Tuesday, 24 June 2014

The Spices Of India : Day 2 (21022014)



Assalamualaikum, namaste !

Memang rasa macam aiskrim pagi tu, sejuk ya hamat. Nak tepis selimut ketepi punyalah culas. Heater portable tu macam tak berfungsi, humpp !

Nak mandi air panas tak berani pulak. Buatnya kena kejutan elektrik macam mana? Air kan pengalir elektrik yang bagus? Haa keluar dah ilmu fizik cap ayam.

Pukul 7 pagi, pekerja 'hotel' hantar breakfast ke bilik. Toasted bread with strawberry jam, omelette dan teh panas.




Pukul 8 pagi kami check out. Semalam masa check in kami book taxi untuk ke airport pukul 8.15 pagi. Harga tambang teksi 300 rupees.

Hari ni kami akan ke "Switzerland of the east" atau " Heaven on earth". Dahsyat tak jolokan yang diberikan kepada Kashmir?

Sejujurnya, malam tadi tidur tak lena. Tak tipu, memang rase cuak nak pergi "wilayah bergolak" ni. Sebelum pergi pun ramai yang terkejut bila kata nak ke Kashmir. Kebanyakkan akan tanya; 'tak bahaya ke?'. Huuuu, tak pergi lagi mana la tau !

Ade jugak kenal beberapa orang warganegara India yang berkerja di KL ni. Rata-rata macam tak percaya kami nak ke Kashmir semata-mata nak main ski. Diorang pun tak berani nak pergi Kashmir. Instead, diorang suggest pergi Manali. Cuaca Manali sama macam Kashmir (4 musim), ada ski resort, dan lebih selamat.

Grrrrrr....

Anyway, ade jugak baca dalam blog-blog lain. Nampak ok je diorang pergi Kashmir. Tapi perasaan cuak tetap ada. Tawakkal jela.


Hotel dicelah lorong.

Suasana pagi kat Delhi ni memang seperti yang dibayangkan. Berhabuk, kotor, trafik jam, bunyi hon sana sini. Pukul 8.45 pagi kami sampai airport. Depan pintu masuk airport, tentera dah tunggu. Seram siot. Dah le badan diorang besar-besar tinggi lampai macam askar Gurkha. Sekali gertak mesti terkencing.

Masuk-masuk je dah kena scan beg. Dahsyat sungguh security check kat sini. Kami pilih syarikat penerbangan murah IndiGo untuk ke kashmir. Actually lagi syok dan masyuk kalau naik keretapi ke kashmir. View gunung-gunung sepanjang perjalanan mesti awesome giler. Tapi sebab nak save time, kami sepakat naik flight je.

Boarding pukul 10.50 pagi. Ada lagi security check sebelum boarding. Sesak keadaan kat boarding area. Takde sorang pun nak beratur dalam barisan. Masing-masing main rempuh je. Tak kira lelaki, perempuan, muda ataupun kerepot. Begitulah keadaannya.


Dalam bas dari boarding area ke kapal terbang.


Sepatutnya flight pukul 11.30 pagi, tapi delay sebab cuaca? (kot ! Rasenye sebab penumpang-penumpang yang tak berdisiplin yang menyebabkan kesesakan kabin, haha). 

Sebab kelaparan, walaupun dah makan dekat airport tadi, saya order vege briyani. Sumpah tak sedap, ngeee. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 25 minit. 

Ramai jugak pelancong asing dalam flight ni. Kurang sikit rasa cuak di dada. InshaAllah selamat. Bukak majalah indiGo, kebetulan feature destinasi pelancongan bulan tu Kashmir ! Gambar tulip pelbagai warna berlanskapkan banjaran. Giler tak cantik! Patut la dapat gelaran "Heaven on earth / Switzerland of the East". Of coz kami takkan jumpa tulip, sebab masa ni musim sejuk. Bulan april waktu terbaik kalau nak experience tulip di Kashmir.


Dalam kabin yang sesak dan bising.

Billions of tulips dance to music on April.

Snow-capped ranges #1

Snow-capped ranges #1


Pukul 1 tengahari, kami selamat mendarat di lapangan terbang Srinagar. Alhamdulillah. Keluar dari airport, Ajaz dah menanti. Dia ni pemilik houseboat dimana kami akan bermalam untuk 2 hari. Muda dari kami bertiga. Tapi berjambang berkopiah bagai, nampak lebih tua (heheheh !).

Lily of Nageen Houseboat terletak 18 km dari Srinagar airport. Azuan sampai pening kepala nak pilih mana 1 houseboat nak book. Semuanya cantik-cantil belaka. Rezeki si Ajaz ni, Lily of Nageen Houseboat akhirnya menjadi pilihan kalbu Azuan. Amboi amboi amboi ! Eh silap, tu Azwan lain.

Houseboat merupakan salah satu alternative accomodation di Kashmir. In fact, pada pendapat saya, cara terbaik nak experience 'real Kashmiri culture' adalah dengan bermalam di houseboat. Ada 2 tasik di Kashmir, tasik Dal dan tasik Nageen. Tasik Dal lebih besar dengan jumlah boathouse  lebih banyak, lebih ramai pelancong, lebih crowded dan kurang bersih sikit (sebab ramai orang).

Tasik Nageen jauh lebih kecil berbanding tasik Dal. Kedua-dua tasik ni bersambung sebenarnya. Jadi secara teknikalnya tasik Nageen ni sebahagian dari tasik Dal. Jumlah houseboat kat sini jauh lebih sedikit, keadaan sekitarnya lebih sunyi dan tenang, dan semestinya lebih bersih sebab tak ramai orang.

Jom tengok keadaan sekitar Kashmir. Masa ni dah hampir masuk waktu zohor. Ramai penduduk keluar ke masjid untuk solat jumaat.







My first impression, not bad ! Of course keadaan sekitar agak 'togel' sebab masa ni penghujung musim sejuk. Agak bersih dan kelihatan aman damai melainkan askar-askar yang bertaburan di kiri-kanan jalan membuatkan kita rasa macam insecure sikit.

Ketibaan kami disambut mesra oleh Mr. Nabi (Ayah Ajaz) dan Farouk (pembantu rumah). Suhu sekitar 11 darjah masa ni. Nyaman, selesa dan cerah, alhamdulillah !

Layan gambar dalam houseboat jom !


45 kilo backpack Farouk angkat sorang-sorang. Steady !

Classy interior.

Bantal empuk

Double bed.

Dining hall

Gorgeous chandelier

Living room.


Classy tak? Houseboat di Kashmir ni hasil peninggalan empayar British-India semasa era penjajahan diorang sekitar tahun 1940-an. Ukiran-ukiran kayu sekeliling houseboat memang sangat cantik dan unik. 

Keluarga Mr. Nabi ada 2 houseboat. Satu lagi houseboat tu rumah diorang la. Lily of Nageen Houseboat ada 2 bilik. Paling hadapan sekali living room, diikuti dining hall, bedroom 1 (with attached bathroom), bedroom 2 dan hujung sekali bathroom no 2. Kami pilih bedroom 2 sebab lebih luas. kedua-dua bilik ada 1 double-bed dan satu single bed.

Sementara menunggu kami settle down dan solat, Mr. Nabi keluar kejap. Nak siapkan makanan tengah hari kami katanya. Wah, lumayan pak. Perut tengah berkeroncong. Sementara tu, Farouk kasik orientasi kejap pasal bilik, toilet dan sebagainya. Last sekali dia bawak kami naik atas bumbung houseboat. SubhanAllah tak terkata indahnya bumi Kashmir. Air tasik Nageen ni macam Mirror Lake di New Zealand. Tak caya? Tengok ni !




Rezeki kami petang tu :-

1. Kari ayam : Memang lansung tak nampak macam kari kat Malaysia. Takde kuah pun. Tapi rasa dia ya Rabbi sedapnya. Full of spices and flavourful. Tak pedas. Uh sedaaap sangat !

2. Kuah dal : Memang kow. Capati cicah kuah dal memang perfect combination. Again, sangat flavourful dengan campuran rempah-ratus yang urmppph ! Susah nak describe. 

3. Capati : Macam biasa tapi bila cicah kuah dal tu memang tangkap leleh.

4. Nasi : jenis beras panjang orang buat masak briyani tu.

5. Teh panas : Seriously, ni teh paling sedap pernah saya minum. No kidding. Sangat-sangat sodap yo ! Diorang letak saffron dalam teh. Tau saffron? Google sekarang. Saffron ni lagi mahal dari emas harganya. Warna air teh ni kuning cerah, bau sangat harum, rasa tak payah tanya. Tak tau nak habaq lagu mana. Sedaaaaaap sesangat. MasyaAllah bestnya Kashmiri cuisine !

Over tak review makanan ni? Pening lalat la tu sebab sejuk. Memang tak sabar nak tunggu menu makan malam. Hidangan apa pulak la agaknya. Nyum nyum !


Delicious Kashmiri Cuisine.


Alhamdulillah, sendawa panjang lepas tu. Masa kami makan tadi, sepasang suami isteri dari Delhi baru sampai. Kawan Ajaz masa kat kolej, datang nak celebrate ulang-tahun pertama perkahwinan. Diorang stay kat bedroom 1.

Lepas makan, Ajaz bawak kami jalan-jalan. Memang dalam itinerary asal kami, petang tu kalau sempat kami nak pergi taman-taman Mughal di Kashmir ni. Hari kedua di Kashmir memang khas untuk ke Gulmarg main ski. Hari ketiga sebelum balik ke Delhi, Shikara ride.

Perlu diingatkan, musim sejuk waktu siangnya pendek. Masa ni lebih kurang pukul 3-3.30 petang. Cuaca dah redup dah. So, tunggu lagi. Jejomz !

Destinasi pertama kami, Shah Hamdan Mosque



Teka mana satu Ajaz? Ye yang berjambang dan berkopiah tu. Kan nampak lagi tua dari abang Shafik dan abang Azuan tu? Bhahahaa.

Gerbang masjid


Ramai jugak orang dekat masjid waktu petang-petang ni. Tapi banyak lagi burung merpati jinak yang berterbangan. Risau je kena berak, prekkkk !

Masjid Shah Hamdan dibina pada tahun 1395 sempena memperingati Mir Sayyid Ali Hamdani, insan yang telah berjasa membawa ajaran Islam ke Kashmir. Beliau merupakan seorang ulama sufi dari Parsi yang telah berjaya mengislamkan 35,000 orang penduduk lembah Kashmir dan Ladakh yang menganuti agama Buddha dan Hindu ketika itu.

Sultan Shah Sikandar yang memerintah diantara tahun 1389-1413 mengarahkan pembinaan masjid ini di tebing sungai Jhelum sebagai penghormatan kepada Mir Sayyid Ali hamdani. Dipercayai, masjid ni menyimpan 2 peninggalan dari nabi Muhammad S.A.W, iaitu sehelai bendera dan sebiji (?) tiang dari khemah baginda S.A.W.

Beberapa siri kebakaran hampir memusnahkan masjid bersejarah ini. Kebakaran terakhir berlaku pada tahun 1731. Setahun kemudian, Abu Barkat Khan, seorang dermawan telah menyumbang untuk pembinaan semula masjid yang kekal sehingga ke hari ini.

Yang uniknya masjid ni, dinding dan atap dibina dari kayu dengan ukiran yang sangat halus dan kubah berbentuk piramid berwarna hijau.


Cantik kan? Sangat atypical, berbeza dengan masjid lain.

Kaum hawa sedang bersolat diluar masjid. Muslimah tak dibenarkan bersolat di dalam masjid.

Risiko kena prekkk dengan burung sangat tinggi.



Seronok tengok budak-budak Kashmir kejar kejar burung. Pakcik-pakcik tua berborak atas tangga depan pintu masuk masjid. Senyum sampai ke telinga bila nampak kami. Tegur dengan ramah tapi kami tak paham urdu, hahahah. Jom masuk dalam masjid !


Ruang solat

Mihrab : Dahsyat sungguh kaligrafi.


Sebelum keluar masjid, ade sorang pemuda tegur. Student agaknya, fasih english. Seronok dia bila tau saya dari Malaysia. Agaknya dia tau kot Malaysia ramai orang Islam. Mungkin sebelum tu yang selalu datang sini mat-minah saleh berseluar pendek je. Yela, berapa kerat sangat orang Islam yang nak datang ke Kashmir ni. Wilayah bergolak katanya. Syukur Alhamdulillah diberikan peluang untuk melihat kehidupan sebenar saudara seagama di Kashmir.

Jom layan exterior design pulak. Ukiran kayu memang jaw-dropping ! Tak mampu nak describe macam mana. Korang lihat sendiri kehebatan ilmu binaan zaman purba kala. Dahsyat !


Sangat detail.

Utuh berdiri...



Masa ni macam dah boleh faham kenapa mamat-mamat sengal kat Delhi semalam asyik cakap Hindi dengan kami. Tengok rupa orang-orang Kashmir ni memang tak sama dengan pelakon-pelakon bollywood. Diorang lebih kepada Pakistani look sikit, but different. Nak tau macam mana rupa orang Kashmir sebenar, tengok kami bertiga (huahuahuarggh !). Kidding !

 Makin ramai pulak budak-budak main kat kawasan laman masjid ni. Excited pulak tu tengok kami dok snap gambar diorang. Ekceli abang pun eksited tengok korang dik. Teringat anak-anak sedara di kampung, hihi. Diorang ni ade yang mata hazel macam Hritik Roshan. Dah besar mesti cun dan hensem ni. InsyaAllah anak-anak soleh dan solehah semuanya.


Budak comel pakai cap tu tengah dengar dengan kusyuk member sorang tu berdongeng.

Photographer amatur ni sangat suka uolls berdua. Sangat cooperative. Thumbs up !

Best buddies. Nampak mata hazel tu? Tak berapa jelas sangat dalam gambar ni.

Beautiful faces of Kashmiri kids.



Ajaz bawak kami keliling kawasan masjid dan cerita serba sedikit pasal sungai Jhelum yang mengalir di belakang masjid ni.

Seterusnya kami dibawa ke bukit Shankaracharya untuk melihat pemandangan Srinagar dari atas bukit. Ada satu kuil kat atas puncak bukit ni. Kuil Shankaracharya. Jom ! Eh, takde lah eksited nak gi kuil.

Lalu tepi tasik Dal dan nampak deretan  houseboat di seberang sungai. Houseboat kat sini memang lagi banyak dari tasik Nageen dan agak crowded. Kurang privacy la sikit sebab betul-betul tepi jalan utama.


Deretan houseboat di tasik Dal. Mamat kesepian mengenangkan cinta yang tak kesampaian. nehi nehi nehi !


Dekat kaki bukit, ada security check up. Kena keluar dari jeep dan jalan kaki untuk pemeriksaan oleh askar. Kamera tinggal dalam jeep. Tak dibenarkan tangkap gambar.

@#$%^&*+&$#!@%.....

Askar tu cakap Hindi dengan kami. Ajaz dah jauh ke depan. Apada ! Dia patah balik sebab nampak kami macam sangkut je. Ntah apa die cakap dengan askar tu, lepas tu toleh kat kami dia cakap ; "He thought you guys were Kashmiri".

Fine !

Sekejap je jalan pun. Lepas lebih kurang seratus meter, dah boleh naik jeep balik. Jalan bengkang-bengkok. Orang kita cakap macam ular kena palu. Kiri kanan jalan ade saki-baki salji yang masih tak cair.

Kami berhenti dekat satu look out point. Dari sini boleh nampak sebahagian bandar Srinagar.


Srinagar dan tasik Dal yang dipenuhi houseboat.

Old fort on top of the hill

Feeling-feeling 3 Idiots : Ajaz punya idea la ni. 

Bukti jalan bengkang-bengkok.


Nampak ke kubu atas bukit tu? Kami tanya Ajaz, boleh pergi sana tak. Dia cakap kubu tu dalam kawalan askar. Tak boleh masuk. Ada satu kuil berdekatan dengan kubu tu. Actually kubu tu boleh nampak dari Lily of Nageen Houseboat. Cuba rujuk balik gambar tasik Nageen kat atas tadi.

Dah hampir sampai ke puncak bukit, kena daki tangga pulak. Sebelum tu, kena raba dengan askar lagi. Kali ni memang sengal sikit. Ok, dia cakap hindi lagi dengan kami, as expected. Lepas Ajaz explain, dia paham kami ni tourist. Sekali terkantoi pulak lens cover kamera yang tertinggal dalam poket jaket sebelah kanan. Aisemen !

Macam-macam soklan pulak. Macam kena interrogate. Jenuh nak meng'explain' pekebenda nya benda alah tu. Dia siap jatuhkan lens cover tu lagi nak test bom ke tidak. Bedebah sungguh ! In the end, dia confiscate lens cover tu. Dia cakap nak pulang balik lepas kami turun balik nanti. Ceiiitt ! Kurang ajar kamu. Rasanya sampai sudah dia tak tahu apa benda tu.

Tangga punyalah tinggi. Ntah berapa ratus anak tangga agaknya. Macam tangga Batu Cave. Memang menguji kapasiti dan daya tahan paru-paru ni.

Sambil gigih mendaki, sambil berborak dengan Ajaz. Dia ni muda lagi, dalam 25 tahun. Ada 4 orang adik-adik beradik, dia no 3. Ada 2 abang dan seorang adik perempuan. 

Kaki jalan juga mamat ni rupanya. Dulu masa umur 16 tahun, dia pergi Ireland. Belajar kat sana. Kisahnya ada 2 orang pelancong Ireland (perempuan) ni setiap tahun datang Kashmir. Dan setiap kali jugak diorang stay dekat houseboat Ajaz. Satu hari tu, minah Ireland 2 orang ni ajak Ajaz sambung belajar kat high school kat sana.

Dia duduk Ireland sorang-sorang selama dua tahun dengan bantuan dari minah2 Ireland tu. Masa tu la dia explore bumi Eropah. Boleh la cakap French sikit2. Actually quite good jugak French dia. Bunyi macam meyakinkan je. Tak tau la betol ke tak. Sepatah haram tak paham. Kalau dia merapu je maksudnya kena kencing la kami bertiga.

Persepsi saya terhadap orang Kashmir sangat berbeza. Ingatkan diorang ni terperuk dan tak berpelajaran. Yelah, katanya wilayah bergolak (a completely misleading information). Rupanya ramai je orang Kashmir yang berhijrah keluar. Ajaz ni pun dah 2-3 kolej kat Delhi dia graduate. Tak tahu lah macam mana sistem pendidikan kat india ni. Tapi lepas highschool kat Ireland, dia dah tamat belajar di beberapa kolej, mostly dalam business dan tourism.

In fact abang sulung dia sekarang bekerja kat UK. Abang no.2 kerja kat Jepun dan berkahwin dengan minah jepun, ada 2 orang anak. 2 orang anak sedara kacukan Ajaz ni tinggal sekali dengan dia. Mak ayah nya sekali sekala balik jenguk diorang kat Kashmir.

Anyway menurut Ajaz, kaum wanita Kashmir masih lagi terikat dengan norma kehidupan masyarakat kat sini. Kurang pendidikan dan lebih tertumpu kepada aktiviti domestic. Masih tertutup dari dunia luar. Kesian...

Panjang pulak cerita salah silah keluarga mamat nih. Sampai jugak ke puncak bukit dengan jerih perih. View dari atas bukit ni memang cantik. Malangnya takde kamera nak snap gambar. Dada dah berombak rindu. Rehat sekejap nak kasik paru-paru mengembang balik. Ajaz ada la cerita pasal askar-askar India yang bersepah dekat Kashmir ni, which saya tak nak kongsikan kat sini. Pandangan seorang pemuda Kashmir terhadap konflik di sini. Rahsia negara tu weh, hehe.

Kami singgah sebentar di tepi tasik Dal dalam perjalanan ke Pari Mahal Garden. Peace and serenity. Cantik sungguh bumi Kashmir, besarnya kekuasaan sang Pencipta yang menciptakan sekalian alam. Ni kalau musim luruh ni mau juling mata.


Pohon popla yang kering - Kuning keemasan semasa musim luruh.

Tasik Dal berlatar-belakangkan banjaran.



SubhanAllah cantik kan? Ni baru teaser je. Hari last kat Kashmir nanti kami akan naik shikara ride dan explore tasik Dal dan Nageen ala-ala gondola ride kat Venice. Masa tu baru nampak keindahan sebenar tasik ni.

Semasa era pemerintahan empayar Islam Mughal, banyak taman-taman yang dibina. Salah satunya, Pari Mahal. Taman ni dibina di atas kawasan pergunungan Zabarwan, overlooking bandar Srinagar dan tasik Dal. Boleh nampak keseluruhan bandar Srinagar dari sini.

Pari Mahal dibina sekitar tahun 1600 oleh Dara Shikoh, anak kepada Shah Jahan, pemerintah empayar Mughal ketika itu. Architecture taman memaparkan keindahan senibina Islam ketika itu yang banyak dipengaruhi oleh ajaran sufi.

Yang mengkagumkan, Pari Mahal ada 7 tingkat kesemuanya. Dara Shikoh kemudiannya menjadikan Pari Mahal sebagai observatory untuk kajian astronomy dan astrology kerana minat mendalam beliau terhadap bidang-bidang tersebut.

Of course waktu terbaik untuk melawat taman masa spring kan. Tapi since kami dah kat sini, layan jelah. Pokok-pokok togel tu buat tak nampak je. Concentrate pada batu-batan ok. Layanz !





Sape nak try baju traditional? Kami tak, hehe.

Royal Spring Golf Course

 Royal Spring Golf Course masa musim bunga. Sila nangis !

Royal Spring Golf Course masa musim luruh. Sila nangis air mata darah.

Batu-batan dan 3 Idiots


Sempoi abes mamat nih.

Dikelilingi banjaran.

Raju Rastogi, Farhan Qureshi & Ranchoddas Shyamaldas Chanchad


Tu dia sempat meloncat di look out point. Lagi satu yang best, masa musim bunga boleh nampak kebun tulip pelbagai warna kat bawah bukit tu. Ekceli taman ni pun akan dipenuhi bunga-bunga tulip masa tu. Kalau tengok citer-citer hindustan zaman Bobby dulu tu, memang banyak shoot kat Kashmir termasuk taman-taman mughal ni. Masa kecik-kecik dulu ingatkan diorang tu berlakon kat eropah.

Rasa macam dah pening lalat sangat. Panjang giler entri kali ni. Nyesal tak kerat dua bahagian. Bertabah la wahai pembaca budiman sekalian. Bukan selalu dapat tengok bumi Kashmir ni.

Lepas tu, kami pergi ke satu lagi taman Mughal iaitu Cheshme Shahi. Nak cerita ke? Cerita la sikit ye. Ilmu pasal sejarah ni tak ramai nak kongsikan sangat. 

Cheshme Shahi ( The Royal Spring dalam bahasa atuk saya), dibina pada tahun 1632 oleh Ali Mardan, seorang Gabenor empayar Mughal ketika zaman pemerintahan Shah Jahan. Senibina taman ni dipengaruhi oleh senibina Persian atau Iran. Kawasan ni dulu sebenarnya water spring yang mengalir dari kawasan pergunungan. Sebab tu diberi nama The Royal Spring.

Cukup la tu ye. Layan gambar jom !




Kiri : Ajaz dan kawan dari Delhi yang stay kat bedroom 1
Kanan: Air dari kawasan pergunungan.

Togel.

Gersang.

Sinar jingga di ufuk barat. Nak maghrib dah oi.



Last sekali, kami melawat Hazratbal Shrine, tempat dimana dipercayai tersimpannya rambut Rasulullah S.A.W. Masa ni proses renovation tak siap lagi, so tak boleh masuk. Kami singgah sekejap je lepas tu blah.

Cerita macam mana rambut Nabi Muhammad S.A.W boleh sampai sini? Korang cari la sendiri ek. Nanti tak sudah-sudah entri ni, panjang berjurai macam rambut pontianak. Hehehe.


Salah satu entrance Hazratbal shrine.

Taman dibelakang Hazratbal Shrine



Malam tu, kami dihidangkan dengan nasi briyani ayam yang sangat sedap. Yang paling bawah tu manisan Kashmir sebagai pencuci mulut. Sawaiah kot namanya. Not bad walaupun agak manis. Lepas makan terus masuk tidur. Punyalah sejuk beku bilik tu macam dalam peti ais. Jadi aiskrim lagi la jawabnya malam ni. 

Tak lama kemudian sorang lagi pembantu rumah datang nak hidupkan pemanas. Kat sini pakai pemanas tradisional yang macam tong besi ada corong asap tu. Masuk kayu dalam tong besi, tuang minyak gas dan hidupkan api. Kemudian Farouk pulak datang tanya "are you cold?". Dia kasik lagi selimut tebal 2-3 keping. Lepas tu tanya lagi "Do you need anything else? Coffea, tea?". Pantang dipelawa, terus order teh saffron. Rasa macam dah ketagihan. Meleleh hingus kat hidung !

Lepas telan teh terus lena dalam mimpi.

Jumpa lagi dalm entri berikutnya. Have a nice day. 

Take care and Assalamualaikum !


19 comments:

  1. Suka entri ni, jgn dikerat2!

    Hebat betul Masjid kat sini. Lawa! Semua lawa! Houseboat lawa! Gambar2 ohsem.

    Houseboat ni berpakej dgn makan sekali ke?

    Berhimpit ramai2 dlm bas tu takde keluar bau-bauan ke??hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks... bayangkan masa autumn dan spring. mesti cantik kan. Aa'ah, makan termasuk dalam pakej houseboat. Bau? haha. xde plak bau-bau hapak ketiak sepanjang kat sana. Mungkin sebab cuaca kot. But seriously mmg xde. hehe

      Delete
  2. Cantiknya kashmir...dah lama teringin nkpi tapi xde rezeki lg...hehe masa sy pi india dulu duk ngn mamat kashmir yg keje kt mesia dlm flight..even still friend untill now...hehe mmg laki kashmir byk yg migrate..kt sana kerja xde sgt...

    Nnti share package price boleh? Meleleh air liur tgk food dia!hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke. Kesian jugak kan diorg ni ssh nk cari kerja. pelancongan ni kira antara sumber pendapatan diorg la. InshaAllah last entri kashmir nanti sy masukkan sekali harga pakej. memang kashmiri food tangkap leleh, hehe

      Delete
  3. Omaiii tempat idaman....
    Dj mari pigi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila, sila... rugi tak gi. pergi time autumn atau spring. summer pun cantik sebenarnya. boleh hiking kat gulmarg dan roadtrip ke ladakh.

      Delete
  4. Assalamualaikum...

    Nak tnye r...
    1) awk backpacker je kn ms g sni?
    2) cmne jmpe Ajaz ni?
    3) berapa sewa houseboat tu?
    4) pakej lawatan tu sme amik ngan ajaz je ke? brape?
    5) klu naik train dr delhi ke kashmir brape kos die?

    Sy betul2 perlukan bantuan awk. Sy akan ke sana xlama lg In Sya Allah... Boleh email sy (shazreena234@gmail.com)
    Jasa baik awk sgt2 sy hargai. TQ :-)

    ReplyDelete
  5. Salam..hai..

    Wah cantiknya bumi Kashmir..Bulan depan saya akan ke Kashmir insyaAllah.. September autumn and Apple Season...wehhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...waaa best2x... autumn mesti sgt awesome. have fun !

      Delete
    2. Salam Eco Outstation, kami pom pergi sana bulan depan...tarikh da ada ke?? kalau x bole pegi sekali...kami ni tgh cri member2 lagi nk gi sana..yela..lagi ramai lagi murah n selamat....kami pergi 17 sept ...

      Delete
  6. Salam.

    Saya akan pergi India Januari tahun depan. Takut sangat sekarang nie sebab tak tahu nak expect apa. Tempah tiket domestic tu awal-awal or beli tiket dekat kaunter je ?

    And, saya bercadang nak ambik travel agent je tapi takut pulak kena tipu dan sebagainya, ingat nak backpackers jugak. Tapi takut tak terurus pulak masa nanti. Kami bertiga mmg sangat noob nie.

    email sy : zharifazis93[at]yahoo[dot]com

    Sy banyak benda nak tanya nie sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. Salam..mntk share itenary. Inn Syaa Allah nk pergi feb ni... nordin5247@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori bro iti sudah lesap di celah2 hardisk, huhu. Xtau mne nk cari dah

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Nangis laju2 tengok gambar semua lawa2... Nak tanya if perempuan pergi bertiga/empat selamat tak? TQ

    ReplyDelete
  10. Dik macamne nk dptkan contact ajaz n farouk tu bole x emel ke akak curious_gurl84@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. Terus jatuh cinta dan lagi dan lagi dgn kashmir ni. Lama pulak nak tunggu bulan Mac. Bro, ada IG tak?

    ReplyDelete