Monday 1 September 2014

The Spices Of India : Day 4 (23022014)



Assalamualaikum & Namaste !

Hari ni kami akan pulang ke Delhi sebelum meneruskan perjalanan ke bumi Agra. Beratnya hati nak meninggalkan bumi Kashmir. Layanan mesra dari Ajaz sekeluarga membuatkan kami rasa macam dah lama je kat sini walaupun hakikatnya hanya 2 hari.

Flight ke Delhi akan berlepas pada pukul 2.30 petang. Aktiviti terakhir kami di Kashmir adalah Shikara ride merentas tasik Nageen dan tasik Dal. Yang ni mesti buat kalau jejak kaki ke Kashmir sebab shikara hanya wujud di Kashmir saja. Apa dia tu shikara ni? Apa yang spesel sangat? Kejap lagi saya cerita.




Menurut perancangan asalnya, saya dan Shafik nak ke pasar terapung pagi tu. Dah plan dari Malaysia lagi. Bila tanya uncle Nabi, dia cakap pasar terapung tu awal pagi, start dalam pukul 6, habis pukul 7 pagi. Giler nak keluar gelap-gelap buta macam tu musim-musim sejuk ni? Kompem jadi aiskrim Magnolia ataupun Matcool. Azuan memang awal-awal lagi tak mau join dah.

Pagi tu memang luar biasa sejuknya. Nak mandi air panas pun berfikir panjang. Kesan haba air panas akan hilang x sampai seminit pun bila keluar dari bilik air. So macam xde beza mandi air panas ke tak. Lalu niat untuk ke pasar terapung terus lenyap dari benak fikiran (dalam cubaan untuk menjadi penulis yang puitis,,, phuuiii !).

Natijahnya, kami join Azuan sambung tidur balik lepas subuh. Peritnya celah kelangkang masih terasa hasil kerja keras bermain ski semalam. Farouk as usual datang jenguk kami awal pagi untuk tanya keadaan kami. Mungkin saya takkan lupa ayat yang Farouk selalu dok tanya kami; "Are you cold"? Walaupun obviously jawapannya 'yes' kan. Keprihatinan Farouk untuk provide keselesaan kepada kami sepanjang 2 hari bermalam di Lily of Nageen Houseboat sangat mengharukan. Sob sob sob.

Menu breakfast sama je macam semalam ; Omelette, toast dan teh saffron.


Floating Market, Dal lake, Kashmir


Pukul 9.30 pagi, kami dah ready untuk shikara ride. Sekali lagi hari ni, uncle Nabi yang bawak kami jalan-jalan. Ajaz masih lagi sibuk melayan kawan-kawan Delhi dia.

Anyhow, the show must go on walaupun tak sempat jumpa Ajaz untuk kali terakhir. Aktiviti terakhir yang sangat santai dan tak memenatkan. Apa dia shikara tu? 

Shikara ni sebenarnya sejenis bot yang diperbuat dari kayu dan digunakan untuk tujuan pengangkutan dan perniagaan di tasik Dal dan Nageen. Tu je. Cuma design bot ni agak unik dan lain dari bot-bot lain di dunia. Nak describe pun tak pandai. Tengok gambar jela ye? 

Dah jadi trend untuk pelancong explore setiap sudut inci tasik Dal & Nageen dengan menaiki shikara. Memandangkan kedua-dua tasik ni bercantum, dengan menyusuri persisiran tasik-tasik tersebut, kita dapat lihat keindahan sebenar bumi Kashmir dan berpeluang melihat kehidupan masyarakat Srinagar dengan lebih dekat (sebab shikara ni akan masuk celah-celah canal, lalu bawah jambatan dan masuk ke kawasan kejiranan penduduk-penduduk di sini). Menarik kan...


Dia datang...

Dengan lenggang-lengguk ke tak? Hehe. Ini lah dianya Shikara.

Tadaa...... 

Say hi to pengemudi shikara kami. 


Hop in and get comfy lads !

Rasa macam nak tidur je atas tilam empuk tu. Memang selesa duduk dalam shikara ni. Cuma sempit sikit sebab jumlah helaian baju yang bertingkek-tingkek yang kami sarung pagi tu, sampai bahu bertemu bahu. Hari ni semua orang pakai poncho.

Tenang sungguh keadaan sekitar tasik di waktu pagi. Alhamdulillah cuaca baik pagi tu. Suhu sekitar 3 darjah selsius. Gigi terketar-tekar tahan sejuk. Memandangkan tak mampu nak bersuara sangat, dibiarkan saja uncle Nabi berceloteh sorang-sorang sambil hangguk-hangguk kepala tanda paham. Rasanya elok layan gambar je. Jom !


Mujse dosti karoge? Ngehngeh !

Deretan houseboat.

Houseboat lagi...

Restoren. Agaknya ade tak siakap tiga rasa ni?

Kawasan kejiranan.


Look at the reflection on the water. Simply amazing !


Menyusuri kawasan penempatan penduduk di pesisir tasik, boleh dilihat betapa daif nya kehidupan penduduk-penduduk di sini. Susah nak describe macam mana keadaannya. 

Pendapatan utama penduduk kashmir datangnya dari sektor agrikultur. Tanah yang subur memungkinkan pertumbuhan berpuluh-puluh jenis pokok, buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Satu lagi produk yang famous dari Kashmir selain Pashmina dan saffron adalah karpet sutera. Kualiti karpet dari Kashmir memang tip-top. Malangnya kami bertiga bukan lah pemuja karpet. Kalau tak, dapat jugak menyumbang kepada pendapatan diorang kan.


Berjemaah ke pasar (sambil bergosip).

Usang, bak teratai layu di tasik madu.

Lagi rumah-rumah di kejiranan.

Jambatan yang menghubungkan kawasan kejiranan.


Bila matahari dah memancar cerah, cuaca pun dah hangat sikit, baru ada semangat nak berborak dan bertanya soalan. Uncle Nabi dok sibuk tunjuk pokok tu pokok ni tapi semua nampak serupa je. Semua togel tak berdaun, tinggal batang pokok je macam mana nak bezakan, ya tidak?

Secara ringkasnya, ada macam-macam jenis pokok di sekeliling tasik Dal dan Nageen ni antaranya pokok pines, chedar, maple, walnut, deodar dan sebagainya. Kebanyakkan digunakan untuk menghasilkan perabot.

Hebatnya uncel Nabi ni, angkat tangan atas udara je dia dapat teka berapa suhu persekitaran masa tu. Otai lama, tangan berbisa tu. Masa ni dia cakap dalam 11 darjah selsius la. Tak tahu la bley percaya ke tak, ngeee. Betul la kot.


Sampan kesepian.


Kanak-kanak riang bermain.

Berani ko nak lastik kami? Nehi nehi nehi !


Satu perkara yang sangat menakjubkan ialah air tasik yang berkaca. Tengok reflection dalam air tasik tu. Mirror image kan? Teringat Mirror lake di Queenstown, New Zealand.


Pristine.

Serene.

Tranquil.

Bestnye ada rumah kat situ !

Pasangan pengantin baru berbulan madu.


Shikara jugak dijadikan sebagai medium untuk masyarakat tempatan berniaga. Lepas satu, satu shikara datang menghampiri kami nak promote barang. Dalam shikara diorang penuh dengan barang-barang jualan seperti perhiasan, hasil kraf-tangan, cenderamata, karpet, selimut, kain dan sebagainya. Memandangkan poket lebur semalam sebab beli sekeping pashmina, tak bernafsu dah nak beli sourvenir lain.


Barang dagangan.

Lagi perkampungan.

Superwoman.

Sembang kedai kopi.


Rancak berborak, bila toleh ke belakang baru sedar pengemudi shikara sudah bertukar tangan. Entah bila masa diorang tukar pun tak perasan. Uncle Nabi tak habis-habis lagi cerita pasal tumbuh-tumbuhan yang bertukar-tukar spesies mengikut musim di Srinagar ni.

Bulan ni lotus yang tumbuh dalam tasik, bulan tu pulak water lily, bulan ni pulak entah spesies flora apa lagi yang membiak dalam tasik ni. Pening lalat jugak nak mengingat segala jenis bunga yang disebutkan. Dahi masih terasa sengal lagi sebab cuba nak hafal nama-nama pokok tadi. Rasa macam dalam kelas biologi pun ada.

Ni lah yang dimaksudkan dengan 'embrace the nature"... ngeheh.


Bila pakcik muncul ni pakcik?

Kashmiri memperagakan lotus root. Pepaham je orang tangkap gambar dia, automatik posing.

Ni budak-budak muda melepak tepi tasik sambil dengar lagu hindustan la ni.

Paling dekat kami boleh hampiri kubu lama atas bukit tu.

Buckingham Palace houseboat. Fuyyyoooo !

Another houseboat. Cantik kan reflection dalam air tu ? ( Mood puja gambar sendiri )

Approaching Lily of Nageen houseboat.


Lama jugak shikara ride ni, hampir 2 jam setengah. Sangat relaxing. Ringan kepala otak. Lupa segala masalah dan tekanan kat Malaysia. Memang berbaloi-baloi lah. 

Wajib pergi sekiranya kalian semua menjejakkan kaki ke bumi India. Saya lansung tak menyesal masukkan Kashmir dalam itinerary walaupun schedule kami jadi sangat padat. A worth made decision.

Kami sempat bergambar seketika di halaman taman sementara menunggu Farouk dan pembantu rumah lain memunggah barang-barang kami ke dalam van.


Cherry blossoms... in the making.

With uncle Nabi. Tolong ingat gambar Mission Kashmir Shafik tu, sebab sebentar lagi anda bakal disajikan dengan drama hindustan kelas A di airport, ngehngeh.


Berikut merupakan perbelanjaan kami sepanjang dua hari di Lily of Nageen houseboat:

1. Gulmarg Excursion : INR 4500
2. Airport + local sightseeing : INR 2000
3. Shikara ride : INR 1200
4. Meals (breakfast, lunch, dinner) : INR 2450
5. Heating charges : INR 600


Sudah menjadi kelaziman untuk memberikan tips kepada pembantu dan pekerja rumah serta pemandu kenderaan. Kasik la seberapa yang mampu seikhlas hati. Niat nak tolong saudara seakidah yang hidup susah. Tak rugi pun bersedekah untuk diorang. Semoga dapat meringankan bebanan hidup mereka.

Pukul 12 tengah hari, kami mengucapkan selamat tinggal kepada uncle Nabi sekeluarga. Perjalanan ke airport pada santai saja initially. Sambil menikmati keindahan bumi Kashmir untuk kali terakhir, kami disajikan dengan koleksi-koleksi lagu hindustan terbaik. Driver van tak berapa pandai english. Dia macam nak berborak tapi bila cakap dengan kami, macam ayam dan itik bergosip pulak. Last-last layan lagu 'Tum Hi Ho' je ler sambil melayan perasaan masing-masing.

Beberapa kilometer lagi nak sampai airport, jalan dah mula jam. VIP lalu la, askar lalu la, jalan tutup la, road block la, security check la, macam-macam la. Risau terlepas flight sebab tu kami bertolak awal. Jam pulak tahap bergerak macam siput, takde progress lansung. Driver van sampai jadik restless, 3-4 kali keluar van jerit-jerit.

Bila dah setengah jam tak nampak lagi sinar harapan untuk kami sampai ke airport on time, mula la menggelabah. Punya lah ramai askar sebelum nak sampai ke gerbang airport tu.

Lebih kurang 1 kilometer lagi nak sampai ke entrance airport, kami kena berhenti dah keluarkan semua beg untuk security check. Kena scan beg je. Ni security check yang pertama ye. Belum pun sampai airport lagi tu.

Alhamdulillah kami tiba di airport pada pukul 1.10 pm. Masalah nya, orang dah berkerumun beratur kat luar airport. Sesak, lansung tak nampak jalan nak masuk dalam.

Rupanya ada lagi 1 security check depan pintu masuk airport. Wallaweh. Perlu ke? Patut la orang ramai terpaksa beratur kat luar. Masing-masing pulak kurang kesedaran sivik. Pakai redah je potong line. Masa ni dah rasa tak sedap hati. Berdoa je mudah-mudahan kami tak terlepas flight. Tak pun flight delay.

Selesai je second security check, kami memecut laju menuju ke arah check in counter ibarat cheetah kelaparan yang mengejar mangsanya (mampu lari pecut sambil galas backpack 15 kilo?). Hampir terseliuh tulang belakang. Masa nih dah pukul 2 lebih dah.

Mamat kaunter check in boleh pulak bising-bising kami lambat. Eh ! Takkan nak datang airport pukul 7 pagi kot. Berbulu pulak tengok dia ni. Alhamdulillah sempat. Urut dada jap. Sempot !

Ingat dah berakhir keperitan kami disitu, rupanya ada lagi 3 security check kena pass through. Masa ni kami dah terpisah. Pakai redah je bila nampak ada kaunter yang kosong sebab nak berkejar ke flight.

Habis semua personal belonging kena geledah. Ada satu kaunter khas untuk barang elektronik je. Kamera, laptop dan tablet semua die check. Kat sinilah terjadinya drama hindustan panggung sabtu kat TV3 tu. Macam biasa dia cakap hindi dengan saya. Lepas tu dia bukak setiap kocek yang ada kat beg (besar dan kecik) dan mula interrogate.

Boleh bayangkan kena soal-siasat macam penjenayah hanya kerana cekedis mamee monster dan jelly? Bukan melawak, bukan temberang, bukan nak menambah perisa kepada cerita, memang itulah keadaan sebenar yang berlaku. Terkulat-kulat nak terangkan kepada encik officer yang mamee dan jelly tu makanan saya bawak dari Malaysia. "These are just foods". Banyak kali explain, dia still kasik muka blur tempoyak.

Lagi tak boleh blah, dia terjumpa cop nama dalam poket kecik beg tu, cop tempat kerja lama saya. Terlupa nak keluarkan agaknya. Lagi panjang soalan dia tanya sampai dah tak tahu nak explain macam mana dah. Lagi dijawab lagi tak paham. Last sekali dia drop kan cop tu atas meja. Tak tahu la eksperimen fizik apa dia buat tu. Ingat benda alah tu bom kot. *pengsan.

Terjumpa balik Azuan dan Shafik sebelum bergerak ke flight. Beratur panjang lagi masa ni. And yes, ada lagi satu security check kat sini. The last one. So total semua ada 6 security check sebelum berjaya memasuki kabin kapal terbang. Berpeluh...

Rupanya Shafik pon berdrama Dil To Pagal Hai jugak dekat kaunter elektronik tadi. Officer suruh onn DSLR, terkeluar pulak gambar mission Kashmir yang berselubung tadi tu. Dah kena soal-siasat macam terrorist pulak. Sampai Shafik kena demonstrate sendiri nak yakinkan officer tu bahawa orang dalam gambar tu memang dia, bukan Hritik Roshan (hero Mission Kashmir). Lepas tu kena explain pulak kenapa dia tangkap macam tu. *pitam 3 hari.

Apa-apa pun, memang satu pengalaman baru la. Walaupun tak menyeronokkan tapi mematangkan. Jangan patah semangat untuk ke Kashmir hanya kerana ketatnya kawalan keselamatan di sini. Kuatnya semangat hokeh !

Alhamdulillah, kami bukanlah yang terakhir sekali masuk kabin. Ramai lagi yang lambat rupanya. So saya assume perkara macam tu memang rutin la kot kat Srinagar airport tu. Perut dah berkeroncong irama ting ting Noraniza Ideris. Kelaparan sebab banyak sangat guna tenaga bertekak dengan security officer tadi. Nasi briyani Vege dan samosa tak sedap lansung. Tapi telan jugak sebab takut kena gastrik.

Kami selamat mendarat Delhi pada pukul 4.10 petang. Terus naik teksi untuk ke New Delhi Train Station (NDTS). Harga tambang INR 350. Sampai di NDTS lebih kurang pukul 5 petang. 


Dalam teksi menuju ke NDTS.

Trafik di Delhi.



Antara perkara yang perlu dibimbangi ketika mengembara di India adalah penipuan. Bermacam-macam bentuk penipuan terhadap pelancong telah dilaporkan di India dan kami memang sedia maklum mengenai perkara ni. Malah dalam travelog lain banyak yang menceritakan pengalaman ditipu di India. 

Yang paling merisaukan kami adalah penipuan di dalam keretapi. Banyak kes berlaku dimana scammer menyamar sebagai pekerja dan mengarahkan pelancong keluar dari keretapi tersebut kerana kononnya telah tersalah tren, ataupun tiket yang dibeli tak sah. Kalau dah pakai pakaian seragam macam pihak berkuasa, mana kita tak percaya kan. Mesti la ikut je apa yang diorang cakap. Kita pulak orang luar, tak familiar dengan sistem diorang. Natijahnya, ramai yang terpaksa naik teksi/prebet sapu yang diaturkan oleh 'pelakon-pelakon' tersebut untuk bergerak ke destinasi seterusnya. Kos tambang teksi ni pulak berganda-ganda mahal dari tiket keretapi.

Nampak tak permainan diorang kat situ? Komplot antara penyamar-penyamar ni dengan drebar-drebar teksi tu. Kalau boleh kami taknak lah kena tipu sampai macam tu. So bermacam-macam strategi dirancang in case benda-benda macam tu berlaku kat kami.

Kami dah plan tak nak masuk dalam gerabak keretapi terlalu awal. Dibimbangi akan didatangi oleh scammers kuang ajaq ni. Bila dah masuk dalam gerabak, kami takkan bercakap dengan sesiapa pun sehinggalah keretapi bergerak, baru selamat nak respond kepada pertanyaan orang lain.

Selain tu, saya dan Shafik dan plan nak cakap Thailand kalau-kalau scammers ni insist jugak nak suruh kami keluar dari keretapi walaupun dah kami buat2 tak faham ataupun bisu. Dari malaysia dah start practise. Sebelum masuk dalam keretapi practise lagi.

Klapmegkhelai....ooiiiittt ! klapuklakapkap mekhelaaaaiiiiii....oiiittt !

Haaaaa, yang oittt tu kasik panjang sikit macam makcik-makcik Thailand bergosip. Kasik pusing kepala diorang. Azuan memang tak nak join idea bongek ni. Tinggallah kami berdua berlatih dengan tekun ibarat mempersiapkan diri untuk persembahan teater di sekolah menengah dalam usaha untuk meneruskan kemandirian spesies (hamek ko ! kelas biologi uncle nabi punya pasal).



*** Kami menaiki keretapi G.T Express, dijadualkan bertolak pada pukul 6.40 petang. Untuk trip sepanjang hampir 200 km ni, kami pilih gerabak First AC (1A). Detail pasal keretapi, tempahan, harga, jenis gerabak dan sebagainya saya akan ceritakan dalam entri berikutnya, inshaAllah.

*******************

Keluar je dari teksi, kami diserbu bagai ikon Akademi fantasia. Cumanya bukan orang datang mintak otograp, tapi nak sapu duit kita. Pasang muka poker face, mulut dok kumat-kamit "no thanks, no thanks", kami terus cari platfom keretapi yang sepatutnya.

Keadaan di stesen keretapi sangat menyedihkan. Manusia berbaring bergelimpangan di atas lantai yang kotor, sampah sarap, cecair yang tiada siapa tahu rembesan najis ataupun tidak, anjing berkeliaran, bau busuk, dan debu sudah cukup untuk menjadi penyebab minyak cap kapak tidak henti-henti dilumurkan ke dalam lubang hidung. Nak duduk atas bench pun ragu-ragu. Tapi memandang lambat lagi keretapi nak bergerak, diberanikan juga untuk melampiaskan punggung di atas tempat duduk tersebut, sebelum lutut goyang.


Gelagat di stesen keretapi New Delhi (sumber : facebook Shafik).


Sambil tu mata rancak memandang ke kiri & kanan, menganalisis manusia sekeliling sambil mengesan mana-mana lelaki dan wanita yang berpotensi untuk menjadi scammers. Ada la 3-4 orang yang kami suspect as potential scammers kerana gelagat mereka yang mencurigakan. Paranoid giler rasanya.

Bila nampak macam line clear, takde susuk-susuk yang mencurigakan di sekeliling, kami senyap-senyap masuk keretapi dan duduk diam-diam dalam gerabak. Lebih kurang pukul 6 petang masa tu. So ada 40 minit lagi sebelum bertolak. Lepas masuk dalam gerabak, kami terus tutup pintu rapat-rapat. Berdebar-debar setiap kali dengar tapak kaki orang berjalan melintasi gerabak.

Cukuplah drama hari ni. Dah tak sanggup nak berdepan dengan kemungkinan-kemungkinan lain. Lega sungguh bila keretapi mula bergerak. Bermakna kami dah terselamat untuk kali ni. Syukur alhamdulillah.


Menu makan malam : Vege set ( Capati, kuah dal, sup sayur, kentang dan nasi). INR 100/pax

Tak sudi beta menjamahnya...alahai kesian.


Sepanjang 3 hari di India, dah banyak kali kami tukar ethnicity status. Disalah tafsir sebagai orang Delhi pun sudah, sebagai orang Kashmir pun sudah. Tapi yang berlaku dalam keretapi semasa dalam perjalanan ke Agra ni memang unexpected.

Lepas makan, Azuan terus tidur. Saya tengok movie dalam laptop dan Shafik edit gambar dalam phone dia. Sekali tu dengar bunyi bising kat luar macam orang cakap-cakap tapi of course kami tak faham. Lepas tu ada orang bukak pintu gerabak kami, dalam pakaian seragam, mungkin staff keretapi, mungkin polis. Tak dapat nak dipastikan.

Dia cakap hindi dengan kami (saya & Shafik). So kami cakap kami tak faham. Azuan baru bangun tidur masa tu, dengan mata sepet lagi. Bila mamat tu ttengok Azuan, terus dia tanya;

"Are you guys Tibetan?"

Singggggg ! Berdesing telinga, diiring gelakan terbahak-bahak. Merah padam muka Azuan.


Keadaan dalam gerabak keretapi.

Selepas 3 jam perjalanan, kami semakin menghampiri stesen keretapi Agra cantonment railway station (Agra Cantt). Sebelum turun, sempat berborak dengan sorang mamat local ni. Dia fashion designer dalam perjalanan nak jumpa client dekat bandar mana ntah, tapi bukan Agra la. Dia pon tak pernah sampai lagi ke Agra. Bermakna Taj mahal pun dia tak lawat lagi.

Dengar je fashion designer, saya cakap la " life's good ha?". Yela, kalau dah dari cerita tu nak jumpa client beribu-ribu kilometer jauhnya tu maknanya mesti la famous mamat Salikin Sidek kan. Mesti buat banyak duit ni. Dia senyum simpul sambil balas "now only it's starting to get better". Sebelum ni dah lama struggle, hampir nak putus asa katanya. Sekarang baru bisnes rancak, banyak projek baru.

These are among few subtle things that I like about traveling. Complete strangers, bertukar kisah hidup, dan belajar sesuatu dari mereka tentang kehidupan. Dia pernah menetap beberapa tahun di Colombo dan suggest kami untuk pergi ke sana. Katanya Sri Lanka sangat bersih dan sivik. Begitulah juga yang kami dengar dari rakan-rakan yang dah sampai ke sana. On the list already brother !

Kami tiba di Agra Cantt tepat pada pukul 9.45 malam. Sama je keadaan kat sini. Manusia bergelimpangan diatas lantai stesen ibarat berbaring diruang tamu rumah sambil menonton perlawanan bola sepak. Santai...






Azuan yang in charge accomodation untuk trip kali ni. Dan dia dah mintak sediakan transport untuk ambil kami dari stesen keretapi. The moment kami keluar dari stesen, kami diserbu pemandu-pemandu auto yang desperate. Ada tu yang tak paham-paham bahasa terus memburu dan mengejar kami tanpa jemu. Puas cari mana la orang yang sepatutnya jemput kami. Akhirnya ternampak seseorang memegang kertas A4 bertulis MOHD AJUON MAYID

Huargh huargh huargh huargh huargh...

Sekali lagi pecah perut tergelak. Terlalu banyak perkara mengarut dalam trip kali ni. Mohd Azuan Majid dah jadi Ju-on. Adoyaiiii... Apa pun, dah tak sabar nak check in hotel sebab dah penat sangat. Nama pemandu auto tu Shabboo, datang dengan adik dia nama Ridhuan. Berlima, kami naik satu auto.

Memang betul kata Ajaz dan kawan-kawan dia. Sungguh berhabuk sekali keadaan persekitaran Agra. Tersangat berdebu. Bangun pagi esok konpem lubang hidung tersumbat dengan tahi hidung.


Gotcha !



Untuk 2 hari, kami bermalam di Tourist Rest Hotel di Kutchery road, yang terletak hanya 1.5 km dari Agra cantt. Hotel ni recommended by Lonely Planet. Satu queen size bed dengan satu single bed, harganya USD 42 (~ INR 2540).

Air panas kat sini sama macam kat Airport Hotel Mayank Residency tempoh hari. Sentuh je paip terus kena renjatan elektrik. Rasanya sebab kandungan garam galian dalam air paip ni tinggi sangat kot. Bila gosok gigi pun terasa sangat payau.

Solat dan tidur. zzzzzzzzzzz !





Perjalanan kami di bumi India masih panjang. Esok, kami akan melawat salah satu dari 7 keajaiban dunia. Semua dah tau kan apa dia. Stay tuned, don't go away. Hope you enjoy this overly dramatic entry.

Sehingga berjumpa lagi.

Assalamualaikum.




8 comments:

  1. berjemaah ke pasar sambil bergosip tu x leh blah...hahahaha... btw..nice pic!!!! tak kuat tgk pic2 encik ni...huarrgh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Thnk u. Tmbh lgi motivasi nk improve photography technique. Tq2x

      Delete
  2. subhanallah cantiknya water reflection dia. teringin nak pergi sana! T.T btw, saya doakan inche kancil diberi waktu lapang dan kerajinan untuk update blog ni selalu. suka tengok gambar-gambar inche kancil. cantiknya ya Allah. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya Rab. Mudah-mudahan. Dgn nature of job mcm saya, sgt susah nak cri peluang meng update blog. Hrp2 dipermudahkan urusan ya. Thanks for reading.

      Delete
  3. cantik sangat. pakai camera apa ye?

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum,
    saya nak bertanya, untuk ke srinagar (Kashmir) dari New Delhi adakah kita perlu memohon permit khas selain visa yang dipohon di Kuala Lumpur. Masa pohon visa kena tulis Srinagar sekali? thanks.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    sy bercadang nk india termasuk kashmir. mcm mana nk booking untuk houseboat lily of nageen houseboat.. sightseeing around kashmir and gulmarg amik pakej dari mana or online kat internet.

    ni email saya norwahidayaakub@gmail.com

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...