Friday, 2 August 2013

Kia Ora, New Zealand - Day 1 (19-20/6/13)

Assalamualaikum & Salam Ramadhan to everyone !

All praises to Allah for granting me another opportunity to share my life experiences here. I do hope that you guys enjoy reading the previous entries, and I hope you find it both helpful and beneficial. Just about 1 month ago, I had a chance to visit a country in which the number of sheeps exceeds the number of it's overall citizens...NEW ZEALAND !

 First, what comes into your mind at the mention of New Zealand ? For me, it used to be either Kiwi birds, Chesdale cheese, loads of sheeps or Fernleaf powdered milk..:p !


But that was then. Sekarang ni kalau sebut New Zealand, automatically saya akan terfikir pasal Frodo Baggins, Gandalf the Grey, Hobbiton dan segala yang berkenaan dengan trilogi The Lord Of The Rings (LOTR). Bagi peminat-peminat sukan, mungkin diorang akan terfikir pasal pasukan rugby All Blacks.

Filem-filem arahan Peter Jackson tersebut sangat lah tersohor nya, sehingga telah berjaya melonjakkan industri pelancongan di NZ. Kalau dulu orang tak berapa tahu pasal NZ disebabkan kedudukan geografinya yang agak 'tersorok'. But since the release of the films, people around the world travel across the continents to step foot on the so- called 'Middle earth'.

What more the sceneries that were depicted in the movies were just pristine. SubhanAllah..! Siapa yang tak terkesima dengan pemandangan indah gunung-ganang, hutan belukar serta sungai-sungai yang 'crystal clear' tu kan. Dalam zaman sains & teknologi yang dipenuhi dengan ciptaan-ciptaan yang menyumbang kepada pencemaran global, keindahan bumi New Zealand masih lagi terpelihara, thanks to it's 'remote' geographical location.


Alright, geography and history time.! Haaa, siapa tak berminat boleh skip part ni.

NZ merupakan sebuah negara pulau yang terletak di barat daya lautan pasifik. Ia terdiri daripada 2 pulau besar (utara & selatan) dan beberapa pulau kecil. Terletak lebih kurang 1500 km kearah tenggara Australia, NZ dipisahkan dari negara kanggaroo tersebut oleh Laut Tasman.

Disebabkan lokasinya yang agak "tersorok", ia merupakan antara negara yang paling lewat ditemui dan didiami oleh manusia. Seperti Australia, New Zealand merupakan bekas tanah jajahan British dan merupakan ahli dalam kesatuan Commonwealth. Perdana menteri mengetuai barisan kabinet negara tetapi di bawah sistem pemerintahan monarki, Queen Elizabeth 11 adalah 'head of state' (macam OZ jugak).

Majoriti rakyat New Zealand sekarang berketurunan 'British'. Kaum pribumi "Maori" pula merupakan kaum minoriti terbesar di NZ. In Maori, NZ is known as 'Aotearoa' which means "land of long white cloud". Keadaan bentuk muka buminya yang bergunung-ganang adalah hasil daripada letusan gunung berapi serta perubahan tektonik beribu-ribu tahun dahulu.


Wellington merupakan ibu negara NZ dan terletak di pulau utara. Auckland pula merupakan bandar terbesar di NZ.

NZ diiktiraf sebagai antara negara paling stabil di dunia. Kekuatan institusi demokrasi serta ketelusan kerajaan pemerintah menyumbang kepada kemajuan negara.

Rakyat NZ menikmati pendapatan per kapita yang tinggi secara puratanya untuk setiap isi rumah. Industri penternakan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara.

Other than that, NZ was announced as the least corrupted country in the world with the corruption perceptions index at 9.4. Ia juga digelar sebagai 'negara berkebajikan' kerana pemerintah yang sentiasa melindungi hak rakyat serta usaha yang gigih bagi menyediakan prasarana serta kemudahan kepada rakyat. 

Not too long ago, I came across an article written by Dr Ubaidullah Mustafa, a Malaysian who migrated to Christchurch, NZ in 2011, entitled "Melihat New Zealand Sebagai Negara Berkebajikan".

Beliau dan keluarga tiba di Christchurch pada musim luruh 2011. Kerajaan New Zealand, melalui agensi-agensi kebajikan telah menemui beliau di salah sebuah masjid di NZ bagi membantu persiapan menghadapi musim sejuk yang hampir tiba.

Tidak sampai seminggu ketibaan mereka sekeluarga di sana, rumah yang kosong telah pun penuh dengan peralatan asas serta perabot yang didermakan oleh kerajaan NZ.

Coretan tersebut juga menyentuh mengenai kerajaan NZ yang begitu peka terhadap keperluan rakyat.

Kemudahan air percuma, ketiadaan tol dan R&R serta harga bahan mentah, kereta dan rumah yang murah dan dikawal ketat adalah antara usaha pihak kerajaan pemerintah untuk merealisasikan konsep 'negara berkebajikan'. (Respect !)


Tidak hairanlah NZ menduduki tangga pertama sebagai negara "paling Islam" dan berkebajikan dalam satu kajian yang dijalankan di universiti George Washington, Washington D.C.

The research, which was conducted by Scheherazade S.Rehman and Hossein Askari was published in Global Economy Journal in 2010, entitled " How Islamic are Islamic Countries".

Islamnya sesuatu negara tersebut bukanlah diukur dari segi akidah dan syariah yang dilaksanakan.

Instead, the Islamicity of a country was measured using 4 indices which make up the Islamicity index (Economic, Legal Governance, Human and Political Rights, and International Relation).

Surprisingly, New Zealand came out on top out of 208 countries around the globe. Malaysia was 38th on the list. You can read the full article >> HERE.


Lepas balik dari Australia, kami (Zul dan saya) start survey tiket kapal terbang. Kebetulan, MAS baru je buka promosi ke Auckland masa tu, return tiket RM 2600.

Fuad dengan Azuan join. That's when "The Fellowship of the Rings" was formed, yeeehaa !

So penerbangan dijadualkan pada 19 Jun 2013, pukul 9.45 malam. Kami berkumpul di KLIA lebih kurang pukul 7 mlm. Zul dari KL, Fuad dari Kota Kinabalu, Azuan dari Sandakan dan saya dari Temerloh.

Lepas check-in & solat jamak kami jalan2 dulu kat sekitar airport. Sempat berkopitiam di Old Town White Coffee dulu sementara menunggu boarding time.





Alhamdulillah, akhirnya sampai juga masa yang ditunggu-tunggu. Cuaca baik malam tu.

Tiada perubahan pada jadual penerbangan. Memang full house kabin malam tu. Kebanyakannya mat saleh la.

Seat kami tepi tingkap as usual. Perjalanan mengambil masa 10 jam (Fuh..!). So nak buat apa 10 jam ni selain tidur?


Belek2 movie dalam list, takde yang menarik perhatian. Majalah Going Places isu bulan Jun dah baca masa pergi sandakan.

Tengok satu episode The Big bang Theory pastu borak dengan Zul je.

By the way, MAS sediakan selimut design baru untuk penerbangan kali ni. Still purple in color but slightly different from the old one.

Please note that this new blanket played an important role during our trip. You'll find out later. Hehe.


Okay, sangat excited nak citer pasal makanan. Perjalanan 10 jam, agaknya ape la diorang nak serve kat kitorang.

Sebagai mukaddimah, kacang masin ler, trademark MAS. Mula-mula akak pramugari kasik sebungkus je. Lepas tu die patah balik kasik lagi 3 bungkus kat kitorang. Huish, rezeki jangan ditolak, sampai tercekik la mengunyah kacang.


For main course, i picked nasi beriyani with chicken kurma. Ada tuna with salad, cream cracker, bun, cake and hershey's nuggets.

Mintak secawan pepsi kat akak pramugari tadi, die kasik satu tin terus. Mungkin sebab kitorang je orang Malaysia dalam flight ni kot. Tu yang die prihatin lebih sikit tu, haha. Alhamdulillah. Selagi boleh isi perut tu, isi jela. Jangan tolak rezeki. Moga-moga dapat kekal kenyang sepanjang hari, mudah-mudahan. Burrpppp !





Lepas makan, tidur....Haha. Si Fuad agaknye dah mimpi Lady Galadriel dah. Si Azuan kusyuk menonton movie.

Sekejap-sekejap, pramugara/i datang offer tea/coffee . Lepas tu sambung la tidur balik. Sedar2 je, diorang dah nak serve breakfast dah. Sebenarnya makanan tadi pun tak hadam lagi. (how?)

Then again, rezeki halal jangan ditolak. Dibaham jugak nasi lemak, telur rebus, sambal udang dan ikan bilis tu. Bukan setakat tu jek, die kasik roti & butter, cracker, buah-buahan dan orange juice.




Lepas makan, kami solat subuh. Solat dalam kapal terbang ni sebagai menghormati waktu sahaja.

Ia merupakan salah satu 'rukhsah' (kemudahan/keringanan) untuk mereka yang bermusafir. Solat dengan isyarat sahaja, seolah-olah kita tak dapat bergerak (contohnya macam kena ikat di pokok).

Tak perlu menghadap kiblat, tak perlu air sembahyang, dan tak perlu ikut syarat-syarat sah solat yang lain. Bila mendarat nanti, kena qada' balik solat.

Tak lama lepas tu, mentari pagi pun menyingsing. Baru la nampak awan yang terpilu. SubhanAllah, tetap cantik walaupun tengok berkali-kali.

Penumpang lain pun dah mula celik mata. Dah start baca buku dah, punya la bagus diorang nih. Yang si Fuad nih masih stuck dekat "Rivendell" agaknya...Hehe...!





Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Auckland International Airport pada pukul 12 tengah hari waktu tempatan (Auckland awal 4 jam dari Kuala Lumpur).

Hujan baru sahaja berhenti masa tu. Dah terasa kedinginan kota Auckland. Sebelum keluar dari kabin, kena fill up passenger arrival card macam pergi Australia haritu.

Kalau ade bawak makanan, sila lah declare ya. Tiada masalah semasa pemeriksaan kastam. Custom officers kat sini tak la strict sangat macam kt Sydney dulu. Dia tanya 2 soalan je kat kitorang. "Do you know what's inside your luggage?' & " Are there any fruits?". Tu je.



Lepas collect bagasi masing2, kami terus ke Thrifty Car Rental, salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa.

Azuan book online kereta ni kat website dia (klik >> SINI untuk maklumat lanjut). Proses pendaftaran tak rumit. Staf berkumis tebal ni pun tak banyak cakap. Sekejap je kitorang dah dapat kunci kereta. Bila keluar dari airport, baru lah terasa kesejukan yang sebenar. Grghhhh!



Haa, ni dia kereta sewanya, Toyota Yaris. Cukup2 je untuk kami berempat. Sebelum keluar dari airport tadi, sempat la google map Silverfern Backpackers, tempat penginapan untuk 2 malam di Auckland.

Saya book hostel ni melalui AGODA. Silverfern Backpackers ni terletak di Hobson street, 22 km dari airport, dalam 30 minit perjalanan.

Ia terletak dalam pusat bandar Auckland. Dalam perjalanan dah nampak mercu tanda Auckland, Auckland Tower !.For more info about this hostel, click >> SILVERFERN







Haaa, dah sampai pun. Again, registration process was smooth. Kena bayar deposit NZD 50 (dipulangkan kembali masa check out nanti). Plus, sewa parking, tambah NZD 16 je.

So jom tengok biliknya!. Owh ya, kat sini wifi berbayar. Tapi die kasik kupon free untuk wifi, selama sejam. Sorang dapat 1 tapi kitorang mintak lebih sebab ada yang bawak laptop/ipad skali.



Sebab berempat, saya book family ensuite bathroom. This room was equipped with 1 queen-sized bed, 1 double-decker bed, couch, and toilet, large enough for us.


After prayer, we got out to the town centre by walking. Memang sejuk menggigil walaupon pakai baju 3 lapis.

Nak keluar tangan dari poket pun tak sanggup. Tu la, nak sangat melawat negara orang masa winter.

Ditambah lagi dengan angin yang kencang, memang kancing gigi la. Cuaca yang mendung tak menghalang niat kami untuk menyusuri jalan-jalan di bandar terbesar di New Zealand ini. Bersih dan teratur. Anyway, dekat Auckland takde salji. Itu pun kesejukkan dah tahap peti ais dah.







Sesetengah tempat di tengah bandar Auckland menyediakan perkhidmatan wifi percuma, so kami google map restoren-restoren makanan halal sekitar bandar ni.

Akhirnya kami sampai ke Kebabs On Queen yang terletak di Queen street. Restoren yang menyajikankan makanan dari Turki ini mula dibuka pada tahun 1997.

Today, it is considered as one of the most successful franchises in New Zealand. Kebanyakkan menunya adalah berasaskan daging ayam dan kambing.




Saya pilih chicken kebab with rice combo (large). Die kasik fries dengan carbonated drink sekali. Harganya NZD 15. Sedap..!

Kami makan terus di restoren ni sementara menunggu hujan lebat yag mula turun. Untuk maklumat lanjut mengenai restoren ni, klik >> KEBAB






Selesai makan, dah hampir pukul 5 petang, hari pun dah senja. We decided to go to Auckland tower. Untung-untung dapat tengok pemandangan kota raya Auckland pada waktu malam.

Tapi keadaan cuaca tak begitu mengizinkan. The weather was quite unpredictable according to the staff at the ticket counter.

Kalau naik ke observation deck pun mungkin tak dapat menikmati pemandangannya dek kerana hujan serta kabus yang tebal. Bila keluar dari tower, hujan masih renyai-renyai.


Kami sempat singgah di satu sorvenir shop ni. Saja survey2 harga barang2 kat sini.

Ditakdirkan pula seorang staf yang kerja kat sini rupanya orang Malaysia. Mungkin dia dengar kitorang cakap-cakap dalam bahasa so die approach.

She's a chinese lady originally from KL. She came to Auckland in 1996, lived there for around 12 years and came back to Malaysia. She already got her permanent resident (PR) status.

2 tahun lepas die datang balik ke Auckland untuk terus menetap di sini. It was a nice meeting, and she was such a lovely lady. I wish you success and happiness lady. Thank you for your kind treatment.










At last, we couldn't take the freezing temperature anymore and decided to go back to hostel.

Dalam perjalanan ke hostel, kami singgah sebentar di Auckland tower untuk ke iSite (visitor information centres). Kat sini kitorang ambil semua brochure yang berkenaan termasuk The Hobbiton Movie Set, Waitomo Glow Worm cave, Auckland tourism dan sebagainya.

Sebelum sampai hostel, kami singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli bekalan makanan.

Belek punya belek nak cari yang halal, akhirnya ni lah hasilnya. Banyak jugak biskut yang ada logo halal. Pisang pun kami beli, sebagai sumber serat, bagi mengelakkan sembelit, haha. (I learned this trick from my last holiday in Australia).


Bila sampai hostel, bukak TV nak tengok berita. MasyaAllah ribut salji kat pulau selatan sekarang.

Kebanyakkan jalan2 telah ditutup disebabkan salji yang sangat tebal. Sekolah-sekolah pun terpaksa ditutup.

Kami dijadualkan untuk ke Christchurch pada hari ketiga di NZ. Tawakal saja la...

Ok, itu sahaja untuk entry saya kali ni. Hope you guys enjoy it. Wait for my next entry ok.

Till then, Assalamualaikum, and have a good day...!

9 comments:

  1. Good n intresthing fact bout NZ .... esp the fact that it is the most islsmic country in the world... kalau nk di bezakan dgn negara ' islam' yg lain memang sgt memalukan.. indonesia, negara arab timur tengah.. tak payah tgk lain, faktor kebersihan n kesedaran sivik pun tahap yg mengecewakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True...! although tak jejak lagi ke negara2 arab. Biasa orang cakap diorang ni kasar kan...

      Kalau ikutkan, Allah kasik negara diorang kaya dengan minyak petroleum, tapi kemana diorang?

      permusuhan sana-sini, hiburan situ sinun, sudahnya...

      Delete
  2. wah! best la baca entry awak ni. teruja nak ke NZ jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you... sila. sgt2 berbaloi melawat NZ.

      Delete
  3. Salam perkenalan

    Bagus sangat ...dengan semua informasi yg ditulis. Mantop!

    ReplyDelete
  4. salam..
    boleh saya tahu total kos perjalanan? termasuk kos tiket pergi dan balik? sebab insyaallah nak p ujung tahun ni..

    :)

    putriville@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Isi bagus tapi campur aduk bahasa...kenape eh???
    Nak loya baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca. it's all about sharing and positivity dalam blog saya. we live in a diverse, multicultural & multilingual society. and i embrace it. maaf kalau en/cik/puan tersinggung. i wont change anything.

      Delete