Saturday 16 November 2013

Kia Ora, New Zealand - Day 5 (24/6/13) Part 1

Assalamualaikum & Good day everyone!

Blog Kembara Sang kancil kena serang dengan labah-labah. !

Dengan sewenang-wenangnya mereka bermaharajalela, membuat sarang di setiap sudut blog. Alasan mereka, blog ni macam tak berpenghuni je, dah lama sangat tuan blog tak update blog dia. Hahahahaha !

Bersawang dah blog ko kancil. Cepat2 la sudahkan entri pasal New Zealand ni. Berkurun dah...!

Baik, saya sambung entri sekarang !!!

***

Fifth day in New Zealand, we spent our day on a cruise boat in none other than the Mesmerising MILFORD SOUND.

Ingat tak dalam entri hari pertama di NZ, saya ada mention pasal jalan ke Milford Sound yang ditutup disebabkan oleh kejadian tanah runtuh semasa pulau selatan dilanda ribut salji, setibanya kami di NZ?

Setiap pagi bukak TV tengok ramalan kaji cuaca. Berharap sangat jalan ke Milford dibuka semula. Sampai kami tiba di Geraldine pun, masih tiada khabar berita.

Akhirnya pada hari ke-empat di NZ, Azuan dapat email pemberitahuan dari pihak Jucy Cruize mengenai pembukaan semula jalan ke Milford Sound. Alhamdullillah ! Kalau tak, menangis tak berlagu...

Percutian yang singkat tak memungkinkan kami untuk stay lama di Queenstown apatah lagi di Milford. So kami sepakat nak naik Mildford Sound Cruise - aktiviti paling popular di Milford. Ade lagi aktiviti-aktiviti lain seperti overnight cruises, berkayak & scenic flight, tapi kami takde masa dan takde fulus. Huahaha...!

Tak ke awesome ni?

Scenic Flights

Kami book cruise paling awal sekali, Jucy Cruize pukul 9.45 pagi. Harganya NZD 50. Kalau ambil cruise yang tengah hari, harga lagi mahal. Ade 3 syarikat yang offer perkhidmatan cruise di Milford Sound - Jucy CruizeSouthern Discoveries, & Real Journeys.

Perbandingan harga Juicy Cruize (kiri) dan Southern Discoveries (kanan)

Juicy Cruize paling awal memulakan operasi, cruise pertama pukul 9.45 pagi. 2 lagi syarikat ni operasi start pukul 11 pagi pada musim sejuk.

Kami bangun awal, dalam pukul 5.30 pagi, sebab jarak perjalanan yang jauh. Milford Sound terletak lebih kurang 288 km dari bandar Queenstown (kira-kira 3 jam setengah perjalanan).

Jalan ke Milford Sound akan melalui cerun-cerun gunung yang tak berpagar dan berbengkang-bengkok. Ditambah pulak dengan keadaan jalan yang licin dan sebagainya, lebih bijak dan selamat kalau pandu perlahan-lahan. So, 4 jam pun belum tentu sampai Milford lagi.

Queenstown - Te Anau - Milford Sound

Sebenarnya, jarak antara Queenstown dan Milford Sound ni takde lah jauh sangat, cuma dipisahkan oleh banjaran Alps sahaja. Memandangkan satu-satunya jalan darat untuk ke Milford adalah melalui Te Anau, terpaksalah buat hampir satu pusingan penuh, baru sampai Milford Sound.

Kami terlewat sikit sebenarnya. Plan asal nak gerak sebelum pukul 6 pagi. Masa gerak tu dah lepas pukul 6 pun. Mula lah merempit motorhome ni. Sempat berhenti tepi jalan sekejap untuk solat subuh, kemudian berhenti sekali lagi di pekan Te Anau untuk isi minyak.

Fuad pulak drive memang fearless giler. Takde perasaan ! Lewat punya pasal. Buatnye tergelincir ke dalam gaung, mati katak !........ Nauzubillah !

Tapi pemandangan subhanAllah, memang spectacular ! Sangat-sangat mengkagumkan !


Alhamdulillah, kami selamat sampai di Milford Sound jam 9.40 pagi. Punya lah panjang nye tarik nafas lepas keluar dari campervan. Fuh, lega ! Still in one piece.

Lagi satu masalah ! Jauh pulak boat departure terminal dari kawasan parkir ni. Ada lah dalam 1 km. Sempat ke nak kejar cruise ni?

Berbekalkan semangat Tok Gajah, Tok Harimau, Tok Kancil dan segala tok yang ada, kami memecut laju, berlari menuju ke arah jeti, dengan harapan tak ditinggalkan bot. Agaknya Ussain Bolt pun tak sanggup nak berlari dalam keadaan cuaca yang sejuk beku macam ni.

Dalam kekalutan, sempat lagi snap sekeping dua gambar, hehe !

Serene !


PiopioTAHI ? Seriously ?


Kami terus ke kaunter Jucy Cruize bila sampai. Sayang seribu kali sayang, kami kelewatan. Bot dah bergerak pun. Waaaaaaa nangis ! After all the efforts, the waiting and the insane driving experience... terlepas bot...! Nangis 3x.....!

Drama giler ko ni kancil, baru pukul 10 pagi !

Nasib kami baik. Staf Jucy Cruize yang berjambang ni tolong kami dapatkan tiket Southern Discoveries pukul 11 pagi. Tak perlu bayaran tambahan pun. Alhamdulillah.

Tak sempat keluaq ayak mata ! Haha.

Sementara tunggu cuise lagi sejam, kami merayau-rayau sekitar boat departure terminal dulu.

Interior

Entrance

Southern Discoveries: Spirit of Milford

Real Journeys



The Iconic Mitre Peak


Dari Boat departure terminal, kami akan dibawa menyusuri tebing sebelah kiri fiord melepasi Sinbad Galley dan Mitre Peak ke arah Laut Tasman. Lepas tu patah balik ke terminal ikut sebelah kanan, lalu Dale point, Stirling Falls, Underwater Observatory dan Bowen Falls.

Kalau cuaca baik, laut tak berangin kencang, pelancong akan dibawa sampai ke St. Anne point kat hujung sekali tu. Selalunya masa musim panas lah. Musim sejuk selalunya diorang tak bawak melepasi Dale point.



Milford Sound terletak dalam kawasan taman negara Fiordland (Fiordland National Park), yang merupakan taman negara terbesar di antara kesemua 14 taman negara yang terdapat di NZ.

Diberikan nama 'Fiordland' sebab di dalamnya terdapat banyak 'fiord', antaranya Doubtful Sound, Dusky Sound, Bligh Sound dan macam-macam Sound lagi. Of course, yang paling femes adalah Milford Sound !

Fiordland National Park mula menjadi tumpuan selepas filem2 Lord Of The Rings ditayangkan. Banyak scene dalam filem2 tesebut shoot kat area Fiordland antaranya Lothlorien, Isengard,  Argonath dan Amon Hen.

 Argonath, The Pillars of Kings

 Amon Hen

 Isengard

Dalam banyak-banyak fiord ni, Milford Sound merupakan satu-satunya fiord yang boleh diterokai melalui jalan darat. Itu pun punya lah scary jalan nye. Kalau nak ke fiord2 lain, kena access melalui jalan air (sewa bot), atau jalan udara (flight). 

Jap !

Dari tadi non-stop cakap pasal fiord. Ko ingat orang tau ke fiord tu pebende? Explain plizzz !
(ntah kenapa asyik nak ber monologue je entri kali ni...hiii)

Ok !

Fiord atau sebetulnya 'Fjord' berasal dari perkataan Scandinavia, yang bermaksud 'a narrow part of the sea'.

Ia merupakan kawasan pinggir laut yang terbentuk hasil dari hakisan glacier beratus ribu tahun dahulu. So, fjord hanya terdapat di negara-negara berglacier yang terlebih sejuk cuacanya macam Iceland, Greenland & Norway.

Hasilnya, fjord nampak macam sungai yang dikelilingi oleh gunung dan ganang. Ni contoh-contoh fjord yang gorgeous !

 Handangefjord - Hordaland, Norway

Sognefjord, Norway


Jolstravatnet Fjord - Jolster Area, Norway

Bila la nak sampai Norway ni, hehe...

Soon, it was boarding time. Berpusu-pusu pelancong masuk ke dalam perut bot yang sebenarnya dah macam kapal ni. Orang cakap, kalau nak view yang paling best, dan nak experience Milford Sound tahap paling maksima, naik ke Observatory deck kat tingkat paling atas sekali.

Berebut-rebutlah kami untuk naik ke observatory deck dulu sebab takut penuh. Last2 semua orang masuk balik dalam bot, tak tahan sejuk. Tempat duduk pun basah lagi.

Ceishh!!! Penat je berebut. Kiasu la ko kancil !

In the end, kami pun masuk balik dalam bot, pekena kopi panas. Kulit sawo matang tapi perasan kalis sejuk. Haha. Owh ! Minuman panas disediakan percuma sepanjang cruise.




Tepat pukul 11 pagi, cruise bermula. Since it's a guided tour, boat captain started explaining about all the structures that can seen on both side of the fiord.

I don't think I'll be able to describe how amazing Milford Sound is. Pristine water, panoramic mountains, magnificent waterfalls...

I'll let the pictures speak on their own. I'll jump in here and there to explain about the structures and stuffs.




Air terjun pertama yang kami nampak adalah Bowen Falls disebelah kanan fiord yang berketinggian 162 meter. Bowen Falls ni merupakan sumber janakuasa hidroelektrik yang membekalkan elektrik ke kawasan sekitar Milford Sound.

Lady Bowen Falls


Puncak paling ikonik di Milford Sound adalah Mitre peak. Ia berdiri pada ketinggian 1692 meter dari paras laut dan merupakan struktur paling popular di antara berbelas-belas struktur di sekeliling Milford.

Nampak macam satu puncak, but it's actually a closely grouped set of five peaks which appears as a single point from our viewpoint.


Mitre Peak (kanan, belakang)

Mitre Peak (kiri, belakang)




Pada tahun 2008, Milford Sound telah dipilih sebagai "World's top travel destination"  dalam Travelers' Choice Destinations Awards (by TripAdvisor).
 





Bila dah tak tahan sejuk, kami masuk dalam bot balik untuk minum kopi. Macam sedap je makanan yang terhidang. Bau sangat meruntun jiwa. Gigit jari jela tengok penumpang lain makan. Huarghh!


Anyway, kalau memang tak plan nak sewa kereta atau van macam kami, boleh naik bas untuk ke Milford. Bas bertolak dari Queenstown (day trip), setiap hari. 

Kalau menyewa kenderaan, lebih baik stay overnight dekat Te Anau (118 km from Milford Sound). Takdelah jauh sangat dan tak perlu terkejar-kejar pergi dan pulang dari Milford.




Stirling Falls dari kejauhan


Sedar tak sedar, dah sampai Dale point pun. Masa untuk patah balik ke boat terminal. Dah boleh nampak Anita Bay tapi kapten cakap cuaca sekarang tak berapa selamat untuk menghampiri Laut Tasman. Musim panas selalunya diorang akan bawak sampai ke Anita Bay.

Anita Bay (kiri, belakang)

Laut Tasman












Puncak tertinggi di sekitar Milford sebenarnya adalah gunung Pembroke (2015 meter) yang tersohor dengan glacier nye. Jangan tak percaya ade yang sanggup daki gunung ni nak tengok glacier. Hihi.

Sesetengah gunung diberi nama berdasarkan bentuknya yang menyerupai sesuatu, contohnya "Elephant mountain & Lion mountain". Hmmm...ntah ! Tak perasan pun bentuk gajah dan singa tu. Haha. Layan jelah ape yang kapten tu cakap. 

Semakin lama kami semakin menghampiri Stirling Falls




Rupa-rupanya kapten memang purposely bawak dekat2 air terjun tu dan berhenti sekejap. Berebut-rebut la semua orang nak tangkap gambar. Terasa percikan air terjun tu, punyalah dekat nye. Kalau melompat keluar dari bot memang boleh sampai ke batu tu. Serius, tak tipu ! Hiiii...

'Embrace the nature' katanya...!

Awesomeness overload !

Stirling Falls berketinggian 155 meter dan mengalir di antara Elephant mountain dan Lion Mountain


Puas hati ! Hehe. Lagi syok kalau ade ikan lumba-lumba (dolphin) yang mengiringi pelayaran, dan dapat tengok penguin dan burung kiwi. Tapi takde sekor pun yang keluar masa tu. Tidur lagi kot sejuk2 ni.







Sesiapa yang berkelapangan, ada masa dan duit lebih, boleh ke Milford Discovery Centre and Underwater Observatory di Harrison Cove. Boleh ambil combo masa beli tiket Southern Discoveries.

Pelancong yang ada access ticket akan diturunkan disini. Yang takdak tiket stay dalam bot sebab akan terus menuju ke bot departure terminal. Waaaa, nak habes dah cruise. Sedih !

Milford Discovery Centre and Underwater Observatory












Back to Bowen Falls... Sekadar memandang dari jauh.

Actually ade jugak perasan seketul dua burung yang bertenggek kat batu-batu tu. Tapi tak sure lah kalau tu burung kiwi ke bukan. Kecik sangat, tak berapa nak nampak.








Tidak,,,, cruise dah berakhir..............................................................!!!

Tak payah emosi sangat lah kancil. Cepat habiskan entri ! Huahua...

Dah pukul 1 tengah hari masa kami sampai ke tempat parkir campervan tadi. Solat dalam campervan dulu, lepas tu prepare lunch. Mee segera dan roti. Alhamdulillah syukur nikmat...

Sempat turun sekejap ke gigi air ambik few last shots.






Begitulah berakhirnya percutian kami di Milford Sound. One of the most unforgettable experience I've ever had in my life. 

Honestly, ini lah entri yang paling susah nak dibuat setakat ni. Ntah berapa kali edit pun masih bercelaru penulisan. Tak jumpa ayat yang sesuai nak describe betapa indahnya Milford.

Sekiranya anda berpeluang untuk ke New Zealand suatu hari nanti (insyaAllah, amin !), please make time to visit Milford Sound. Surely you won't regret it. 

Mungkin teknik fotografi saya yang amatur ni tak berjaya 'capture' keindahan sebenar Milford. So saya tinggalkan anda semua dengan gambar yang diambil oleh Mike Reyfman, seorang jurugambar professional. 

Till we meet again, have a nice weekend & Assalamualaikum !


8 comments:

  1. Subhanallah cantik sgt! Harap dapat jejakkan kaki ke sini 1 hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Saya doakan. Memang berbaloi lawat negara ni. Start planning now, hehe.

      Delete
  2. superb view! tgh plan gak ni nk gi noc thn dpn eheh

    ReplyDelete
  3. Kalau pergi bln september, ada tak cruise ni? Nz$ 50 tu untuk sorangke satu group? Kami juga plan naik motorhome..insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. NZ50 seorang. Cruise paling awal selalunya lebih murah. Bila nak pergi? bestnye

      Delete
    2. Sept cuti sek ni..tapi ingat separuh perjalanan naik motorhome and separuh lagi naik van. Ada 6 org semuanya kami anak beranak. What say u, faizal? So nanti kami beraya haji di sana..insha Allah

      Delete
    3. wow ! seronoknya beraya di perantauan (dalam wish list, hehe)

      Bentang tikar tepi tasik Tekapo sambil makan nasi himpit, bestnye !

      Haha.

      Enjoy your trip !

      Delete
  4. Salam Faizal... Seronok baca entry entry you.. Very informative and lively. Good job. I tengah study your NZ trip ni.. Insyaallah kalau ada rezeki nak jalan camni jugak hujumg tahun ni..
    All the best and thank you very much for sharing your wonderful experiences.

    -Yati-

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...