Sunday, 12 October 2014

Japan Shinkansen Trip - Misi Menculik Geisha : Day 3 (April 4, 2014)



Assalamualaikum & konnichiwa !

Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah hari ketiga bermusafir di bumi matahari terbit. 

I must admit, hati memang tertarik dengan negara ni. I love the extremely friendly citizens. And everything is in perfect order. Memang puja habis la Japan. Hiks !

Hari ketiga, kami meninggalkan Tokyo untuk ke Kyoto. Di pertengahan jalan, kami akan singgah di Kawaguchiko untuk menjenguk ikon negara Jepun. Siapakah?

Takeshi Kaneshiro ?

Bukan !

Ayumi Hamasaki ?

Bukan jugak !

Fuji-san...

Krik krik krik...

Siapa tu?

Hehe. Fuji-san tu gunung Fuji ler. Dalam bahasa Jepun formal, honorific -san selalu diletakkan dibelakang nama seseorang sebagai tanda hormat. Contohnya Ramli jadi Ramli-san, kalau Zaibo jadi Zaibo-san. Tapi kegunaan sebenarnya untuk manusia.

Dalam kes ni pulak, disebabkan gunung Fuji ni adalah ikon negara, honorific -san diletakkan dibelakang Fuji sebagai tanda penghormatan dan juga kebanggaan. Bunyinya pun lebih mesra gitu.

Ada beberapa cara untuk menikmati keindahan gunung Fuji. Yang paling best semestinya hiking ke puncaknya. Tapi masa ni musim bunga. Tak sesuai. Masa paling sesuai untuk hiking adalah dalam bulan Julai & Ogos semasa musim panas.

Perancangan awalnya, kami akan ke Hakone Lake untuk naik cruise sambil menikmati pemadangan indah Fuji-san dari kejauhan. Yang osemnya, cruise tu reka bentuknya macam pirate ship. Boley la fefeeling Jack Sparrow. Yang tak berapa osemnya, kita tak boleh nampak Fuji-san as a free-standing mountain sepenuhnya sebab view kena kacau dengan bukit-bukau dan pokok-pokok rendang di sekeliling tasik. Macam ni ha...


Hakone lake, Pirate ship and Fuji-san. (source : travelience.com)


Yang ni pun sama kes macam Tokyo Disneyland vs Hitachi Seaside Park. Malam sebelumnya baru capai kata sepakat untuk ke Ibaraki.

Dalam kes ni pulak, kami akhirnya sepakat untuk ke Lake Kawaguchi, iaitu salah satu dari Fuji Five Lakes. Diharapkan, tercapailah hasrat kami untuk menyaksikan keindahan gunung Fuji dari dasar sampai ke puncak gunung tanpa sebarang anasir luar.

Dari Tokyo station, kami naik train ke Otsuki station di daerah Yamanashi melalui Chuo-line. Dari Otsuki station, naik pulak local train ke Kawaguchiko station. Cuaca alhamdulillah terang. Matahari memancar terik seawal pagi.

Dalam perjalanan dari Otsuki station ke Kawaguchiko station, dah mula nampak Fuji-san. Malangnya puncak gunung masih lagi diselubungi awan tebal. Time ni pulak tetiba prime lens kamera buat hal. Berkabus, lansung tak boleh view. Mungkin sebab sehari suntuk berhujan semalam, suhu sejuk melampau. Bila dah expose dengan matahari, terus proses pemejalwapan berlaku.

???...

Ilmu sains songsang !

Tapi ada la tu sesuatu proses kimia ke fizik ke yang berlaku sampai lense jadi hazy. Lansung tak bley guna. Terpaksa la tukar guna zoom lens. Aiseh !

Masa kat Otsuki station, jumpa sorang mamat ni dari Poland. Solo traveler. Sebulan dia travel Japan.

Hmmm...

Tak pernah consider nak melawat Poland. Any idea apa yang menarik disana? By the way, mamat ni pun tak pernah jejak kaki ke Malaysia. Tapi at least dia pernah la jugak dengar perkataan 'Malaysia' dan tahu dimana kedudukan negara kita.

Mamat kat restoren kebab malam semalam tergaru-garu kepala memikir kat ceruk mana Malaysia. Boleh dia kata tak pernah dengar? Panas je. Hallooo ! Malaysia berada pada kedudukan ke-10 dalam senarai ' Top 10 most visited countries in the world' pada tahun 2013 hokayyy ! Ko ada?

Aik, korang pun tak tahu fakta ni? Klik SINI untuk pencerahan.


Dalam train ke Kawaguchiko station.

Fuji-san diselubungi awal yang terpilu.

Thomas & Friends trains di Kawaguchiko station. (courtesy of Fateha Rahman).

Cepatlah sembuh wahai prime lens ku. Zoom lens memang tak shok !

Kawaguchiko station.

Penantian sebuah penyeksaan.


Sampai je ke Kawaguchiko station, kami terus simpan beg dalam locker berbayar yang disediakan di stesen. Takkan nak pikul beg 10 kilo untuk ke tasik. Yang ni saya nasihatkan korang semua simpan duit syiling secukupnya. Another plus point untuk negara ni dengan menyediakan locker yang cukup luas dan selamat untuk traveler simpan beg dan barang peribadi.

Lepas tu saya ke information centre untuk dapatkan maklumat dan peta tasik Kawaguchi. Lepas berbincang, kami sepakat nak berjalan kaki ke tasik Kawaguchi memandangkan cuaca sangat menyamankan. Kalau malas jalan, korang boleh naik tour bas yang disediakan. Harga saya tak sure. Kalau nak murah, ambil 2-day pass punya, boleh explore to the max, tapi kena bermalam kat sini la.

Kami tak banyak masa. Tujuan kami ke sini hanya untuk bergambar dengan Fuji-san je. Banyak attractions yang menarik di Yamanashi ni tapi next time la kot saya explore. Orait, cakap banyak tak guna, jom menapak perlahan-lahan ke tasik Kawaguchi.


Sampai dah.

Aktiviti di tasik bagi yang berkesempatan.

Lagi deretan angsa. Best jugak dapat view gunung Fuji dari tengah tasik. Kan?



Jauh jugak, ingat dekat je. Redah kawasan perumahan, kedai, naik bukit, turun bukit, baru sampai. Ada la dalam 2 kilometer. Tapi cuaca best so tak kisah la. Cerah dengan sinaran mentari tapi still rasa sejuk-sejuk jus tembikai gitu, heheh.

Maaf takde gambar tasik Kawaguchi dalam wide view. Semua dalam zoom mode, huhu

Meh sini nak mai habaq pasai Fuji Five Lakes.




Fuji Five Lakes merujuk kepada 5 tasik di utara gunung Fuji yang terbentuk hasil letusan gunung berapi. Lava yang terbentuk hasil dari letusan beratus-ratus tahun dahulu mengalir ke kawasan sekitar, memasuki sungai lalu membentuk tasik di 5 kawasan. Akhirnya terbentuk lah tasik Kawaguchi, Motosu, Sai, Shoji dan Yamanaka, kesemuanya merupakan tarikan pelancong pada masa kini, dan juga syurga untuk kaki pancing.

Tasik Kawaguchi merupakan tasik kedua terbesar selepas tasik Yamanaka, berada pada kedudukan 800 meter dari paras laut, dan paling mudah untuk dijejaki dengan public transport (keretapi dan bas). Oleh sebab tu, tasik ni paling popular dikalangan pelancong. Kebanyakkan poster dan iklan promosi pelancongan negara Jepun pun memaparkan keindahan gunung Fuji melalui tasik Kawaguchi.

Tasik Kawaguchi terletak di sempadan Fuji-Hakone-Izu National Park dan telah disenaraikan sebagai World Heritage Site pada tahun 2013.

Tasik yang lain tak payah cerita la yek, hehe.

Jom lah berjalan sampai kita nampak Fuji-san sebagai sebuah free-standing mountain. Jom !

Jap !

Tu macam dah nak clear je puncak Fuji-san tu. Sikit je awan tu. Snap cepat, CEPATTTT !


Waaaaaaaaaaaa (sambil nganga mulut).

Majestic !

Ninja Malaya. (courtesy of Fateha Rahman).

Walkway di sekeliling tasik (courtesy of Azuan Majid).

White Sakura.

Lagi pepohon sakura.


Disebabkan kedudukan altitud daerah Yamanashi ni yang tinggi, cuaca pun sedikit berbeza dengan kawasan yang lebih rendah macam Tokyo. Walaupun di Tokyo sakura dah mekar berkembang, kat sini cuaca macam penghujung musim sejuk lagi. Pokok-pokok masih lagi togel tak berdaun, rumput dan lalang kuning layu, dan bunga sakura pun baru je mula berputik.


Itik yang tidak mengerti erti kesejukan.

Itik yang cover line kantoi ber'dating', hehe.


Sekejap-sekejap toleh ke kiri nak tengok dah clear belum puncak Fuji. Tapi makin lama makin tebal je awannya. Tidakkkkkk !

Tak dapat ku terima kenyataan ini !

Shooh awan shooh !

Nyah kau dari pandangan ku.

# Habes lah dah mula meroyan.






Nampak tu. Hari makin terik, tapi awan makin tebal pulak. Tak ke pelik?

Wahai Fuji, kasihanilah kami bersembilan... dari jauh kami datang.

Tapi kami masih menaruh harapan tinggi yang awan-awan tu akan beredar sebentar lagi.

Sambung jalan jom !


Berhenti untuk sesi fotografi. 

Azuan dan encik Fuji (courtesy of Azuan Majid).

Makin tebal.

Masih tebal.

Masih, masih masih...

Gotcha ! Paparazzi dapat snap gambar hodoh korang tengah makan, ngehehe. KZ muka kecewa gambar tak cantik ke? Fateha senyum jahat dalam cubaan untuk menghunus pedang samurai.



Penat berjalan, kami lepak di satu kawasan rehat tepi tasik berhampiran Kawaguchiko Ohhashi Bridge Road. Isi perut dengan stok makanan sambil menanti dengan penuh sabar kemunculan puncak Fuji yang grand.

Lama jugak berehat tapi macam tipis je harapan. Lepas tu nampak ada tangga batu di kawasan berdekatan.

Macam best je, macam best je.

Jom !






Tokong rupanya...hahaha !

Alang-alang dah sampai, bergambar jugak le...


Barisan remaja kekeliruan identiti (courtesy of Fateha Rahman).

Hero remaja.

Kawaguchiko Ohhashi Bridge Road. View dari atas jambatan ni pun cantik.

Rakaman musik video 'Pelamin anganku musnah'.

Renungan terakhir. Masih lagi berawan.


Perhatikan gambar Fuji-san yang last tu. Itu sebenarnya cubaan untuk copy gambar dalam poster Japan Tourism sebenarnya. Gunung Fuji disebalik pohon sakura mekar. Cuma masalahnya pohon baru berputik. Sob sob sob. Nangis tak berlagu. Ni gambar asal.


(source : japan-guide.com)

Kiri : Terhangat di pasaran
Kanan : Hijabster, ke Taliban?

Azuan dan entah tugu siapa.

Sakura muda.

Lagi sakura muda. Cantik la jugak.

Toleh lagi. Hmmmm, tiada harapan.

Free as a bird.

Hamek ko ! Lingkup semua agensi modeling di Jepun. Boooyahhh ! Make way for the Queen !


Nak buat macam mana, bukan rezeki kami nak tengok Fuji-san berdiri megah tanpa sebarang penghalang. Apakan daya. Kami sempat lepak di satu coffee shop tepi tasik untuk menghangatkan badan. Ini sebenarnya cubaan terakhir kami nak kasik chan Fuji keluar dari persembunyian, tapi,,,,,, hmmm.

Sempat jugak shopping di satu kedai sourvenir tepi tasik. Agak berpatutan harganya. Kemudian terus menapak pulang ke Kawaguchiko station.


Bas comel yang membawa penumpang ke sekeliling Fuji Five Lakes.

Klasik !

Tram lama di Kawaguchiko station sebagai perhiasan.



Kalau korang berkelapangan, boleh spend time di beberapa attractions yang menarik di area tasik Kawaguchi contohnya Kawaguchiko Music Forest, Kawaguchiko Museum of Art, Kubota Itchiku Museum, Kachi Kachi Ropeway dan sebagainya.

Dari Kawaguchiko station, kami naik bas untuk ke Gotemba station. Dalam sejam jugak perjalanan sampai tertidur-tidur.

Sampai je ke Gotemba station, kami bergegas untuk catch train ke Matsuda station dimana kami akan naik shinkansen ke Kyoto. Sampai station ni dalam pukul 5 petang. Lega sebab last train untuk ke Matsuda station pukul 5.40 petang. Sempat la rehat kejap.

Tetiba Fateha cakap dia tertinggal barang dalam bas tadi. Barang-barang seramik yang dia beli kat Tokyo. Mahal pulak tu. Aiyyyoooo. Macam mana tu?

Bergegas pulak gadis ninja ni ke kaunter pertanyaan diluar station. Takpe lah, ada 40 minit lagi. Dan Fateha ni pun boleh cakap Jepun jugak. Kipas susah nak mati anime. Tak pernah pergi kelas bahasa. Belajar dari Naruto-kun je katanya. Walaupun tatabahasa agak lari sedikit tapi dari segi vocabulary tu kira mantap jugak la. Silap haribulan staf kaunter pertanyaan tu boleh kena pancung dengan pedang samurai dia beli kat Tokyo semalam kalau tak dapat balik seramik tu, huahaha...

10 minit berlalu, Fateha kembali berlari anak menuruni tangga stesen. 

"Faizal, meh ikut aku jap. Aku rasa aku faham apa dia cakap. Cuma nak confirmation jap. Jom !"

Aiseh ! Apakah situasi ini? Tetibe rasa cuak.

Saya budak baru belajar. Setakat basic conversation untuk pelancong lulus la. Sensei tak sempat ajar lagi cara nak menghadapi situasi kecemasan macam ni. Tengok Fateha terkebil-kebil, muka penuh harapan. Gulp ! Nak pitam dah.

Sampai je kaunter pertanyaan, lidah kelu. Saya pandang makcik jaga kaunter tu, dia pandang saya balik. Tetibe teringat satu perkataan ni yang bagus guna kalau kita tertinggal sesuatu barang.

Wasuremono !

Terpacul keluar dari mulut. Wasuremono, walaupun satu perkataan sahaja tetapi ia membawa maksud 'sesuatu barang yang tertinggal'. Let me explain.

Dalam bahasa Jepun, kalau kita tambah perkataan '-mono' di belakang sesuatu perkataan, ia akan membawa maksud 'barang' atau 'objek'. Contohnya ;

1. Tabemas (makan - kata kerja) -> Tabemono (makanan - barang)
2. Nomimas (minum - kata kerja) -> Nomimono (minuman - barang)

'Wasuremas' pula merupakan kata kerja yang bermaksud 'terlupa'. So kalau 'wasuremono', automatik maksudnya 'barang yang terlupa atau tertinggal'.

Mudah kan? Kalau cakap omputeh tu mau 7-8 perkataan kan?

Alhamdulillah, makcik tu faham. Chong cheng chong cheng, last sekali dia cakap barang Fateha akan sampai balik ke stesen 10 minit sebelum train kami. Maksudnya dalam pukul 5.30 petang lah. Dia dah call pakcik drebar bas tadi pasal seramik yang tertinggal dalam bas.

Gila tak impress dengan kejujuran dan kesungguhan diorang membantu pelancong !

Agaknya kalau tertinggal kain sari dalam keretapi di Delhi boleh dapat balik tak? Hehe.

Eh, prejudis pulak ko ni Kancil.

Kami kembali dengan wajah yang lega. Tepat pukul 5.30 petang, Fateha dan saya kembali ke kaunter pertanyaan tadi nak ambil seramik tu. Tak tahu macam mana nak berterima kasih dengan makcik tu. Terhangguk-hangguk kepala sampai kejang tengkuk, punya lah rasa terhutang budi.

Fuh... another learning experience. Cabaran tu untuk improve penguasaan bahasa.

Kami akhirnya melambaikan tangan meninggalkan Fuji-san tepat pada pukul 5.40 minit petang. Matahari mula melabuhkan tirainya di ufuk barat. Masing-masing senyap dalam train. Kepenatan agaknya.

Tetibe !

Weh, takkan drama lagi kot ! Cukup-cukup laaa..

Bukan..... Tu ha, Fuji-san !

Wait, what ?

FUJI-SAN !









Waaaarrrrggggghhhhhhhhhh !

Dapat tengok puncak Fuji-san, dengan efek sinaran jingga sunset lagi ! SubhanAllah indahnya ciptaan-Mu Tuhan. Masing-masing dalam train tak berkelip-kelip mata. Semua menepek kat tepi tingkap sebelah kanan keretapi.

Klik, klik klik, klik... Bunyi kamera macam paparazzi.

Saksikanlah puncak tertinggi di Jepun, Fuji-san, berdiri megah pada ketinggian 3776 meter dari paras laut. Bentuk kon nya yang hampir simetri menjadikan ia sebuah ikon kebanggaan negara, inspirasi buat para penyair, penyajak dan pelukis.

Syukur Alhamdullilah. Berkat kesabaran, kami dapat apa yang diimpikan. Sungguh tak disangka-sangka.

Teringat surah Yusuf ayat 18, ketika mana adik-beradik tiri Nabi Yusof AS membawa baju beliau yang dilumurkan dengan darah ke hadapan Ayahanda Nabi Yaakob AS, yang keluar dari mulut Nabi Yaakob AS hanyalah:

"Fasobrun jamil - Sabar itu indah".

Indeed it is beautiful !

Kami tiba di Matsuda station dengan selamat, meneruskan perjalanan ke Kyoto dan sampai di Kyoto station lebih kurang pada pukul 10.30 malam. Dari Kyoto station, kami naik bas untuk ke Santiago Guesthouse yang terletak lebih kurang 2.6 km dari Kyoto station.

Esok merupakan hari yang panjang kerana Kyoto merupakan sebuah destinasi yang sangat istimewa.

Bertemu lagi dalam entri berikutnya.

Till then, Assalamualaikum !


13 comments:

  1. Mmg mantop view dari Kawaguchiko nih

    ReplyDelete
  2. terjumpa blog ni masa search kachi kachi ropeway..bestnya..mmg cntik pemandangan..in sha Allah next year dtg sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u. hve a pleasant trip. inshaAllah saya pun klau boleh nak repeat trip ke Japan. Maybe Hokkaido plak,hihi

      Delete
  3. Looking forward for the next entry! Hehe. Tp nak tanya la. Boleh dak kalo nak beli Japan Rail Pass tu kat sana je? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. x boleh rse nye. klau bli tiket shinkansen trus kt sna bley la tp mahal. Pass mmg kne bli trus dri malaysia

      Delete
  4. Ooo.. Ok2. Tp tiket shinkansen yg awk ckp tu, mksudnye tiket utk perjalanan sehala ke destinasi tertentu je ek?

    ReplyDelete
  5. It made me feel like I'm with you on the trip (the photos are inviting!)
    and I wish I was! Especially at the "After you" :D

    ReplyDelete
  6. MashaAllah..! Seronoknyer remaja2 berkelana.. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... x remaja sgt dah tu. berlagak remaja je..

      Delete