Monday, 25 August 2014

The Spices Of India : Day 3 (22022014)



Assalamualaikum & Namaste !

Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat sekalian. Semoga amalan yang kita kerjakan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah. Semoga kita dapat terus beristiqamah dalam mengerjakan amal kebajikan, amin.

*** Mood rindu ketupat daun palas...

Lama Kancil berehat untuk memberi laluan kepada Ramadhan Al-kareem. Jom le sambung ceritera di bumi kari ni. Tak tahu la bila nak siap kalau asyik bertangguh-tangguh je. Jom !

Misi kami hari ni nak main ski !

Fuyyyooo ! Ni kompem tertonggeng kejap lagi ni, hihi !


Shafik test power...


Jadi asikrim lagi pagi tu walaupun dah menyorok dalam selimut bertingkek-tingkek. Nasib baik pembantu rumah ni datang awal pagi dan panaskan heater klasik tu. Jakun pulak tengok dia hidupkan api dalam tank tu.

Sementara tunggu breakfast, lepak kat luar houseboat kejap sambil layan suasana pagi tasik. Damai sungguh keadaan sekeliling tasik dikala dinihari.

Terketar-ketar tangan snap gambar sambil lap hingus yang meleleh tak henti-henti dari lobang hidung.


Ketenangan.

Kedamaian.

Kesentosaan.

Kubu lama atas bukit yang dikawal askar.

Houseboat di seberang tasik

Kawanan itik yang tak memahami erti kesejukan.

Pepohon togel di pesisir tasik.

Dah ada yang bersampan di pagi hari. Keluar mencari rezeki agaknya.

Jiran sebelah houseboat. Tidur lagi agaknya.

Ni tuan punya houseboat kot. Senyum sokmo !


Breakfast kami pagi tu omelette, roti bakar dan teh saffron yang menggiankan. Sebenarnya segan jugak nak mintak macam2. Malam tadi Farouk dah tanya nak makan apa untuk breakfast. Ikutkan hati nak je order nasi briyani lagi (hihi), tapi tak sampai hati. Terpaksa pulak diorang ni bangun awal-awal pagi nak masak briyani.

Kesian pulak tengok Farouk ni. Gigih bekerja mencari rezeki. Concern sangat pasal keselesaan kami. Pagi-pagi dah datang jenguk kami, tanya sejuk ke tak, water heater berfungsi ke tak, ada apa2 lagi yang kami nak request tak. Padahal masa dok sibuk tangkap gambar tadi, saya nampak dia jalan masuk houseboat berkaki ayam je. Tanya dia tak sejuk ke? Dia cakap dah biasa. Tapi tengok macam nak frostbite dah kaki tu. Biru semacam je. Agaknya masa kami nyenyak tidur beralaskan tilam empuk dengan selimut bertingkek-tingkek, dia tidur kat mana la.

Hari ni, uncle Nabi yang akan bawa kami ke Gulmarg. Ajaz bawak kawan delhi dia jalan2 sekitar Srinagar. Sempat berborak dengan diorang bertiga depan heater kat ruang tamu lepas breakfast. Pelik diorang kenapa kami stay 2 malam je di Kashmir. Kebiasaannya tourist akan stay paling kurang 5-6 hari. Banyak tempat nak cover. 2 hari macam cicah lantai je katanya.

Diorang siap suruh skip Agra lagi sebab katanya Agra memang tak best. Kalau tak kerana Taj Mahal, mungkin takde orang pun nak pergi Agra. Hmmmm, curious sungguh keadaan di Agra sampai rakyat tempatan sendiri pun tak berminat nak pergi sana.

Anyway, cuti memang singkat. Dan kalau tak pergi Taj Mahal, seolah-olahnya kami tak menjejakkan kaki ke bumi India lagi sebab itulah ikon utama negara ni. InshaAllah kalau ada rezeki boleh datang Kashmir lagi untuk cover tempat2 lain yang belum sempat dijejaki.


Fefeeling Mohabbatein.

3 undoubtedly handsome gentlemen, kekekeh.



Puas cari glove dalam beg tapi tak jumpa. Aiseh, frostbite nanti kalau keluar rumah tak pakai glove. Terpaksa mengemis dengan uncle Nabi. Nasib dia ada extra glove. Tak cukup dengan tu, dia kasik jugak poncho tradisional Kashmir untuk tambah penebat haba. Bertuahnya dapat pakai poncho tu, nguahaha.

Gulmarg terletak lebih kurang 50 km dari bandar Srinagar. Ada 2 tourist attraction paling utama di Gulmarg iaitu Gondola Ride dan Ski. Gondola yang dimaksudkan di sini bukan yang macam kat Venice tu ye. Yang ni cable car macam kat Langkawi tapi dipanggil 'gondola'.

Gulmarg diberikan gelaran " heartland of winter sport in India " oleh CNN dah dipilih sebagai salah satu dari 10 destinasi ski terbaik di Asia. Dahsyat tu.

Lagi dahsyat, Lonely Planet menyenaraikan Kashmir sebagai salah satu dari "10 weird locations for winter sport in the world" selain Hawaii, Chile, Lebanon, Morocco dan sebagainya.

Selain menjadi tumpuan pelancong semasa musim sejuk, Gulmarg juga merupakan destinasi pelancongan popular semasa musim panas untuk aktiviti hiking dan camping di lembah-lembah dan kawasan pergunungannya. Gulmarg itu sendiri membawa maksud " Meadow of Flowers ".


Summer in Gulmarg.


Ingat lagi cerita Bobby? Alaaa citer hindustan yang popular zaman 70-an tu. Yang Rishi Kapoor berkejar-kejaran dengan Dimple Kapadia atas bukit tu. Haaa, yang tu shoot kat Gulmarg. Cantik kan?

Pukul 9.45 pagi, kami bertolak ke Gulmarg Ski resort dengan menaiki van. Hujan mula turun rintik-rintik. Sejuk tahap gaban. Nasib ada heater dalam van. Disebabkan keadaan suhu yang sangat extreme, sel-sel otak tak mampu berfungsi dengan efisien. Akibatnya, berhibernasi macam panda sepanjang perjalanan. Zzzzzzzzzzzzzzz...


Salji dah muncul.

Perkampungan di lembah gunung yang diselimuti salju.



Sedar-sedar je dah sampai satu destinasi ni yang sangat snowy. Kami kena tukar kenderaan kat sini sebab kapasiti van sampai paras ni je. Kena naik jeep yang ade snow chain untuk meneruskan perjalanan berliku ke Gulmarg Resort. Sebelum tu uncle Nabi bawak kami ke satu kedai untuk dapatkan peralatan musim sejuk macam wintercoat, boot dan glove.

Kami diperkenalkan dengan Mr Gula Muhamad, orang yang akan jadi guide kami nanti. Uncle Nabi akan stay dekat Gulmarg Resort je. Naik Gondola dan main ski Mr Gula yang uruskan.




Semua barang-barang kat kedai ni untuk sewaan pelancong. Koleksi wintercoat kat sini macam dah berzaman je, semua lusuh dan usang. Pikir banyak kali nak pakai ke tak. Pushy pulak pekerja-pekerja kedai ni suruh kami pakai jugak baju-baju tu.

Tanya uncle Nabi perlu ke kami pakai semua peralatan tu. Dia cakap baik pakai. Kat atas sana lagi sejuk. Baju kami ni kalau sekadar nak jalan2 makan angin boleh le. Takut tak tahan nanti. Maklum la masing-masing kulit sawo matang. Panas khatulistiwa mampu la tahan. Pakai pulak trench coat H.E by Mango. Salji  tebal seinci je dah meresap sejuk sampai ke sumsum tulang. Kakakaka.





Bulan Disember sampai March merupakan peak season untuk sukan musim salji di Gulmarg. Expectedly masa ni akan ada ramai pelancong luar yang datang untuk bermain ski. Perjalanan ke Gulmarg Resort agak makan masa sebab jalan jam. Penuh jeep atas jalan hari tu. 

Sambil2 tu dengar Mr Gula berceloteh untuk hilangkan kebosanan. Dia cakap dia akan uruskan semua untuk kami dan cuba dapatkan harga yang paling berpatutan. Uncle Nabi dah pesan kat dia untuk jaga kami macam anak sendiri. 

Alhamdulillah sampai dengan selamatnya di Gulmarg resort. Semakin lama semakin lebat salji turun. Jarak antara tempat parking jeep dengan Gondola Ride dalam 1.5 km. Ada dua pilihan, sama ada nak jalan kaki, atau naik sledge




Kami bertiga sepakat nak naik sledge. Dibimbangi kalau jalan kaki, belum sempat sampai gondola ride dah jadi ice sculpture kat tengah jalan, huahaha. Masa kecik dulu tengok Santa Claus je naik sledge, sekarang dapat rasa sendiri, yeeeeha !

Vroom vroom ala kazam.... sledge memecut laju !

Dahsyat betul penarik-penarik sledge ni. Kalau tarik kami yang saiz Asia ni kira ok lagi. Kalau kena tarik mat-mat saleh yang obese macam mana? Tak tercabut ke sendi bahu tu?

Demi sesuap nasi...

Kesian dengan diorang. Kena berebut-rebut pelancong satu hal. Bukan nya ada sistem untuk distribute jumlah  pelancong sama rata. Hasil pendapatan pulak bergantung sepenuhnya kepada ihsan pelancong yang ditarik. Tiada fix fare untuk naik sledge ni. Bayar jelah berapa korang rasa nak bayar. Tepuk poket tanya wallet.


Macam tu dia tarik. Yang pakai baju 'Astore' tu Azuan. Nampak steady je.

Picturesque !



Pemandangan di kiri kanan jalan sangat cantik . Kelihatan banyak resort-resort baru dalam proses pembinaan. Industri pelancongan sekarang ni antara penyumbang terbesar kepada pendapatan penduduk Kashmir.

Pengalaman naik sledge memang thor-baik ! Ada part yang turun bukit tu penarik sledge tolak je sledge dan menyelit duduk sekali, menggelonsor sama-sama. Syok giler macam roller coaster pun ada. Buktinya, tengok muka Azuan tu. Macam budak baru dapat hadiah robot kan, kekeke... Muka Kancil still kena blur. Tak konpiden nak tunjuk jerawat batu tengah masak ranum kat dagu sebelah kiri.

*pengsan...low self-esteem.




Gulmarg Gondola merupakan perkhidmatan kereta kabel kedua tertinggi di dunia, tertinggi dan terpanjang di benua Asia. Ia dibina hasil usaha sama kerajaan Jammu & Kashmir dengan sebuah syarikat Perancis bernama Pomagalski. Proses pembinaan kereta kabel ni dibahagikan kepada 2 fasa.

Fasa pertama menyambungkan Gulmarg Resort (2600 meter dari aras laut) dengan Kongdoori station (3090 meter dari aras laut). Fasa kedua menyambungkan Kongdoori station dengan Kondoori Mountain (3747 meter dari aras laut).

Perjalanan dari Gulmarg resort ke Kongdoori station mengambil masa 5 minit je. Satu kabin boleh memuatkan 6 penumpang pada satu masa. Agak selesa keadaan dalam kabin mungkin sebab kami berempat je.

Mr Gula cakap, masa musim panas bunga-bungaan tumbuh liar di lereng-lereng bukit menjadikan pemandangan mempesonakan . Ni macam ayat nak umpan kami datang sini lagi je. Hehe. Dia ni sebenarnya agen untuk satu travel agency dari Malaysia. Ada dia tunjuk kad tapi tak ingat nama travel agency tu apa.






Alhamdulillah kami selamat sampai di Kangdoori station. Dipendekkan cerita, kami dipertemukan dengan trainer dan dibekalkan dengan kelengkapan untuk bermain ski. Setelah sesi ringkas tutorial cara-cara bermain ski, kami meluncur laju menuruni cerun-cerun gunung dengan penuh keyakinan.

Ok tu bohong !

Baru meluncur 2 meter dah tertonggeng. Dan tertonggeng lagi, dan lagi dan lagi.

Ok tu pun bohong !

Ada la jatuh sekali dua, tu pun sebab clash sesama sendiri atau dengan skiers lain. Surprisingly not as difficult as I had imagined it to be (mood bongkak, ngehngeh). Mungkin kami ada bakat semulajadi untuk jadi professional skiers (padahal punggung dah lebam jatuh terjelopok macam nangka busuk).

Jom layan gambar !


# Tutorial 1

# Tutorial 2

# Test power 1

# Test power 2

# Test power 3

Mengumpul keyakinan.

Mengorak langkah.

Berdaya saing (?).

Tersungkur... Ceitt ! Kurang ajar siapa yang snap gambar ni.

Ski berirama.

Ke garisan.

Sedia.

Mula ! Nguahaha...


Kawasan ski ni dipanggil Khilanmarg merupakan sebuah lembah kecil di kawasan pergunungan. Tempat yang sangat strategik untuk bermain ski terutamanya untuk beginner macam kami kerana keadaan muka bumi yang agak landai dan tidak terlalu curam. 

Itupun banyak kali trainer tu panggil jangan main jauh-jauh sebab keadaan cuaca kurang baik. Kabus yang agak tebal menghadkan jarak pandangan mata. Kalau hilang dalam ramai tu memang susah nak cari. Jadi snowman la jawabnye.


 Khilangmarg : Summer

Khilangmarg : Summer


Kabus makin lama makin tebal. Tiada had masa berapa lama nak main so Mr Gula lepaskan kami bermain sampai puas. Tapi memandangkan keadaan cuaca tak mengizinkan, kami terpaksa turun semula ke Gulmarg resort sementara gondola masih berfungsi. 

Puas jugak main ski sebenarnya, sampai perit celah kelangkang. Ada la dekat 2 jam kat Khilanmarg ni. Mana nak dapat peluang bermain ski sepuas-puasnya macam ni dengan harga yang murah. Berakhirnya sesi meluncur ski ni bermakna lengkaplah misi utama kami datang ke Kashmir. 

Syukur yang tidak terhingga kepada Allah yang Maha Esa yang telah memudahkan segala urusan kami. Alhamdulillah.


I did it my way...

Ni macam professional photographer je, bukan skier... kekekeh.

Kadang-kadang nampak professional skier meluncur turun bukit.

Back to the Gulmarg resort.

Salji kian menebal.



Perjalanan pulang ke parking area di Gulmarg resort penuh dengan drama. Salji turun sangat lebat sampai basah kuyup. Penarik sledge agak reckless kali ni. Mungkin sebab bimbang dengan keadaan cuaca, sledge dipecut laju sampai tercampak Kancil dari sledge tu. Penarik sledge Azuan lagi dahsyat. Entah berapa kali hentam belakang saya. Keras kot kayu sledge tu.

Dalam keadaan tergesa-gesa tu, beberapa kali brek emergency untuk memberi laluan kepada kenderaan berat yang lalu-lalang. Sekali tu masa brek emergency, penarik sledge Azuan terlajak sikit. Kali ni dia tak hentam tulang belakang, tapi besi bucu sledge tu melanggar lutut lalu mencarik jeans kesayanganku.

Waaaaaa.... there goes my 10 year old jeans. Ceitttt !

Penarik sledge macam gembira sangat bila saya hulurkan upah. Mungkin jumlah yang saya kasik tu agak tinggi jika dibandingkan dengan upah yang biasa dia terima. Hakikatnya kalau convert kepada ringgit Malaysia jumlah tu macam sikit je. Rasa macam kedekut sangat. Tapi pada dia jumlah tu dah cukup untuk beli makanan untuk anak isteri di rumah agaknya. Sayu nya...

Harga untuk Gondola ride dan main ski hari ni jumlahnya INR 6000 = RM 313.80 untuk 3 orang (tidak termasuk upah sledge). So lebih kurang RM 105/pax. Not bad haa...

Harga sewaan wintercoat, boot dan glove tu INR 600 untuk 3 orang.




Kami singgah sebentar di sebuah restoren untuk lunch dalam perjalanan pulang ke Srinagar. Kepenatan & kekenyangan, sekali lagi berhibernasi sepanjang perjalanan pulang. Sempat singgah sebentar di ladang Saffron yang kegersangan. Bulan oktober nanti akan keluar bunga-bunga ungu Saffron. Boleh bayangkan macam mana view ladang ni masa tu?


Ladang saffron yang sepi.


SAFFRON in october.





SubhanAllah indahnya senja di bumi Kashmir. Destinasi terakhir kami sebelum pulang ke houseboat ialah sebuah kedai karpet. Apa? Ni rombongan makcik-makcik ke hape? Ngehngehngeh.

Kami ikut je uncle Nabi. Takde lah niat nak beli karpet. Sekadar na tengok pashmina je. Orang kata pashmina buatan Kashmir sangat halus dan berkualiti. Lepas dengar dongengan pemilik kedai pasal jenis-jenis pashmina yang ada, kami decide nak beli satu sorang. Hadiah untuk bonda tercinta.




Niat nak ringkaskan je entri ni tapi berjela-jela jugak panjang nya.

Di kesempatan ni saya nak menyeru semua pembaca  untuk terus mendoakan keselamatan saudara-saudara kita yang terus-menerus dianiaya dan ditindas di Gaza, Syria, Mesir, Burma, Afrika, Afghanistan, Pakistan dan di seluruh dunia. Takziah kepada waris penumpang pesawat MH17. MH370 jangan dilupakan.

Till we meet again. Thanks again for keep coming back to my blog. Sorry for the delayed update. Enjoy your weekend & Assalamualaikum.