. Dibina semasa zaman Heian, pemandangan bukit-bukau dan sungai dari atas jambatan sangat cantik terutamanya semasa musim bunga  dan musin luruh.

2. Tenryuji Temple : dibina pada tahun 1339 semasa era pemerintahan Shogun, ia telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 1994.

3. Sagano Scenic Railway : membawa pelancong menikmati keindahan alam merentasi kawasan pergunungan, hutan dan sungai Hozu sepanjang 7 km dari Arashiyama ke Kameoka.

4. Monkey Park Iwatayama

5. Arashiyama Bamboo groves

dan lain-lain.....

Sebab tak cukup masa, kami pilih no 5 je. Cukup la. Nanti dah beranak-pinak boleh la datang lagi bercuti tema free and easy, cover semua yang belom cover. Cenggitu boleh?.

Masa kami sampai di Saga-Arashiyama station dah pukul 3 petang. Memang ramai giler orang. Berita baik untuk pakcik makcik yang sakit gout ataupun longkar sendi lutut, kat sini banyak jinrikisha. Apa tu?

Ni dia jinrikisha.






Haaaa, macam best kan naik beca yang ditarik abang-abang sado tu? Beca jenis macam ni memang femes kat Jepun. Kat Asakusa Tokyo hari tu pun ada jugak. Kesian pulak tengok diorang ni cari makan macam ni. Kalau dapat penumpang macam Rikishi Phatu cane? Tak buasir dibuatnye?

Untuk para backpacker sekalian jangan berangan nak naik okeh. Bisa dibuang daerah nanti atas sebab menconteng arang dimuka bakcpacker lain. Guna kaki tu jalan sampai ke Bamboo grove. Tak jauh sangat pun.





On the way, akan nampak Tenryuji temple. Tapi kami bypass je tokong ni sebab dah banyak tokong kami jejaki.

Tak lama lepas tu akan nampak pohon-pohon buluh tinggi lampai. Arashiyama bamboo grove ni dibuka 24 jam setiap hari. Nak datang malam pun boleh. Lagi cantik view nye, dan crowd pun mungkin lebih kecil (agaknye).

Anyway pokok buluh kat sini macam tak best je. Di celah-celah pohonan buluh ada tumbuhan parasit yang interframe dan merosakkan view. So macam agak keciwa. Mungkin ni pinggiran hutan je kot, tu pasal ada pokok-pokok lain tu. Mungkin di tengah-tengah hutan nanti memang exclusive pohon buluh je.

Teruskan berjalan !


First sight of bamboo forest.

Cantik ke?



Sila baca signboard kat atas tu, ada berapa banyak daa tokong dalam hutan ni. Rasa nya dah overdose tokong dah. This time kami nak concentrate kepada nature je. #Naturelover katanya. Owh, ada train lalu dalam kawasan hutan ni. Scenic train ke regular train saya tak berapa pasti.

Tapi apa yang menanti di seberang landasan sana tu yang mengujakan.

Lepas melintas landasan, akan jumpa lagi pohon-pohon buluh yang diselang-seli oleh pokok-pokok lain. Lepas tu jumpa kawasan lapang yang penuh dengan pohon sakura.

Lepas tu baru jumpa bamboo grove yang cantik.








Entrance ke bamboo grove sebenar.


Haaa, jumpa pun kawasan ni lepas hampir setengah jam melilau. Memang sesak dengan pelancong. Dah mula rasa aura Kenshin Himura Battohsai masa ni, ngeheh. Buluh dan ninja sungguh tak dapat dipisahkan.

Kalau tanya saya which attraction setakat ni yang kasik aura Japanese heritage paling strong, I would say this Bamboo forest & Fushimi Inari Shrine. 2 benda ni memang takde kat tempat lain. Kalau jejakkan kaki ke Kyoto pastikan anda sampai ke 2 destinasi ni okay. Tempat lain tak pergi pun takpe.

Sebenarnya, sehebat mana pun penerangan mengenai pohon buluh yang tinggi lampai ni, takkan sama dengan perasaan sendiri bila berada dicelah-celah buluh ni. Nak tau macam mana rasanya, sila datang sini sendiri. 

Layan gambar sambil layan perasaan jom !  



















Amacam? Menarik tak? Punya lah susah nak dapat spot untuk bergambar yang takde ramai orang. So kalau rasa nak berposing sakan ala muka depan majalah CLEO, Harper's Bazaar, URTV ataupun Mangga, sila datang awal pagi masa mat-minah saleh tengah hirup kopi kat hotel lagi. Bila crowd dah ramai macam ni memang takde can.

Sedikit terkilan sebab tak jumpa tangga macam cover buku LP tu. Besar sangat tempat ni tak larat nak explore. Hari pun dah petang dan kami kepenatan setelah seharian merayau.

Kami decide nak pergi jenguk Togetsukyo bridge sekejap. Alang-alang dah sampai. Mana la tau untung-untung dapat background cantik untuk group photo.

By the time kami keluar dari Bamboo forest tu makin ramai pulak pengunjung yang baru sampai. Yang dress up ala-ala geisha memang ramai, tak dapat dibilang dengan jari. Mula-mula tadi eksited jugak tapi bila dah ramai sangat, jadi tak heran dah. Nak cari geisha original ni, hihi.


Berpusu-pusu pengunjung.

Apa KZ buat di celah-celah pagar rumah orang tu? Pee pee ke?

Haaaa ni antara contohnya. Yang couple pun ada jugak dress up macam nak wedding photoshoot.



Rupanya di Togetsukyo bridge lagi lah sendat nya dengan manusia. Berselisih bahu ke bahu. Traffic jam. Tak jadi naik jambatan, kami lepak tepi sungai sambil menikmati keindahan alam.

Kelihatan pohonan sakura menghiasi tebing sungai dan kawasan bukit bukau di sekeliling jambatan. Kalau musim luruh lagi ramai orang sebab kawasan pergunungan Arashiyama akan dihiasi daunan pelbagai warna ; kuning, oren, merah menyala, hijau muda, hijau tua, semuanya ade. Masa ni lebih berbaloi kalau naik scenic train.


The Togetsukyo Bridge (Moon Crossing Bridge).









Mula-mula tu ada niat jugak nak naik scenic train. Tapi memandangkan hari dah lewat petang, dan view dah malap, tak jadi. Semua orang balik semula ke hotel kecuali Azuan. Dia pergi Kinkakuji Temple nak tengok Golden Pavillion. Yang lain dah muntah tengok kuil.

Sampai bilik terus flat, kepenatan. Padahal sepatutnya masa tu kami dah mula gerak ke Gion untuk Geisha Hunting. Hujan mula turun rintik-rintik menambahkan kedinginan senja. Makin masyuk selubung bawah selimut.

Sedar-sedar je hari dah gelap. Hujan tak berhenti lagi. Tapi sebab ni malam last kat Kyoto, misi untuk menculik geisha harus dijayakan. Dengan keazaman tersebut, kami bertujuh gagah melangkah menuju ke geisha street yang terletak lebih kurang 2 km dari Santiago guesthouse. Zul dan Fendi tak join, seronok sangat dapat tilam empuk dan selimut tebal sampai sanggup melupakan geisha.




"Remember, Chiyo, geisha are not courtesans. And we are not wives. We sell our skills, not our bodies. We create another secret world, a place only of beauty. The very word “geisha” means artist and to be a geisha is to be judged as a moving work of art". – Memoirs of a Geisha

xx-----------------------------xx


Haaaa, korang pernah tengok cerita Memoirs of a Geisha tu? Saya tengok movie dan khatam novel sekali. Pada saya novel dia sangat menarik, tapi filem biasa je. Pelakon yang jadi Geisha pun semua bukan orang Jepun. Mungkin sebab tu kurang penghayatan.

Tau kan beza antara Geiko dan Maiko? 

Nani ! Wakarimasen ? Doushite ! (Apa ! Tak tahu? kenapa ?)

Mai sini nak habaq.

Geisha merupakan penghibur kelas atasan dalam masyarakat Jepun. Mereka dilatih seawal umur 15 tahun untuk mempelajari asas-asas kesenian Jepun seperti tarian, alat musik, seni pertuturan dan perbualan serta permainan traditional jepun untuk menghiburkan hati pelanggan yang hadir ke ochaya (tea houses).

Ada jugak mulut longkang yang cakap Geisha ni pelacur. But that is wrong my dear. Refer balik pesanan Mameha kepada Sayuki kat atas tadi. Geisha menjual kemahiran bukan jual badan. Geisha adalah 'moving work of art". Setiap gerak tubuh badan seorang geisha merupakan seni. Geisha itu sendiri bermaksud ahli seni (artisan). 

Di Kyoto, latihan untuk menjadi seorang Geisha bermula seawal usia 15 tahun. Macam kita masuk asrama, kanak-kanak perempuan yang berazam nak cari makan sebagai Geisha harus tinggalkan rumah dan masuk Okiya, iaitu rumah khas untuk mereka. Di sini mereka dilatih ilmu tarian, seni muzik, cara berborak, cara tuang teh dan sebagainya.

Geisha muda dipanggil Maiko. Kira macam apprentice la. Bila dah menjangkau usia 21 tahun dan dah master segala jenis kemahiran, baru layak digelar Geiko, iaitu Geisha professional. Geiko ni dialek kat Kyoto je. Kat tempat lain masih dipanggil Geisha.

Corak latihan yang diberikan di Okiya masih sama seperti training zaman dulu-dulu. Macam yang dalam filem Memoir of a Geisha tu. Brutal kan? Nak tidur pun punyalah banyak protokol nya. Kalau kita agaknya dah sengal tengkuk bila bangun pagi. Tak faham apa yang dimaksudkan? Sila download filem tu segera.

Sekarang ni masih wujud lagi Geisha di Jepun. Kat Tokyo ada, kat Kanazawa pun ada tapi Kat Kyoto ni kira yang paling grand. Even bandar Kyoto sendiri pun masih mengekalkan eleman tradisi Jepun kuno yang dah lama hilang di bandar-bandar lain Jepun akibat pembangunan.

Bukan mustahil untuk jumpa Geisha, tapi tak mudah jugak. Bagi yang poket tebal, berkepuk-kepuk dengan duit, boleh ambil pakej makan malam di tea house sambil dihiburkan oleh Geisha. Tapi bagi budget traveller macam kami, kena lah pergi cari sendiri kat Gion, iaitu sebuah kawasan di Kyoto dimana Geisha tinggal dan bekerja.

Area paling popular untuk geisha hunting kat Gion ni ialah Hanami-koji street, kebetulan tak berapa jauh dari Santiago Guesthouse. Still within walking distance la. Cumanya sebab hujan, sejuk giler !

Dah sampai pun...




Sunyi sepi...

Adakah sebab hujan so bisnes kurang laris malam ni? Ada peluang ke kami nak jumpa dan culik sorang geisha? Ishh, macam tipis je.

Jalan perlahan-lahan macam mengendap, jari ready nak tekan button kamera bila geisha muncul. Geisha ni langkah kakinya kecil dan sopan tapi laju macam lipas kudung, kena sentiasa bersedia.

Tapi tiada seorang pun yang muncul. Bunyi cengkerik ade la. Mana la semua geisha-geisha dah pergi ni? Takut kena culik ke? Keciwa.

Tetibe terdengar Nad & Shafik menjerit kat depan tu. Dari jauh terlihat kelibat satu susuk yang kelihatannya macam geisha. Tak sempat kelip mata dah lesap.

Memang geisha betul la tadi. Tak sure Geiko atau Maiko, tapi dia dah hilang di sebalik rumah-rumah teh. Such a fleeting moment. Nad dengan Shafik la yang nampak paling jelas. Tu pun tak sempat lansung nak tangkap gambar. Terjerit terkesima, lupa terus kamera. Macam mana tu nak culik?

Lepas tu dah takde sorang geisha pun keluar lagi.

*nanges !

Dengan dukacitanya saya umumkan di sini bahawa misi menculik geisha kami telah GAGAL !

Noooooooooooooo !!!


Kiri : Macam ni yang kami cari
Kanan : Jangan tak tau yang dulu-dulu ada geisha lelaki okay (yeke?).

Sunyi sepi.

Lagi jalan yang sunyi.

Sanggup masuk celah-celah rumah teh cari geisha tapi tak jumpa, huuu.



Aikk ! Tu siape?

Hehe, jangan tertipu. Yang pakai macam tu memang ramai kat Gion ni, sebab ada banyak Maiko studio di sekitar Gion yang menyediakan perkhidmatan men-transform Maiko-wannabe sekalian menjadi seorang Maiko palsu.

Palsu pun palsu lah, janji ada gambar. Entah-entah bukan orang Jepun pun (mungkin Korea/China/Taiwan?) sebab masa saya cakap Jepun dengan diorang berdua, tercengang ternganga mulut depa.

Sebenarnya timing kami ni memang dah lari jauh. Waktu terbaik untuk datang ke Geisha street untuk geisha hunting adalah antara pukul 4 hingga 6 petang. Masa tu Maiko dan Geiko bersiap-siap untuk pergi ke sekolah dan tea houses. Pukul 6 selalu nya diorang dah berada dalam tea houses untuk menghiburkan tetamu.

Kalau datang lepas pukul 8 malam, mungkin akan terserempak dengan seorang dua geisha yang berlari-lari dari satu tea house ke tea house yang lain, macam tadi.

So nak buat apa sekarang? Punah sudah harapan untuk bawak pulang geisha ke Malaysia. Perut pun dah berkeroncong irama sesal separuh nyawa lalu kami melilau mencari restoren.




Yang tengah tu I nak jual jadik Geisha permanent kat kyoto buleh? Hihi.


Jumpa satu restoren yang ada vegetarian set. Mahal jugak harga satu set. Tapi sebab masing-masing dah mengidam nak merasa classic Japanese cuisine, so ketebalan poket letak belakang.

Interior dalam restoren ni pun memang nampak high class jugak. Layan je lah. Once in a lifetime experience. Bila lagi nak cuba kan. Memandangkan saya spesis karnivor tegar, tak mau di-order nye vegetarian set tu. Saya order tempura set, yeeehaa !

Loya jugak tekak telan ikan mentah tapi tengok diorang yang lain ni makan penuh nikmat. Eksotik sungguh tekak mereka. Udang tempura tu memang sedap, dessert tu pun. Tapi overall, bukan selera saya. As for the rest, they seemed to enjoy the wasabe so much, hahaha. Lantak korang lah.

Ni antara hidangan yang telah merobek dompet kami malam tu.













Kenyang alhamdulillah. Balik bilik dan terus berhibernasi dibawah selimut. Cuaca turun sampai 2-3 darjah selsius malam tu. Grrrrrrr !

Anyway, ada lagi satu cara kalau nak tengok geisha. Boleh pegi ke Gion Corner di hujung Hanami-koji street tadi untuk tengok cultural show. Setiap hari ada 2 show, pukul 6pm & 7pm. Boleh la tengok upacara menuang teh , tarian dan sebagainya. Untung2 maiko sendiri yang datang perform terutama masa bulan April.

Ok guys, harap terhibur. Saya masih bersedih dan terkilan dengan kegagalan misi kami. Masih berbaki 2 hari lagi di tanah Jepun. Kemana lagi kami selepas meninggalkan bumi Kyoto esok hari?

Yang pastinya, 2 hari terakhir ni lagi adventurous dari 4 hari yang dah berlalu. Nak tau apa jadi kena tunggu ye. Till then,

Assalamualaikum !



5 comments:

  1. Tidak boleh lebih bersetuju daripada "Sebenarnya, sehebat mana pun penerangan mengenai pohon buluh yang tinggi lampai ni, takkan sama dengan perasaan sendiri bila berada dicelah-celah buluh ni." P.s: baru betul2 baca post ni. Tsugoi! (sy bukan stalker).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni rasa tasyabar nk g misi melamar ikemen tatkala musim luruh pulak.informative blog doc!(^^)p

      Delete
    2. Ni rasa tasyabar nk g misi melamar ikemen tatkala musim luruh pulak.informative blog doc!(^^)p

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete