Tuesday, 24 December 2013

Seoul City Splendour - Prelude (20/09/13)

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdullillah, dengan izin dari Allah S.W.T, bermula juga penulisan mengenai pengembaraan 3 bulan lepas ke bumi 'Hallyu' Korea Selatan. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat berguna untuk kalian semua, pembaca yang budiman (ayat skema tatabahasa SPM), huahuahua !

*****

Destinasi seterusnya yang menjadi pilihan Sang kancil merupakan sebuah kotaraya metropolitan terbesar di Korea Selatan, dengan kepadatan penduduk melebihi sepuluh juta orang. Juga merupakan antara kotaraya termaju di rantau Asia. Tak lain tak bukan,,,

Soul of Asia................. SEOUL !

Berbelit lidah nak menyebut nye, sampai tersa'seoul', huhu.

Seoul City Skyline from SkyScrapercity.com

Orait, saya percaya dah ramai rakyat Malaysia yang sampai ke Seoul nih. Sejak 'Winter Sonata' mula ditayangkan di kaca televisyen, industri pelancongan di Korea Selatan berkembang dengan pesatnya sehingga Seoul menjadi satu destinasi pelancongan utama di Asia sekarang ni.

Sebelum tahun 2003, tak ramai yang tau pasal negara ni kan? Terutamanya kita ni, negara bekas jajahan Jepun. Komik, anime, drama, banyak dari jepun pun. Bila dah masuk sekolah, diajar pulak dengan "Dasar Pandang ke Timur" yakni, mencontohi budaya masyarakat Jepun yang rajin, tekun, berdisiplin, menepati waktu dan berdaya saing.

Drama Winter Sonata berjaya menembusi pasaran Asia yang rata-rata dikuasai oleh drama serta filem dari Jepun, China, Taiwan dan Hong Kong. Lepas tu, macam2 drama Korea memasuki pasaran tempatan. Pendek kata, chanel tv Malaysia tak pernah sunyi dengan K-drama. Keindahan panorama semulajadi yang dipaparkan melalui drama, filem dan music video memang meruntun jiwa untuk menjejakkan kaki ke bumi kimchi ini.


One drama that has significant impact on my life is 'Dae Jang geum' or more commercially known as 'Jewel In the Palace'. Other than being closedly related to my profession, the drama potrayed a strong orphan young woman who struggled to succeed in an era when women held little influence in the society.

Bermula sebagai seorang tukang masak biasa di dapur istana, ketekunan, kepintaran serta bakat semulajadi Jang Geum membawa kepada kemenangan dalam pelbagai pertandingan masakan. Di bawah bimbingan Puan Han, mereka berjaya memenangi pertandingan bagi merebut jawatan ketua tukang masak istana. Malangnya, hasad dengki serta komplot jahat bagi menjatuhkan mereka menyebabkan kedua-duanya difitnah serta dibuang negeri ke Pulau Jeju. Puan Han meninggal dunia dalam perjalanan ke Pulau Jeju.

Di Jeju, Jang Geum ditakdirkan bertemu dengan seorang doktor wanita, Jang Deok. Jang Geum sedar, tiada lagi ruang untuk beliau kembali ke istana sebagai seorang tukang masak. Dalam tempoh buangan tersebut, Jang Geum mula mempelajari ilmu perubatan dari Jang Deok. Beliau menyedari bahawa satu-satunya cara untuk kembali ke istana (bagi menuntut bela atas kematian ibunya serta membersihkan nama Puan Han yang telah difitnah) adalah dengan menjadi seorang doktor wanita.

Long story short, Jang Geum berjaya memasuki semula istana selepas beberapa tahun. Seterusnya beliau diberikan kepercayaan untuk merawat kerabat diraja dan akhirnya menjadi doktor wanita pertama yang dibenarkan merawat raja Jungjong, raja yang memerintah dinasti Joseon ketika itu. Jang Geum diberikan gelaran "Dae" yang membawa maksud "Great".

Jewel In the Palace mengetengahkan budaya tradisi masyarakat korea. Dari pakaian, masakan, peralatan dapur, senibina, tulisan, tatasusila serta perubatan tradisional, semuanya mempesonakan (giler over description !). Ketabahan Jang Geum dalam mengharungi hidup penuh getir memang sangat "inspiring". Sape yang tak pernah tengok lagi drama ni, sila tengok. Banyak pengajaran serta ilmu yang boleh dikutip dari drama 54 episode ni. TV Alhijrah siap 2 kali ulang tayang lagi.

Malangnya trip kali tak cover Dae Jang Geum Theme Park di Gyeonggi... maybe next trip, cover sekali Jeju Island, inshaAllah.


Kemudian muncul pulak fenomena KPOP lolipop pop pop pop yang menjadi kegilaan anak remaja sekarang. Dari hujung kepala sampai ke hujung kaki, kalau boleh semuanya nak tiru fesyen2 artis2 Korea yang katanya 'macam cantik macam comel' je tu.

Tapi sedarkah anda semua bahawa semua itu bukanlah realiti yang sebenarnya? Tahukah anda bahawasanya Seoul merupakan destinasi pilihan no 1 di dunia untuk menjalani pembedahan plastik? Jeng jeng jeng...

Dilaporkan, jumlah pelancong yang berkunjung ke Seoul bagi menjalani pembedahan plastik pada tahun ini meningkat 5 kali ganda dari tahun 2009 (sumber dari Kementerian Kesihatan Korea Selatan). Kehebatan teknologi pembedahan plastik di Korea Selatan sememangnya diperakui masyarakat dunia.

Baru-baru ni ade kluar newspaper, di China seorang suami menyaman isterinya kerana melahirkan anak-anak yang hodoh. Pecah tembelang akhirnya si isteri mengaku telah pun menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum perkenalan mereka. Si isteri diarahkan membayar RM370,000 sebagai ganti-rugi kepada si suami atas kesalahan menipu. Apakah.....?


Anyway, saya pilih Seoul sebagai destinasi seterusnya untuk dijelajahi kerana keunikan kotaraya tersebut yang masih mengekalkan tradisi dan budaya unik masyarakat Korea yang dipertahankan sejak beribu-biru tahun dahulu. Usaha bagi mengekalkan senibina asal zaman dinasti Joseon harus diberikan pujian.

*******

Tiket:

Booking tiket 6 bulan sebelum tarikh penerbangan. Lepas balik dari Sydney saya mula survey harga tiket. Tak lama lepas tu, Malaysia Airlines buka promo ke Seoul, terus grab ! Zul dengan Azuan join sekali.


Itinerary:

Day 1: KL-Seoul, check in hotel, Nami Island.

Day 2: Mount Sorak

Day 3: Everland Theme Park

Day 4: Shopping (Namdaemun/Dongdaemun/Myeongdong market), melawat istana (Geongbokgung/Deoksugung/Changdeokgung palaces)

Day 5: Seoul-KL

Kebanyakan pakej ke Seoul ikut itinerary yang ni. So kami ambil sebagai panduan. Ade beberapa lagi tempat yang saya nak pergi tapi tak termasuk dalam itinerary ni contohnya De-militarised Zone (sempadan Korea Utara-Selatan), Han RiverThe 63 Building dan Seoul Central Masjid. This time, we kept it flexible. Tak rigid sangat dengan plan asal. Kalau berkesempatan, kami cover tempat2 ni.

Currency:

Korean Selatan menggunakan matawang Korean Won (KRW)

1000 KRW = RM 3.10
320+ KRW = RM 1

Bawak duit ciput je gi Seoul. Harap2 cukup untuk perbelanjaan 5 hari 4 malam di sana, huuuuu.


Pengangkutan:

Public transport. Nak sewa kenderaan dekat Korea Selatan ni bukannya mudah. Kena ada lesen khas bagai. Baik guna public transport je. Sistem keretapi di Seoul ni diiktiraf antara yang terbaik di dunia. Punctual and efficient. Tak payah pening2 nak drive.

Penginapan:

Itaewon, kawasan tertumpunya komuniti muslim di Korea Selatan. Semestinya, senang nak cari makanan halal. Kat Itaewon jugak terletaknya masjid pertama di Korea Selatan, Seoul Central Mosque.

Initially Azuan book satu guesthouse ni, tapi last minute tukar ke Hamilton Hotel. Since public transport merupakan mode of transportation untuk jelajah kali ni, seelok-nya menginap dekat dengan stesen keretapi/subway. Serius malas nak menapak jauh-jauh untuk ke subway station. Bazir masa. Hotel ni betul2 dekat Itaewon stesen, so mudah !

Kos penginapan 4 malam = RM 1485 = RM 371.25/malam = RM 123.75/seorang/malam



*******

Trip kali ni rasa macam clumsy sikit. Inadequate preparation, tak study betul2 pasal tempat nak cover (ataupun dah lupa sebab awal sangat book tiket, sampai tarikh penerbangan, dah lupa semua reseach yang dibuat sebelum tu).

Bulan 9 ni jugak la permohonan untuk berpindah tempat kerja akhirnya diterima. Dari bulan 4 hantar surat sana sini, merayu situ sinun. Alhamdullilah berjaya. Satu masalah..... cuti ! Baru start keje tempat baru dah nak mintak cuti. Banyak cantik !

Nasib baik la bos dengan member2 tempat kerja baru tak kesah. Hihihi, kamsahamnida ! Tapi borang untuk ke luar negara tak sempat hantar (yang ni kena hantar at least 6 minggu sebelum tarikh penerbangan). Penjawat awam berhemah katanye (skema sungguh !). Aaaah pedulikkan. Moga2 tiada kesulitan sepanjang pengembaraan ini, amin.

Hari yang dinantikan akhirnya tiba jugak. Habis kerja pukul 5, terus ke rumah abang di Dengkil. Final spot check takut tertinggal dokumen dan barang2 penting. Ape2 jajan yang dijumpai dalam almari saya sumbat dalam beg.


Satu masalah lagi, flight Azuan dari Sandakan delay. 2 kali delay plak tu. Dijangka tiba ti KLIA pukul 10.50 malam, apa kes? Flight ke Seoul bertolak pukul 11.30 malam, gate open pukul 10.30 malam. Sempatkah? Tawakal je lah. Semoga dijauhkan dari segala jenis drama untuk trip kali ni.


Sampai bosan melilau sekeliling KLIA tu menunggu si Azuan, sedar-sedar dah nak boarding. Huuuu, gelabah + risau. Dah le Azuan yang book hotel. Bermacam-macam kemungkinan bermain di fikiran. Kalau Azuan tak pergi, kami nak tidur mana? *pengsan !

Kalau ye pun flight dari Sandakan tu mendarat tepat jam 10.50 malam, ambik masa jugak nak berebut-rebut keluar dari kabin. Pastu kena berlari-lari pulak ke international departure. Kesian Azuan, kesian kami berdua jugak. Ouuu I hate drama (except Jewel In The Palace, hehe) !


Final call yo !!!!!

Sungguh la tak senang duduk dibuatnye. Tiba2 dah final call pun untuk boarding. Waaaa nangis ! Dah pukul 11 malam. Hampir semua penumpang dah masuk kabin. Call Azuan tak dapat, WhatsApp pun tak dibalas.

Tiba2 nampak kelibat seseorang berlari-lari anak dari kejauhan. Dari susuk tubuh nye nampak macam si Azuan. Sah memang die ! Alhamdulillah. Hampir semput pakcik dibuatnye nak. Penuh dengan debaran.

Punya la laju Azuan lari, nak on handphone pun tak sempat, terus berkejar ke international departure. Tu pasal la tak dapat call/WhatsApp. Ok jom masuk kabin.


Full house flight malam tu, penuh dengan ahjumma & ajusshi. Skrin video di belakang tempat duduk penumpang pun dah macam lain sikit. Lagi cantik. Siap ade USB port lagi. Hehe, boley charge handphone. Dan, boleh play apa2 video atau music dalam pendrive. So kalau tak berselera dengan pilihan filem/drama/mp3 yang tersedia, boleh save siap2 cerite ape korang nak tengok dalam pendrive.


Jom tengok ape menu malam ni. First up, tuna sandwich. Sangat healthy, padat dengan nutrient yang seimbang. Sedap ! Then, untuk menu seterusnya saya pilih nasi lemak sambal udang, datang sekali dengan jus, buah-buahan, salad dan confectionery. Tekak dah mengembang sebenarnye, dah ready nak telan kimchi, huahaha (kalau mampu telan).

Kenyang + penat = Pengsan***




Sedar-sedar je mentari dah menyinsing di ufuk timur (tiru ayat dalam komik Alam Perwira, Anak-Anak Wira dan sewaktu dengannya). Alhamdullilah tiada kesulitan sepanjang penerbangan. Cuma, susah sikit nak 'digest' makanan awal-awal pagi macam ni.

Okay, see you guys in my next entry. Untuk hari pertama di Seoul, kami akan ke Nami Island, lokasi penggambaran drama Winter Sonata. Kidaryo Juseyo (please wait !).

Till then, assalamualaikum ! Have a fulfilling day !


Tuesday, 10 December 2013

Kia Ora, New Zealand - Day 7 (26/6/13)

Assalamulaikum & Salam Sejahtera.

*** Menyambung kembali coretan selepas entri hari ke-6 yang penuh meroyan ***

Ini merupakan entri terakhir untuk percutian di New Zealand. Secara teknikalnya, hari ke-7 merupakan hari kedua terakhir di NZ. Last day (hari ke-8) hanya traveling day dari Auckland balik ke KL. Nothing much happened, so malas nak buat entri, huahua (takde amik gambar pon, so xde modal nak menulis).


Suasana pagi yang indah dan mendamaikan di Christchurch top 10 Holiday Park. Hari ni, last day kami berkelana dalam campervan. Satu pengalaman yang seriously awesome !. Sedih jugak nak balik ke Auckland. Tak tau la bile lagi dapat travel dengan motorhome.

Lepas solat, saya terus keluar pusing-pusing holiday park. Cantik jugak sunrise kat sini, kaler jingga.


 Sekadar 'peace' dari celah tingkap. Nak keluar, sejuk sangat.

Entrance 

 Reception & Information Centre

 Sunrise...SubhanAllah

Plan kami hari ni nak ke bandar Christchurch sebelum pulangkan motorhome dekat airport. Sebelum tu, kena la cuci-cuci sikit apa yang patut. Pandai menyemak, pandai2 lah kemas balik.

Kemudahan dekat sini lebih kurang sama dengan Queenstown Top 10 Holiday Park. Pendek kata semua ada lah. Tu pasal rangkaian Top 10 Holiday Park ni antara yang termaju dan paling popular di NZ.




Tung-tang-tung-tang, dah siap kemas pun. Awal pagi lagi tu. Matahari pun tak nampak lagi. Cahaya kejinggaan je yang nampak. Kebanyakan penghuni holiday park yang lain masih berselimut lagi.

Dah 5 hari buat mende yang sama, kemas barang-barang dalam campervan ni dah jadi macam 'second nature' dah. Tak susah pun sebenarnya kalau dari awal lagi dah dijaga elok. Kalau awal-awal dah macam tongkang pecah, patah pinggang la jawabnya nak mengemas balik.

Selera makan macam so and so je pagi tu. Tengok sotong goreng tepung tu pun dah tak lalu nak makan. Rindu dekat nasi lemak, roti canai, dan segala macam juadah Malaysia yang kaya dengan kalori dan kolesterol, huaha.



"Pagi yang gelap kini sudah terang
Aku adikmu, dan engkau abang"

^ Hujan - Pagi yang Gelap ^

 Ready to go


Sebelum keluar dari Holiday park, berhenti sekejap dekat paip air tepi entrance holiday park, kasik jirus ini campervan, biar tanggal daki-daki yang dipungut selama 5 hari pengembaraan. Takde lah nak cuci sampai kilat macam kat car wash tu, cuma tak nak nampak comot sangat la. Nanti ape pulak diorang cakap pasal orang Malaysia kan.

Dari Christchurch Top 10 Holiday Park ke pusat bandar tak jauh pun, dalam 6-7 km.

Kalau anda semua masih ingat, dalam entri pertama NZ, saya ada mention pasal seorang rakyat Malaysia yang berhijrah ke Christchurch, Dr Ubaidullah Mustafa serta catatan beliau "Melihat New Zealand Sebagai Negara Berkebajikan". Refer ---> SINI.

Christchurch merupakan bandar terbesar di Pulau Selatan dan kedua terbesar di NZ. Ia mempunyai kepadatan penduduk ketiga tertinggi selepas Auckland dan Wellington. Sebelum tragedi gempa bumi yang melanda bumi Christchurch dari tahun 2010 - 2012, ia merupakan sebuah pusat pelancongan utama di pulau selatan.

Siri kejadian gempa bumi telah memberikan impak yang mendalam buat penduduk Christchurch serta pembangunan bandar secara keseluruhannya. Dr Ubaidullah sendiri merasai pengalaman semasa kejadian gempa bumi tersebut.

Ilustrasi menunjukkan negara-negara dalam lingkaran api pasifik, yang terdedah kepada risiko gempa bumi dan letusan gunung berapi (courtesy : Google)

Gempa bumi pertama melanda Canterburry pada 4 september 2010, berskala 7.1. Titik pusat gempa bumi tersebut terletak lebih kurang 40 kilometer dari pusat bandar Christchurch, berdekatan pekan Darfield.

Dua orang dilaporkan cedera manakala satu kematian disebabkan oleh serangan jantung semasa kejadian gempa bumi tersebut (secara praktikalnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berkait dengan gempa bumi tersebut).


5 Bulan kemudian, gempa bumi kedua melanda bumi Christchurch pada 22 Februari 2011, dengan magnitud 6.3 skala Richter. Gempa bumi tersebut berpusat sekitar pekan Lyttelton, kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Christchurch.

185 orang telah terbunuh dalam kejadian pada pukul 12.51 tengah hari tersebut (terdiri daripada penduduk tempatan dan pelancong dari lebih 20 buah negara). Ia disifatkan sebagai antara gempa bumi terburuk dalam sejarah NZ yang mengakibatkan kerosakan utama kepada pusat bandar Christchurch.

Antara faktor yang menyebabkan gempa bumi kedua ini lebih 'disastrous' dari gempa bumi pertama:

1. Jarak pusat gempa bumi yang lebih hampir dengan pusat bandar Christchurch (10 kilometer, berbanding 40 kilometer pada kejadian gempa bumi pertama).

2. Masa kejadian (12.51 minit tengah hari waktu tempatan) dimana kebanyakan penduduk sedang bekerja/bersekolah dan berada dalam kawasan sekitar bandar, berbanding gempa bumi pertama yang berlaku pada pukul 4.35 minit pagi waktu tempatan (no people on the streets).

3. Struktur-struktur bangunan yang telah mula rosak dan dilemahkan dalam kejadian gempa bumi pertama.





Walaupun menurut skala Richter, gempa bumi kedua lebih rendah magnitudnya berbanding gempa bumi pertama (6.3 berbanding 7.1 skala Richter), tetapi kekuatan gegaran (intensity) muka buminya jauh lebih tinggi dari gempa bumi pertama, mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda yang lebih besar.




Selalunya kalau dalam TV, report gempa bumi mesti dalam skala Richter kan?. Tapi ada lagi satu measurement scale yang kita jarang guna, yakni Modified Mercalli Intensity Scale (MMI).

Berbanding Richter magnitud yang mengukur jumlah tenaga yang terhasil dari sesuatu gempa bumi, Mercalli Intensity Scale mengukur 'kesan' gempa terhadap permukaan bumi, struktur-struktur bangunan dan kerosakan alam yang diakibatkan.

In this case, the second earrtquake was much more 'intense' and severe compared to the first earthquake resulting in more devastating effects.

Kerugian daripada gempa bumi kedua dianggarkan melebihi 40 billion. Sesetengah pakar ekonomi berpendapat ekonomi NZ akan runtuh dan proses pemulihannya akan mengambil masa antara 50-100 tahun.


Belum pun sempat pulih dari tragedi menyayat hati tersebut, bumi Christchurch sekali lagi dikejutkan dengan gempa bumi ketiga pada 13 Jun 2011. 2 gempa bumi berlaku pada pukul 1 tengah hari dan 2.20 petang waktu tempatan, masing-masing dengan magnitud 5.6 dan 6.3 skala Richter. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beberapa lagi 'aftershock' menyusul selepas kejadian tersebut. Secara keseluruhannya, lebih dari 4000 gempa bumi berlaku dalam kawasan Canterburry dari 4 September 2010 sehingga 3 September 2012.

Setahun berlalu semenjak kejadian gempa bumi terakhir, bandar Christchurch kini pesat membangun dibawah pelan pembangunan "Christchurch Central Recovery Plan" dan "Land Use Recovery Plan".

Dalam coretannya, Dr Ubaidullah mengupas mengenai keprihatinan pihak pemerintah terhadap kesusahan hidup yang dialami oleh rakyat selepas musibah yang melanda Christchurch. Tanpa mengira fahaman parti politik, mereka bekerjasama bagi membangunkan semula bandar Christchurch yang telah lumpuh.

Kami singgah sebentar di pusat bandar Christchurch untuk melihat kesan gempa bumi tersebut.

Tram track

Sepi


Christchurch pada suatu ketika merupakan bandar pelancongan paling utama di pulau selatan NZ. Banyak bangunan, monumen serta pusat tarikan pelancong yang rosak dalam tragedi tersebut.

One of the attraction was the tram system. Kalau dah jejak kaki ke Christchurch, harus kena experience naik tram. Tapi sejak gempa bumi tu, perkhidmatan tram telah diberhentikan sebab banyak trek yang rosak.

Masa kami sampai di Christchurch, perkhidmatan tram masih lagi belum mula beroperasi dan masih dalam proses pembaik-pulihan. Baru-baru ni je, dalam awal bulan November 2013, perkhidmatan tram mula beroperasi kembali, satu demi satu.


Kedai-kedai kecil dah banyak yang buka masa ni. Untuk shopping baju dan sourvenir, ok kot. Kiri-kanan contruction, bunyi bulldozer, kren & sebagainya. Tak banyak yang dapat dilihat. Most of the tourist attractions banyak yang runtuh dan rosak dan sedang dibina semula.

I'll let the photos speak for themselves...













Kiri : Zul dan hasil tangkapan
Kanan : Fuad berlatarbelakangkan "Bridge Of Remembrance" yang sedang dibina

Mercu tanda baru bandar christchurch (sedang dibina)


Selesai, kami terus ke airport untuk check in. Proses pemulangan campervan tak rumit pun. Die check sikit-sikit campervan tu, lepas tu terus ke kaunter untuk pulang kunci.



Alhamdulillah cuaca baik, so flight on-time. Pilu rasanya semasa meninggalkan pulau selatan. Tengok ni gunung-ganang dilitupi salji. Awesome kan? SubhanAllah.


Pramugara dan pramugari veteran Air New Zealand mula menyajikan jajan dan kopi. Haaaa, still tak boleh nak 'brain' kenapa diorang masih gunakan khidmat pakcik2 dan makcik2 ni sebagai pramugara/i.




Alhamdullilah selamat mendarat di Auckland Domestic Airport sekitar jam 4 petang. Cuaca di Auckland pun baik-baik saja. Ke hujan? Entah, tak ingat. Tapi rasanya ok je.

Kami terus ke Europcar untuk pick up kereta sewa untuk hari terakhir di NZ.



Tuan Haji macam baru menang cabutan bertuah dapat Ford Focus

Penginapan untuk malam terakhir saya book melalui Agoda.com. Ini dia Lantana Lodge di St Georges Bay Road. Kami ambil family room, just nice untuk 4 orang.


Belum sempat snap gambar bilik yang masih suci, ade pulak orang interprem. Sila abaikan posing menggiurkan Fuad tu. Bilik ni ade 1 queen size bed dan 1 double decker (sama  macam Silverfern backpackers). Toilet & shower room kat luar, kena share.



Kemas barang, solat, then kami keluar jalan-jalan cari makan sambil menikmati saat saat terakhir di bumi NZ. Mood "tak dapat terima kenyataan esok nak balik Malaysia" dah datang. Berat hati nak masuk kerja balik. Ape makne nye tu? ape makne nyer....!!!!



Isntanbul Kebab & Pizza

Sekali lagi kami pilih restoren Turki sebagai hidangan makan malam terakhir di NZ. Ni macam dah kasik hint kena pegi Turki ni next trip, hehe.

I guess it's the end of the entries regarding my roadtrip in NZ. Alhamdullilah dapat cover almost semua tempat yang kami aim nak jelajah dalam masa sesingkat seminggu ni.

I really hope that you guys have a great time reading my humble blog. I will try to  write better next time inshaAllah. Please, please, please come back and visit this blog again some time later. 

Soon, I'll be writing about Seoul, South Korea and Borneo roadtrip, InshaAllah. Till we meet again, Assalamualaikum !