Thursday 21 November 2013

Kia Ora, New Zealand - Day 5 (24/6/13) Part 2

Assalamualaikum & good day everyone.

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya, dan hanya kepadaNya lah kamu (kembali) dibangkitkan"

                                                                                                   Al-Mulk (67:15)

Alhamdulillah ! Tiada ungkapan yang lebih selayaknya diucapkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga diatas segala kurniaan dari Allah S.W.T.

Dengan izinNya, segala perancangan kami berjalan dengan lancar. Tirai pengembaraan di bumi New Zealand semakin hampir melabuhkan tirainya.

Semoga segala ilmu yang dititipkan serta pengalaman yang dikongsikan di dalam blog yang daif ini dapat memberikan manfaat kepada setiap yang membacanya, inshaAllah.

*******

Selesai lunch dalam campervan, kami meneruskan perjalanan pulang ke Queenstown Top 10 Holiday Park. Sekali lagi 'rushing' nak kejar masa sebab matahari terbenam awal pada musim sejuk. Pukul 5 petang selalunya dah gelap especially kat pulau selatan NZ.

We're back on the long and winding road. Nak buat macam mane? Ini je lah satu-satunya jalan masuk dan keluar dari Milford Sound. Terpaksa jugak diharungi walaupun perit...!



Kawasan pergunungan Fiordland National Park memang awesome. Serius, tak tipu ! Ade beberapa look out point di sepanjang state highway 94 ni. Kami berhenti di tiga look out point untuk bergambar.

Matahari memancar cerah, tegak di kepala, tapi haba nya lansung tak terasa. Udara sangat-sangat segar dan nyaman. Suasana yang sungguh tenang dan mendamaikan.




Ade satu lagi aktiviti yang best kat Fiordland National Park ni iaitu hiking. Trek hiking bermula dari tasik Te Anau dan berakhir di Sandfly Point di Milford Sound. Trek sepanjang 53.5 km ini dinamakan 'Milford Track'.

Selalunya, tempoh hiking mengambil masa 4-5 hari, merentasi hutan belukar, sungai, tasik dan kawasan pergunungan, bergantung kepada keadaan cuaca.



Awesome tak? harus lah kan. Untuk explore Milford track ni saja kena plan separate vacation. Ade orang pernah cakap, kalau nak explore keseluruhan pulau selatan NZ, memerlukan masa satu bulan baru puas hati. (Gulp !) 

Kalau kerja jurugambar ke, penulis ke, journalist ke boleh la kot. Cuti tahunan pun ade 25 hari je. Kalau mampu, ambik cuti tanpa gaji le, sanggup? Haha.


Anyway, ada 2 cara untuk teroka Milford track, sama ada hiking sendiri atau ikut guided tramp. Kalau independent hiking, pelancong akan tidur dalam pondok-pondok (hut) yang disediakan oleh "Department of Conservation". Pondok-pondok ni menyediakan kemudahan-kemudahan asas seperti bilik air, bilik tidur dan peralatan untuk memasak. Cuma kena bawak bahan masakan sendiri la. 

Kalau guided tramp, kita ikut tour guide lah. Tidur dalam rumah-rumah tumpangan (lodge) yang disediakan oleh Ultimate Hikes yang serba lengkap dengan kemudahan asas termasuk hot shower dan lounge (obviously lebih selesa). Makanan pun disediakan. Tapi ongkosnya mahal sikit dong (mahal banyak !). 

Klik >> SINI untuk info lanjut mengenai Ultimate Hikes.



Mengikut sejarah, Milford Track ni suatu ketika dahulu merupakan jalan utama yang digunakan oleh kaum pribumi Maori untuk proses pengumpulan serta pemindahan 'pounamu' iaitu sejenis greenstone.

Ada bermacam-macam jenis greenstone dalam dunia ni, tapi batu pounamu hanya boleh dijumpai di pulau selatan NZ sahaja. Bagi masyarakat Maori, pounamu ni kira macam satu khazanah berharga. Dari pounamu, diorang buat barang perhiasan, barang kemas, tangkal dan sebagainya. Semakin tua usia sesuatu pounamu itu, semakin tinggi nilainya.



Snowcapped mountains along the journey

Uphill

Downhill

Another snow-capped range


Asalnya, kami berazam nak terus balik ke Queenstown, tak mau singgah menyinggah di mana-mana. Takut lewat sampai holiday park nanti. Esok kami akan bergerak pulang ke Christchurch (sedih !). So malam ni kena rest cukup-cukup.

Tapi tak tahan yo tengok pemandangan sepanjang jalan. Sungai yang membiru, tasik sejernih kaca...

How? Nanti nyesal pulak bila dah balik M'sia.

Last-last berhenti jugak di kawasan perkhemahan tasik Gunn (Lake Gunn).

Mirror image yang 'superb'.

Tasik Gunn ni dilindungi oleh banjaran, so kawasan sekitarnya redup je. Tanpa berlengah-lengah, kami park campervan di suatu sudut, meloncat keluar dan berlari menuju ke tebing tasik (sambil jerit - 5 minit je ok !)



Seperti tasik-tasik lain di NZ, air tasik Gunn sangat lah jernih (as expected !). Wap-wap berkepul-kepul keluar dari permukaan tasik. Ni kalau musim panas memang syok camping kat sini, sebab kawasan tepi tasik luas dan mendatar.


Picturesque !

So ape lagi? Kesuntukan masa ni, cepatlah shoot !

1, 2, lompat !!!

Haha ! Pose wajib... bila la kanak-kanak ni nak membesar.

Time's up !

Perjalanan diteruskan. Giler strict tukang jaga masa. Sapa ntah !

Beberapa kilometer kemudian, kami berhenti lagi di tepi jalan yang dikelilingi oleh lalang-lalang kering.



Tujuannya bukan nak bergambar dengan lalang-lalang yang 'hidup segan mati tak mahu' ni. Tapi kat seberang jalan ni, ada...



Anak sungai......

Yang jernih, cetek & sejuk sambil dikelilingi oleh banjaran ber'topi'kan salji.... Panoramic !

Snap la 3-4 keping gambar sementara hari masih cerah lagi.

Apa ntah nama tempat ni, sampai sekarang tak tahu, huahaha.

Tenang

Damai

Jakun

Please say subhanAllah, awesome ! Hehe

Acececeh ! Siapa berminat nak buat menantu, sila contact saya segera.

Hari beransur gelap. 

Sekali...

Campervan tak mau start da !

Aiseh, drama di senja hari .... di tengah hutan .... dalam kedinginan salju .... sangat tak adventure ok !

To make matters worst, tangki air dah kosong & stok makanan tinggal cebisan je. Buatnye nak terkencing terberak macam mane?

Aiyyo sungguh la saat yang sangat mencemaskan. Bukak buku manual 4-5 kali pun tak jumpa pasal bab enjin tak hidup ni. Tengah cemas, depan mata pun tak nampak. Si Azuan dengan Zul dah keluar dari van pergi check enjin. Mana la tau ade problem dengan bateri ke, minyak hitam ke dan sebagainya.

Tak sampai 2 minit, give up !. Memang clueless habes. Sistem motorhome ni tak sama macam sistem kereta-kereta biasa. Even gear system pun tak sama.

Alahai apelah nasib kami. Nak mintak bantuan siapa? Keluarga jauh. Telefon pun tak boleh pakai. Aiyyo thamby, macha ! Dugaan sungguh.

Godek sini godek sana, pulas sini pulas sana. Ade la dekat dalam 20 minit jugak terdampar kat tepi jalan tu.

Akhirnya, ntah macam mana, hidup jugak enjinnya. Fuhhhhhh. Sikit lagi nak berpeluh ketiak. Ko mampu berpeluh masa musim sejuk?.

Perjalanan diteruskan. Kami nekad tak mahu berhenti sampailah Queenstown. Nekad ! Pisang tak seharus nya dibiarkan berbuah dua kali...!




Cakap tak serupa bikin da....

Berhenti lagi ! Hmmmm. Tak serik sungguh la...... Kali ni  Deer Flat.

Nak buat macam mane, indah sangat bumi NZ ni. Itupun, kami dah skip banyak tourist spot sepanjang jalan tadi ( Monkey creek, Upper Eglinton, Smithy Creek & beberapa lagi ). So takpe lah berhenti sekejap kat sini.

Rela dan sedia berhadapan dengan segala macam drama sekiranya ditakdirkan, huahuargh !

Actually takde ape-ape sangat pun kat Deer Flat ni. Nyesal ambik risiko. Kawasan ni penuh dengan lalang-lalang yang beralun ayu ditiup bayu.




Lopak air pun taknak kalah...jernih ! Boleh buat jakuzi...

Posing maut dari tuan haji. Siape berminat nak buat menantu? Tawaran masih terbuka.

Sekejap je kami singgah kat Deer Flat ni. Destinasi seterusnya, Mirror Lake. Masa buat research pasal Milford Sound, ada terbaca pasal Mirror Lake dalam satu blog ni. Terpegun ! 

Dalam Tripadvisor pun, ramai yang recommend supaya stop by kalau melalui state highway 94 untuk ke Milford Sound. 


Platfom pejalan kaki

Info about Mirror Lake and how is was formed.

Mirror Lake : World Heritage Area

Dikelilingi Mount Cook & Mount Tasman

Perfect reflection



Sumber dari google - perfect mirror image of the mountains on the water surface, subhanAllah !

Ok, tu je pasal Mirror lake. Kalau siang hari, mungkin reflection dalam tasik tu lagi menarik. Anyhow, we made it to Mirror Lake. And the journey continued...

Berhenti lagi di tepi jalan melihat banjaran disaluti salji sepanjang-panjangnya...

Terkesima tengok snowcapped range

Oh silap!

Sebenarnye dia tengah check line clear ke tidak.

So, line clear...

Now !

Haaaaa,,, meluat je tengok budak-budak kurang matang ni kan? haha.

Special request nak gambar bersila atas jalan

Tak lama kemudian, kami melalui kawasan penternakan biri-biri. Tak sah New Zealand tanpa biri-biri, dan tak sah jugak kalau sampai NZ tapi tak bergambar berlatar-belakangkan punggung biri-biri.





Senja nan merah


Buang tebiat

Lokasi terakhir perhentian kami merupakan tasik Mistletoe. Berhampiran dengan kawasan Te Anau Downs ni ada ladang dan juga lodge untuk pelancong yang merupakan accomodation paling hampir dengan Milford Sound. 




Lake Mistletoe ni takde lah besar sangat dan terletak bersebelahan je dengan tasik Te Anau yang merupakan tasik terbesar di pulau selatan NZ (kedua terbesar di seluruh NZ selepas tasik Taupo di pulau utara).





Sunset

Gambaran sebenar Lake Mistletoe (sumber : Google)

Kami singgah sebentar di pekan Te Anau untuk cari bahan masak dinner. Banyak jugak produk-produk dari Asia yang ade logo halal (Indonesia, India, Malaysia etc). Borong jangan tak borong.




Selesai membeli belah, kami singgah sebentar ditepi tasik Te Anau untuk menyaksikan keindahannya. Tapi tak nampak ape-ape. Hari dah gelap bah. ! Huuuuu.

Sampai je holiday park, terus ke dapur untuk memasak. Dapur kat Top 10 holiday park ni lagi besar dan selesa dari dapur di Geraldine holiday park. Siap ade living room, sofa, dan TV.

Klentang klentong bunyi kuali dan sudip, punyalah semangat memasak ala-ala Masterchef Australia (kebulur kot, tengah hari makan megi). Mat-mat saleh tak berani kacau. Dapur kami conquer. Hehehe.

Tadaaaa... Bon apetit !

Tulah dia hasil air tangan kami malam tu. Pernah makan rendang ikan? haaaa... only in New Zealand. Ikan ape ntah kami beli, tapi rendang dari India ok. India ade rendang ! Jangan tak percaya. haha.

I hope you had fun reading this humble entry. See you next time, inshaAllah.

Till then, Assalamualaikum.

1 comment:

  1. Haha available lagi tak? Anak dara saya semua suka travel.. Haha just kidding.

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...