Assalamualaikum and good day everyone !
"Traveling - it leaves you in speechless, then turns you into a storyteller" - Ibn Batutta
Alhamdulillah dengan izin Allah dapat juga saya menyambung coretan seterusnya di bumi indah
New Zealand. Kedinginan musim salju memang sangat-sangat menyengat keimanan untuk bangun
solat subuh pagi hari ketiga di
Auckland.
Bak kata orang
Pahang, 'bercinta' nak pergi mandi. Maksudnya, tak mau mandi le, hehe.
Alhamdulillah, cuaca semakin hari semakin baik. Mengikut ramalan kaji cuaca pagi tu, cuaca diramalkan cerah di sekitar pulau utara & selatan kecuali di sesetengah tempat.
Still, there was no word regarding the road to
Milford Sound that had been closed days earlier due to landslide. Kami dah mula pasrah, mungkin takde rezeki kami untuk melihat keindahan Milford Sound untuk trip kali ni.
So kitorang pun mula la start cari alternatif lain, nak detour ke
Dunedin la, ke
Franz Josef la dan sebagainya. Apa2 pun, kitorang decided, malas nak fikir panjang, 'just go with the flow', kata orang.
So, hari ketiga di sini, kami ke
Christchurch di pulau selatan menaiki
kapal terbang tempatan
Air New Zealand. But before that, kami ke
Auckland Tower terlebih dahulu.
Flight tengah hari, so pagi tu memang
dah plan nak ke
Auckland Tower yang terletak lebih kurang 1 km
sahaja dari
Silverfern Backpackers.
Kami terus check out dari hostel,
dan simpan barang2 dalam kereta. Tengok2 ada pulak
kereta kancil warna
merah parking kat depan hostel. Curious giler siapa punya kancil tuh, haha.
Tengok keliling, kedai-kedai semua tutup lagi, maklumlah, hari sabtu. Kami terus meredah kedinginan pagi dan berjalan menuju ke Auckland Tower.
Bila sampai, kami terus beli tiket dan naik ke
tingkat 51 iaitu
Main Observation Level yang berada pada ketinggian
186 meter dari aras laut.
Tiket untuk seorang dewasa
NZD 28. Dari Main Observation level, korang boleh lihat seluruh bandar Auckland. Ni kira lebih kurang sama la dengan
Sydney Tower.
Kepada yang gemarkan aktiviti mencabar, boleh try
bungee jumping dari ketinggian
192 meter dari aras laut. Boleh terkeluar isi perut tuh, huhu.
So jom tengok pemandangan sekitar bandaraya Auckland dari Main Observation Level.
Fakta :
Auckland Tower merupakan bangunan tertinggi di selatan hemisfera dengan ketinggian
328 meter.
Bila dah puas tengok bangunan-bangunan tu, kami turun ke tingkat 50 di mana terletaknya
Sky Lounge Cafe & Bar. Kemas je cafe ni. Bersih dan tersusun. So jom tengok menu apa yang ada kat sini.
So ni dia menu pilihan kami.
Coffee,
cheese and onion sandwiches,
chocolate cake and the other cake (banana cake kalau tak silap). Boleh la, sekadar mengisi perut kosong dan menghangatkan badan.
Selesai, kami bergegas ke
Auckland airport. Jadual asal penerbangan pada pukul 12.40 tengah hari. Buat kali terakhirnya kami menaiki
Toyota Yaris sebelum dikembalikan.
Kami sampai di
Auckland International Airport sebelum pukul 12 tengah hari. Kereta yang disewa mesti kena park kat allocated area. Dekat parking lot tu ada 'tag' untuk kompeni kereta mana. So kalau sewa kereta dari
Thrifty Car Rental, jangan la pulak park dekat
Europcar.
Lepas pulangkan kunci kereta, kami menapak ke
Domestic Airport. Padahal boleh je park kereta kat Domestic airport dan pulangkan kunci kat situ. Nasib lah tengah winter. Takde lah berpeluh mengheret luggage sejauh 5-6 km tu. Huuu.
Dah 2 hari
domestic flights tertunda disebabkan
ribut salji di pulau selatan. So hari tu airport memang sesak. All flights had been resheduled.
Nak check in pun panjang beraturnya. Nasib baiklah ada staf-staf di sekitar airport yang menghulurkan bantuan. Kakak blonde dalam gambar atas tu tolong kami check in kat
kiosk machine. So, done done !
Ok nak habaq sikit pasai
Air New Zealand ni. Berat luggage yang dibenarkan adalah
23 kg. Tapi tu untuk satu beg sahaja. Kalau tambah beg lagi kena extra charge. So sumbat lah luggage sampai 23 kilo. Kalau beg kecik, bawak jela yang lain2 tu masuk kabin.
Since kesemua flight yang telah tertunda sejak beberapa hari lalu baru sahaja memulakan operasi, kesemua penerbangan yang dijadualkan pada hari ni pun terpaksa ditunda.
So flight kami,
NZ 531 yang asalnya dijadualkan pada pukul 12.40 tengah hari telah ditunda satu jam.
Oklah. Tak kisah sangat. Cuaca dah baik pun dah bersyukur sangat. Lagipun kami janji dengan pihak
campervan dalam pukul 3.30 petang.
Tengok tu berapa ramai da orang. Tak cukup tempat duduk, bersila kat atas lantai.
Akhirnya sampai juga masa yang dinanti-nanti (dah buruk muka menunggu, haha).
Excited sebab first time naik
Air New zealand. Full house flight hari tu. Ok la interior flight ni, walaupun sempit sedikit jika dibandingkan dengan MAS.
Ada
screen atas kepala yang terpampang soalan2
kuiz sepanjang perjalanan. Bagus kan?, Ada jugak pengisian untuk penumpang daripada tidur je. Dapat jugak meningkatkan ilmu pengetahuan am, haha.
Penerbangan mengambil masa kurang lebih satu setengah jam.
Bila dah merentasi pulau selatan, baru la nampak
'snow capped mountains'. Mula la terkinja-kinja kegirangan. Yelah pertama kali nampak salji kan, jakun habis. SubhanAllah, cantik kan?
Lepas tu kami dihidangkan dengan biskut, air panas dan gula-gula. Cantik pulak cawan bertulis
tuatara tu.
Oh ya, jangan terkejut sekiranya pramugara dan pramugari yang menghidangkan juadah tu dah dalam kategori veteran. Sebenarnya kitorang pun tersentap & terkesima sekejap bila tengok pakcik dan makcik yang menyambut kehadiran penumpang ke kabin mereka. Haha
Sememangnya kita dah disogokkan dengan mentaliti yang pramugara/i ni mesti kurus, tinggi, muda, hensem/cun kan. Tapi
Air New Zealand ni 360 darjah berbeza. Agaknya diorang ni la batch asal steward/stewardess yang bekerja di syarikat Air New Zealand masa mula2 dilancarkan dulu. Takpe lah, asal kan servis ok.
Alhamdulillah kami selamat mendarat di
Christchurch Airport pada kurang lebih pada pukul 3.30 petang.
Hujan lebat membasahi bumi Christchurch setibanya kami di sana. Hari pun sudah beransur-ansur gelap. Timbul kerisauan di hati, macam mana la nak drive
campervan nanti. Kami segera bergegas ke
motorhome & car rental di satu sudut airport. Macam kereta jugak, ada beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan motorhome ni. Kami pilih
'Maui'.
While sketching out the itinerary for
Christchurch - Queenstown roadtrip, i came across this method of traveling by
campervan. Kenderaan berbentuk van ini lengkap dengan segala kemudahan asas seperti katil, bilik air, dapur, pinggan mangkuk dan sebagainya.
Since we planned to travel down to Queenstown, which is located almost
500 km from Christchurch, a campervan seemed the perfect vehicle for us. Tak payah sewa hostel/motel ataupun kereta. Plus, it's a totally new experience for all of us.
Maui merupakan salah satu dari syarikat yang menawarkan perkhidmatan campervan. Ada beberapa lagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang sama.
Seterusnya, kami semua menunggu di luar airport untuk dibawa ke
motorhome centre. Tak lama kemudian, datang satu van untuk membawa kami berempat serta sepasangan mat/minah saleh ke motorhome centre yang terletak berhampiran dengan airport.
Bila sampai, kami dibawa ke
kaunter pendaftaran. Semasa menunggu proses pendaftaran tu, kami diberikan netbook untuk menonton video mengenai campervan tersebut. the videos tell us everything about the campervan. Untuk maklumat lanjut mengenai campervan ni, klik
>> Maui
Campervan ni kami book online. Harga untuk 5 hari 4 malam lebih kurang
RM 2K untuk empat orang. Ada beberapa jenis campervan, tapi kami pilih jenis
Platinum Beach. Setiap campervan mempunyai kapasiti penumpang yang berbeza-beza, dari seorang sampai maksimum 6 orang penumpang.
Jap ! kenapa saya rasa macam entri kali ni, gambar sikit je, tapi cerita tak abes2 jugak? Ok jom kita pendekkan cerita.
Lastly kami pun dibawa berjumpa dengan campervan tersebut. Besar gedabak yo!. Mula la masing2 cuak xde sape nak drive. Staf tu tunjuk sikit2 kat kitorang ape ade kt dalam (selimut, bantal etc.), then die kasik kunci, dan blah.
Hari dah pun senja, hujan masih tak berhenti. Akhirnya x tau macam mana, saya ter'volunteer' nak drive. Maka secara rasminya roadtrip kami pun bermula. Dari Christchurch, kami bergerak ke
Geraldine, perjalanan sejauh 134 km meredah kegelapan malam.
Tu dia,
FSH 139, merasa jugak saya drive
VW. Kalau kat Malaysia tak merasa. Kami berhenti sekejap di stesen minyak untuk solat dalam campervan nih. Berpeluh nak parking benda alah ni, fuh!
Alhamdulillah kami selamat sampai di
Geraldine Holiday Park sebelum pukul 9 malam. Selesai pendaftaran, sekali lagi berpeluh nak parking campervan nih.
Malam tu, suhu dah turun bawah 2'c dah. Ni tahap bercakap tak gerak mulut dah, punya la freezing!
Pekan Geraldine dah pun sunyi sepi masa tu. Baru pukul 9 malam je. Lepas tu kami berempat berlari-lari anak ke pekan Geraldine mencari makanan. malangnya semua kedai dah tutup. Akhirnya kami singgah kat satu stesen minyak ni dan beli maggi, roti dan jem. Itulah dinner kami malam tu.
Since malas nak menyemak dalam campervan tuh, kami masak & makan kat dalam dapur
holiday park ni je. Kemudahan memang lengkap dalam dapur ni. Gunakan lah apa sahaja alat dan perkakas yang tersedia. tapi sebelum pukul 10 malam la. Lepas tu, dapur akan dikunci dan akan dibuka semula pada pukul 7 pagi keesokan harinya. Untuk
maklumat lanjur mengenai
Geraldine Holiday park, klik
> HERE.
Lepas makan, kami mandi dan terus tidur! So, see u guys next time inshaAllah. Assalamualaikum !