Sunday, 10 May 2015

Europe Backpacking Trip : A Journey To Remember - Prelude



Assalamualaikum semua !!!


Maafkan Kancil kerana terlalu lama menyepi. Too much too handle, lalu Kancil lari ke bumi Eropah untuk menenangkan fikiran. Nak kata midlife crisis, umur belum pun masuk 3-series, baru 20-an, ngeheh.

Siapa yang tak berangan nak jejak kaki ke Europe? Semua kaki travel mesti bercita-cita nak jelajah benua Eropah, at least sekali seumur hidup kan. Saya pun macam tu jugak. Sejak mula travel kira-kira 2 tahun lepas, dah pasang angan. Mula buat plan, mula menabung, kumpul geng, survey tiket kapal terbang dan sebagainya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berlalu pergi, hasrat masih tak kesampaian.

Sampailah bulan Oktober tahun lepas, memang nekad nak sampai Eropah sebelum pertengahan tahun 2015 ni. Perkara pertama yang saya buat, kumpulkan geng dan creat whatsapp group khas untuk trip ni.


Palace of Westminster & the Big Ben (UK Parliament).


Geng kaki jalan, flight & pembahagian tugasan :

Dalam masa 2 tahun perancangan tu, banyak kali bertukar-tukar ahli jemaah. Akhirnya, 4 orang konpem join trip ni by October 2014. Langkah seterusnya, survey tiket flight.

Banyak faktor diambil kira dalam menentukan kapal terbang mana yang nak dipilih selain dari harga tiket. Memandangkan perjalanan yang jauh, faktor keselesaan sangat diberikan keutamaan. Kalau sakit-sakit badan lepas keluar kabin, macam mana nak pikul backpack?.

Selain tu, untuk fit itinerary, kami pilih multicity flight. Landing di London dan balik dari Paris. Kalau pilih return tiket dari salah satu bandar, rugi duit beli return tiket Eurostar London-Paris. Dengan multicity flight, kami hanya perlu naik Eurostar sekali je. Kat situ je dah save banyak.

Pening jugak nak pilih syarikat penerbangan yang sesuai. Kebanyakkannya harga melebihi RM3000. Eventually, we settled with Qatar Airways. Ni syarikat penerbangan yang dah menang banyak anugerah termasuk The Best Airlines Award. Dan, harga tiket multicity KL >>> London + Paris >>> KL yang kami dapat adalah RM2500+.

Ada lagi yang murah masa tu macam Vietnam Airlines, tapi dengan Qatar Airways, we got comfort and the best service. No regrets !

Bertolak dari KLIA pada 18 April pukul 3 pagi, tiba di London Heathrow Airport pada pukul 1.15 tengahari. Berangkat pulang dari Paris Charles De Gaulle Airport pada 3 May pukul 10 pagi dan tiba di KLIA pada 4 May, 8.25 pagi.

Disaat-saat akhir, kawan Fuad, Aimi nak join trip ni, dari Amsterdam sampai Interlaken. London & Paris dia tak join. Dia naik Emirates dari KL ke Amsterdam dan jumpa kami disana.

Orait ! Flight settle. Siapa punya tugas untuk beli tiket flight? >>>>> Azuan.

Azuan jugak in charge of transportation antara bandar. Fuad in charge entrance tickets, Hafiz in charge accommodation dan saya in charge itinerary.


Operating windmill in Zaanse Schans Village, Zaandjik, North Holland.


Itinerary

London > Brussels > Amsterdam > Cologne > Prague > Vienna > Venice > Milan > Arth Goldau > Lucerne > Bern > Interlaken > Basel > Paris.

Kami ada 14 hari setengah untuk cover semua bandar-bandar ni. Ye, sangat ambitious. Selalunya orang akan cover Western dan Eastern Europe separately, atau kalau nak cover banyak bandar lagi, travel lebih lama, paling kurang sebulan.

Tak mampu nak cuti lama-lama. Cuti tahunan terbatas, baki akaun bank pun semakin menipis. Untuk datang kali ke dua ke Eropah mungkin ambil masa lagi beberapa tahun. So alang-alang jejak kaki, cover semampu mungkin sementara jasad masih gagah memikul backpack. Bila dah masuk usia 30-an mungkin dah slow down. Dah masuk 40-an bawak beg beroda je lah.

Anyway, Brussels, Cologne, Arth Goldau dan Basel hanya sekadar transit. Milan hanya tempat beristirehat untuk semalamam. Plan asal untuk ke Berlin tapi bila susun balik itinerary, impossible untuk dijayakan so Berlin terpaksa disingkirkan. Sedih...

Tumbuh sehelai 2 uban untuk siapkan itinerary Europe ni. Punya lah challenging. Berapa banyak masa diperuntukkan untuk buat research dan sebagainya. Nasib baik berbaloi. Itinerary siap 2 minggu sebelum trip, hihi.


Schonbrunn Palace, Vienna


Transportation:

Ada beberapa cara untuk travel di Eropah >>> Bas, keretapi, kapal terbang tambang murah atau sewa kereta dan drive sendiri.

Bas awal-awal lagi dah terkeluar dari senarai. Of course sangat menjimatkan, tapi sangat time-consuming. Berbelas-belas jam perjalanan, pengunaan toilet yang terhad, ruang yang sempit untuk kemudahan beribadah dan sebagainya. Tak mungkin dapat cover semua bandar-bandar tu dalam masa yang singkat. Habis masa dalam perjalanan je.

Cheap flight tu mula-mula macam okay. tapi bila dikaji balik, tak menguntungkan jugak. Kalau tempah awal, memang boleh dapat yang murah. Dan flight dapat menjimatkan banyak masa. Tapi, kebanyakan airport untuk cheap flight di Europe terletak di luar kawasan bandar, mostly outskirts.

Bila kira-kira balik kos tambahan untuk ke airport setiap kali turun naik flight, nak kena check in check out baggage, kemungkinan flight ditunda dan dibatalkan, all that fuss, hmmm,,,,,, tak berbaloi. So cheap flight pon out !

Drive sendiri? Macam seronok je. Drive at your own pace, no rush. Boleh berhenti tepi jalan bila-bila rasa nak bergambar atau nak berpiknik tepi tasik. Cool kan? Yeke boleh berhenti sesuka hati? Ntah, hehe. Tapi jauh tu nak drive sendiri. Berapa ribu kilometer tu? Tak penat ke? Sedangkan memandu dari KL ke Jeti Kuala Muda pun dah nak pengsan. Baik save tenaga untuk travel.

So tinggal lah option terakhir iaitu keretapi. Bila buat research lagi, baca blog, baca article dan sebagainya, memang benar travel dengan train lah yang paling selesa, provided ada peruntukkan yang cukup.


Waiting for train to Amsterdam Central at Bruxelles-Midi (Brussels South Railway station)


Memang agak mahal actually, tapi ada banyak kelebihan travel dengan train berbanding bas, flight atau drive sendiri. Antaranya:-

- Sangat selesa untuk jarak perjalanan yang jauh. Tempat duduk yang selesa, kemudahan toilet yang banyak, kemudahan cafe jika kebuluran, kemudahan untuk cas barangan elektronik (bukan semua train) dan kemudahan untuk simpan backpack. Kalau naik bas, rasanya boleh clautrauphobic duduk lama-lama. Plus kalau dah berbelas jam perjalanan, kematu pungkok. Tulang belakang pun bengkok. Kemudahan toilet pon terhad.

- Boleh rehatkan badan sambil menikmati keindahan bumi Eropah. Sangat berbaloi kalau naik Scenic Train Journey di Swiss yang melalui kawasan pergunungan yang cantik. Kalau drive kereta, tak pasti route dia secantik naik train atau tak. Dan, kekurangan untuk yang memandu sebab terpaksa concentrate pada driving. tak boleh nak enjoy the awesome views.

- Sleeper train menjimatkan kos penginapan. Kami naik sleeper train 2 kali. Dari Prague ke Vienna, dan dari Vienna ke Venice. Jimat banyak lagi kat situ.

- Lebih selesa untuk kemudahan beribadah dan pembersihan diri.


Banyak dah tu. So yeah, train pilihan kami. Dari London King's Cross, kami naik Eurostar merentas selat Inggeris untuk ke Brussels. kemudian naik train dari Brussels ke Amsterdam. Selebihnya semua by intercity train.

Azuan did a superb job in arranging and buying the ticket. Kudos !

Satu lagi alterntif kalau tak nak pening kepala book tiket keretapi awal-awal adalah dengan membeli Eurail pass. Dengan pass ni kita boleh naik mana-mana train yang kita nak tanpa book awal-awal. So tak perlu bimbang nak terkejar-kejar naik train on time. Tapi harganya sangat lah mahal. Kalau nak travel sebulan mungkin berbaloi amik Eurail Pass ni. Dan pass ni tak cover sekali scenic train di Swiss.

Klik SINI untuk maklumat lanjut mengenai Eurail Pass.


Lauterbrunnen, Swiss Alps.


Accomodation:

Takde yang murahnya di Eropah ni especially hotel di London, Paris dan Swiss. At least dah jimat untuk 2 malam penginapan dengan sleeper train. Selebihnya, no choice. Takkan nak merempat bawah jambatan pulak.

Untuk hotel di London dan Amsterdam, Azuan yang book. The rest, Hafiz punya tugasan. Alhamdulillah, boleh kata hampir semua bilik penginapan yang ditempah selesa, kecuali di Interlaken je. Good job Hafiz dan Azuan !

Basically, 3 malam di London, 2 malam di Amsterdam, 1 malam di Vienna, 1 malam di Milan, 1 malam di Lucerne, 2 malam di Interlaken, 2 malam di paris dan 2 malam dalam keretapi.


La Tour Eiffel, Paris.


Masing-masing ada niat sendiri untuk ke Europe. My childhood dream, untuk ke Warner Bros studios di London. I grew up with Harry Potter books and films, so kalau tak sampai ke Harry Potter World ni, memang ralat. Menangis air mata darah jawabnya.

Si Fuad pulak memang dah aim untuk tengok teater sebab tu minat dia. Kalau boleh 3 hari kat London tu, tiap-tiap hari nak tengok teater. Tapi impossible la kan. Kami yang lain ni setuju nak teman dia tengok 1 teater je sebab tak cukup masa. Kusut dibuatnya nak pilih teater mana satu.

First choice, Billy Elliot. Yang ni kami reject awal-awal sebab macam pelik je tengok budak-budak laki menari ballet. Second choice, Les Miserables. Yang ni fuad tak cadangkan pon kat kami sebab dia bimbang kami kebosanan dek jalan cerita yang berat dan serius. Instead, dia cadangkan tengok Wicked sebab ada babak kelakar katanya, dengan harapan kami pun dapat enjoy the show. So saya reserve satu slot untuk Wicked theatre dalam itinerary.

Hafiz nak ke Stamford Bridge, obvious la kan sebab apa. Siap ikut tour lagi. So semua ni dirangkumkan dalam itinerary sepanjang 24 muka surat. Azuan takde specify tempat mana dia nak sangat pergi, tapi along the way tu, ada la tempat-tempat yang dia usahakan jugak untuk pergi.

So fuad yang in charge tiket dah book siap-siap tiket Warner Bros studio, Wicked theatre dan London Pass.


Rjiksmuseum, Amsterdam.


Passess:

Sepanjang 2 minggu di Europe, kami beli 3 pass iaitu London Pass, Swiss Pass dan GVB pass di Amsterdam. Ada banyak lagi pass di setiap bandar-bandar di Eropah tapi yang 3 ni memang kami perlukan.

Banyak kelebihan ambil pass ni sebab boleh jimat duit untuk kos pengangkutan dan entrance fee. Study dulu betul-betul setiap pass tu, diperlukan ke tidak, sebab selalulanya pass ni mahal unless kita gunakan sepenuhnya. kalau dah decide untuk beli, make sure total jumlah penggunaan (pengangkutan dan entrace fee) tu melebihi harga pass. Baru berbaloi.


Dancing House of Prague (Fred & Ginger)


London Pass

Kami hanya ambil pass untuk sehari sahaja yang beharga GBP 52. Dengan London Pass ni, kita boleh dapat free entry untuk lebih dari 60 attractions di sekitar London.

Kami pilih Stamford Bridge Tour, Tower Bridge dan Tower of London. Cuma agak terkilan tak dapat naik Thames River cruise sebab sampai lewat sikit je. Kelewatan sebab the whole morning dah bazir masa tunggu change of guard di Buckingham Palace yang sebenarnya tak la special mana. Itu pun kami dah save banyak untuk entrace fee ketiga-tiga attraction ni.

Antara attraction lain yang free dengan London Pass termasuk London Zoo, Kengsinton Palace, Science Museum, Windsor castle, Royal Albert Hall dan banyak lagi.

Boleh refer SINI untuk maklumat lanjut mengenai London Pass.


Belvedere palace, Vienna.


Swiss Pass

Berbaloi. Seriously ! Kos hidup kat Swiss sangatlah mahal jika dibandingkan dengan negara Eropah yang lain. Negara dan rakyat kaya-raya, so barangan harian, kos penginapan dan kos pengangkutan pun sama mahalnya. Matawang pun sendiri-sendiri, tak ikut negara lain. (Swicc Franc)

Kaki Berangan ada buat entri pasal Swiss pass ni. Boleh baca kat SINI.

Kami beli pass untuk 4 hari berharga Euro 204/pax (RM904). Harga sama dengan Shinkansen pass untuk seminggu. Tapi sungguh sangat berbaloi. Beratus-ratus ringgit dapat jimat. Dengan pass ni jugak kami sampai ke Bern, ibu negara Switzerland.

Dengan pass ni jugak, kami dapat free untuk naik train dari Interlaken ke Lauterbrunnen dan Wengen. Dan dapat lagi 25% diskaun untuk naik dari Wengen ke Kleine Scheidegg. Memang berbaloi-baloi.


Piazza san Marco, Venice. 


GVB Pass:

Pass ni hanya cover pengangkutan dibawah kelolaan syarikat GVB di Amsterdam seperti bas, tram dan metro untuk jangka masa yang ditetapkan. Kami beli pass untuk 3 hari (72 jam) yang berharga Euro 16.50 sekeping. Transport utama kami di Amsterdam ialah tram.

Setiap kali naik tram, swipe je kad ni dekat mesin semasa masuk dan keluar.

Untuk maklumat lanjut mengenai GVB pass, klik SINI.


Natural History Museum, London.


Cuaca

Purposely pergi masa second half of April (musim bunga) untuk ke Keukenhof, iaitu taman tulip di Lisse, Holland. Peak season yes, memang jam-packed dengan manusia seisi alam. Sebab tu jugak harga bilik hotel melambung tinggi.

Bila travel masa spring season, memang kena bersedia dengan keadaan cuaca yang tak menentu. Macam masa kat Japan tahun lepas, sehari suntuk hujan di Tokyo, pagi sampai tengah malam. So perkara yang sama berulang di Europe.

Cuaca mendung dan sangat berangin masa di Zaanse Schans, iaitu perkampungan Windmill di utara Holland membuatkan sumsum tulang merintih kesejukan. Keesokan harinya semasa di Keukenhof garden, matahari cerah bersinar.

Di Venice pulak, hujan lebat menyambut ketibaan kami dan setia menemani kami sehinggalah kami naik train untuk ke Milan petang hari yang sama. So definitely review untuk Venice tak berapa nak awesome lah. Lucerne dan Paris pun macam tu jugak.


Keukenhof gardens, Lisse.


Tapi alhamdulillah, di tempat-tempat lain cuaca sangat lah baik. Syukur sangat masa naik ke Lauterbrunnen, Wengen dan Kleine Scheidegg di pergunungan Alps, Switzerland, langit membiru. So sangat-sangat enjoy Swiss for that reason.

Cuaca ni bukan faktor yang kita boleh control. Semuanya berlaku atas kehendak Allah. In fact beberapa hari sebelum berangkat, dah check keadaan cuaca di sana, matahari cerah je. Suhu kadang-kadang sampai 18-19 darjah selsius di sesetengah bandar. So tak la bawak baju tebal sangat. Sekali kat Zaanse Schans sebab keadaan berangin, suhu turun sampai 3 darjah. Kejung kelangkang, grrrrrr !


Wengen Village, Swiss Alps.


Total expenditure:

Soalan cepumas. Soklan pertama orang tanya bila cecah lantai KLIA. Seusaha mungkin, kami cuba jimatkan perbelanjaan sepanjang disana. So budget asal saya rougly dalam RM10k +/-. Flight saja dah RM2500+, transport yakni intercity trains dalam RM2300+, accomodation RM2000+. Tambah passes dan entrace tickets, kat situ je dalam RM7-8k. Selebihnya duit poket.

Ada jugak buat survey harga kalau ikut pakej. Dengan RM7-8k tu dapatlah cover either Western or Eastern Europe, dalam 3-4 negara. Paling banyak pun 5 negara. Ada tu hanya cover 2 negara sahaja.

Itu pun, itinerary agak longgar sebab dah masuk campur sekali dengan shopping. Masa untuk bershopping dah beberapa jam. In the end, harga lagi mahal tapi dapat cover sikit je.

So pada hemat saya, total cost yang telah dibelanjakan untuk cover semua bandar-bandar dalam itinerary tadi sangatlah berbaloi. Ya boleh lagi jimat, tapi kena cut shot banyak attractions, atau kena kerahkan tenaga untuk memandu sendiri, atau redhakan diri dengan naik bas berjam-jam lamanya.

InsyaAllah detail mengenai total expenditure untuk trip ni saya share di hujung entri trip. Sekarang ni masih tak sempat nak buat kira-kira.


Arch de Triomphe, Paris.


Visa & keselamatan :

Tak perlu visa. Passport Malaysia sangat bernilai kat sana. Jaga elok-elok. Hanya check passport masa masuk UK, masuk France dan keluar dari France. Selebihnya diorang tak check. So jangan kasi hilang. Ramai dah kes passport kena rompak kat sana. Dengan buku merah tu, serata Eropah boleh masuk. Guard it well ya.

Safety wise roughly quite okay. Tak de la experience duit kena cilok, kena kejar dengan pencuri dan sebagainya tu. Cuma pandai-pandai la jaga diri kat negara orang. Kat mana-mana pun ada orang jahat kan. It's worth to be a little bit suspicious and over protective. Sediakan payung sebelum hujan. Ambik segala precaution yang mungkin. Kalau dah berlaku tak boleh nak cakap apa dah. Hilang mood nak enjoy percutian nanti.

So jangan takut. Kebanyakkan diorang ni sangat peramah. Takde yang menyombong dengan foreigner.


Statue of Queen Victoria outside Kensington palace, London.


Makanan halal:

Tak perlu nak pikul nasi goreng cina pak Brahim yang berat tu sedangkan backpack je dah berapa kilo nak dipikul. Stok pakaian untuk 2 minggu at least 8-9 kilo. Dengan accessory macam sarung tangan, shawl dan sebagainya, boleh agak-agak sendiri bisa terseliuh ke tak sendi bahu tu.

Orang Islam ada di mana-mana atas muka bumi Allah ni, so do halal foods. Paling bimbang sebenarnya nak cari makanan halal kat Prague dan Vienna. Turned out, we found so many halal restaurants in both cities. Siap dengan masjid lagi.

Sama jugak dengan bandar-bandar lain. Cuma kurang variety la. Arabic food, Indian food dan Turkish Kebab, tu je. But, better than nothing right?. So bab makan toksah nak risau. Kami sampai pening memikir nak dinner kat restoren mana kat Vienna. Banyak sangat pilihan, hihi.


My travel gang yang awesome !


Alhamdulillah, berjaya jugak trip ke bumi Eropah ni. Syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana telah memudahkan segala urusan kami disana. Of course ada drama tengah malam bila train tetiba cancel sebab ada rusuhan di Jerman dan drama-drama lain. Tapi dengan izin Allah, kami selamat sampai ke setiap destinasi yang dituju. Syukur kesihatan dan keselamatan kami terlindung sehingga ke akhirnya.

Nak ucapkan terima kasih jugak kepada mereka berempat yang sudi teman saya untuk ke Europe. You guys did fantastic jobs uruskan transportation, accomodation dan segala bagai tiket tu. Tak mampu nak handle sorang-sorang. Makin lebat uban tumbuh.

I'm really looking forward to writing about the journey. Tapi kena tunggu dulu lah. Next trip pun mungkin lambat lagi. There's going to be a really big change in my life soon. Mungkin nak cari masa untuk update blog pun makin sukar, tapi saya cuba sedayanya.

Hope korang sudi menunggu. Terima kasih kerana masih sudi baca blog suam-suam kuku ni. Diharapkan, perkongsian kali ni bermakna.

See you guys later. Till then, Assalamualaikum !