Thursday, 25 September 2014

Japan Shinkansen Trip - Misi Menculik Geisha : Day 2 (April 3, 2014)



Assalamualaikum & konnichiwa !

Deringan bunyi alarm seawal jam 4 pagi sangat memeritkan gegendang telinga. Aiseh ! Taik mata pun tak sempat nak terhasil dah kena bangun ke? Erggghhh. Kata bercuti.

Bukak mata tengok Shafik tengah menyisir rambut. Tutup mata balik.

Bukak mata sekali lagi nampak KZ tgh berbedak. Urrrgghhhh, malasnya nak bangun.

Ni semua sebab terpedaya dengan hasutan si Fuad masa discussion over the dinner malam tadi. Bersungguh dia melobi suruh pergi jugak Tsukiji market. Katanya alang-alang dah datang jauh-jauh, rugi tak pergi tengok something yang eksotik macam tu. Kalau nak tidur, pergi balik Malaysia. # Dush !

Ikutkan hati memang malas nak bangun. Tapi kesian pulak tengok Shafik & KZ semangat bersiap awal-awal pagi. Sejuk semacam pulak pagi tu.

Sedar tak sedar, kami bertiga dah tercegat kat reception counter, tunggu yang lain bersiap. Jenguk kat luar, rupanya hujan. Patut la sejuk sangat.

Masalahnya 4 lagi hamba Allah yang duduk dlm bilik di tingkat 2 tu lansung tak reply whatsapp kami. Bermakna kesemuanya masih berdengkur nyaman dalam selimut sedangkan kami dah kejung menahan kedinginan pagi kat bawah tu. Ketuk pintu bilik pun takde response.

Nasib baik ada response positive dari Fateha dan Nad. Tengah bersiap katanya. Diorang suruh kami pergi dulu. Nanti akan disusuli.

Maka, dengan gigihnya kami meredah gerimis pagi melangkah menuju ke subway station. Hari dah cerah masa tu. Dalam pukul 5.30 pagi. Lama jugak tunggu diorang tu tadi. Rasa macam dah tak sempat nak catch up Tuna auction sebab selalunya mula awal, dalam pukul 5 pagi. Tapi alang-alang dah berbedak, diteruskan jugak perancangan.

Asakusabashi station >> take JR Sobu line towards Nakano >> stop at Akihabara station >> take JR Yamanote line towards Tokyo >> stop at Shimbashi station.

Dari Shimbashi station ke Tsukiji market, 15 minit berjalan kaki.

# pengsan kejap.

Kenapa jalan kaki? Sebab Shimbashi merupakan JR station paling hampir dengan Tsukiji market. Ada subway station yang lagi dekat tapi not covered by JR pass. Kena keluar duit beli tiket.

Hujan dan berangin membuatkan suhu persekitaran luar biasa sejuknya. Mulut tak henti terkumat-kamit menyumpah seranah 4 orang makhluk yang tengah aman berlingkar di bawah selimut tu. Haish !

Sampai jugak ke destinasi yang dituju.


Kenapa begitu suram sekali Tsukiji market pagi tu?



Apa yang special sangat Tsukiji market ni sampai perlu masuk dalam itinerary? Tak cukup hebat ke pasar besar Selayang mahupun pasar Siti Khadijah sampai sanggup bergolok gadai nak ke sini?

Tsukiji market merupakan salah satu dari pasar ikan terbesar di dunia. Lebih 2 ribu tan hasil laut dijual disini setiap hari. Dan pasar ni sebenarnya bukan di design untuk dilawati pelancong pun. Tapi disebabkan keunikannya, saban tahun semakin ramai pelancong yang sanggup berbusuk-busukan untuk datang ke sini. Reason nya adalah Tuna Auction.

Tak semua orang berpeluang untuk tengok tuna auction ni. Kena dapatkan kebenaran di Fish Information Centre di Kachidoki gate terlebih dahulu. Limit jumlah pelancong yang boleh masuk dan menyaksikan tuna auction ni hanya 120 orang setiap hari. Siapa sampai dulu dia dapat. So, seawal jam 5 pagi, dah ramai yang beratur nak masuk. Sedangkan kami bertiga, pukul 5.30 pagi baru nak panjat tangga subway station. Alahai.

Mimpi buruk kami menjadi kenyataan. Kami terlambat sampai. Tuna auction telah pun berakhir. Hujan masih lagi turun mencurah-curah, tapi gelora di hati tiada siapa yang tahu.

Sugul...

Mata mengantuk, perut lapar, kiri-kanan bau hanyir.... the worst feeling ever !

Sedikit terkilan walaupun pada asalnya tak la eksited sangat nak ke pasar ni. Tapi bila dah gigih meredah hujan awal pagi buta, kechiwa la jugak kan. Ni ha gambar tuna auction saya cedok dari google. Saksikanlah ! # Tak sudi beta menjamahnya !


Kekejaman terhadap tuna.


Tsujiki market dijangka akan dipindahkan ke Toyosu, sebuah lagi pulau buatan manusia yang terletak berhampiran dengan Odaiba sekitar musim bunga tahun 2016.

So kalau korang semua sampai ke Tokyo masa tu, mungkin keadaan akan jauh lebih convenient untuk tengok tuna auction ni berbanding sekarang.

Whatever it is, I will never eat tuna ever again. I hate you Tuna ! Begitu sekali dendam kesumat terhadap ikan. 

Tetiba dapat reply dari mereka-mereka kat hotel. Baru bangun tido. Tak sedar whatsapp kami berdering-dering tepi telinga. Baru nak kikis taik gigi. Belum berbedak lagi. So kami sepakat nak berkumpul di Asakusa sebelum bergerak ke Ibaraki bersama-sama.

Ibaraki?

Ya, kami pilih untuk ke Hitachi Seaside Park di Ibaraki petang ni instead of Disneyland, dengan harapan cuaca cerah di Ibaraki berbanding keadaan di Tokyo yang kebanjiran tak henti-henti.

Fateha dan Nad yang bersiap lebih awal sempat dimaklumkan mengenai kehgagalan misi kami, so diorang terus gerak ke Asakusa. Azuan, Fuad dan Zul nak terus ke Asakusa lepas breakfast.

Kalau headcount rasa macam ade sorang yang tercicir. Mana Fendi?

Fendi terkorban diatas katil, tak bangun-bangun. Home sick ke? Atau ada ubat tidur dalam kebab yang dimakan di restoren Turki malam tadi? Wallahua'lam. Kesimpulannya, kami tak bersua muka sehari suntuk.

Sebelum ke Asakusa, kami sempat singgah ke satu restoren sushi bagi memenuhi hasrat Shafik yang teringin sangat nak makan sushi tuna yang raw. Memang banyak kedai sushi dalam kawasan Tsukiji market. Ada restoren tu panjang betul orang beratur tunggu turn walaupun tengah hujan lesak. Kami cari restoren yang kosong tapi agak mahal harga sushi nya.

Memang sangat mahal dan hanya ada set menu saja. Sorang kena ambil satu set, tak boleh kongsi-kongsi. Pantang nenek-moyang chef kalau tau pelanggan share pinggan. Kena pancung dengan pedang samurai.

Alahai,,,, kembang tekak tengok pekerja restoren tu hiris tuna mentah. Mula la meloya. Bau hanyir menusuk-nusuk bulu hidung. Huish ! Ini dah jatuh kategori eksotik ni dalam kamus hidup Kancil.

In the end, Shafik sorang je order. Saya dan KZ terus keluar pergi cari makanan yang 'boleh' ditelan disekitar kawasan pasar. Ada banyak lagi kedai-kedai kat pasar ni. Cuma sanggup makan ke tidak je.


Deretan restoren sushi.


Memandangkan hari masih awal, kami decide nak berjalan-jalan area Harajuku dulu sebelum ke Asakusa. Harajuku antara tempat yang gagal kami lewati semalam. So, jom !

Shimbashi station dan Harajuku station berada dalam line yang sama iaitu JR Yamanote line. Ambil train menuju ke Shinjuku station. Keluar je dari Harajuku station, terus nampak Takeshita Dori. Tapi sebelum tu kami nak ke Meiji temple.

Main entrance (southern entrance) ke Meiji temple terletak bersebelahan dengan Harajuku station.


Tori gate besar merupakan pintu gerbang ke Meiji temple.


Meiji temple siap dibina pada tahun 1920 sebagai memperingati Maharaja Meiji dan Maharani Shoken. Siapa yang pernah baca pasal zaman Meiji mesti tahu bahawa maharaja Meiji merupakan insan yang bertanggungjawab membawa masuk arus pemodenan barat ke dalam negara Jepun. Hasil usaha keras beliau akhirnya meletakkan Jepun sebaris dengan kuasa-kuasa besar dunia.

Yang special pasal temple ni, ia dibina di dalam kawasan hutan di tengah bandaraya Tokyo. Terdapat lebih dari 100,000 pokok dalam hutan ni yang kebanyakkannya didermakan semasa proses pembinaan Meiji temple.

Suasana hiruk-pikuk kotaraya terus bertukar menjadi damai sejurus melepasi tori gate yang besar. Pokok-pokok menghijau, burung-burung berkicauan, deruan bunyi air sungai. Waduhhh, tenang bangat sih !

Siapa sangka ada tempat sebegini dalam kota metropolitan Tokyo, antara bandar termaju di dunia.

Yang tak bestnya, untuk ke main complex, kena berjalan dalam 10-15 minit. Gerimis masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Maka kami pun redha...


Damainya alam. Ayuh ke Meiji temple !

Kelihatan beberapa susuk manusia. Ingatkan kami je tadi. Sunyi semacam.

Di sponsor oleh H.E. BY MANGO.

Tong sake kot.

Tori gate kecil menuju ke shrine buildings.

Main complex. 

Satu lagi gate untuk masuk ke dalam main complex buildings.

 Gerimis mengundang.

Upacara keagamaan Shinto.

Semakin ramai pengunjung.

Lagi upacara keagamaan.

Tempat menulis doa barangkali. Scary benor muka makcik tu macam nak makan orang.


Rupanya ada upacara pengebumian masa tu. Patut la ramai orang yang pakai baju putih tu tadi. Meiji temple ni antara tokong paling popular di Jepun. Pada 1 Januari setiap tahun, lebih 3 juta rakyat dari seluruh pelosok Jepun datang ke sini untuk upacara sembahyang dan doa. Wedding tradisional mengikut kepercayaan agama Shinto pun selalu dilansungkan di sini. Senang kan, lepas akad nikah terus buat wedding photoshoot dalam hutan. Kelassss !

Orait. Dah settle Meiji temple. Kami terus ke Takeshita Dori (Takeshita street).

Street ni tak panjang, dalam 400 meter je. Apa yang special nya? Jalan ni merupakan pusat fashion remaja Jepun yang popular dengan cosplay atau costume play. Yang diorang pakai costume ala-ala watak anime siap dengan rambut berwarna-warni dan mekap tebal-tebal tu.

Selain tu, ada banyak kedai dan butik yang menjual produk tempatan serta fast food restaurants. Kami tak expect pun dapat tengok remaja-remaja Jepun ber cosplay masa ni sebab tengah waktu sekolah. Petang sikit bila diorang dah balik dari sekolah mungkin meriah tempat ni. Hujung minggu hari ahad confirm sesak macam Petaling street.

Hujan makin lebat. Kedai pun baru mula nak buka. Ada la jumpa sorang dua gadis yang pakai costume anime, tapi suam-suam kuku je. Tak havoc macam Mak Jemah. So buat tak kesah je ler. ngeheh.


Kiri : Pintu gerbang
Kanan : Takeshita street


Seterusnya, jom ke Asakusa.

Harajuku station >> JR Yamanote line towards Ueno >> stop at Kanda station >> take Ginza subway line >> stop at Asakusa station.

Hujan di sepanjang perjalanan. By the time kami sampai di Asakusa, dah lebat giler. Itu pun sikit punya sesak Nakamise street tu dengan pelancong. Kami bertiga tunggu yang lain dekat Kaminarimon gate, salah satu dari dua entrance gate untuk ke Sensoji temple.

Rupanya mamat 3 orang tu dah on the way ke Ibaraki pun. Diorang sampai Asakusa awal, masa Nakamise street tengah lengang, kedai pun tak bukak lagi. Dah siap bersiar-siar makan angin tepi Sumida river, berhanami bawah pohon Sakura di Sumida park dan yang paling penting, bergambar berlatar-belakangkan Tokyo Skytree, bangunan tertinggi di Jepun. Hampeh !

Nad & Fateha masih lagi bershopping sakan dalam deretan kedai-kedai di Nakamise street tu. Mood nak merayau memang dah takde sebab sejuk sangat. Tapi dah alang-alang sampai, digagahi jugak untuk ke Sensoji, tokong buddha yang dibina pada kurun ke-7. Sebelum tu jom study map Asakusa ni.




Asakusa merupakan warisan purba Tokyo yang masih terpelihara. Tarikan utama pelancong untuk datang ke sini adalah Sensoji temple, shopping street Nakamise dan Tokyo Skytree.

Jarak dari Kaminarimon (Thunder Gate) ke Sensoji Temple adalah dalam 250 meter. Jalan sepanjang 250 meter ni lah yang dinamakan Nakamise street. Hampir 90 buah kedai yang menjual sourvenirs, barangan makanan, snek tempatan serta pakaian tradisi masyarakat Jepun terdapat di sini.

Sebenarnya Nakamise street ni tempat yang menarik untuk di explore dengan berjalan kaki. Barangan yang dijual agak menarik dan unik. Kalau malas nak berjalan kaki, boleh naik jinrikisha, beca 2 roda yang ditarik tu. Tapi memandangkan hujan, jinrikisha lansung tak kelihatan.

Sensoji dibina sempena memperingati Bodhisattva Kannon, siap pada tahun 645. Ia merupakan tokong pertama yang dibina di Jepun.

Cakap banyak tak guna. Jom layan gambar !


Nakamise street yang tersangat sesak.

Cuba kira bilangan payung dalam gambar ini, hehe.

Pohon sakura yang rendang, tapi tak berbuah, ngehe.

KZ di depan entrace Sensoji. Tema posing 'Ku menunggu mu di pintu syurga'.

Kiri atas : Tanglung besar di pintu gerbang Kaminarimon
Kiri bawah : Sensoji main hall
Kanan : Sensoji Pagoda

Gerimis yang mengaburi pandangan. Lebat sungguh hujan.


Kami berpatah balik ke Kaminarimon gate untuk cari Nad dan Fateha. Sambil-sambil tu singgah jugak ke kedai-kedai di sepanjang Nakamise. Shafik nak cari Yukata untuk pakai masa kat Kyoto nanti. Nak berphotoshoot di celah pohon buluh di Arashiyama nanti.

Akhirnya reunited jugak dengan ninja perempuan 2 orang tu. Penuh tangan bershopping. Siap beli pedang samurai. Lepas tu mula gelabah cari mesin ATM. Baru hari kedua kat Jepun cik kak oii.

Hitachi Seaside Park di Ibaraki terletak lebih kurang 130 km dari pusat bandar Tokyo. Jauh tu ! Tapi dengan adanya shinkansen, segalanya mungkin.

Dari Asakusa, kami bergegas ke Ueno station untuk naik train ke Ibaraki. Dalam kekalutan tu, Shafik dan Nad selaku peminat tegar Hard Rock Cafe sempat lagi singgah di HRC Ueno station untuk cari barang bagi menambah koleksi peribadi. Fateha pulak dok sibuk cari ATM machine tak jumpa-jumpa.

Ueno station >> take JR Joban line >> stop at Katsuta station >> walk to Katsuta bas station outside the train station >> take bus to Hitachi seaside park.

Perjalanan dari Ueno station ke Katsuta station mengambil masa kurang lebih 80 minit. Tertidur sepanjang perjalanan. Ini semua tuna punya pasal. Sedar-sedar je dah sampai Katsuta station.

Azuan, Fuad dan Zul baru je sampai Hitachi Seaside Park masa tu. Hujan lebat jugak rupanya kat sana. Nak buat macam mana. Memang takde rezeki kami hari ni nak explore tanah Jepun.

Bas dari Katsuta station akan membawa penumpang terus ke Hitachi Seaside Park di pintu masuk sebelah barat. Perjalanan dalam 15 minit je. Style kat sini, bila nak turun bas baru bayar tambang.

Sampai je, kami terus ke kaunter informasi. Harga tiket hanya 400 JPY, beli di mesin yang disediakan dengan bantuan pekerja di kaunter. Eksited pulak diorang tu tengok kami berlima. Tambah seronok lagi dia dengar bahasa Jepun pelat saya. Nguaha.

Satu perkara yang saya perasan sepanjang sehari setengah di Jepun ni, orang-orang Jepun sangat gembira kalau orang asing cuba berbahasa Jepun. Diorang akan cuba tolong kita kalau kita tetiba thought block ke, lidah kelu ke, tak jumpa vocab ke, masa tengah converse. Dan diorang akan cuba cakap perlahan-lahan dengan kita sebab kebiasaannya diorang cakap sangat laju sesama diorang.

Saya dapat tahu pasal tempat ni pun secara tak sengaja masa buat research pasal trip ni. Terpesona tengok pokok-pokok Kochia yang tumbuh melata di kawasan bukit-bukau taman. Yang uniknya taman ni, pemandangan akan berubah mengikut musim. Kochia di musim luruh, tulip dan daffodils di musim bunga, nemophilia, rose dan zinnia di musim panas.


Kochia yang tersangat ohsem.

Lautan Nemophilia

Tulip garden


Cuma timing kami lari sikit disebabkan perubahan cuaca dunia. Oleh kerana musim sejuk berakhir agak lewat, hanya daffodils yang tumbuh mekar masa ni. Tulip belum berkembang lagi. Menurut pekerja di information counter tu, tulip akan muncul dalam 2-3 minggu lagi. Aiseh !

Untuk maklumat lanjut mengenai Hitachi Seaside Park, klik SINI >> HITACHI

Orait. Jom explore Hitachi Seaside Park !


Perkhidmatan keretapi bagi yang malas berjalan. 

Ni ke Geisha yang kami culik? Eh bukan kot.

Daffodils tumbuh mekar.

Daffodils lagi.

Lagi lagi daffodils.

Daffodils lagi dan lagi. Apa ko merapu ni kancil !

Rasa nak baring kat tengah-tengah tu.

Bayangkan pohon sakura yang rendang.

Pink sakura. 

Kat area ni banyak sakura.

Daffodils putih kat belakang tu. Sebab hujan makin lebat kami tak terus ke sana.




Kata orang walau apa pun terjadi, the show must go on. Persetankan hujan lebat, gerimis mahupun hujan rintik-rintik. Dah penat datang jauh-jauh mesti kena appreciate the moment kan. Nak mengeluh pun tak guna sebab cuaca bukan urusan kita. Itu urusan Pencipta. Bergambar punya pasal, sanggup ambik risiko kena demam selesema, nguahah !

Kalau berkesempatan untuk ke Jepun lagi, Ibaraki will be on my itinerary for surely. Banyak lagi tempat-tempat menarik di Ibaraki ni sebenarnya. Kat sini ada salah satu dari tiga japanese garden paling cantik di Jepun iaitu Kairaku-en yang popular dengan pokok-pokok plum ('ume' dalam bahasa jepun) pelbagai warna yang magnificent. Plum Festival (ume matsuri) belansung dari penghujung bulan Februari sehingga bulan Mac setiap tahun.





 Selain tu, ada waterfall yang sangat osem namanya Fukuroda Falls. Boleh datang any season sebab sentiasa cantik pemandangannya. Tapi kalau datang masa winter, boleh tengok air terjun ni membeku ! Dahsyat weh. Harus lah jakun menda takde kat negara sendiri kan. Haha.


Best kalau dapat menggelonsor dari atas tu.

Picturesque.

Frozen...


Lagi, ada gunung Tsukuba yang famous denga dua puncaknya, Nyotai-san dan Nantai-san. Gunung ni selalu menjadi tumpuan hikers sebab view dari atas puncak tersangatlah ohsem nye. Kalau clear sky, boleh nampak Tokyo skyline dan gunung Fuji dari puncak gunung. Sebab tu ramai yang buat wedding photoshoot kat sini. Tak seperti gunung-gunung lain di Jepun yang kebanyakkannya adalah volcano, gunung Tsukuba tediri dari batu-batu granite.


Menangis tengok gambar ni. Cantik giler kan !

Tokyo skyline dari puncak gunung Tsukuba


Untuk maklumat lanjut mengenai Ibaraki Tourism, klik visitibaraki.net

Kami sempat solat di sebuah restoren di dalam kawasan taman sebelum bertolak balik ke Tokyo. Alhamdulillah rasa bersyukur sebab despite semua cabaran dan halangan yang diharungi hari ni, kami berlapan dapat pulang ke Tokyo bersama-sama. # Sob sob.. terharu sangat. # Meroyan.

By the time kami sampai di Ueno station, hari dah gelap. Tapi hujan masih tak berhenti. Sejuk sampai bibir kejang macam baru lepas suntik botox. Memandangkan ini malam last kami Tokyo, saki-baki masa harus dimanfaatkan untuk cover beberapa tempat yang tak sempat kami cover semalam.

But before that, dinner dulu. Pusing punya pusing, last-last jumpa kedai makanan Turki jugak. Selesai makan, kami terus ke Tokyo Tower. Hamamatsucho station merupakan train station paling hampir dengan Tokyo Tower dalam JR line. Ada lagi subway station yang lebih dekat, tapi kena beli tiket lain la sebab not covered by JR. Ueno dan Hamamatsucho station masih dalam JR line yang sama (JR Yamanote).

Sekali lagi gigih meredah gerimis malam, berjalan 15 minit untuk sampai ke menara kedua tertinggi di Jepun ni. Rasa berbaloi jugak bila dari jauh dah nampak sinaran jingga Tokyo Tower yang bergemerlapan. Cantik weh, walaupun itu hanya besi antenna pencawang radio dan TV je.






Macam Eiffel Tower?

Ye, memang sejibik Eiffel Tower. Cuma Tokyo Tower 13 meter lebih tinggi dari Eiffel. Berdiri pada ketinggian 333 meter, ia merupakan "world's tallest self-supporting steel tower". Siap dibina pada tahun 1958, ia merupakan simbol kelahiran semula negara Jepun sebagai salah sebuah kuasa besar ekonomi dunia.

Yang lebih menarik, di dasar Tokyo Tower ni, ada bangunan empat tingkat yang dikenali sebagai FootTown. Ni sedikit sebanyak info mengenai FootTown sebagai rujukan sekiranya kalian semua berpeluang untuk berkunjung ke sini. Kami lepak kat luar bangunan je.

Level 1 : Tower Restaurant, FamilyMart, Aquarium gallery, reception hall, sourvenir shops
Level 2 : Food courts, restaurants including fast food restaurants.
Level 3 : Guinness World Records Museum Tokyo, Tokyo Tower Wax Museum, Gallery DeLux (hologram gallery)
Level 4 : Trick Art Gallery

Atas rooftop bangunan ni pulak ada amusement park.


Contoh display makanan kat luar FootTown.



Sama macam Eiffel, Tokyo Tower jugak dianggap sebagai simbol cinta agung. Warna lampu Tokyo Tower akan berubah mengikut musim dan occasion. Basically ada 2 jenis warna lampu, putih dan oren. Lampu putih dipasang semasa musim panas dan lampu oren dipasang semasa musim sejuk.

Masa ni masih dalam awal musim bunga, so cuaca memang masih lagi sejuk. Sebab tu bergemerlapan dengan warna jingga.

Selain tu, lampu pink dinyalakan pada setiap 1 Oktober sempena sambutan 'National Breast Cancer Awareness Month". Lampu biru dinyalakan bersempena hari Diabetes Sedunia. Dan berbagai-bagai jenis lampu lagi dinyalakan sempena sambutan hari krismas dan tahun baru.





Tokyo Tower pun ada observation deck jugak. Main observatory di ketinggian 150 meter dan observatory kedua yang lebih kecil di ketinggian 250 meter. Dari sini kita boleh tengok kotaraya Tokyo seluas mata memandang. 

Tapi kami tak naik ke observatory, sebab kami nak ke Tokyo Metropolitan Goverment Building. Sebab observatory kat situ free of charge, ngehehe.


Tokyo Metropolitan Goverment Building (243 metres, North and South Tower)


Sikit punya drama nak sampai ke bangunan ni. Observatory deck terletak di tingkat 45 di kedua-dua Tower. North observatory dibuka sampai pukul 11 malam manakala South observatory sampai pukul 5.30 petang je.

Shinjuku station merupakan station JR terdekat dengan bangunan berkembar ni. Tapi kena berjalan dalam 10-15 minit lagi untuk ke bangunan ni. Masa sampai Shinjuku station dah lepas pukul 10 malam dah. Lepas keluar dari west exit Shinjuku station, terus berlari laju sebab takut tak sempat. Last admission untuk ke observatory adalah pada pukul 10.30 malam walaupun observatory akan tutup pukul 11 malam.

Sekali lagi bersyukur sebab kami sampai sedang molek je beberapa minit sebelum pukul 10.30. Staf di lif menyambut mesra kehadiran kami. Tak buang masa, kami terus ke tingkat 45. 

Malangnya...

Malang lagi?

Ya. Tak nampak apa-apa pun dari observatory. Cermin bangunan sangat berkabus. Ingatkan dapat tengok Tokyo Tower bersinar-sinaran di tengah-tengah kota raya Tokyo dari sini. Tapi takde rezeki kami. Terkilan jugak la. By the way, kat observatory ni ada sourvenir shop. 

Ada lagi beberapa bangunan di Tokyo yang ada observatory. Ada yang free of charge, ada yang berbayar. Ada yang dalam bangunan, ada yang open air. Contohnya Tokyo Skytree, Roppongi Hills, Tokyo World Trade Center, Sunshine 60 dan sebagainya, Pandai-pandai la korang pilih mana satu nak pergi. 

Itulah kisah hari kedua kami di bumi Jepun dan hari terakhir di Tokyo. Esok pagi kami akan bertolak ke Kyoto dan akan singgah untuk hiking gunung Fuji.

Hiking ! Seriously? Hehe.

Baru 2 hari di bumi matahari terbit ni tapi rasa macam dah lama je. Mungkin sebab banyak sangat tempat yang kami dah jelajah dalam masa yang singkat. Harap-harap saki-baki pengembaraan kami di sini berjalan dengan lancar.

Jumpa lagi dalam entri berikutnya. 

Till then, Assalamualaikum.






4 comments:

  1. Pergh tulip garden & frozen waterfall dia tu!!! Mmg terbaik. Yg pasal tips org jepun suka bila kita cakap jepun pun bagus. Next time kena asah sikit jepun before pegi hehe

    Btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

    Blog kami www.thetravelling3o.com

    Terima kasih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure. Will drop by your blog inshaAllah.

      Delete
  2. kapan aku bisa ke jepang seperti itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulakan perancangan dari sekarang yok!

      Delete