Thursday, 12 November 2015

Memburu Daunan Luruh : A Guide to Seoul's Autumn Foliage


Orang kata di musim luruh, daun adalah bunga. For me, it's my favourite time of the year. The soothing weather, the colourful leaves and the cool fashion, semuanya cantik. Dan sudah menjadi kemestian saban tahun, Seoul menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan musim luruh.

Berikut merupakan beberapa destinasi menarik di sekitar kotaraya Seoul yang menjanjikan pemandangan musim luruh yang mempesonakan.


1. Namsan Tower (N Seoul Tower)

Puncak tertinggi di Seoul yang boleh dilihat dari kebanyakan lokasi di dalam kota metropolitan ini. Mula dibuka pada 15 Oktober 1980, bangunan telekomunikasi dan pemerhatian ini berketinggian 236 meter dan berdiri megah diatas gunung Namsan yang berketinggian 243 meter dari paras laut.

Observatory:
>> Waktu operasi: 10 pagi - 11 malam (ahad-jumaat), 10 pagi-12 tengah malam (sabtu)
>> Harga tiket: 9000 won (dewasa), 7000 won (kanak-kanak).

Cable car:
>> Waktu Operasi (cable car): 10 pagi-11 malam
>> Harga tiket (cable car): 8500 won (dewasa-roundtrip), 5500 won (kanak2-roundtrip), 6000 won (dewasa-one way), 3500 won (kanak2-one way).

How to get there:
>> Bas - ada 3 shuttle bus di beberapa stesen berbeza:-

1. Namsan Sunhwan Shuttle Bus No. 02: Chungmuro Station, Dongguk University Station
2. Namsan Sunhwan Shuttle Bus No. 03: Seoul Station, Itaewon Station, Hangangjin Station
3. Namsan Sunhwan Shuttle Bus No. 05: Myeong-dong Station, Chungmuro Station

>> Subway : Myeongdong station:- keluar melalui EXIT 3 dan terus ke kiri, anda akan jumpa 7Eleven. Teruskan berjalan disebelah kanan jalan dalam 10-15 minit. Anda akan jumpa stesen cable car di sebelah kanan jalan.

* sebagai alternatif, anda boleh terus berjalan dan mendaki ke puncak Namsan melalui scenic trail tanpa menaiki cable car.




2. Changdeokgung Palace

Salah satu dari 5 Grand Palaces of Seoul. It is the most well-preserved of all 5 palaces. Keindahan istana ini bukan sahaja terletak kepada ketinggian serta kehalusan seni binanya, tetapi juga kepada keindahan lanskap taman2 di perkarangan istana ini.

Secret Garden merupakan sebuah taman di bahagian belakang istana yang dibina khas untuk raja dan kerabatnya suatu ketika dahulu. Kini ia menjadi lokasi pilihan ramai untuk menikmati pemandangan musim luruh. Sebahagian dari pokok2 yang terdapat di dalam kawasan istana ini berusia lebih 300 tahun.

Waktu operasi:

> Feb-Mar, Sep-Oct : 9 pagi-6 petang
> Jun-Aug: 9 pagi-6.30 petang
> Nov-Jan: 9 pagi- 5.30 petang 

*ditutup pada hari isnin

Bayaran masuk (istana sahaja):

> Dewasa : 3000 won
> Kanak2 (bawah 18 tahun): 1500 won

Bayaran Masuk (Secret Garden sahaja):

> Dewasa : 5000 won
> Kanak2 : 2500 won

* Bermakna seorang dewasa harus membayar 8000 won untuk masuk ke istana dan Secret Garden

* Pelancong hanya dibenarkan masuk ke Secret Garden dengan guided tour sahaja. Terdapat 3 sesi untuk english tour iaitu 11.30 pagi, 1.30 tengahari dan 3.30 petang, 90 minit setiap tour (hanya 2 sesi dari bulan Nov-Jan; 11.30 pagi & 1.30 tengahari). Pelancong diberikan kebebasan untuk mengikut perkhidmatan english tour yang disediakan atau explore sendiri taman ini hanya selepas masuk ke dalam kawasan Secret Garden.

*Hanya 100 orang dibenarkan masuk dalam satu2 masa, 50 melalui online booking, 50 walk-in.

Intergrated Admission:

> Dengan tiket berharga 10000 won ini anda layak untuk masuk kedalam 4 istana iaitu Changdeokgung (termasuk Secret Garden), Gyeongbokgung, Deoksugung dan Changgyeonggung serta Jongmyo Shrine
> Tiket sah dalam masa sebulan dari tarikh pembelian.

How to get there (subway):

> Jongno 3 ga Station (Subway Line 1, 3 or 5) Exit 7
> Anguk Station (Seoul Subway Line 3), Exit 3





3. Gyeongbokgung Palace

Hands down, my favourite of all 5 palaces in Seoul. Ia merupakan istana utama semasa zaman dinasti Joseon dan dianggap paling grand dari kesemua 5 istana di Seoul. Berdiri megah di belakang istana ini ialah gunung Bugaksan yang berketinggian 342 meter.

Pastikan anda sampai ke taman di bahagian belakang istana. Terdapat sebuah pavilion di tengah2 tasik yang dikelilingi pohon maple yang rimbun, berlatarbelakangkan Bugaksan. Simply astonishing ! Gyeongbokgung immediately became my favourite thanks to this particular spot.

Waktu operasi:

> Jan-Feb: 9 pagi-5 petang
> Mac-May: 9 pagi-6 petang
> Jun-Aug: 9 pagi-6.30 petang
> Sep-Okt: 9pagi-6 petang
> Nov-Dec: 9 pagi-5 petang

*ditutup pada hari isnin

Bayaran masuk:

> Dewasa (19-64 tahun): 3,000 won
> Kanak2 (7-18 tahun): 1,500 won

How to get there: 

> Gyeongbokgung Palace Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5
> Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5), Exit 2




4. Seoul Forest

Destinasi yang jarang dijejaki pelancong. Boleh dikatakan agak underrated berbanding Nami Island. Personally, saya lebih prefer untuk ke taman ini dari Nami Island yang jauh dan pada kebanyakkan masanya sesak dengan pelancong.

Terdapat 5 taman di dalam kawasan Seoul Forest yang luas ini. Sejak dibuka pada tahun 2005, ia terus menjadi tumpuan masyarakat tempatan yang inginkan ketenangan, jauh dari kesibukan kota, sambil menikmati pemandangan yang tenang dan indah.

Seoul Forest kini dianggap sebagai salah satu dari premium city-park di Korea Selatan, setanding Hyde Park di London dan Central Park di New York.

How to get there: 

> Seoul Forest Station (Subway Bundang Line), Exit 3. ~5 minit berjalan kaki dari EXIT 3.





4. Samcheongdong

Dimana tradisi dan moden bertembung. Terdapat banyak rumah2 tradisional Korea (dipanggil Hanok) di sepanjang jalan2 di kawasan ini diselang-seli oleh restoren, kedai dan kafe moden. Kalau anda sukakan pohon ginkgo keemasan, it is the perfect place for you. Kiri-kanan jalan dihiasi pohon2 ginkgo rendang yang memukau.

How to get there:

> Gyeongbokgung Subway Station (Line 3), EXIT 5, anda akan terus jumpa pintu masuk ke Gyeongbokgung (pintu gerbang sebelah kiri istana)
> Masuk ke dalam kawasan istana Gyeongbokgung kemudian keluar melalui pintu utama.
> belok ke kiri selepas keluar dari pintu utama Gyeongbokgung dan berjalan menyusuri dinding istana sehingga anda bertemu simpang pertama di sebelah kiri. Masuk ke simpang tersebut dan berjalan lebih kurang 10-15 minit, anda akan sampai ke Samcheongdong. Good luck !




5.Songpa Naru Park - Seokchan Lake

Seokchan Lake terletak dibelakang Lotte World Theme Park di daerah Songpa. Sebuah taman telah dibina mengelilingi tasik tersebut dan dikenali sebagai Songpa Naru Park. Kalau anda ke Lotte World, jangan lupa singgah sebentar di taman ini untuk menyaksikan keindahan musim luruh.

How to get there:

> Jamsil Station (Seoul Subway Line 2), Exit 2 or 3. 
> Entrance ke Songpa Naru Park terletak lebih kurang 200-300 meter dari subway EXIT tersebut.




6. Ewha Womans University (EWU)

EWU merupakan institusi pendidikan wanita pertama di Korea yang dibina pada tahun 1886. Ia juga merupakan institusi pendidikan wanita terbesar didunia. Pada hari ini, ia tersenarai sebagai salah satu dari beberapa universiti paling berprestij di Korea.

Lanskap taman2 di sekeliling kawasan universiti ini sangat cantik terutama semasa musim luruh ketika daun bertukar pelbagai warna. Bukan itu sahaja, kawasan disekitar universiti ini merupakan pusat membeli-belah yang popular di Seoul terutama dikalangan gadis2 dan wanita.

A highly recommended place to enjoy autumn foliage.

How to get there:

> Ewha Womans University Station (Subway Line 2), EXIT 2 & 3. Anda akan melalui deretan kedai, restoren, salon, cafe dan butik sepanjang jalan sebelum sampai ke uiversiti ini (500 meter dari subway station).




7. Haneul Sky Park

Sesuatu yang unik dan berbeza dari kebiasaan musim luruh. Disini anda tidak akan menemui daun maple kemerahan mahupun daun ginkgo kekuningan. Sebaliknya, keseluruhan kawasan taman ini dipenuhi sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Eulalia (Silver grass).

Haneul Sky Park merupakan salah satu dari beberapa taman yang mengelilingi Seoul World Cup Stadium. Sekiranya anda berada di Seoul dalam bulan Oktober, jangan lupa untuk melawat taman ini dimana berlansungnya Seoul Eulalia Festival sepanjang bulan tersebut.

How to get here:

> World Cup Stadium Station (Subway Line 6) Exit 1.
> Anda boleh menaiki bas (Blue bus no 171, 271 & 571; Green Bus no 7011, 7013 & 7715) atau berjalan kaki (~10 minit) untuk ke Sky Park.






Monday, 2 November 2015

5 Khazanah Alam Tersembunyi di Sumatera Utara


Tidak dinafikan, Danau Toba merupakan destinasi pelancongan paling popular di Sumatera Utara. Kira tempat wajib bagi rakyat Malaysia kalau jejak tanah Medan. Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang masih kurang diterokai di daerah ini? Berikut merupakan 5 destinasi wajib pergi di Sumatera Utara bagi pencinta alam dan fotografi.


1. Bukit Kapur : Kawah Putih Tinggi Raja

Terletak di Desa Dolok Tinggi Raja, Bukit Kapur tersembunyi di tengah hutan belantara di daerah Simalungun. Perjalanan ke sini sangat mencabar dengan keadaan jalan yang berbukit, tidak berturap dan berlubang. Walaupun jaraknya hanya 90 km dari kota Medan, perjalanan boleh mengambil masa sehingga 4-5 jam.

Kawasan hutan simpan seluas 176 hektar ini masih terpelihara dengan baik serta bebas dari sebarang aktiviti perhutanan. Siapa sangka jauh didalam kawasan hutan ini tersembunyi satu khazah alam yang 'rare'.

Terdapat kawah seluas 4 hektar yang mengeluarkan wap dan air panas dengan teres batu kapur seperti yang dijumpai di Pamukkale, Turki. Ia dikenali sebagai Kawah Putih Tinggi Raja. Kepanasan air kawah berwarna biru ini mencecah sehingga 90 darjah selsius. Awas ! Jangan sampai terjatuh kedalam kolam kerana keterujaan melampau.




2. Pulau Tulas, Danau Toba

Pulau kecil di dalam kawasan Danau Toba ini jarang sekali menjadi tumpuan pelancong kerana tidak ramai yang mengetahui kedudukannya yang tersembunyi. Keindahan panorama yang memukau dari atas bukit membuatkan kami leka melayan perasaan.

Padi yang menghijau dan air tasik kebiruan mampu membuatkan anda lupa segala beban dan tekanan yang ditinggalkan di tanah air tercinta. Pastikan anda memilih tourist guide yang mahir selok-belok Danau Toba dan kawasan disekitarnya bagi mengelakkan tempat2 'mainstream' dan sebaliknya menjelajah tempat2 'rare' sebegini.



3. Teletubbies Hills, Danau Toba

Seperti menyaksikan fiords di New Zealand dan Norway. Sungguh, tak disangka terdapat pemandangan sebegini indah di bumi Indonesia. Untuk seketika, saya duduk di satu sudut bukit, kamera diketepikan, dan hilang dalam kelekaan, menyaksikan kebesaran alam ciptaan Tuhan.

Teletubbies Hills bukanlah nama rasmi atau nama sebenar tempat ni. Sebaliknya, nama tersebut diberikan oleh tourist guide kami yang kononnya menemui tempat ni. Dia ni rajin meneroka bukit bukau disekeliling Danau Toba dan telah menjumpai 2 kawasan berbukit yang dinamakan Teletubbies Hill Part 1 & Part 2.


>> Teletubbies Hill (Part 1):



>> Teletubbies Hills (Part 2):



4. Efrata Waterfall

Salah satu dari berbelas dan mungkin berpuluh air terjun di Sumatera Utara. Berketinggian 26 meter dengan lebar 10 meter, air terjun ini boleh dilihat dari atas Menara Tele. Ia terletak di Desa Sosor Dolok, kira-kira 20 km dari pusat bandar Samosir.

Efrata dalam bahasa Batak bermaksud air terjun. Jangan risau untuk mandi manda disini sebab airnya cetek dan selamat.




5. Gunung Sibayak

Gunung berapi jenis stratovolcano yang masih aktif ini terletak berhampiran dengan pekan Berastagi. Ia berketinggian 2212 meter dari paras laut. Sudah lebih sekurun semenjak letusan terakhir Gunung Sibayak dan sehingga kini, aktiviti geoterma diatas puncaknya masih sangat aktif, menghasilkan wap air panas. Terdapat kolam air panas yang hampir kering diatas puncak gunung ini.

Selain melihat pemandangan matahari terbit, pendaki gunung juga datang kesini untuk menyaksikan letusan gunung berapi aktif dari Gunung Sinabung yang berhampiran.




Sekian. harap perkongsian ringkas ini bermanfaat kepada semua pembaca. Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum !


Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...