Wednesday, 29 July 2015

The Spices Of India : Day 8 (27022014)



Assalamualaikum semua !

The Spices Of India sudah sampai ke entri penghabisan. Sedih jugak nak meninggalkan bumi kari ni walaupun lidah dah gatal nak menjamah nasi kerabu pasar malam Bandar Tun Razak. Macam mana homesick pun, setiap kali pengembaraan nak berakhir tetap rasa berat hati.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Delhi pada pagi 27 Februari 2014. Pemandangan sebelum sampai ke stesen keretapi memang tak boleh lupa. Rakyat jelata beratur tepi lantasan buat projek (mandi, kencing, berak etc), mempersiapkan diri dan anak2 untuk menunaikan tanggungjawab masing2. Even atas landasan keretapi pun ada orang tengah mencangkung berak.

Terus celik mata tak boleh sambung tidur lepas solat.

Penginapan kami untuk malam terakhir di bumi India adalah Hotel Ajanta yang terletak berhampiran dengan stesen keretapi New Delhi. Macam selalunya, lepas je keluar dari stesen, kami terus diserbu, digoda, ditarik dan dikerumuni oleh driver2 taxi dan auto.

Penat larikan diri dari diorang ni. Macam explorace rasanya. Nasib dapat bolos sebelum kena tarik masuk teksi.

Rupanya pemandangan sepanjang jalan ke hotel pun tak kurang 'meriahnya'. Lembu dan anjing merupakan sebahagian dari pengguna jalan raya yang menyebabkan kesesakan lalu-lintas. Yang kencing tepi jalan tak perlu dibilang dengan jari sebab memang tak cukup jari nak mengiranya. Goverment siap sediakan dinding batu untuk dipancut lagi. Open air je. Bau2 wap hancing menyapa segenap pelusuk bandar, 'segar dari ladang'.

Hurmmmp...

Alhamdullillah, Hotel Ajanta ni sangat selesa. Ramai dah orang Malaysia yang menginap kat sini. Review ok sebab tu kami pilih sini, tak macam Airport Hotel Mayank Residency yang horror tu.

Lepas check in, kami order breakfast. Isi perut penuh2 sebelum jelajah satu Delhi sehari suntuk. Ni bilik untuk 2 orang so kami tambah satu katil bujang.




Dan seperti bandar-bandar lain, Delhi juga dipenuhi oleh tinggalan sejarah yang berselerakan diserata bandar. Kedudukan setiap historical site ni agak jauh antara satu sama lain so kena la naik public transport. The good thing is, ada metro kat Delhi. Kami utilise kemudahan metro ni semaksima mungkin, so takde la terlalu bergantung sangat dengan auto. Kurang sikit risiko kena ketuk dengan driver2 auto yang desperate.

Ada 5 tinggalan sejarah yang kami jejaki di Delhi ni iaitu Qutab Complex, Lotus Temple, Jama' Masjid, Red Fort dan India Gate.

First up, Qutab Complex yang terletak lebih kurang 15 km dari hotel Ajanta. Mudah je untuk ke Qutab Complex ni. Kami berjalan ke stesen metro yang terletak bersebelahan dengan stesen keretapi tadi, naik metro dan berhenti di stesen Qutab Minar. Dari sini, naik auto untuk ke Qutab Complex dalam 2 km.

Qutab complex merupakan monumen penting dalam sejarah ketamadunan Islam di rantau India, dibina semasa pemerintahan kesultanan Delhi. Ia telah pun diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Struktur paling penting (dan popular) dalam kompleks ni ialah Qutab Minar, iaitu minaret setinggi 73 meter yang merupakan minaret batu-bata tertinggi di dunia. Jom masuk !


Qutab Minar


Minaret 5 tingkat ini berbentuk kon dengan diameter tapak seluas 14.32 meter dan diameter puncak seluas 2.75 meter. Ia dibina sebagai meraikan kejayaan kerajaan Islam Ghurid yang telah berjaya menawan kawasan utara India dari kerajaan Hindu Rajput yang merupakan kerajaan Hindu terakhir di Delhi.

Dinasti Ghurid merupakan kerajaan Islam yang memerintah kawasan timur Iran, Afghanistan dan Pakistan sekitar tahun 879 hingga tahun1215. Tentera Islam ketika itu diketuai oleh Muhammad Ghorid. Dan pembinaan Qutab Minar menandakan permulaan empayar kerajaan Islam di India. Pendek kata, Qutab Minar ni merupakan sebuah "Tower of Victory".

Pembinaan Qutab Minar (juga dieja Qutub, atau Qutb) bermula pada tahun 1192 sejurus selepas Islam berjaya menguasai kawasan utara India. Qutub-ud-din Aibak iaitu pewaris kepada Muhammad Ghorid merupakan Sultan pertama dalam dinasti Mamluk, iaitu dinasti pertama dari 5 dinasti dalam kesultanan Delhi.

Beliau mengarahkan pembinaan tapak Qutab Minar. Setelah tampuk pemerintahan bertukar, tingkat demi tingkat ditambah sehingga akhirnya menjadi 5 tingkat. Sedikit demi sedikit, struktur2 lain dalam kompleks ni juga ditambah satu persatu.

Monumen2 lain di dalam kompleks ini antaranya ialah Iron Pillar of Delhi, Masjid Quwwat-ul-Islam, Alai Darwaza, makam Iltutmish, Alai Minar, makam dan madrasah Ala-ud-din dan makam Imam Zamin.

Kita layan gambar close up Qutab Minar dulu boleh? Layanz !






Keistimewaan Qutab Minar terletak kepada kehalusan serta ketinggian senibina dan seni ukirnya. Seperti minaret2 lain di dunia, Qutab Minar berfungsi sebagai tempat mu'azzin melaungkan azan. Masjid  Quwwat-ul-Islam terletak bersebelahan dengan Qutab Minar diarah utara. Ia merupakan masjid pertama dibina di India.

Tingkat pertama Qutab Minar dibina semasa pemerintahan Qutub-ud-din Aibak. 3 tingkat seterusnya dibina semasa pemerintahan Iltutmush dan tingkat 5 ditambah oleh Firoz Shah Tughlak.

3 tingkat pertama dibina daripada batu pasir merah manakala tingkat 4 dan 5 daripada batu marmar dan batu pasir. Setiap tingkat dibahagikan oleh balkoni.

Perhatikan gambar2 kat atas tadi, yang begitu mengkagumkan adalah ketepatan bentuk menara berbunga yang simetri dan intricate, dihiasi pula dengan ukiran ayat-ayat suci al-Qur'an yang sungguh halus ukirannya. Bayangkan macam mana diorang buat tu? Serius kagum !

Qutab Minar merupakan contoh ketinggian senibina Islam. Ia mengaplikasikan konsep senibina dari Afghanistan yang merupakan asas kepada senibina Indo-Islamik.

Bahagian dalaman menara ini pula terdapat tangga berpusing sebanyak 379 anak tangga dari dasar sehingga ke puncak menara. Sebelum tahun 1981, pelancong dibenarkan untuk masuk ke dalam menara ni. Kejadian pada 4 Disember 1981 telah mendesak pihak kerajaan untuk menutup entry ke dalam Qutab Minar.

Semasa kejadian, seramai berpuluh-puluh pelawat, kebanyakkannya pelajar sekolah masih mendaki tangga untuk ke puncak minaret bila tiba2 bekalan elektrik terputus. Bayangkan anda berada dalam situasi tersebut, gelabah tak? Kawasan gelap dan sempit, orang dewasa pun cuak, ini kan pulak kanak2. Panic attack menjadi punca kecelaruan dan seterusnya mengakibatkan 45 jiwa terkorban.

Hmmm...

Qutab Minar ni sebenarnya tak la betol2 tegak vertically atas tanah tu. Ia condong sebanyak 60 cm dari garis tegak which is still considered berada dalam paras selamat.

Orait, panjang lebar pulak cerita pasal Qutab Minar. Kompleks ni boleh tahan luas jugak. Tak larat sebenarnya nak explore satu kompleks. Keterujaan tu dah berkurangan since dah hari last travel. Energy habis kat tempat lain. Apa kata layan gambar je okeh? Jom !


Sebahagian dari remnant masjid.

Lagi kesan tinggalan masjid Quwwat-ul-Islam.

Burung-burung bertenggek atas tinggalan sejarah (sambil tu perhatikan kehalusan ukiran binaan).

Ayat-ayat suci al-Qur'an yang menghiasi ukiran dinding.

Tiang-tiang masjid dengan ukiran yang sangat intricate.

Makam Alauddin Khilji #1.

Makam Alauddin Khilji #2.

Dari sudut lain : Qutab Minar, kubah masjid disebelah kanan menara dan ruins lain dalam kompleks.

Salah satu makam dalam Qutab Complex (tak ingat makam siapa).

Alai Minar setinggi 24.5 meter - pembinaannya terhenti selepas kematian Alauddin Khilji.


Boleh buat research tambahan kalau nak tahu lebih mendalam mengenai sejarah disebalik setiap binaan2 di sini. Qutab Minar Complex merupakan antara monumen paling popular dikalangan pelancong yang datang ke India. Malah, pada tahun 2006, ia mencatatkan jumlah pelancong paling ramai (3.9 juta orang) melebihi ikon negara India iaitu Taj Mahal (2.5 juta pelancong).

Anyway, siapa peminat cerita hindustan? Saya dulu zaman sekolah menengah layan la jugak filem2 hindustan especially lakonan Aamir Khan. Dia ni jenis yang berlakon 1-2 filem je setahun (sangat choosy) tapi setiap kali keluar filem mesti pecah panggung. Kebanyakkannya jadi highest-grossing film of all time. Filem berikutnya akan pecah rekod filem sebelumnya. 

Filem2 dia ni mostly ada storyline dan mesej yang kuat, tak seperti typical filem2 bollywood lain yang sinonim dengan kehidupan yang dlimpahi kemewahan dan hiburan berpanjangan (rumah agam besar, barang kemas liklap liklap, berpesta siang dan malam, berjoget atas keretapi etc.).

Sebagai contoh, dalam filem Taare Zameen Par, Aamir Khan jadi cikgu sekolah yang berjaya mengesan masalah pembelajaran seorang pelajar lelaki yang turned out to be dyslexic. Citer ni pernah tayang kat TV Malaysia sempena hari guru.

Filem 3 Idiots keluar masa saya final year kat universiti. Citer ni mengetengahkan sistem pendidikan konvensional di India yang terlalu mementingkan pencapaian pelajar lebih dari kefahaman dan penghayatan terhadap sesuatu ilmu itu sendiri (masalah yang sama dihadapi kebanyakkan negara2 membangun termasuk Malaysia). 3 kali pergi panggung tengok. Bersemangat terus nak study untuk final exam (sambil berangan-angan suatu hari nanti nak jejak kaki kat Ladakh, lokasi terakhir filem tu dirakamkan). Hihi.

Anyway, ada satu filem Aamir Khan tajuknya 'Fanaa' (heroin Kajol). Dah beberapa kali tayang kat TV Malaysia jugak. Aamir Khan jadi pemberontak dari Pakistan yang menyamar sebagai tourist guide di Delhi, dan Kajol pulak sebagai gadis muslim buta yang berasal dari bahagian India Kashmir. Si Kajol ni datang bercuti ke Delhi dengan sepupu dan kawan2 dia dan ditakdirkan tourist guide diorang adalah si Aamir Khan tu.

So banyak la tempat2 bersejarah yang diorang lawati di sekitar Delhi termasuklah Qutab Minar Complex ni. Dan particularly, ada satu scene lagu dalam kompleks ni dimana Aamir Khan cuba mengorat si gadis buta Kajol yang innocent. Bila teringat scene tu masa lalu celah-celah dinding runtuhan dimana adegan tersebut dirakamkan, tersenyum kambing sorang2, macam kajol tersipu-sipu dingorat, huahuargh...

Krik krik krik... Ngeee.. Abaikan !

Orait, destinasi seterusnya adalah Lotus Temple. Kami balik ke Qutub Minar Metro Station. Dari sini,naik metro towards ISBT Anand Vihar, turun di stesen Bhairav Temple. Kemudian jalan dalam 1 kilometer untuk ke Lotus Temple.




Cantik?

Lotus Temple ni merupakan salah satu dari Bahai House of Worship, siap dibina pada tahun 1986. Kedatangan kami bukanlah untuk melakukan sebarang perkara yang mampu merosakkan akidah, tapi sekadar nak tengok ketinggian senibina rumah ibadat ni je.

Sekali pandang tak ubah macam Sydney Opera House kan bumbung tu? Ada total 27 'kelopak bunga' yang disusun 3 tingkat, setiap tingkat ada 9 kelopak. Temple ni dah menang bermacam-macam anugerah diperingkat international contohnya Award for Excellence in Religious Art and Architecture, GlobArt Academy 2000 dan sebagainya.

Punyalah ramai nye umat manusia yang beratur nak masuk, sampai ke luar pagar. Sanggup depa berpanas-panasan dibawah terik mentari tu. Kami sekadar mengintai dari celah2 lubang pagar je. Lepas amik 5-6 keping gambar, kami bergerak ke destinasi yang berikutnya. Layan gambar dulu deh !


The Lotus Temple

kelopak2 bunga Bahai House of Worship.

Uikk,,,wayar elektrik berselerakkan. Dimanakah ini !!

Manusia dan kayu bergelimpangan. Kat mana ni Kancil oii ?!

Manusia dan besi bergelimpangan.



So kemana destinasi seterusnya? Nampak kubah putih dalam gambar kat atas ni? Ke mana lagi kalau bukan ke masjid. Atuk pakai kopiah dan kurta dalam gambar atas tu menyambut kedatangan kami ke Jama Masjid, iaitu masjid terbesar di bumi India.

Dari Lotus Temple tadi, kami jalan balik ke stesen Bhairav Temple. Dari sini, naik tren yang menuju ke Nehru Place Terminal, dan turun di stesen NSIC (1 stesen je). Kemudian tukar tren ke DDA Flats Kalkaji dan turun di stesen Jama Masjid (24 stops). Dari stesen metro, ken la jalan lebih kurang 700 meter untuk sampai ke Jama Masjid. Punyalah scary mary nye keadaan disepanjang jalan ke masjid ni. Gambar kat atas tu hanya sebahagian je dari 'kegerunan' yang sempat dirakam lensa kamera saya.


Eastern Gate.


Sedikit info mengenai Jama Masjid :-

Ia mula dibina pada tahun 1644 dan siap pada tahun 1656, merupakan masterpiece terakhir Shah Jahan selepas Taj Mahal di Agra dan Red Fort di Delhi. Ia dibina dengan kos 1 juta rupee, mempunyai 3 gate iaitu northern,  southern dan eastern gate. Hanya eastern gate sahaja yang ditutup semasa weekdays. Di bahagian barat pula merupakan masjid yang mempunyai 3 kubah dan 2 minaret setinggi 40 meter.

Ia dibina dengan menggunakan batu pasir dan marmar. Dataran diluar masjid mampu menempatkan seramai 25000 orang untuk satu-satu masa menjadikannya masjid terbesar di negara ini. Korang boleh tengok kemeriahan iftar dan solat sunat aidilfitri di masjid ni setiap tahun di youtube. Memang mengkagumkan !

Bahagian dalaman masjid dihiasi dengan seni kaligrafi Islam yang sangat halus ukirannya. Masjid ni dirasmikan oleh Imam Bukhari, seorang alim ulama dari Bukhara, Uzbekistan yang dijemput khas oleh Shah Jahan pada 23 Julai 1656.

Jom layan gambar lagi !


Ruangan solat, mihrab dan ukiran dinding.

Tempat wuduk di dataran, menghadap eastern gate.

Entrance arch,

Para muslimin mengambil wuduk.

Shafik di depan masjid.

Kanak-kanak comel datang berkujung ke rumah Allah.

Muslimah.


Sila pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat kalau nak masuk. Bagi yang lelaki kalau seluar tak cukup inci boleh dapatkan kain pelikat di pintu masuk masjid. Kaum hawa ada jubah yang disediakan untuk para pelancong.

Kami solat jama zohor-asar disini sebelum bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Red Fort yang terletak tak berapa jauh dari Jama Masjid (boleh nampak dari dataran masjid). Tapi sebelum tu, kami isi perut dulu.

Ada satu restoren yang femes kat sini iaitu Karim's restaurant. Restoren ni dah wujud sejak tahun 1913 lagi dan telah dipilih oleh majalah TIME sebagai salah sebuah restoren terbaik di Asia (gempak weh !). Ia menyajikan hidangan-hidangan klasik mughal, hasil turun-temurun resepi dapur istana. Since Shafik sangat2 lah mengidam nak makan nasik beriani kat sini, kami singgah la sekejap.

Pastikan anda keluar melalui southern gate sebab kedai ni terletak di street di luar southern gate.  Senang je nak cari, cuma kena bersesak2 sikit la denga rakyat marhaen.


Kanan kiri semua Karim's yang punya.

Cawangan.

Chandni Chowk.


Kekenyangan, kami ke Red Fort dengan menaiki auto. Initially plan nak jalan2 kat Chandni Chowk sekejap, tapi lepas melihat realiti shopping street tu, terus terpadam niat nak cari kain saree yang cantik & murah. Chandni Chowk ni merupakan shopping strict paling lama dan sibuk di Delhi. Ia dibina semasa zaman pemerintahan Shah Jahan.

Dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham tu kemain cantik lagi Chandni Chowk ni (tempat Kajol tinggal). Realiti nya, seram sejuk nak langkah kaki masuk ke street ni. Lagi scary dari jalan nak ke Jama Masjid tadi. Detail nya tak perlu lah saya ceritakan disini ye. Cuma sebagai pesanan, kalau korang betul2 nak masuk bershopping disini, jaga diri.

Orait, dah sampai pun Red Fort. Dah berapa banyak fort dah kami singgahi ni? Masuk pun sekadar cukupkan syarat je. Anyway, Red Fort ni merupakan monumen bersejarah paling besar di Delhi. Ia telah diwartakan sebagai Tapak warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2007.

Red Fort mula dibina pada tahun 1638 atas arahan Shah Jahan yang pada ketika itu memutuskan untuk memindah pusat pemerintahan empayar Mughal dari Agra ke Delhi. Ia siap dibina pada tahun 1648. Arkitek yang bertanggungjawab membuat design Red Fort ni merupakan arkitek yang sama dalam pembinaan Taj Mahal, iaitu Ustad Ahmad Lauhari.

Roughly, senibina monumen ni lebih kurang je macam binaan2 lain yang dah kami lawati dalam masa 8 hari di India ni. Campuran senibina dan ukir Mughal Islam, Hindu dan Indo-Islamik. Ada istana, taman bunga, dan pavilion.

Yang special pasal Red Fort ni, ia merupakan lokasi penting semasa sambutan hari kemerdekaan negara India. Pada 15 Ogos setiap tahun, Perdana Menteri India akan menaikkan bendera negara di depan pintu masuk Red Fort, dan seterusnya menyampaikan ucapan.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Macam tu agaknya...


Dibina dengan batu pasir merah. Seban tu ia dipanggil "Red" Fort.

Bendera berkibar megah.

Dari sisi lain.

 UNESCO designated World Heritage Site.

 Macam lebih kurang je kan dengan Agra Fort?.

Kawasan shopping dalam Fort. Nasib sempat beli souvenir kat sini.

Diwan-I-Am #1

Diwan-I-Am #2

Pavilions.

 Rang Mahal : Palace of Colours

Hammam : Rumah mandi diraja.

Mentari jingga di ufuk barat.

Seronok Azuan 'menikmati' trafik dan bau-bauan di kota Delhi (cemas driver auto ni nak langgar lembu).



Dah nak maghrib pun by the time kami keluar dari Red Fort. Kami balik semula ke hotel untuk dinner + mandi + rehat. Ada 1 lagi monumen yang belum kami jejaki. One last monument sebelum berangkat pulang. Memang disengajakan untuk pergi malam hari sebab monumen ni takde pintu masuk. Anytime boleh lawat.

Ni soalan trivia terakhir untuk entri The Spices of India, mengenai destinasi terakhir kami di bumi kari ni :-

Dalam filem Maan lakonan Aamir Khan dan Manisha Koirala, selepas kembali ke Delhi dari percutian mewah Star Cruise (Singapura ke India), mereka berdua telah berjanji untuk berjumpa selepas 6 bulan di satu lokasi. Malangnya pada hari yang dijanjikan, Manisha Koirala telah terlibat dalam kemalangan. Aaamir Khan dengan setianya menunggu Manisha hingga ke lewat malam di lokasi tersebut dengan sejambak bunga (tragisnya....sob sob).

Soalannya, dimanakah lokasi tempat pertemuan mereka?

Haaa... mesti ramai yang tahu kan !


Nightlife di Delhi.



Cantik kan India Gate dikala malam hari? Itu pun ramai lagi rakyat marhaen yang datang berkunjung. Tak kasik peluang lansung kat tourist yang datang dari jauh ni. Loklaq !

India Gate merupakan sebuah tugu peringatan yang mula dibina pada tahun 1921 dan telah dirasmikan pada 12 februari 1931. Ia dibina bagi memperingati perajurit-perajurit yang terkorban dalam perang dunia pertama. Terdapat 13,300 nama perajurit yang telah diukir di dinding tugu tersebut.

Sekilas pandang, rupa bentuknya tak ubah macam Arc de Triompe kat Paris tu kan? Arkitek yang bertanggungjawab untuk buat design ni adalah Sir Edwin Lutyens, iaitu ketua arkitek di New Delhi masa tu. Mamat ni bukan calang2 orang tau. Beliau merupakan pakar dalam bidang design kubur2 dan monumen yang berkaitan dengan peperangan. Kat Europe je, ada 66 war memorial hasil tangan arkitek yang berasal dari London ni.

Orait, tak mau cerita panjang lebar, mari layan gambar lagi.





"TO THE DEAD OF THE INDIAN ARMIES WHO FELL HONOURED IN FRANCE AND FLANDERS MESOPOTAMIA AND PERSIA EAST AFRICA GALLIPOLI AND ELSEWHERE IN THE NEAR AND THE FAR-EAST AND IN SACRED MEMORY ALSO OF THOSE WHOSE NAMES ARE RECORDED AND WHO FELL IN INDIA OR THE NORTH-WEST FRONTIER AND DURING THE THIRD AFGHAN WAR"

(Ukiran di dinding monumen).




Dengan itu maka berakhirlah pengembaraan selama 8 hari kami di bumi India yang sangat luas ni. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana dengan kehendak dan keizinannya, misi kembara kami dapat disempurnakan.

Macam-macam pengalaman telah dilalui. Tentulah paling seronok bila bagitau kawan2 "we survived !!!"...haha. Walaupun serangan gastrik yang teruk di Agra hampir melumpuhkan keinginan untuk terus berkelana, Allah telah permudahkan segala urusan kami disana. Yela, at least tak kena cerry berry yang teruk sampai masuk spital kan. Kira survive la tu.

Ramai jugak yang PM saya di FB atau email pasal Kahsmir. InshaAllah kalau ada rezeki, ingin sekali lagi saya melawat Kashmir, pada musim bunga atau musim panas. Teringini nak berkuda di lereng2 gunung, hiking di Gulmarg dan naik pajero merentas lurah dan gunung untuk ke 'mini Tibet' iaitu Ladakh. Anyway since ramai yang bertanya, kat bawah ni saya sertakan maklumat Lily of Nageen Houseboat:


Ajaz Karnai (Managing Director)

Phone:
Office/Reservation: +91-1942-410350
Landline (Residence): +91 -194 242-3687
Mobile: +91-9796715959 (Ajaz Karnai)

Email:

Website:
http://www.srinagar-houseboat.com/


Atau boleh stalk FB Ajaz iaitu Ajaz Ul Nabi atau follow instagram @houseboatlilyofnageen.

OK. Rasanya dah sampai penghujung entri dah. Sebak pulak rasanya. Rindu kat Uncle Nabi sefamili (juga nasi beriani sedap dan teh safron yang harum semerbak tu !) . Sehingga berjumpa lagi dalam entri berikutnya (entri mana saya perlu buat pulak lepas ni ek?).

Till then, Assalamualaikum !

Selamat berpuasa 6 di bulan Shawal yang mulia.